Zaiton Ismail dan suaminya, Abdullah Mat Isa tidak dapat menahan kesedihan ketika membaca notis arahan mengosongkan rumah mereka yang dibina lebih seratus tahun di Kampung Pokok Asam, Jelutong, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/Zhafaran Nasib
PULAU PINANG 2 Julai - Penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini berharap ada pertubuhan sedia membantu nasib mereka yang berkemungkinan hilang rumah kerana diambil pemaju.
Salah seorang penduduk, Shima Ismail, 37, berkata, jika masalah sedemikian tidak ditangani, tidak hairan jika pada satu hari nanti tiada lagi perkampungan milik orang Melayu di tengah bandar raya George Town ini.
"Kampung ini adalah antara perkampungan Melayu yang masih ada di bandar ini.
"Janganlah nanti tiada lagi kampung Melayu di George Town kerana semua mereka telah dihalau keluar dari pulau," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Kelmarin, kira-kira 200 penduduk asal Kampung Jalan Pokok Asam diusir oleh pemaju.
Pengusiran itu didakwa dibuat oleh pemaju tanpa sebarang perbincangan terlebih dahulu antara kedua-dua pihak.
Difahamkan, tanah kampung berkenaan akan dibangunkan dengan projek kediaman bertingkat dengan kos lebih RM800,000 seunit oleh pemaju yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
Menurut Shima, penduduk kampung kini tidak tahu kepada siapa untuk mereka mengadu dan mendapatkan bantuan.
Ini kerana, jelas beliau, wakil rakyat di kawasan itu sendiri dilihat seolah-olah tidak endah dengan nasib yang menimpa mereka.
"Kami ada mengadu kepada Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi tetapi tidak mendapat sebarang reaksi daripadanya.
"Kami hubungi dia semalam, tapi dia tidak dapat hadir meninjau masalah ini kerana berada di Parlimen," ujarnya.
Utusan
Tukar baju politik: Kampung Melayu di P. Pinang tanggung padah
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan nasib yang menimpa kampung dan orang Melayu di negeri itu yang kini semakin terpinggir sebagai harga mahal yang terpaksa dibayar kerana cuba menukar ”baju politik”.
Beliau berkata, apabila kuasa terlepas kepada parti yang tidak memperjuangkan nasib rakyat terutama kaum Melayu, maka itulah hasil yang terpaksa dihadapi.
Ahmad Zahid berkata, rakyat Malaysia terutama orang Melayu perlu sedar bahawa UMNO yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN) sentiasa memperjuangkan kepentingan semua pihak berbanding DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Ini terbukti dengan apa yang telah BN lakukan walaupun mungkin dalam kerajaan lalu di Pulau Pinang kita ada kelemahan, tetapi kita boleh baiki semula jika kita mengambil alih semula Pulau Pinang.
"Namun DAP belum cukup tiga tahun memerintah, banyak gerai Melayu yang telah dirobohkan dan tidak ada penggantian dan jika ada sekalipun diletakkan di kawasan pinggir dan kawasan yang tidak strategik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di sini, hari ini.
Kalau pergi ke pulau mutiara,
Jangan lupa singgah ke Kebun bunga,
Lihat hari ini DAP punya angkara,
Roboh rumah melayu ,PKR-PAS tak buat apa.
Lihat hari ini DAP punya angkara,
Roboh rumah melayu ,PKR-PAS tak buat apa.
LINK
Orang Melayu semakin terpinggir - YB Datuk Hamidah Osman













Apa la nasib melayu kat Penang, sejak dari dulu sampai la ni tak habis-habis kena tindas. Kalau dulu ditindas dan diperbodoh oleh Gerakan, kini Melayu PP terus diperbodohkan pula oleh PR.
Agaknya apa punca sebenar semua ini? Biar aku yang jawab.
UMNO yang sebenarnya amat lemah dalam aspek kepimpinan dalam masyarakat. Kalau tidak kerana UMNO lemah, GERAKAN dan DAP takkan berani gugat kepentingan Melayu. Secara zahirnya, UMNO di PP kebanyakannya didominasi oleh golongan kontraktor dan ahli korporat. Mereka jugalah yang kontrol DPMMPP. Setiap kontrak sama ada kecil atau besar, merekalah sahaja yang mengaku ahli UMNO dan sapu. Bila menteri lawat PP, merekalah yang pertama hulur sampul surat minta sokongan. Mereka menggunakan politik untuk meraih kepentingan peribadi. Malangnya mereka lupa bahawa mereka sentiasa diperhatikan.
