
GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) tidak berpuas hati dengan tindakan Speaker, Datuk Abdul Halim Hussain ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN - Penaga) pada sesi penggulungan pagi semalam.
ADUN Teluk Bahang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, mereka sebulat suara tidak berpuas hati dan menganggap Speaker menjalankan tugas secara tidak konvensional.
“Pada kami, Speaker tidak konvensional dan bertindak dengan menurut arahan seseorang dan ini terbukti kerana tindakan terhadap Azhar diambil selepas waktu rehat iaitu kira-kira 15 minit kemudian atau selepas kejadian itu berlaku.
“Sebelum berhenti rehat, Speaker memberi amaran kepada Azhar dan beliau akur dengan menarik balik perkara yang disebutkan dan kita menganggap ia sudah selesai. Speaker nampaknya berpuas hati untuk meneruskan persidangan,” katanya kepada media semalam.
( Speaker DUN PP memang betul tak ada standard speaker langsung . Di Dewan Rakyat pun semasa Anwar Bangsat dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Kebebasan Parlimen pun diputuskan oleh speaker ketika di dalam sidang Dewan bukannya seperti Sidang DUN PP yang buat keputusan selepas rehat pergi tandas dan minum teh ..haha )
MEMALUKAN !! DUN SARKAS !!
Menurutnya, tindakan yang dikenakan kepada Azhar adalah tidak wajar kerana ia diambil selepas ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo membuat usul untuk merujuk Azhar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.
“Ini satu tindakan yang tidak wajar kerana apa yang kami semua dimaklumkan, apa saja tindakan yang akan dikenakan, perlu diambil ketika itu juga dan bukannya selepas waktu rehat atau sebagainya. Speaker tidak sepatutnya bertindak demikian kerana ia bertentangan dengan apa yang ditetapkan.
“Kami sebulat suara tidak berpuas hati dengan keputusan yang diambil ke atas Azhar kerana wakil rakyat Pakatan Rakyat juga mengeluarkan perkataan yang sama seperti menggelar UMNO, BN samseng dan perasuah manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai samseng UMNO,” katanya.
Sementara itu, ADUN Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Abdul Hamid berkata, tindakan Azhar itu adalah tindak balas daripada provokasi yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri terhadap UMNO dan BN.
“Mereka yang memulakan provokasi dan sudah tentu, sesiapa sahaja yang dilakukan sedemikian akan bertindak balas dan isu yang diperbesarkan itu sebenarnya disalah tafsir. Mengenai isu tentera, Azhar bertindak balas selepas Kerajaan Negeri berulang kali merendahkan kewibawaan polis dan dia tidak sedar yang selama ini polislah yang menjaga keamanan negara kita.
“Oleh itu, Azhar mengatakan, jika tidak percaya polis, kita gantikan dengan askar. Itu saja, bukannya mengeluarkan kenyataan mengancam sesiapa,” katanya.
ADUN Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed pula berkata, isu 13 Mei yang diperkatakan oleh Azhar disalah faham oleh penyokong kerajaan dengan mengaitkan isu 13 Mei dengan isu tentera.
“Azhar berkata, jika keharmonian dan keamanan tidak dijaga, beliau khuatir peristiwa 13 Mei akan berulang lagi. Ini yang mereka salah faham. Saya khuatir jika perkara ini dimanipulasi oleh pihak tertentu akan menimbulkan salah faham kepada rakyat," katanya.
Komen PB
Ini kerja-kerja provokasi Adun kerajaan negeri yang dilihat semakin tertekan di dalam Sidang DUN kali kerana banyak peluru telah dilepaskan kepada Guan Eng dan kerajaan Pakatan .
Puak DAP sudah tak boleh jawab dan tertekan dengan asakan bertalu-talu dari pembangkang BN mula lah keluar perkataan " Orang tua nyanyuk " , Botak , UMNO samseng , BN samseng ,rasuah dan sebagainya . klik di sini Dalan Buletin Utama TV3 sendiri menayangkan bagaimana mereka menghina Datuk Arif Shah sebagai orang tua nyanyuk ketika beliau pertikaikan kerajaan PP tidak menunaikan janji di dalam manifesto Pakatan dahulu . Tetapi yang dikesalkan tiada langsung tindakan dikenakan terhadap Adun2 Kerajaan negeri ini oleh Speaker .
Ini adalah politik samseng yang DAP dan Pakatan Haprak amalkan selama ini . Perkara ini berlaku apabila mereka ini sudah hilang modal politik dengan apa yang diperkatakan oleh Ketua Pembangkang . Mereka juga dilihat tidak boleh berbahas secara rasional dan fakta apabila ditegur oleh pembangkang .
“Malah mereka menggunakan perkataan yang kasar dan menuduh BN bermacam-macam tuduhan tiada fakta dan bukti langsung . Ini tidak boleh diterima rakyat Malaysia kerana bersikap seperti samseng .
ADUN-ADUN PAKATAN RAKYAT LOW CLASS !!!
PAKATAN RAKYAT SAMSENG !!!




