..

..

PKR meroyan semula di Perak

on Monday, June 14, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


PB nak tergelak bila baca dalam akhbar dan berita Awani semalam yang Adun UMNO mahu lompat ke PKR . Media spt Sinar Harian dan Awani punya la dok sebar cerita bohong ini sedangkan tiada apa2 pun berlaku lagi .

Yang seronok tu Ketua Pembohong PKR di Perak itu siapa mendakwa 3 Adun UMNO ini dan 12 Ketua Bahagian UMNO Perak kecewa dengan pentadbiran Zambry sehingga menubuhkan Gerakan Anti Zambty ( GAZ ) .. Sudah meroyan balik ka puak2 ini semua ..kah kah kah

Malah ramai pemimpin2 UMNO Perak gelak sakan bila mendengar penyakit gila meroyan Ketua Penerangan Perak yang mendakwa 3 Adun UMNO akan lompat parti ke PKR di sidang akhbar pembohong . haha tak sangka ada media2 yang percaya cerita bohong ini ..

Kalau benarlah ada 3 Adun UMNO mahu lompat, kenapa tak bawa 3 Adun itu sekali .. buat macam Zahrain , Tan Tee Beng yang umum keluar parti direct di sidang media . Baru la ada class sikit nak bohong pun ..


Ini penafian Dr Zambry mengenai pembohongan lompat parti ini !!

IPOH, 13 Jun (Bernama) -- Dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak bahawa tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno akan menyertai pembangkang adalah satu pembohongan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata dakwaan itu bertujuan memecah-belahkan perpaduan di dalam Umno yang kini semakin kukuh.

"Mereka (pembangkang) cuba untuk mereka-reka isu. Ini adalah satu taktik alih pandang kerana mereka menyaksikan satu demi satu pemimpin mereka meninggalkan parti itu," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari Ahad.

Zambry diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan PKR Perak Zulkifli Ibrahim yang sebelum itu memberitahu satu sidang media di sini bahawa tiga Adun Umno akan menyertai PKR dalam masa terdekat.

Zulkifli berkata ketiga-tiga Adun tersebut tidak berpuas hati dengan layanan Zambry kerana lebih mengutamakan bekas Adun PKR.

Katanya nama tiga Adun Umno itu akan diumum pucuk pimpinan tertinggi parti tidak lama lagi.

Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri turut menyangkal dakwaan pembangkang bahawa rakyat Perak tidak berpuas hati dengan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di negeri itu kerana polisi yang tidak stabil.

"Ini bukan strategi baru pada ketika BN dan rakyat di Perak berada dalam keadaan tenteram dan kerajaan yang diterajui oleh BN bekerja seperti biasa," katanya.

-- BERNAMA

Nampak sekarang ini PKR semakin terdesak itu mengalihkan isu masalah dalaman dalam parti mereka yang semakin meruncing kerana ramai ahli2 parti , cabang ,ranting telah dibubarkan .

Malah di Perak sendiri , Cabang Ipoh Barat dan beberapa pemimpin2 PKR di Perak telah mengumumkan keluar parti tahun ini . Jadi , kepada Parti Kelentong Rakyat ( PKR ) dan blogger bajingan Pakatan , lebih baik tolong tengok negeri2 Pakatan anda itu dulu sebelum nak bikin cerita pembohongan di Perak ..


One Response

  1. Orang Pkr dan Pas pun ketawa sakan dengar berita ni. Mereka pun tak pecaya. Yg diorang tau YB pakatan yg banyak melompat sbb dah jadi budaya.

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.