Sudut pidato PP bermotifkan politik menutup kelemahan kerajaan PP

on Tuesday, May 4, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Pengenalan Sudut Pidato oleh kerajaan negeri dibimbangi akan disalah guna oleh pihak tertentu sebagai landasan politik untuk memainkan sentimen rakyat dengan memburukkan kerajaan Pusat.

Setiausaha Kelab Warisan Malaysia Pulau Pinang (Keris), Azman Hassan percaya ia juga merupakan perancangan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat melemparkan rasa tidak puas hati khususnya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Sebagai contoh, jika seseorang memperkatakan tentang kelemahan sistem pendidikan negara atau kekurangan kemudahan kesihatan, sudah tentu isu ini melibatkan kerajaan Pusat yang akan dilihat sebagai tidak peka atau prihatin terhadap masalah rakyat.

"Justeru, saya tidak nampak kenapa Sudut Pidato ini tidak boleh menjadi medan politik oleh kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang untuk memburukkan kerajaan Pusat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng dijadual merasmikan Sudut Pidato yang terletak di Dataran Milenium, Padang Kota Lama di sini esok.

Kemudahan tersebut dibuka kepada orang ramai pada setiap hari Rabu dan Ahad dari pukul 6 petang hingga 9 malam bermula 9 Mei ini untuk menyuarakan sebarang pandangan atau pendapat.

Azman tidak menolak kemungkinan terdapat perancangan supaya individu atau pihak tertentu dijemput untuk menggembar-gemburkan sesuatu isu sehingga boleh mempengaruhi pemikiran rakyat.

Sementara itu Naib Ketua Pemuda Gerakan negeri, H'ng Khoon Leng berharap kerajaan negeri benar-benar telus dalam mengendalikan Sudut Pidato tersebut dan membenarkan sesiapa sahaja untuk mengambil bahagian.

Katanya, beliau tidak mahu mana-mana pihak atau individu dihalang daripada bersuara di Sudut Pidato semata-mata kerana tidak sependapat dengan kerajaan negeri.

"Mungkin kami juga akan ke sudut itu dan membawa mereka yang pernah dianiaya oleh kerajaan negeri seperti penduduk Kampung Buah Pala untuk meluahkan perasaan masing-masing. Kami harap golongan seperti ini tidak dihalang nanti daripada menyuarakan pendapat," ujarnya


Komen PB

Lim Guan Eng cakap tak serupa bikin !!! Pengenalan sudut pidato ini yang kononnya dilihat mengamalkan kebebasan bersuara sebenarnya hanyalah retorik politik sahaja. Kalau Guan Eng mahu kebebasan bersuaran di negeri, mengapa beliau menghina dan memboikot Utusan Malaysia di negeri ini kerana ia melaporkan tidak menyebelahi kerajaan negeri ??

PB yakin sudut pidato ini akan dimonopoli oleh penyokong2 Pakatan saja terutama DAP dan pasti orang akan melihat rakyat PP marahkan kerajaan pusat bukannya kerajaan negeri . Lebih buruk lagi sudut pidato ini mungkin disalahgunakan dan boleh mengguris sensitiviti kaum .


4 Responses

  1. PB-inilah satu cara bagi kerajaan PP untuk mendapat feedback dari rakyat.ahli yang dipileh pun kurang berpengatahuan tentang pembangunan,hanya pandai cari masaalah.mungkin dengan ada laman ini senang penduduk Tanjong menyuarakan kehendak mereka.tak payah lagi minta diadakan pilihan raya kerajaan tempatan.dari segi psaikologi mungkin mereka rasa menang/mungkin ingin membawa PP keluar satu hari nanti.PP bekas negeri-negeri selat,macam Singapore.ini hanya pandangan saya.

  2. Pastinya sudut pidato tersebut hanya diperuntukkan kepada Pakatan Rakyat atau lebih tepat lagi untuk ahli-ahli DAP memandangkan rapat umum sehingga kini masih diharamkan oleh kerajaan pusat.

    Sudut pidato diharapkan dapat menggantikan rapat umum pilihanraya yang sangat diinginkan oleh DAP. Kewujudan sudut pidato seperti yang tuan sebutkan, hanyalah satu retorik kosong dan percayalah, ia bukan untuk penyokong-penyokong BN mahupun ahli-ahli PAS yang ingin melihat Islam ditegakkan di negeri dan di negara ini. Sudut Pidato DAP tidak akan memberi laluan kepada Melayu dan Islam.

  3. sarip says:

    Sudut pidato di PP ni mengambil contoh negara bapak dap iaitu singapura.Di sana pun ada sudut pidato seperti ini,tinggal lagi di sana pidatonya tidaklah boleh berbau politik apatah lagi yg menghentam kerajaan,maklumlah negara autokratik.

    Sudut pidato kerajaan dap ini pasti boleh menghentam kerajaan pusat tapi tidak kerajaan negeri.Ini bertujuan untuk menyuburkan sikap anti kerajaan pusat di kalangan rakyat PP.Bila kerajaan pusat berjaya mereka ambil alih nanti fungsinya akan menjadi seperti sudut pidato singapura saja yg cuma membicarakan topik alam sekitar dan kitar semula.

    Selepas sudut pidato ini berjaya di PP,kemungkinan besar ia akan diperluaskan di negeri2 PR yg lain.KOnon2 untuk menggalakkan kebebasan bersuara oleh rakyat,tapi selepas mereka berkuasa nanti negara kita tak lebih akan diperintah seperti negara sosialis(adik beradik komunis kata n.ajis).

    Biasalah sebelum berkuasa kebebasan bersuara,hak asasi manusia,dari rakyat untuk rakyat;bila dah dapat kuasa semua kena sekatlah untuk mengekalkan kuasa dan langkah2 pencegahan dan keselamatan katanya.

  4. SALAM UKHWAH & SALAM 1 MALAYSIA

    SELAGI DAP MASIH WUJUD DI NEGARA INI SELAGI ITULAH NEGARA KITA DI DALAM ANCAMAN. APA BEZA DAP DAN KOMUNIS? PRINSIP. PENDEKATAN DAN IDEOLOGI YANG LANGSUNG TIDAK BERBEZA. ITUPUN BANGSA MALAYSIA TAK NAMPAK LAGI.

    PASAL SUDUT PIDATO TUE.. BIAQLAH DEPA DENGAN CARA DEPA. KITA ADA CARA SENDIRI UNTUK MERUNGKAI KESERABUTAN KEPIMPINAN UZTAZ GUAN ENG.. KITA JGN DOK GELABAH SGT.. UMNO PENANG DAN BN KHUSUSNYA TAU MCMMANA NAK LAWAN DAP. KITA TGK DAN LIHAT...

    WASSALAM
    SAYONARA

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps