Anwar bising tentang Kampung Baru , KL tetapi kampung Melayu di PP tidak dipedulikan

on Thursday, July 8, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru penduduk Kampung Baru di sini agar tidak terpedaya dengan janji manis ditawarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengetengahkan pelan untuk membangunkan kawasan eksklusif orang Melayu itu baru-baru ini.

Beliau berkata, penduduk jangan sesekali terperangkap dengan tawaran yang dibuat BN sehingga menyebabkan tanah di kawasan tersebut dijual untuk projek pembangunan.

-----------------------------------------------------------------

“Apa punya otak orang BN, semua pikir duit sahaja. Ada tanah semua nak jual, jangan harap puak ini nak uruskan pembangunan Kampung Baru kerana nanti akibatnya macam cerita Pendekar Bujang Lapok RM40,000 untuk kamu, RM400 juta untuk aku (kerajaan BN),” katanya ketika berucap pada Forum Keamanan Gaza di Gombak


MalaysianInsider


Kenyataan Anwar ni tak ubah seperti kata pepatah, "kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan".

Anwar sibuk memperkatakan mengenai nasib Kampung Baru di Kuala Lumpur, tetapi dia buat tak tahu tentang nasib Kampung Jalan Asam, Kampung Binjai dan juga Kampung Tengah di P.Pinang yang bakal dirampas oleh kerajaan zionis DAP pimpinan Lim Guan Eng.

Nasib tanah wakaf, kampung melayu dan juga wang zakat di P.Pinang semakin kelam di bawah pentadbiran khalifah PAS Lim Guan Eng. Apakah Anwar sengaja membiarkan DAP bermaharajalela di P.Pinang di atas sebab-sebab tertentu?

Anwar adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh dan juga merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen. Selain itu, dia juga menjadi Perdana Menteri tak rasmi kepada seluruh ahli Pakatan Rakyat. Jadi, jangan kata yang dia tak mampu untuk bersuara demi rakyat serta bangsa melayu di negerinya sendiri.

Sikap Anwar yang memejamkan mata diatas apa yang berlaku di P.Pinang ini amatlah meragukan. Mungkin ada perjanjian secara gelap termeterai diantara Anwar dengan DAP sebelum PRU12 lalu. Mungkinkah rakyat dan negeri P.Pinang di kambing hitamkan demi cita-cita politik Anwar?

Mungkinkah juga isi perjanjian itu adalah dengan menggadaikan negeri P.Pinang kepada DAP sebagai ganti kepada sokongan tak berbelah bahagi puak zionis itu untuk Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan juga bakal Perdana Menteri?

Segalanya mungkin jika ia melibatkan manusia sesumpah bernama Anwar Ibrahim !

sumber : unit media permatang pauh


One Response

  1. " harapkan pagar, pagar makan padi"?.itu dulu tetapi sekarang lebeh teruk.tepuk dada tanya selera.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps