..

..

Khalid Gereja ke kilang Arak untuk minta dana PRU 13 !!

on Sunday, August 8, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



PASberg + Carlserg = Takebeer


Khalid Gereja kembali mencetuskan kontroversi dalam politik tanah air yang membuatkan puak-puak kopiah putih taksub PAS boleh "GO " jika ada sakit jantung . Dahulu selepas menang PRU 12 , Khalid membuat lawatan rasmi ke gereja , terbaru beliau membuat kezutan dengan membuat lawatan perdana ke Kilang Carlsberg di Shah Alam .

Sudah tak ada kilang lain untuk dilawat selain kilang Arak Carlsberg ? Di Shah Alam sendiri , berlambak kilang-kilang besar multinasional ada. Tetapi nampaknya pemimpin PAS ini suka dan jatuh cinta kepada CARLSBERG . Mungkinkah warna kilang tu pun sama dengan warna PAS iaitu hijau dan tak mustahil lepas ini Carlsberg bakal bertukar nama ke PASBERG !!

Lebih menarik lagi , Khalid merupakan pemimpin politik pertama mencatat sejarah melawat kilang berkenaan sejak lebih 30 tahun ianya ditubuhkan. Khalid juga menjadi wakil rakyat PAS yang pertama yang mesra kilang arak di negara ini.

Tu...dia kilang Arak yang dahulunya dibantah oleh puak-puak PAS dan juga Hassan Ali di dalam ceramah-ceramah mereka , hari ini sudah jadi rakan dan bakal main sponsor utama PAS disebabkan Khalid Gereja melawat kilang berkenaan .

Tindakan berani Khalid ini juga jelas telah memalukan puak2 kopiah putih yang sebelum kuat hantam UMNO . Di Blog - blog PAS terus diam membisu bila Khalid seorang pemimpin dari PAS telah pergi melawat Kilang Arak yang dahulu dibantah oleh mereka semasa pemerintahan BN di Selangor . Malah Haprak Daily anggap lawatan itu sebagai lawatan kerja kerana bersama ahli majlis MBSA dan bukannya mewakili PAS.

Khalid mahu besarkan Kilang Carlsberg

Saya menyebut bahawa sekiranya tapak yang lebih luas diperlukan, maka kemungkinan satu tapak di pelabuhan Klang, memandangkan 100% bahan keperluan Malt diimpot dan 50% bahan keluaran diekspot, boleh diusahakan. Sekiranya itu merupakan satu kemungkinan, maka tapak kilang itu hendaklah kita ‘ear mark’ atau cadangkan sebagai tapak Terminal Bas Shah Alam.


Rupanya Khalid pergi sana nak bina kilang besar lagi untuk Carlsberg dengan menawarkan tanah yang luas untuk mereka . Ingat ke Khalid pergi sana mahu tutup terus kilang tersebut memandangkan itulah janji PAS dulu dalam ceramah2 mereka . Nampak seperti ada DEAL yang baik punya antara PAS dan kilang arak ini .

Namun, ada sumber khabar angin yang memberitahu bahawa kunjungan ke Kilang Arak tersebut adalah bersangkut paut dengan projek baru PAS dan Pakatan iaitu kutipan derma yang dinamakan Tabung Impian Rakyat (TIRAM) bernilai RM 20 juta bagi mempersiapkan mereka ke Putrajaya selepas PRU13 nanti.Majlis kutipan derma TIRAM ini akan dirasmikan oleh Nik Aziz di Stadium Malawati dan derma akan dikutip melalui sumbangan tempahan meja makan malam.

Mungkinkah kunjungan Khalid Samad pergi sana dengan membuatkan " deal " dengan tauke Kilang Arak dengan menawarkan tapak baru untuk pembesaran kilang mereka dan kilang arak tersebut bermurah hati menyumbangkan dana bernilai RM juta-juta melalui tempahan meja di majlis tersebut untuk PAS dan Pakatan ?


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Lepas ni ziarah Kilang BABI.

    Lepas tu Pusat Karaoke di Sunway Mentari..

    Lengkaplah..

  2. Anonymous says:

    waakkaakakakakaa.....pecah perut...semua kilang2 haram di ziarahnya.Ngokk..

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.