Anwar pengkhianat bangsa - TPM

on Monday, July 5, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


BATU PAHAT: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa kerana sanggup melakukan apa saja, termasuk bersekongkol dengan rejim Zionis untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Anwar akan menghalalkan segala-galanya dan melakukan apa saja untuk mencapai cita-cita peribadinya.Berikutan itu, Muhyiddin berkata, segala tindak tanduk Ketua Pembangkang itu patut memberi iktibar dan memberi gambaran kepada rakyat, khususnya orang Melayu siapa Anwar sebenarnya.

Apa muslihat pemimpin PKR, dia tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mempengaruhi pengundi supaya sokong dia jadi Perdana Menteri.

"Saya pernah cakap ini (perbuatan Anwar) adalah satu pengkhianatan kepada perjuangan bangsa... menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat.

Orang Melayu kena sedar apa yang dilakukan Anwar, perbuatannya meretakkan perpaduan orang Melayu... masalahnya ialah masa depan orang Melayu, katanya"


berita harian



Komen PB


TPM sekali lagi menyerang Anwar Antaturk apabila menyatakan Anwar sebagai Pengkhianat Bangsa yang sanggup melakukan apa saja termasuk bersekongkol dengan Yahudi dan juga menyebabkan pepecahan dikalangan orang Melayu .

Syabas kepada TPM yang menyahut seruan PM bahawa kita seharusnya menyerangkan pembangkang sekiranya mahu menang dalam PRU 13 . Sepatutnya ini yang harus dilakukan oleh pemimpin2 UMNO diperingkat bahagian kerana sudah sekian lama kita senyap dan bertahan daripada serangan pembangkang.

Sudah banyak bola tanggung sekarang ini isu di PP yang seharusnya digunakan untuk menyerang Pakatan . ATTACK !!!


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps