..

..

Habuan DAP pada PRU 13 yang retorik kosong

on Friday, August 13, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Nampaknya Guan Eng sedang mengalihkan perhatian daripada isu-isu panas di PP yang mengotori pentadbiran kerajaannya dengan menawarkan Habuan kepada rakyat sekiranya Pakatan membantuk kerajaan pada PRU 13 . klik di sini

3 perkara yang dijanjikan beliau iaitu menghapuskan saman ekor , memberi wang tunai RM 1000 kepada warga emas berusia 60 tahun dan membekalkan wifi percuma ke seluruh negara . Jelas sekali Guan Eng cuba membeli undi dengan menawarkan wang kepada rakyat .

Nampaknya DAP telah mengumumkan janji politik mereka lebih awal lagi daripada PKR dan PAS menjelang PRU 13 . Ini jelas memperlihatkan DAP cukup dominon dalam Pakatan dan tidak sabar untuk merampas Putrajaya daripada tangan kerajaan BN .

Memang DAP sekarang sudah gila kuasa betul terutama Lim Guan Eng ini . Sepatutnya, beliau harus menyelesaikan masalah rakyatnya di PP terlebih dahulu . Ini tidak, kerusi Perdana Menteri yang digila-gilakannya oleh puak2 ultra kiasu ini .


Melihat tiga perkara yang dijanjikan Guan Eng, ia tidak lebih dari retorik untuk menarik undi. Kredit untuk satulimatiga yang memberi pandangan yang menarik mengenai habuan yang ditawarkan guan eng komunis ini .


2.8 bilion setahun untuk warga tua Guan Eng nak korek celah mana?


Pertama, kerajaan Pakatan Haram pimpinannya akan memberikan wang tunai sebanyak RM 1,000 kepada semua warga emas berusia 60 tahun. Wah, hebat betul rasuah politik yang cuba diberikan oleh Guan Eng yang ini. Apabila wartawan bertanyakan dari mana Pakatan Haram akan mendapatkan duit untuk menanggungnya, seperti biasa, bukan jawapan yang diberikan tetapi tak habis-habis pusing dan menyalahkan orang lain.

Guan Eng pandai berjanji tapi bangang dari aspek realiti. Adakah beliau fikir rakyat Malaysia ni bodoh? Tahukah beliau bahawa bilangan warga tua semakin meningkat dari tahun ke tahun. Dijangkakan pada tahun 2020 nanti warga tua di negara ini akan mencecah 11.3% (sini).

Katakan warga tua sekarang adalah 10% dari 28 juta rakyat Malaysia. Ini bermakna kita mempunyai 2.8 juta warga tua. Jika 2.8 juta didarabkan dengan RM 1,000, jumlah yang diperoleh ialah 2.8 bilion. Jumlah itu amat besar dan katakan Pakatan Haram memerintah Malaysia selama 5 tahun. 2.8 bilion darab 5 menghasilkan 14 bilion. Celah mana dia nak korek tu? Sebab tak tahu menjawablah beliau pusing jawapan dan salahkan kerajaan BN apabila ditanya wartawan. Tak habis-habis menipu la lu Guan Eng.

Kerajaan BN dah baiki pendekatan saman ekor!

Kedua, Guan Eng akan menghapuskan saman ekor yang menyebabkan pemandu disenarai hitam dari memperbaharui cukai jalan. Tindakan Guan Eng ini memang populis dan menagih undi atas isu semasa yang melanda negara. Guan Eng tidak sedar bahawa mereka yang meminta untuk memansuhkan saman ekor ini sebenarnya adalah terdiri dari golongan yang suka memandu laju dan membahayakan nyawa orang lain di lebuh raya.

Kerajaan BN sekarang sudahpun buat keputusan menangguhkan menyenarai hitam mereka yang disaman ekor dan kaedah saman ekor sedia ada akan diperbaiki di mana selepas ini mereka yang disaman ekor akan terus ditahan dan diberi saman serta merta.

Ini baru namanya kerajaan yang mengutamakan rakyat. Satu untuk memastikan pemandu yang suka memandu laju terus dikenakan tindakan dan satu lagi perbaiki pendekatan yang menyusahkan rakyat.

Bukan macam Guan Eng, belum apa-apa terus nak mansuh. Makin bermaharajalela la puak-puak Guan Eng yang majoritinya mempunyai kereta besar dan suka memandu laju di lebuh raya. Akai ada ka Guan Eng?

Kerajaan BN tengah agih 1.2 juta komputer free dengan jalur lebar, lu tak tau ka?

