..

..

Pelaburan ke Penang jatuh dari RM 2.2 Billion ke RM 100 juta di bawah pemerintahan Guan Eng

on Tuesday, June 15, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Kerajaan negeri hanya tarik pelaburan RM100 juta

PULAU PINANG 5 Mei - Parti Gerakan mendedahkan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng hanya berupaya membawa masuk pelaburan baru kira-kira RM100 juta bagi tempoh Januari hingga Februari lalu.

Penolong Setiausaha Gerakan negeri, Goh Kheng Sneah berkata, statistik tersebut disifatkan amat kritikal memandangkan pelaburan bagi tahun lalu cuma RM2.2 bilion iaitu menurun sebanyak 80 peratus daripada RM10.2 bilion pada 2008.

Menurutnya, ia merupakan satu petanda bahaya kerana jumlah pelaburan juga dijangka terus menurun pada tahun ini dan boleh menimbulkan masalah besar kepada rakyat Pulau Pinang.



"Cuba bayangkan pelaburan di Pulau Pinang hanya RM100 juta, maksudnya purata RM50 juta sahaja dalam sebulan.

"Kalau tahun lepas turun, tahun ini lagi turun dan ini adalah petanda tidak sihat kerana tentu sekali tahun-tahun akan datang kegawatan ekonomi di Pulau Pinang pasti berlaku.

"Jangan tanya di mana saya dapat angka ini, saya cabar Guan Eng menafikannya dan maklumkan kepada rakyat berapa pelaburan yang dia telah tarik bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini," katanya pada sidang akhbar di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.


Selain itu jelas beliau, pelaburan berkenaan juga tidak setimpal dengan jumlah dan kos lawatan Guan Eng ke luar negara bagi menarik kemasukan pelabur baru.

Katanya, sejak 11 Mac 2008, Guan Eng sudah ke luar negara sebanyak 15 kali bertujuan membawa masuk pelabur baru termasuk beberapa lawatan yang disertai isterinya.

Negara-negara tersebut adalah Hong Kong, Korea Selatan, China, Taiwan, Timur Tengah, Amerika Syarikat (AS), Indonesia dan Singapura.

Sehubungan itu, Kheng Sneah mahu Guan Eng melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bagan dan menumpukan sepenuhnya tugas sebagai Ketua Menteri.

"Bagi saya berdasarkan jumlah lawatan berbanding keputusan pelaburan jelas menunjukkan bahawa dia (Guan Eng) gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Menteri. Mungkin dia pergi makan angin lebih banyak daripada tarik pelabur," ujarnya.



Kheng Sneah turut menyelar keputusan Guan Eng menolak pelaburan berjumlah RM10 bilion sebelum ini atas alasan tiada pekerja mahir mencukupi dalam bidang elektrik dan elektronik (E&E).

Beliau menambah, tindakan berkenaan disifatkan sebagai bodoh dan tidak adil kepada rakyat di negeri ini.

"Semasa (era) bekas Ketua Menteri, Tun Dr. Lim Chong Eu pun mana ada ramai pekerja mahir di Pulau Pinang. Tolong buktikan jika Singapura, Korea Selatan dan Taiwan ada cukup tenaga mahir, ini masalah biasa, semua negara hadapinya," jelasnya.

Sumber: the unspinners


One Response

  1. Anonymous says:

    pahang,negeri sembilan dah bangkrap

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.