Chegu Bard menghina DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Pemuda UMNO buat laporan polis

on Friday, June 11, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


laporan polis oleh Pemuda UMNO


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau telah membuat laporan Polis terhadap Badrul Hisham Shaharin ( Chegu Bard ) yang menghina DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan & Raja-Raja Melayu menerusi laman blog beliau. Tajuk Artikel : Warkah terbuka kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong : 'hepi besday, sir !', laporan dibuat di Balai Polis Rembau Jam 3 petang tadi. klik di sini

CheGuBard mencadangkan demi mempertingkatkan martabat dan terus mendapat penghormatan selaku Ketua Penguasa dalam perihal agama dan adat istiadat maka Raja Melayu itu sendiri harus diperkasakan lagi.

Sesiapa juga yang menjadi Ketua Penguasa Agama seharusnya tahu dan mahir dalam bidang tersebut juga. Tiba masanya Majlis Raja - Raja mensyaratkan agar semua tuanku - tuanku Ketua Agama seharusnya sekurang - kurangnya punya Diploma Pentadbiran dan syariah Islam agar mampu memainkan peranan yang lebih efisyen. Tidaklah hanya menerima nasihat dari seorang dua yang punya kepentingan tertentu. Percayalah dengan ini Institusi ini akan lebih dihormati.


Siapa you Chegu Bard untuk nak ajar Majlis Raja- Raja Melayu dan menetapkan kelayakan untuk menjaid DYMM Tuanku ..Ini lah ajaran NGO haram Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Chegu Bard yang sekarang cuba merosakan pemikiran anak bangsa Melayu supaya menderhaka dan menghina institusi Raja .


One Response

  1. Dah terlalu pandai sampai nak menonjolkan kebodohan pulak. Very bad cikgu bard. Kau siapa yg hendak meletakan syarat2 kelulusan sebelum keturunan raja ditabalkan sebagai Sultan. Mencadangkan pun kau tak layak. Ramai sultan yg berkelulusan lebih tinggi dari kau. Seandainya sultan memiliki kelayakan yg kau cadangkan,institusi raja tetap diiringi dengan penasihat2 baginda.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps