Tender terbuka CAT Guan Eng retorik dan tidak telus

on Wednesday, May 5, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Manifesto DAP pada PRU 12 dahulu bahawa setiap syarikat yang mendapat tender daripada kerajaan negeri bagi projek bernilai lebih RM10 juta perlu memberi sumbangan hari ini dipertikaikan oleh Datuk Azhar Ibrahim dari Barisan Nasional (BN) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) .

Beliau berkata kerajaan negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepatutnya memberi penerangan lebih jelas kepada siapa sumbangan tersebut diberikan.

"Sumbangan itu untuk siapa, kerajaan negeri atau masuk poket siapa?"

Selain itu kata beliau juga turut persoal tindakan kerajaan negeri dalam pemberian beberapa tender kerana tidak menggambarkan sistem terbuka berlandaskan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang dilaungkan oleh Guan Eng selaku Ketua Menteri .

Antara contoh yang beliau jelaskan ialah tender projek di Taman Perindustrian Batu Kawan iaitu terdapat lima syarikat yang memohon tetapi yang berada di kedudukan kelima pula dipilih.

Apabila tender ini dibuka, syarikat yang berada di kedudukan kelima itu sahaja dipanggil Guan Eng untuk membuat rundingan. Persoalannya mengapa tidak dipanggil syarikat yang berada di kedudukan pertama atau kedua . Adakah syarikat ke lima itu kroni Guan Eng dan DAP ???

Selain itu , menurut Azhar, tender projek Bukit Jambul Country Club (BJCC) juga sama apabila ia diberikan kepada Taiyo Resort (KL) Berhad yang didakwa mempunyai masalah kewangan seperti didedahkan oleh Gerakan sedangkan masih ada syarikat lain juga disenarai pendek.

Ini menunjukkan dalam permohonan tender itu walaupun ada syarikat yang mempunyai keupayaan, rekod yang baik tetapi sebaliknya syarikat yang mempunyai masalah kewangan pula diberi tender oleh Guan Eng . Syarikat Taiyo itu juga merupakan syarikat luar dari PP dan sepatutnya kerajaan negeri mengutamakan syarikat tempatan dahulu .

Kesimpulan yang PB lihat , apa yang Guan Eng cakap tender terbuka oleh kerajaan PP adalah sebenarnya lebih kepada retorik sahaja atau lebih mudah " Cakap tak serupa bikin " . Guan Eng cakap hebat kononya open tender ini boleh menjimatkan duit kerajaan negeri tetapi itu semua retorik sahaja .

Daripada surface nampak seperti telus sistem open tender ini, tetapi sebenarnya bohong !! Tender terbuka kepala otak dia kalau boleh dok semuanya ada runding -runding lagi ... Lebih baik tak payah buat terus open tender ini .



One Response

  1. Itulah Rasuah ala DAP. Siapa tak mau duit. Pilih penender No.50 lebih tinggi nilai 10% untuk poket DAP. Kroni diutmakan,10% didahulukan. Apabila disyaratkan 10% dari jumlah tender diberi maka kos kesluruhan projek akan meningkat.Anggaran kos tender yg dijangkakan akan ditambah nilainya 10% untuk tidak membebankan syarikat yg berjaya.
    Sekiranya kerajaan memutuskan kelulusan tender kpd syarikat yg ke 50 ini bererti jumlah 10% tadi akan meningkat tinggi berbanding dengan syarikat yg berkedudukan No.1 atan 2.

    Sistem terbuka dan runding boleh diumpamakan sebagai 'cari makan'. Mengapa syarikat dari luar P.Pinang adalah kerana syarikat ini jenis pandai jaga rahsia.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps