PULAU PINANG 9 Julai - Hujan lebat tidak menghalang lebih 200 penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini berdemonstrasi membantah tindakan pemaju yang mahu mengusir mereka bagi memberi laluan kepada projek perumahan mewah di situ.
Bantahan secara aman yang bermula pada pukul 2.10 petang selepas solat Jumaat berlangsung hampir setengah jam dalam keadaan hujan lebat di hadapan Masjid Jelutong di sini.
Rata-rata mereka yang turut disertai wanita memegang sepanduk antaranya tertera perkataan-perkataan "Siapakah agaknya yang dapat menyelamatkan orang Melayu di tanah sendiri?" dan "Pengusiran orang Melayu oleh Lim Guan Eng dan Jeff Ooi".
Selain itu, 'Selamatkan Lot 21-22 tanah perkuburan Islam dan Perkampungan orang Melayu Penang', 'Selamatkanlah Kampung Melayu, jahanamkan DAP', 'Pemimpin tolong buka mata', 'Di mana pemimpin di masa rakyat memerlukan?' dan 'Melayu belum merdeka'.
Pengerusi Sementara Badan Bertindak Penduduk Jelutong, Omar Abdullah, 58, berkata, mereka sangat kecewa dan menggambarkan layanan yang diterima oleh mereka sebenarnya lebih buruk daripada rakyat Palestin.
''Kami dihalau keluar dengan terancang melalui peruntukan undang-undang. Kami sedih seolah-olah menumpang di tanah sendiri. Di manakah semua pemimpin yang sepatutnya bantu kami?
''Kami bukan tamak atau mahu yang bukan-bukan, kami hanya mahu kekal di kawasan ini kerana sudah menetap di sini sejak sekian lama. Kami bukannya setinggan, jadi janganlah perlakukan kami sebegini.
''Di mana Timbalan Ketua Menteri I (Mansor Othman)? Apa yang mereka lakukan? Takkan nak berdiam diri sahaja, jumpalah kami dan bantu kami cari jalan nak selesai masalah ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui.
Tambahnya, pihak pemaju sepatutnya perlu lebih prihatin dengan nasib penduduk kampung dan berbincang mencari jalan penyelesaian dan bukannya dengan cara mengusir penduduk kampung dalam waktu singkat.
Sehubungan itu, Omar berkata, pihaknya akan menghantar satu memorandum kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat supaya mengeluarkan arahan meminta projek berkenaan diberhentikan buat sementara waktu untuk memberi ruang perbincangan.
Dalam pada itu, seorang Ahli Jawatankuasa Bertindak Kampung Jalan Pokok Asam, Mohamad Khir Mohamad Said, 44 berkata, penduduk kampung yang rata-rata orang Melayu tidak boleh dipindahkan ke tempat lain.
"Kita mahu perkampungan Melayu mesti diwujudkan juga di sini. Pemaju ambil rumah kami, jadi mestilah beri kami rumah juga di sini kerana dengan duit pampasan yang diberi kita pun tak mampu nak beli rumah mewah yang mereka nak bangunkan," ujarnya.













SLM BRO..KETUA MENTERI JAMBAN PENANG SAJE NK TEST KESABARAN ORG MELAYU. MEREKA SUKA PROVOKE SBB TAU ORG MELAYU PNTANG DI CABAR!. DAN MEREKA AKAN GUNAKAN KELANTANGAN SUARA ORG MELAYU DGN MENGATAKAN ORG MELAYU YG RASIS!. BIJAK BTUL OTAK KETUA JAMBAN NI!..HARKK PTUIHHH!!!
Ingatkan Pakatan/ DAP akan berikan geran tanah 999 tahun kat penduduk kg asam macam penduduk kg baru di perak dulu, rupanya tawaran2 yg sedemikian hanya untuk orang cina sahaja.
Jelas lah DAP hanya untuk orang cina, parti ini yg wajib diharamkan di Malaysia! Perkauman tahap tertinggi!
Bangsa lain adalah sampah pada DAP, jumlah pampasan yg ditawarkan adalah suatu penghinaan kepada rakyat malaysia! DAP harus diajar! senaraikan syarikat2 yg bersekongkol dgn parti ini dan boikot habis-habisan, SIFAT KURANG AJAR MEREKA KEPADA WARGA MALAYSIA HARUS DI BALAS! JADIKAN INI SUATU TITIK MULANYA PENGHANCURAN SEBUAH PARTI DURJANA YG TIDAK LAYAK MEMIJAK BUMI MALAYSIA INI! SIA-SIA MENJADI MUSLIM JIKA HANYA UNTUK DI INJAK-INJAK KEPALANYA OLEH KUFFAR HARBI!