PULAU PINANG 5 Julai - Belum pun selesai masalah kira-kira 200 penduduk di Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini yang cuba diusir pemaju lima hari lalu, kini sebuah lagi kampung Melayu di kawasan sama bakal mengalami nasib serupa.
Kira-kira 100 buah rumah yang dihuni kira-kira 450 penduduk di Kampung Tengah yang terletak bersebelahan Kampung Jalan Pokok Asam bakal dibangunkan untuk projek komersial oleh sebuah syarikat pemaju lain dalam waktu terdekat.
Perkara itu didedahkan seorang penduduk kampung tersebut, Abdul Wahab Abdullah yang juga Pengerusi Badan Bertindak Projek Pembangunan kampung berkenaan.
Abdul Wahab berkata, pihak pemaju menawarkan pampasan wang tunai sebanyak RM70,000 bagi setiap rumah yang terlibat dan mengarahkan penduduk mengosongkan kediaman masing-masing serta keluar daripada kawasan tersebut.
"Seperti juga penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, kami juga telah diberikan notis selama tiga bulan dan tawaran pampasan sebanyak RM70,000. Namun, kami semua tidak mahu menerima tawaran tersebut.
"Kami tidak menolak pembangunan tetapi janganlah pembangunan tersebut memberi ketidakadilan kepada penduduk asal yang boleh dianggap sebagai peneroka kawasan penempatan itu.
"Inikah balasan atau pampasan kepada jasa mereka. Wang yang diberikan tidak mampu untuk membeli sebuah rumah pun di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Rabu lalu, kira-kira 200 penduduk di Kampung Jalan Pokok Asam hampir diusir. Operasi pengusiran penduduk yang majoritinya nelayan sepatutnya dijalankan pada hari tersebut dengan sebuah jentolak dibawa untuk kerja-kerja merobohkan rumah.
Bagaimanapun, selepas perbincangan diadakan bersama beberapa penduduk dengan pihak pemaju yang diwakili oleh seorang peguam, tempoh pengosongan ditangguhkan selama tiga bulan hingga 13 Oktober depan.
Difahamkan, tanah kampung berkenaan akan dibangunkan dengan projek kediaman bertingkat dengan kos lebih RM800,000 sebuah oleh pemaju dari Kuala Lumpur.
Menurut Abdul Wahab, seperti juga penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, penduduk di kampungnya juga sedia berpindah jika pemaju memberi pampasan dalam bentuk rumah di kawasan berdekatan yang setimpal dengan keluarga masing-masing.
Beliau mendakwa, wujud konspirasi terancang yang dilakukan pemaju terhadap perkampungan Melayu di kawasan Jelutong sejak lima tahun lalu.
Katanya, ia jelas dapat dilihat menerusi nasib yang menimpa enam kampung lain di kawasan itu yang kini sudah dibangunkan dengan projek komersial sekali gus menindas penduduk asal Melayu yang sudah tinggal berpuluh tahun di kawasan itu.
"Kampung Melayu di kawasan Jelutong ada 13 dan enam daripadanya telah dimajukan untuk tujuan pembangunan komersial. Penduduk asal kampung tersebut telah disisihkan dan hilang begitu sahaja apabila wang pampasan yang diberikan tidak mampu membeli rumah yang dibina pemaju.
"Kini, dua kampung lagi bakal berdepan nasib yang sama jika yang diterima hanyalah ganti rugi berbentuk wang. Kita tidak dapat bukti yang jelas (mengenai dakwaan konspirasi). Tetapi dari bentuk perancangan yang dilakukan, (seakan) wujud satu perancangan tersusun dan rapi.
"Pembangunan sememangnya diperlukan tetapi penduduk asal akan hilang. Inilah yang kita ragu dan bimbang. Sesuatu perlu dilakukan oleh kerajaan supaya nasib orang Melayu di sini terbela," katanya.
Abdul Wahab mendakwa, selain perkampungan berkenaan, wujud beberapa perbincangan oleh pemaju untuk mengambil alih beberapa lagi perkampungan Melayu di kawasan Jelutong.
"Maklumat yang saya terima menunjukkan bukan hanya enam kampung sudah 'tergadai' dan dua bakal menerima nasib sama, tetapi terdapat lagi beberapa perbincangan sedang diatur pemaju di perkampungan lain.
"Mereka ingin memajukan kawasan ini, namun yang menjadi mangsanya adalah penduduk kampung itu apabila mereka diusir dari tanah sendiri.
"Penduduk patut mendapat imbuhan atau ganjaran yang setimpal supaya dapat terus tinggal di kawasan tersebut. Barulah ia berbaloi dan pembangunan dapat dinikmati semua penduduk," katanya.