Ketiga, Guan Eng juga berjanji untuk memberikan perkhidmatan WiFi percuma di seluruh negara. Janji politik Guan Eng ini juga sebenarnya merupakan satu lagi kebodohan yang dinampakkan oleh beliau.

Tidakkan beliau mengetahui bahawa kerajaan melalui SKMM sedang dalam langkah mengagihkan 1.2 juta komputer riba bersama dengan jalur lebar kepada rakyat secara percuma ke seluruh negara. Selain itu kerajaan BN juga telah mewujudkan pelbagai telecenter untuk kegunaan masyarakat luar bandar dan bandar. Sekarang ni pula tengah diperhebatkan perkhidmatan wireless di seluruh negara.

Lu ketinggalan la Guan Eng. Kalau nak bagi WiFi percuma, lu buat di seluruh Penang dulu. Ini nak guna internet di Teluk Bahang pun putus-putus lagi. Bodoh punya Guan Eng!

Akhir sekali, penulis ingin menyentuh apa yang disifatkan oleh beliau di dalam artikel berkenaan sebagai membuktikan bahawa DAP bukan berfahaman komunis dan “tidak seperti Umno yang baru menadatangani perjanjian dengan parti komunis China”.

Kah kah kah kah kah.... Jawapan mudah penulis untuk itu ialah seperti berikut:

“Parti Komunis China tu parti yang memerintah Republik Rakyat China, Guan Eng memang bangang oi!”

Bodohnya penyokong Pakatan Haram ada pemimpin macam ni. Mesti la UMNO menjalinkan hubungan dengan parti pemerintah sesebuah negara, parti yang membentuk kerajaan. Takkan nak dicari parti pembangkang. Alahai bodohnya Guan Eng!




Rakyat Malaysia harus sedar jika memilih parti DAP dan Guan Eng memerintah negara ini , lihat lah apa sedang mereka buat kepada rakyat di PP . Guan Eng punya stail pemerintahan adalah bohong , menyalahkan orang lain dan beliau la seorang yang betul . Manakala rakyat PP pulak hidup sengsara , gerai2 peniaga dirobohkan dengan kejam malah ada peniaga Cina sanggup hendak bakar diri akibat kecewa tindakan zalim kerajaan Guan Eng . Dari segi ekonomi , pelaburan di PP menjunam cukup teruk sekali dan tahun 2010 bermula Januari hingga April hanya RM236 juta pelaburan asing masuk .








2 Responses

  1. Matketor says:

    Apalah bodohnya lu ni Pejuang Bangsa...Lu ni memperjuangkan bangsa apa?..setakat kes di KOMTAR yang menunjukkan betapa rendahnya pemikiran UMNgOk..bagaimana dengan kes PKFZ, Perwaja, Altantuya, Teoh Beng Hock, Projek Bakun, Bank Bumiputra, FELDA, Pos Malaysia, Pasir di Selangor, Rampasan kuasa di Perak, kes kepala lembu, royalti minyak di Kelantan, PI Bala di London, Raja Petra Kamaruddin, Kes fitnah Liwat 2, Saman ekor, ISA dan menghina Sultan di Johor..silalah anda huraikan satu persatu kepada rakyat kerana rejim UBN yang anda puja tak mampu menjawabnya..

  2. Anonymous says:

    saya tidak mewakili mana2 parti, tetapi saya tersedar kali ini, bak kata orang tua, dah terhantuk baru nak mengadah. saya dijemput ke majlis menyambut TYT Pulau Pinang 18hb Julai 2012, dan saya perhatikan YB LIM GUAN ENG langsung tidak menghiraukan n menghormati TYT Pulau Pinang memberi ucapan dengan hanya membaca pamplet yg ada.terpulanglah kepada kamu semua hendak percaya ke tidak. hari ini pula, ada jamuan teh bersama TYT sekali lagi, tetapi YB YB yg lain tanpa segan silu makan dahulu n tidak bangun bagi menghormati ketibaan TYT, itulah yg membuatkan saya kecewa dgn DAP. terasa seperti mereka ini berjiwa komunis, langsung tidak ada perasaan hormat. apakah ini yg sering diajar DAP, menjadi kurang ajar kepada wakil raja2 kita. saya ada merakam gambar YB LIM GUAN ENG n YB YB yg kurang ajar tu, tetapi, kamera telefon sahaja, takut ada kawan kita kata saya putar belit. bukannya saya minta dihormati, tetapi paling tidak hormatlah TYT n raja raja.malu saya melihat wakil rakyat yang begini...

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.