..

..

Ezam Vs Azizah : Anwar arah isterinya bohong lagi

on Thursday, August 12, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

oleh : RBF


Semakin hari semakin kalut jadinya. Inilah padahnya jika suka menipu dan berbelit-belit, satu hari pasti akan menjerut leher sendiri.

Kasihan pula saya bila melihat laki bini, Anwar dan Azizah. Nak ke depan tak boleh, nak gostan ke belakang tak boleh. Terperangkap di tengah-tengah.

Dengan siapa mereka terperangkap ?

Anwar terperangkap dengan Karpal Singh, manakala Azizah pula sudah terperangkap dengan Ezam.

Sebagaimana yang kita tahu, dalam siri roadshow ceramah SSDE sejak tiga minggu lepas Ezam ada memberitahu tentang kisah Wan Azizah memberitahunya bahawa Anwar seorang peliwat dan juga kisah Wan Azizah menelefon Ezam dari Amerika supaya Ezam memastikan tiada jantan di rumahnya di Bukit Damansara ketika itu. Klik di sini

Tengahari semalam (rabu) Agenda Daily ada menyiarkan temubualnya bersama Wan Azizah berhubung dakwaan Ezam.

Dalam temubual tersebut secara terang-terangan Wan Azizah mengakui yang beliau ada menghubungi Ezam dan berpesan supaya 'tengok-tengokkan' Anwar. Klik di sini.
Walaupun Wan Azizah cuba memutar belit apa yang sebenarnya beliau pesan kepada Ezam dalam perbualan tersebut, bagi saya itu tak kisah. Yang pentingnya Wan Azizah sendiri mengakui dan mengesahkan dia menghubungi Ezam dan berpesan supaya 'tengok-tengokkan' Anwar.

Tanpa disangka-sangka tiba-tiba pada sebelah petangnya hari yang sama iaitu semalam (rabu) Wan Azizah membuat pusingan 360 darjah dengan menafikan yang beliau ada menghubungi Ezam dan berpesan supaya 'tengok-tengokkan' Anwar.Klik disini.

Kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh Wan Azizah di Agenda Daily adalah kenyataan beliau sendiri dan beliau cuba berlapik sedikit dengan menggunakan ayat seperti dibawah

"Saya pesan kat dia sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia. Anwar baik. Dia sebagai seorang pemimpin, bila orang datang, dia akan layan dengan elok, tapi orang kalau ambil gambar, orang itu akan buatkan sesuatu yang boleh membawa kepada fitnah. Sebab itu saya kata, hati-hatilah, sebagai adik tengok-tengokanlah"

Tetapi setelah disiarkan oleh Agenda Daily dan perkara ini telah sampai ke pengetahuan Anwar , Anwar amat marah kepada Wan Azizah kerana mengeluarkan kenyataan begitu seolah-olah Azizah mengesahkan dakwaaan Ezam.

Kenyataan Wan Azizah yang dikeluarkan malaysiakini bukanlah kenyataan Wan Azizah sendiri, tetapi kenyataan Anwar. Dari segi gaya bahasa pun kita sudah boleh nampak ianya bahasa Anwar dan cuba anda buat perbandingan dengan apa yang disiarkan Agenda Daily.

Ayat-ayat Anwar

Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu.

“Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami,”


Jika tanpa arahan Anwar tidak mungkin sesekali Wan Azizah sanggup membuat pusingan 360 darjah, dari beliau mengakui ada menghubungi Ezam kepadatidak menghubungi langsung.

Kita semua sudah tahu cara politik Anwar, iaitu politik NAFI. Apa sahaja tuduhan yang datang semua dia nafi. Anda lihat sajalah dalam kes liwat beliau, sudah nampak terang-terang dia meliwat , tetapi dia tetap menafikannya.

Lihat pula dalam kes 'ais krim' elizabeth wong, Zahrain telah mendedahkan apa yang Anwar kata, tetapi Anwar tetap nafi.

Kesimpulannya dalam kes ini, Wan Azizah sendiri telah mengakui dia ada menghubungi Ezam untuk berpesan supaya 'tengok-tengokkan Anwar'.

Apa yang Wan Azizah cakap di malaysiakini sudah tidak boleh dipakai lagi. Jika kenyataan pertama dia kata tak hubungi Ezam dan dia tukar dalam kenyataan kedua kepada ada hubungi ezam, itu lain. Yang itu boleh dipakai.

Ini tidak, dalam kenyataan pertama dia dah cakapada hubungi Ezam dan bercakap panjang lebar, kemudian dalam kenyataan kedua dia nafikan 100 % ada menghubungi Ezam. Apa punya tur ni Kak Wan oiii.....

Saya difahamkan apa yang sedang diperkatakan oleh Ezam sekarang ini hanya bunga-bunga sahaja. Pucuk , daun, batang, ranting dan buah semuanya belum keluar lagi. Wan Azizah dan Nurul Izzah kena bersedia sepanjang masa untuk menjawab dakwaan Ezam.



Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.