Komen PB
Bila Guan Eng dan kerajaan negeri bagi RM 100 sahaja kepada warga emas di kampung2 Melayu , tu dia bukan main lagi ada mamu dan mami seronok dapat duit ." depa cakap Guan Eng baguih , UMNO apa depa bagi kat kita " ... Puak2 PAS dan PKR dok mai habaq Guan Eng pemimpin Cina yang baik dan akan tolong Melayu ...
Sekarang selepas beberapa bulan dapat duit RM 100 , Guan Eng tuntut balik jasa dia dan mahu halau penduduk kampung yang majoritinya orang Melayu . Apa nak di kata lagi ?? Wakil rakyat di situ dari DAP dan PKR pun dah hilang ... TKM Melayu dua tiga kerat pun dah lesap sebab pemaju itu kroni syarikat bos dia .
Memang kampung2 Melayu di PP bakal lenyap dan tinggal kenangan sahaja kerana kuasa sekarang di tangan DAP . Lihat bagaimana mereka bertindak zalim terhadap Kedai DOREMI milik orang Melayu pun sudah walaupun pemiliknya itu ahli PKR .
Melayu di PP sudah jadi seperti umat Islam di Palestin iaitu dihalau dari tanahair sendiri ...













inilah orang melayu yang tak tahu bersyukur
selama ini umnolah yang membela nasib orang melayu sehingga mereka kekal di kampung mereka sampai sekarang. pasal terlalu taksub dengan anuar ibrahim inilah yang terjadi " menang sorak kampung tergadai". masa mengundi tak ingat nasib masa depan cucu cicit, asalkan puas hati menjatuhkan kerajaan melayu. janganlah nak dikasihankan nasib mereka, orang PKR dan PAS boleh membela mereka macam nasib penduduk Kampung Pala. Kalaulah Pakatan yang memerintah negara dah habis tanah melayu kampung baru di kuala lumpur tergadai tetapi kenapa dapat dipertahankan hak melayu. Fikirlah sendiri.
Orang melayu sekarang lemah..lemah semangat jihad. bila datang pemaju tu, pakatlah ramai ramai serang. biar hingga titisan darah yang terakhir. wajib mempertahankan tanahair kita dari diceroboh oleh orang asing.
tahniah kepada kerajaan pakatan kat penang dapat membuat mcm2 walaupun baru memerintah setahun jagung..well done..xpayah tipu dengan berita2 murah nie..rakyat penang tau yang mana betul yang mana taik lembu!hidup kerajaan 2 parti! xsuka next kita ubah!
Mintak2 lah musibah yg sama menimpa anak penang yg menulis diatas, mintak rumah dia terbakar ke, biar hilang harta benda dia tengok dia boleh menulis lagi tak macam kat atas tu.
Tak kira lah parti mana pun tapi jangan lah menindas rakyat , biasanya kat mana2 pun di Malaysia ni pemaju akan beri rumah sebagai ganti.
Orang Ultra-Kiasu punya perancangan yg teliti, mereka tak ada niat untuk menjaga kepentingan bangsa lain di negara ini, lihat saja dalam bidang ekonomi yg mereka kuasai, boleh kita tumpang sekaki? jangan haraplah. Ini bila mereka pegang kuasa politik, strategi untuk pegang penang dalam jangkamasa panjang telah dijalankan, lebih baik kita syak dahulu daripada terlangkup kemudian yg dah tak boleh diundur lagi. Puak ultra-kiasu ni kalau memandu dijalanraya pun mmg kurang ajar, tak reti beratur, pengotor, ada hati nak jadi pemerintah.
Saya cadangkan kepada anak penang diatas supaya sediakan skrip yg baik utk menjelaskan kepada anak cucu tentang kebodohan yg telah anda lakukan sehingga anak cucu anda merempat di negeri sendiri.
habis lah org melayu P.P lari masuk hutan...hahaha...ni dah mcm zaman British dulu...org cina tinggal kat bandar...org melayu lari masuk hutan (teroka hutan)..duduk kpg..nasib kau lah melayu...org atas beperang kau yg jadi mangsa...nak harap PR...mereka pon org kpg..yg asal datok nenek mereka dari kpg..bab tu..BODOH TAK LEH DIAJAR!!!
betul2...lihat kat melaka time kerajaan negeri nak runtuhkan...kadang babi kat sana mereka bersatu...sampai...semuanya tertangguh2...last kandang babi masih ada lg kat situ...kalau PR perintah...kandang babi pon buat kat kwsn melayu...