PAS pinggirkan pengundi Melayu kerana ghairah menarik sokongan bukan Melayu

on Saturday, June 12, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


KOTA BAHARU, 11 Jun (Bernama) -- PAS diminta tidak meminggirkan pengundi tradisional dalam meraih sokongan pada pilihan raya umum akan datang.

Parti itu diingatkan agar tidak terlalu yakin untuk ke Putrajaya, sekiranya mereka melupakan pengundi Melayu beragama Islam yang memberi sokongan kepada parti itu selama ini.


"Jangan kecilkan hati pengundi tradisional ketika kita sudah mempunyai rakan kongsi yang kita namakan sebagai Pakatan Rakyat serta jumlah keanggotaan parti yang semakin ramai termasuk menarik sokongan bukan Melayu.

"Apa yang kita takutkan, ia hanya akan tinggal sebagai satu angan-angan sahaja (untuk ke Putrajaya) dan untuk itu kita mahukan ahli yang benar-benar komited dalam usaha kita meraih sokongan bukan Melayu ini," kata perwakilan dari Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar PAS ke-56 di sini Jumaat.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan menjangkakan muktamar kali ini merupakan yang terakhir sebelum pilihan raya umum, berdasarkan beberapa petunjuk diadakan secepat mungkin atau pada tahun depan.


3 Responses

  1. PB-AF yang dikendalikan oleh Astro kita boleh ajar dan didik mereka untuk maju.tetapi orang yang berderama di pentas politik ini kebanyakan orang frust dengan titi yang dilaluinya.bagi mendapatkan keinginan hati apa saja boleh berlaku.boleh dikatakan perangai seperti dajal. maka yang ruginya pengikut yang tidak menkaji terlebeh dulu.lama kelaman apabila jenis ini banyak maka datanglah Ya'juj dan Ma'juj.musnahlah segala kenikmatan yang ada pada masa ini.harapan saya orang Islam Malaysia tolong refer dari mana-mana tafsir Al-Quran untuk kebaikan.

  2. Ogos 1963“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram." - Dewan Ulama PAS

    Haji Hadi pernah menyebut di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Waktu itu UMNO dituduh kafir kerana kerjasama dengan MIC, MCA dan Gerakan, hari ini orang yang menuduh itu menghalalkan perkara yang pernah diharamkannya.

    Parti PAS sudah menjadi HARAM dan KAFIR
    -----------------------------------

  3. ref.pendekar melayu-baru punya cerita mereka berkerjasama dengan kafir mengikut sarak dan kitab tetapi UMNO tidak.satu lagi penbohongan baru pada pengikut mereka.harapan saya hendaklah mereka yang mengikut cepat-cepat sedar,jangan terjurumus dalam lembah kehinaan kerana politik.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps