..

..

Anwar sekarang ini anti Judi , tetapi pernah guna jet judi untuk ke luar negara

on Wednesday, June 16, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Semua orang tahu Datuk S. Nallakaruppan adalah bekas rakan karib , Datuk Seri Anwar Ibrahim.Juga semua orang tahu beliau adalah bekas pengarah ekskutif syarikat judi Magnum Corporation Berhad.

Sebab itu Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu adakan sidang akhbar Selasa untuk mempersoalkan kelayakan Penasihat PKR itu nak cakap bab judi pertaruhan sukan untuk hentam kerajaan.

Ini kerana dakwanya semasa dalam kerajaan dulu Anwar pernah beberapa kali guna jet milik Magnum untuk terbang ke luar negara.

''Ketika itu saya masih memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Magnum. Saya tahu segala-galanya tentang Anwar dan Magnum.

''Kalau dia kata judi itu haram, mengapa datang kepada kami ?" soalnya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Nallakarupan mendakwa Anwar dan parti pembangkang sengaja bising soal judi semata-mata untuk kepentingan politik mereka.





Sebelum ini bekas rakan tenis Anwar itu dalam beberapa ceramahnya pernah menyuarakan rasa hairan mengapa Ketua Pembangkang itu boleh rapat dengannya sedangkan beliau berkhidmat dengan sebuah syarikat judi.

Anwar dan Nallakaruppan bersahabat selama lebih 20 tahun sebelum putus ekoran timbul pertikaian politik antara mereka.

Dalam pada itu jangan lupa pada gambar kontrovesial Anwar berdansa riang ria dengan anak tauke Genting masa jadi pembesar dalam kerajaan dulu.- 15/6/2010


One Response

  1. Mempertaruhkan nasib rakyat dengan pembohongan pun sama dengan judi. Inilah yg sedang dibuat oleh Anwar. Meliwat juga suatu perjudian dimana Anwar kalah dan terangkap.

    Anwar maseh berjudi dengan masa depan negara sebagai pertaruhan. Dia akan terus kalah.

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.