..

..

Adakah ini hint terbaru PRU ke 13 semakin dekat ??

on Tuesday, June 15, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Kalau Tun M cakap ok ,apa pulak kata Najib

KUALA TERENGGANU 14 Jun — Tahap kepuasan hati rakyat terhadap prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meningkat kepada 72 peratus mungkin boleh menjadi petunjuk bagi kerajaan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 dalam masa terdekat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, terpulang kepada kerajaan sama ada ingin mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat dengan mengambil kira kaji selidik yang dibuat Merdeka Centre.

"Alhamdullilah kalau dia (Najib) terima 72 peratus. Tapi ranking agensi itu kita nak kena tahu juga siapa mereka.

"Yang saya tahu semasa saya menang sehingga dua pertiga kerusi, kedudukan ranking saya 60 peratus saja. Tetapi kalau 72 peratus, kita harap boleh menang lebih daripada dua pertigalah. Boleh buat sekaranglah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau mengulas hasil kaji selidik agensi itu yang mendapati tahap kepuasan hati rakyat terhadap prestasi Perdana Menteri meningkat 72 peratus bulan lepas berbanding 69 peratus pada April lalu. - Bernama



One Response

  1. Harap kita jangan lalai, leka dan terperangkap dengan perang propaganda dan psywar parti pembangkang melalui Merdeka Centre ini. Ini merupakan divert issue kepada masalah liwat Al juburi. Sebaiknya lakukan perubahan drastik dalam kepimpinan UMNO/BN dan hentam Fuckhatan habis-habisan hingga tersungkur baru buat PRU 13 2013.

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.