Siapa tak kenal kontraktor-kontraktor besar dalam UMNO. Mereka sentiasa bertukar kereta dan tambah bini. Sehebat-hebat kereta dan sebesar-besar rumah mereka miliki. Persoalannya nak tayang pada sapa? Pada rakyat? Pada pengundi? Pada orang kampung? Apa mereka ingat, kehebatan mengumpul kekayaan boleh disamakan dengan keupayaan memimpin?
Orang akan sentiasa berfikir, kalau mereka ini sudah kaya, kenapa pula nak diberikan pula kuasa? Dah tak ada orang lain ka? Jadi, kenapa mereka perlu sombong bila dah kaya. Bila bermesyuarat, pandangan orang biasa, mereka tidak ambil peduli pun, sebabnya ”hang pakai kereta apa? Aku pakai 7 series, banglo 12 bilik, bini ada 3 .... hang nak ajar aku tentang politik?”
Itulah tabiat pemimpin UMNO (sebahagiannya) sekarang ini. Jadi macam mana depa ni nak harapkan sokongan rakyat kalau perangai sendiri tak mau ubah. Janganlah bila ada pemilihan baru nak terhegeh-hegeh tegur orang.
Bukan nak mengata, tapi aku tengok golongan siswazah yang minat nak berpolitik cukup susah nak survive dalam UMNO cawangan. Kalau yang survivepun mungkin, kaum kerabat mereka memang aktif. Yang lain yang menjadi pemimpin cawangan atau bahagian, tak grad pun. Belajarpun tak ke mana, yang ada cuma SPM cabok. Tapi bab cari projek untuk dapat komisyen, depa no.1. Jadi boleh la kumpul harta gunakan kedudukan dalam UMNO.
Itulah yang ramai orang tak suka. Bila PRU, baru la kena buku dengan ruas. Orang Penang kata, "Haaa, baru hang ada akai, itu hari siruuu sangat" Masalahnya sekarang, orang Melayu juga yang merana.
Pemimpin UMNO mesti ikhlas kalau nak berjaya di PP. Barisan baru kepimpinan mesti dicari dan diperkukuhkan. Jangan terlalu berharap sangat pada "segolongan Melayu yang rupa tak kelihatan macam Melayu" untuk menentukan nasib Melayu. Mereka mempunyai banyak alternatif lain, MIC ada, IPF ada, PPP ada, KIMMA pun ada. Itu kita kena ingat. Agenda Melayu hanya boleh dijayakan oleh orang Melayu kerana hati dan jiwa kita sentiasa Melayu. Persoalan asas ini perlu ditangani terlebih dahulu sebelum kita fokus untuk kembali berkuasa.
Politik Melayu sentiasa dipengaruhi oleh persepsi. Wujudnya perasaan serasi, selesa dan yakin sudah cukup untuk mendapat undi. Inilah puncanya Melayu PP boleh undi DAP semasa PRU. DAP bijak bermain sentimen orang Melayu. Mereka cekap bersandiwara bila berurusan dengan orang Melayu. Ini tidak boleh dibiarkan berpanjangan.
Jangan biarkan orang Melayu PP terus dipersendakan oleh Lim Guan Eng dengan lakonan watak Khalifahnya sehinggakan puak Masjid Melayu Lebuh Acheh pun sanjung mcm LGE tu betul-betul khalifah sedangkan agendanya chauvinisnya semakin jelas.
Mungkinkah orang Melayu akan cuma sedar bila mereka sudah hilang segalanya di PP? Realiti sebegini tidak boleh dibiarkan berlaku. Kita perlu bertindak !
Abu Garcia
Satu pandangan yang mempunyai logik & benar.Ianya tidak hanya berlaku di PP tetapi di mana saja.Pada amatan saya, apa yang berlaku adalah kerana Melayu menjadi amat meluat dengan telatah PM pada masa itu yang sentiasa backing menantunya.Undi protes dijelmakan di dlm PRU 12 dan akibatnya Melayu PPinang yang menjadi mangsa paling ketara kerana dap mendapat majoriti dan sekali gus projek tanjung II menjadi kenyataan.DAP merasakan maka inilah masanya mereka mengaut segala apa yang melayu PPinang ada kerana besar kemungkinan PRU 13 akan datang mereka kecundang.Masaalahnya sekarang ini ialah melayu sendiri yang tidak sedarkan diri...pkr cara pkr,pas cara pas & umno cara umno...dap melihat perpecahan ini sebagai peluang 'rule & divide' utk mereka terus berkuasa...
Bagi kami dari luar PPinang,tidak merasa ketara sangat kerana masih di bawah pimpinan melayu beragama islam yang masih tahu hukum hakam kecuali 'khalifah'LGE (butohhhh...).yang memanipulasikan sentimen islam dan ironinya melayu ppinang sendiri seolah-olah mendewakan celaka sekor ini...sedarlah bangsaku...(jangan takbir sudah bila dewa ini mengungkapkan amal makruf nahi mungkar)...