Pasir lebih untung , Insititut Kemahiran Yayasan Selangor mahu ditutup

on Monday, July 19, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Kerajaan Pakatan tidak tunai janji !!

bangunan baru IKYS

Lebih 500 orang berhimpun secara aman di hadapan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di sini, sebentar tadi bagi membantah penutupan institut itu sehingga nasib 250 pelajarnya tidak diketahui.

Kerajaan Selangor kelmarin menutup IKYS di Sungai Besar ...yang kebanyakan pelajar berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari seluruh negeri itu.

Penutupan IKYS yang mula beroperasi pada Januari 2000, dipercayai berpunca daripada dakwaan kerajaan pakatan pembangkang bahawa ia tidak memberikan keuntungan kepada Yayasan Selangor dan kerajaan negeri. - Berita Harian



Lepas isu syarikat kroni kerajaan Pakatan Rakyat terbabit penyelewengan dalam curi pasir, kini kerajaan yang dikatakan kerajaan berkebajikan ini mahu menutup pulak Institut Kemahiran Yayasan Selangor yang memberi ilmu kepada belia-belia Melayu yang tercicir dalam akademik !!

Dengan alasan tidak menguntungkan, masa depan pelatih IKYS ini dipertaruhkan apabila Institut Kemahiran Yayasan Selangor yang milik penuh Yayasan Selangor telah membuat keputusan untuk menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor miliknya di Bagan Terap, Sabak Bernam. Hasrat ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan lebih 250 pelajar di pusat latihan itu mengenai masa depan mereka.

Ketua Pembangkang Selangor , Datuk Seri Dr Mohamad Khir sedih kerana IKYS baru sahaja berpindah ke bangunan baru di Bagan Terap yang dibina dengan kos RM20 juta dua tahun lepas tetapi kini telah ditutup sedangkan konsep institut kemahiran seperti IKYS sepatutnya diperluaskan ke seluruh Selangor bagi memberi peluang kedua kepada mereka yang gagal SPM. Beliau tidak faham dengan alasan penutupan pusat latihan itu yang dikatakan operasinya tidak menguntungkan.

Beliau kesal dengan penutupan IKYS kerana ia ditubuhkan bagi membantu mereka yang kurang berjaya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapatkan kemahiran bagi mereka mencari rezeki dan berdiri di atas kaki sendiri. Malah Dr Khir mencabar jika kerajaan Pakatan tidak mampu dan tiada keupayaan untuk mengurus tadbir IKYS, jangan tutup pusat kemahiran ini sebaliknya serahkan kepada BN untuk diuruskan dengan lebih baik.


Kerajaan regim Pakatan di Selangor jelas semakin rakus menindas dan zalim kepada rakyat Selangor sehingga tempat yang khas untuk belia-belia menutup ilmu pun mahu ditutup . PB tidak nampak dalang dan master mind lain dalam penutupan ini melainkan DAP haram jadah ini !! Mereka ini kalau buat apa pun mesti mahu kira untung seperti mana mereka dok kaut sekarang dengan bisnes CURI PASIR di Selangor untuk syarikat2 kroni mereka .

Sehinggakan tempat menuntut ilmu kemahiran pun mahu juga fikir tentang untung dan rugi , ini sudah kira melampau !! Ini bukan lagi kerajaan berkebajikan mahu menolong rakyat tetapi kerajaan berfikiran KAPITALIS !!! Pemimpin -pemimpin mereka dok kira mahu untung , tetapi puak-puak yang melopong dan menjadi sang pencacai adalah mereka ialah penyokong2 taksub Melayu dalam PAS dan PKR yang tidak sedar telah diperbodohkan sejak PRU 12 lagi.

Itu pun masih ada yang dok tak sedar lagi . Pemimpin2 mereka di Selangor sudah jadi kaya raya sekelip mata sahaja walaupun baru 2 tahun menjadi YB sudah pun tukar kereta baru ,dan beli rumah baru . Mungkin tidak cukup lagi untuk kaut segala harta , jadi itu yang berlaku kes curi pasir beribu tan sehari di Selangor melalui syarikat2 kroni mereka .

Kalau jual pasir boleh sapu komisyen dan ini buka institut kemahiran apa depa dapat ?? Kerajaan BN dah buat berlambak-lambak universiti dan kolej, sekolah dsb. Siap dengan biasiswa,pinjaman , yuran pendidikan yang murah ,makanan percuma , kemudahan asrama percuma serta elaun diberikan lagi , tetapi ada ke kerajaan BN ungkit perkara ini tidak untung ??



Ini Pakatan Haram jadah bukan sahaja tak bina satu intitusi pendidikan pun, baru sahaja jadi pemerintah , sudah mahu tutup pulak tempat berlajar anak-anak orang miskin dan belia2 yang tercicir dalam akademik .


Itu baru perintah negeri Selangor, belum lagi puak pakatan haram ini memerintah Malaysia? Kalau mereka perintah negara ini , bukan sahaja habis semua pusat pengajian ditutup malah anak2 Melayu lebih banyak tidak dapat menyambung pelajaran peluang ke IPT masa itu keran a sudah amalkan konsep sama rata dan mengikut merit . Orang yang fikir untung rugi sekarang ini ketika memerintah adalah sebenarnya orang yang paling beruntung ketika mereka memerintah negara Malaysia ini nanti .

Undi lah lagi Pakatan Rakyat., Undi jangan tak undi.....
Kami boleh perkayakan rakyat Selangor .........


2 Responses

  1. Nampak wang, perjuangan pun hilang

  2. Anonymous says:

    PAdan muka orang melayu..sokong laa lagi Pakatan Haram jadah tu...

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© Generasi Pejuang Bangsa . Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.