Peniaga Melayu ditindas naik berang dengan Guan Eng

on Saturday, May 8, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 14 Comments



PULAU PINANG 7 Mei - Berang dengan tindakan kejam kerajaan negeri kepada peniaga Melayu di negeri ini, sekumpulan peniaga hari ini mengadakan perhimpunan secara aman berhampiran Masjid Simpang Enam di sini bagi melahirkan perasaan tidak puas hati mereka.

Selain membawa sepanduk mengutuk perbuatan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, enam peniaga yang menyertai perhimpunan itu turut membawa replika manusia yang diibaratkan seperti 'Guan Eng'.

Seorang daripada mereka kemudiannya 'menyebat' patung tersebut sebagai simbolik hukuman yang dikenakan terhadap ketua menteri itu terhadap tindakan yang dilakukan kepada peniaga Melayu.

"Hukuman orang yang membuat fitnah dan zalim kepada rakyat adalah sebat menurut hukum Islam.

"Mana janji-janji yang dia (Guan Eng) taburkan semasa pilihan raya lalu? Yang dilakukannya hanya penindasan dan kekejaman," kata lelaki tersebut sambil menyebat patung tersebut beberapa kali.

Pihak polis yang berada di kawasan tersebut kemudiannya menghampiri kumpulan berkenaan dan meminta mereka beredar kerana ia diadakan tanpa permit.

Kumpulan tersebut akur dan beredar dari kawasan itu hanya lima minit selepas ia dimulakan.

Sementara itu, wakil peniaga-peniaga Melayu itu, Ramli Ismail, 57, berkata, beliau dan beberapa kawannya sudah tidak mampu lagi menahan perasaan mereka apabila melihat tindakan Guan Eng yang secara berterusan menindas peniaga Melayu.

Beliau mendakwa, tindakan yang dilakukan Guan Eng juga telah memecahbelahkan rakyat di negeri ini sehingga timbulnya perasaan kurang senang rakyat terhadap kaum yang lain.

Katanya, perkara itu jika dibiarkan berterusan boleh mengganggu dan merosakkan keharmonian kaum yang terjalin sejak sekian lama di kalangan rakyat negeri ini.

"Dulu kami dapat hidup aman damai tanpa berlaku sebarang pertelingkahan tetapi ia semakin berubah sejak di bawah pemerintahan Guan Eng.

"Dia telah menjadikan isu roboh ini isu perkauman sehingga kehidupan kami tidak tenteram lagi," kata Ramli lagi.


Komen PB

Satu penghinaan Guan Eng lakukan kepada peniaga Melayu apabila beliau fitnah gerai DOREMI adalah sebuah mini bar jual ARAK . Sudah lah Guan Eng roboh gerai peniaga dituduhnya lagi jual arak ... memang sudah KURANG AJAR dan BIADAB pemimpin ultra kiasu !!

Melayu PP harus tolak GUAN ENG dan PAKATAN !! Inilah pemimpin yang pelingkup dan perosak negeri PP !!


14 Responses

  1. Zal-kulim says:

    Ha..ha..ha... skrg baruUMNO tau istilah pelingkup... dulu masa depa memerintah tak melingkup ka??? Aku Melayu Penang... aku lebih suka Penang di bawah Pakatan Rakyat.. tak kisah la Guan Eng jadi KM pun... Tsu Koon jadi KM tak pelingkup ka... habis tanah milik Melayu di Balik Pulau dijadikan kawasan perumahan ... harga beratus ribu RM... Melayu Balik Pulau lari pi beli rumah di Kulim dan Sg. Petani... aku oarang Penang aku tau la..
    Teruskan DAP... Teruskan tadbir Penang... kami Melayu Pakatan Rakyar sokong 100%... lebih baik DAP drpd UMNO....

  2. Anonymous says:

    WOI UMNO BANGANG, SAPA LEBIH KEJAM ROBOH GERAI DENGAN ROBOH MASJID, UMNO ROBOH MASJID DI BUJAL TERENGGANU TAK TAU KA?

  3. elyB'worth says:

    hanya penyokong umno saja tak tenteram hidup di bawah kerajaan pakatan. padan muka ...

  4. BEBAS TAK BERPARTI-TAPI SUKA PD PAS.. says:

    DAP Tindas melayu biasalah bro...
    melayu tindas melayu pun banyak, u tengok kat johor... ada tak rumah orang melayu yang dinafikan kemudahan asas seperti air paip hanya kerana menyokong pembangkang.

  5. Anonymous says:

    Untuk pengetahuan PB, Melayu UMNO saja yang tolak Guan Eng, Melayu PKR/PAS tetap sukakan Guan Eng...
    HIDUP DAP!!
    HIDUP DAP!!!
    HIDUP DAP!!!!

