..

..

PAS kini bukan lagi parti Islam , mahu letak calon bukan Islam sebagai calon PAS

on Sunday, June 13, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Selepas penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS baru-baru ini, PAS terus melangkah ke hadapan dengan membenarkan penyokong bukan Islamnnya bertanding menggunakan lambang parti itu dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat hasil keputusan mesyuarat majlis syura - badan tertinggi dalam parti itu - kelmarin.

"Bagaimanapun mereka hendaklah faham pada ajaran Islam serta bermoral tinggi," katanya menjelaskan syarat-syarat yang dikenakan bagi melayakkan pemilihan golongan itu.

Abdul Hadi (gambar, tengah) bagaimanapun berkata jumlah kerusi dan kawasan pilihan raya yang diperuntukkan bagi golongan itu setakat ini masih dikenalpasti.




Komen PB

PAS kini sah bukan lagi mempejuangkan Melayu/Bumiputra ..demi kuasa mereka sanggup menggadaikan apa sahaja. Lebih baik PAS buangkan sahaja perkataan Islam pada parti mereka kerana kini PAS sudah meletakkan bukan Islam sebagai calon mereka untuk diangkat sebagai pemimpin .


amanat Hj Hadi kafirkan UMNO


Mana perginya amanat Hj Hadi dahulu yang melabelkan UMNO kafir kerana berkawan dengan MCA dan MIC ??? Hari ini PAS lagi advance dari UMNO mengangkat terus orang bukan Islam sebagai wakil PAS nanti dalam PRU 13 .

Adakah PAS sudah lupa dahulu semasa PRK Hulu Selangor , PAS hebat memainkan sentimen bangsa dan Islam apabila berkempen kepada orang Melayu supaya menolak Calon BN Kamalanathan kerana bukan Islam . PAS Cakap tak serupa bikin !!!!!!!!!!!


3 Responses

  1. Satu lagi pembohongan oleh Hadi awang mengatakan pas mengikut sarak apabila berkerjasama dengan kafir tetapi UMNO tidak bagitu.mereka ikut kitab UMNO tidak.baca dalam utusan 14/6/2010.maseh mahu perbodoh pengikut untuk kepentingan dunia. sedarlah wahai orang yang beragama Islam dengan orang yang lidahnya bercabang.

  2. Anonymous says:

    kalau takda PAS parti apa yang boleh mengangkat hukum Allah hukum hudud? parti UMNO? parti KITA? parti JASA? perkasa? Pas & UMNO perlu berbincang bukan jadi songsang.

  3. Anonymous says:

    Mane maruah PAS selama ini...?

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.