BANGI, 5 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan saranan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya unit Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimansuhkan “tak masuk akal”.
Beliau menegaskan anggota unit berkenaan berperanan menjadi mata dan telinga kerajaan dalam memastikan keselamatan negara.Beliau berkata, demikianlah taraf pemikiran pemikiran pembangkang dan Dap yang tidak terlebih dahulu mencari fakta sebenar dan berfikir sebelum cakap.
Katanya, Guan Eng hanya bercakap mengikut emosi saja sehingga menyebabkan cakapnya mengarut dan tidak layak dianggap idea mahu pun saranan.
Baru-baru ini, ketika berucap menutup Persidangan Mengarus Perdana Gender:
Keadilan Untuk Semua di Pulau Pinang, Lim yang juga Setiausaha Agung Dap menyarankan supaya unit Cawangan Khas ditukarkan kepada Unit Keganasan dan Jenayah Seksual bagi memberi nilai yang lebih kepada kewangan negara. -Bernama
Guan Eng lidah biawak ini nampaknya tidak serik-serik lagi lagi . Baru lepas kena lempang oleh Pak Ali , heboh pulak hari ini menyerang institusi PDRM dengan menyarankan unit Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimansuhkan.
Apa motif Guan Eng supaya Unit Cawangan Khas (SB ) ini kepada Unit Keganasan & Jenayah Seksual ?? Cadangan puak2 chauvinis tidak harus dipandang remeh dan pastinya mereka ini merancang sesuatu yang dan pihak SB ini dilihat sebagai penghalang misi gerak kerja mereka . Alasan memberi nilai lebih kewangan pembohong No 1 Penang hanya sandiwara sedangkan kerajaan BN sentiasa berusaha mengurangkan kadar jenayah di negara in i .
Apa yang Guan Eng faham nilai tambah kewangan ini ??? Kalau Guan Eng betul-betul faham , dia sudah lama tinggal di kediaman CM yang buat renovation kos sebanyak RM 300K !! Tetapi sampai sekarang rumah kediaman rasm itu dibiarkan kosong tanpa penghuni dan Guan Eng terus membazir sewa di rumah mewah .
Ini lah pemimpin yang cakap tak serupa bikin berlidah biawak !!













biar kena lempang skali lg.