..

..

Mr Bean PAS sahkan Pakatan rampas kerajaan dalam PRU 13 melalui kebencian rakyat bukannya membela rakyat

on Tuesday, June 15, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Pas ambil kesempatan kemarahan rakyat kepada BN

KOTA BHARU 13 Jun - Antara cabaran paling besar dihadapi Pas menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 ialah memastikan kebencian dan kemarahan rakyat terhadap parti pemerintah dapat diterjemahkan ke dalam peti undi.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas perlu memanfaatkan keadaan itu dengan mencari kaedah untuk terus menyakinkan rakyat dengan memberi peluang kepada parti itu dan pakatan pembangkang untuk menjadi kerajaan.

''Marah dan benci rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) meluap-luap, harapan mereka begitu tinggi kepada Pas dan parti pembangkang lain.

''Hinggakan masalah kapal selam yang tidak boleh menyelam, katak yang tidak boleh melompat semuanya dikatakan berpunca daripada UMNO,'' katanya

utusan malaysia



Komen PB

Ini lah sebab mengapa PB cukup suka sangat apa isu yang dimainkan oleh Mr Bean PAS
ini . Pemikiran tahap budak PASTI dalam kepala otak dia ini itulah menjadi bahan2 PB untuk hantam PAS.

Rakyat boleh menilai sendiri kata-kata Mr Bean ini , terbukti sikap PAS dan Pakatan Rakyat hanya untuk menangguk air yang keruh sahaja iaitu kemarahan rakyat agar menyokong mereka dalam pilihanraya . Mereka bukan hanya mahu berkhidmat dan berbakti untuk rakyat tetapi hanya mahu kuasa untuk menjadi kerajaan dengan menumbangkan kerajaan BN
.

Lihat sendiri di negeri Pakatan dan kawasan Parlimen yang mereka kuasai , adakah nasib rakyat di sana terbela ?? Berapa kerap mereka pemimpin Pakatan ini turun padang bertemu di kawasan mereka sendiri ??
Di PP sendiri , lihat sendiri bagaimana peniaga Melayu ditindas oleh kerajaan DAP .

Klik di sini untuk lihat kawasan Pokok Sena iaitu Parlimen Mr Bean sendiri pun dia tak jaga .


Jadi, terbukti Mr Bean telah sahkan Pakatan Rakayat sebenarnya mahu kuasa dengan hanya hanya menaburkan kebencian rakyat kepada kerajaan ..

Mereka ini bukan mahu membela rakyat , tetapi hanya mahu mengapikan kemarahan rakyat terhadap kerajaan agar mengundi mereka pada pilihanraya .

PAKATAN RAKYAT HARUS DITOLAK !!!!












2 Responses

  1. Anonymous says:

    jenis pening sebab jatuh terlengtang atas jalan,,
    pengikutnya pulak guling-guling atas jalan.

  2. jangan marah kat dia,sendiri punya diri pun tak tahu apa yang mesti dilakukan sebagai MP.

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.