  6. Ernyuitm says:

    Betul tu Nizar memang penghasut, dulu i pun ahli umno, tapi sejak i dengar ceramah Nizar, i menyampah betul kpd umno.

  7. Anonymous says:

    PB-Sblm menjatuhkan hukuman sebat ke atas Guan Eng kerana zalim mengikut hukum Islam...laksanakan dulu hukum Islam ke atas isteri-isteri pemimpin UMNO yang tak pakai tudung kepala tu... amacam????

  8. BoyUUM says:

    ALAHAI PB., Pirate of Island tak sesuai kpd LGE, dia bersih tuduhan rasuah. puak-puak UMNO lah yang paling sesuai digelar pirate. satu Malaysia dah tahu siapa petualang negara sekarang ni. Tunggu masa je nak terkubur UMNO tu. DAP masih dapat sokongan, malah di Taiping , orang Melayu undi DAP, sbb tu Ust. Nga Ko Ming menang.. PAS terus mendapat sokongan bukan Melayu., UMNO?? Orang kampung dan orang Felda je la, makcik-makcik Felda yang hanya nonton TV1 dan TV3, baca Utusan Malaysa dan Berita Harian...

  9. ramainya penjilat2 tegar Guan Eng marahkan PB bila sentuh sgt Khalifah depa ..hahaha

    Panas telinga ka bila aku attack korang punya khalifah ...

    pergi jahanam la !!! Aku akan pastikan Melayu di PP sedaq akan kezaliman dan pembohongan GUAN ENG yang chauvinis dan diktator ini !!!

    sebut saja nama dia , semua sudah naik BENCI seperti mana NIZAR BONEKA DAP di PERAK ...

  10. Anonymous says:

    HA...HA...HAA... MAMPUS LAH KAU PENJILAT UMNO...

  11. Anonymous says:

    khalifah kami lebih baik dan lebih mulia darp pemimpin korang, khalifah kami mana ada kes rasuah, pemimpin korang... usah cakaplah... dulu kini dan selamanya... semua orang tau...

  12. ORANG KG says:

    salam bro,

    teruskan perjuangan mike,puak-puak tegar tu memang cam tu pasal hati mereka dah berkarat pasal asyik jilat bontot boss depa,...ha...ha dan aku nak sarankan pada mereka kalau masih berkerja gan kerajaan malaysia berhenti jea lah bro,buat abis boras aje,pasal jadi musuh dalam selimut banyak lagi anak muda yg lain nak bekerja.Bagi aku org melayu yg pangkah DAP adalah melayu bongak,aku tau lah perangai depa2 tu pasal aku bekerja satu kompeni gan penyokong2 tegar DAP ne,aku tau luar dalam hati mereka cauvanist ne

  13. Anonymous says:

    Bro, mereka tu lah umpama melepaskan anjing yang tersepit yang menggit bangsa melayu balik. Masih tak sedar diri lagi.Lupa asal usul diri mereka.Agaknya mereka bukan orang melayu kot? kerana sanggup menghina bangsa sendiri.UNTUK PENGETAHUAN MEREKA YANG JAHIL didalam sejarah, malaysia ini asal usulnya ialah TANAH MELAYU.Bukan milik orang lain.Kalau mereka sudah berjaya dan hidup senang lenang dan berjawatan tinggi hari ini adalah hasi dari kejayaan pentadbiran orang melayu mentadbirkan negeri ini selama 50 tahun (UMNO).Bukan Oleh PEMBANGKANG yang mereka pertuankan hingga tak dapat berfikir mana betul atau palsu.Pembangkang tak ada SATU HASIL PUN MELAINKAN CACI MAKI HAMUN SAHAJA.Jangan nak menafikan yang hak.Yang batil tetap batil. Segala biasiswa dan bantuan pendidikan adalah dari kerajaan.Sekiranya tidak dibantu takkan mampu anak -anak melayu atau mereka-mereka yang tak sedar diri ini mendapat pendidikan yang tinggi dan berjawatan besar hari ini.sudah sepatutnya mereka mengucapkan terima kasih kapada UMNO bukan cacian. JANGAN HARAP DAP racist ni NAK BANTU mereka-mereka yang tak sedar diri ini.Saya cabar mereka semua yang tidak bersukur ini, pergilah keluar dari malaysia ini duduk di negeri orang.Tuntutlah apa-apa saja atas nama melayu kalau mereka boleh dapat.silakan.

  14. Montok says:

    Org penang jgn dok belagak la,,,, tanah kt pulau tu 3/4 hak Boon Siew,tunggu kena perambat ja,,, sokong la DAP tu,, Baguih2,,,

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps