..

..

Bila Najib turun padang jumpa pemandu teksi dan penarik beca

on Thursday, June 17, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Najib turun padang berjumpa pemandu teksi dan
penarik beca di Kelantan


KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa kira-kira sejam melakukan tinjauan mesra ke atas pemandu teksi dan pengayuh beca serta orang ramai di bandar ini sempena lawatan sehari ke Kelantan, semalam.

Tinjauan mesra itu bermula kira-kira jam 11.30 pagi sejurus Perdana Menteri merasmikan cawangan Ar-Rahnu Bank Islam, sebelum berjalan kaki hampir satu kilometer ke Stesen Kereta Sewa Pohon Pinang.

Ketika Najib yang diiringi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, tiba di stesen itu, Presiden Gabungan Kereta Sewa Kelantan, Mat Hussin Awang, mengambil kesempatan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri memohon supaya empat cadangan mereka diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan.

Mat Hussin berkata, pihaknya memohon kerajaan mempertimbangkan subsidi petrol dan diesel pada kadar RM1 seliter diberikan kepada pemandu teksi atau kereta sewa.

Katanya, pihaknya turut memohon kerajaan meneliti tiga lagi cadangan persatuan iaitu menyediakan 2,000 baju seragam 1Malaysia, perlindungan insurans kepada pemandu kereta sewa dan menyediakan kemudahan terminal kereta sewa negeri berpusat di bandar ini.

"Kami sempat menyerahkan memorandum berkenaan kepada Perdana Menteri tadi (semalam), walaupun beliau tidak memberi sebarang keputusan namun kami menaruh harapan perkara itu akan dapat diberi perhatian sebaiknya," katanya.

Pemandu teksi, Sulaiman Awang, 64, melahirkan kegembiraannya kerana dapat bersalam dengan pemimpin nombor satu negara itu yang disifatkannya mesra rakyat.


"Saya sudah membawa kereta sewa sejak 30 tahun lalu dan pengalaman bersalaman dengan Perdana Menteri ini akan diingati hingga akhir hayat kerana bukan senang untuk berjumpa pemimpin nombor satu negara.

"Untuk menyambut kunjungan Perdana Menteri kami sudah menunggu sejak jam 7 pagi," katanya.

Pengayuh beca, Ghani Umar, 65, berkata beliau gembira dapat berjumpa dan bersalaman Perdana Menteri yang selama ini hanya dilihat menerusi televisyen.

Ghani yang juga ahli Persatuan Beca Kelantan memuji sikap Najib yang sentiasa turun padang dalam usaha meninjau dan mendekati masalah rakyat negara ini.

"Saya melihat cara Perdana Menteri ini sebagai sesuatu yang harus diikuti pemimpin lain, sekiranya Najib sanggup turun padang, maka tiada alasan untuk (pemimpin) lain tidak berbuat demikian," katanya.

Perdana Menteri mengakhiri sesi tinjauan mesra dengan beramah mesra dengan orang ramai dan pelanggan di Restoran Mutiara Corner, yang terletak bersebelahan pejabat PAS Kelantan.


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.