Parti Kelentong Rakyat menyeru umat Islam puji Guan Eng

on Friday, May 7, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Walaupun Guan Eng dikritik hebat pelbagai pihak kerana ciri pemerintahannya tidak sama langsung dengan Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang dilaung-laungkan, ada juga boneka beliau dari Melayu PKR yang menyeru orang Islam khususnya di negeri wajib memuji pendekatan pemimpin diktator dan ultra kiasu itu.

Abdul Malik Kassim (PKR-Batu Maung) yang terkenal sebagai penjilat tegar Guan Eng ketika isu Maulidul Rasul , klik di sini merupakan Exco Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri berkata tindakan Guan Eng itu seharusnya dibanggakan oleh umat Islam PP kerana menjadikan pemimpin Islam sebagai contoh dalam pentadbirannya.

Bila dipuji sakan oleh Melayu 2,3 kerat ini dalam PR , Shabudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) yang dilihat kurang senang dengan kata-kata Abdul Malik kemudiannya mencelah memberitahu, beliau tidak melarang Guan Eng menjadikan Khalifah Umar sebagai contoh sekiranya Ketua Menteri itu mengikuti segala sifat dan kredibiliti yang ditunjukkan tokoh Islam tersebut.

Tambah Shabudin, tindakan itu juga perlu dibuat secara menyeluruh dan bukan hanya menyebutnya apabila berjumpa dan melakukan aktiviti di kalangan orang Islam semata-mata.

''Saya tidak larang. Tapi kalau nak ikut, ikut betul-betul. Jangan ada 'dwi standard'. Kena hormati tokoh itu dan bukannya hanya kata jadikan dia (Khalifah Umar) contoh bila jumpa orang Islam.

''Tindakan beliau (Guan Eng ) meluluskan 253 lesen baru pusat hiburan yang hidang minuman keras tahun lalu juga amat bertentangan. Kalau mahu jadikan Khalifah Umar ikon, hormati kredibiliti dan ikut semuanya dan bukan sesetengah saja. Ini satu persepsi yang tidak baik untuk tokoh tersebut," katanya dalam nada tegas.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    MELAYU DAH LAMA KENA TIPU DENGAN UMNO....
    BIAR MAMPUS UMNO... AKU MELAYU PENANG TAK AKAN SOKONG UMNO SAMPAI MATI... LEBIH SOKONG DAP..

  2. Anonymous says:

    hampa la kaki klentong... 52 tahun memerintah pusat hiburan dan judi tak ada ka masa umno memerintah???? bangang .... sekarang dah hilang sokongan baru nak pura-pura main sentimen agama... pirah!!!! hampa bukan orang bela agama, tengok bini pemimpin-pemimpin hampa sudah la... mana ada pakai tudung kepala.

  3. Aku sbg anak muda Melayu PP tidak akan sokong sampai mati terhadapa parti DAP laknatullah yang anti Melayu dan Islam serta juga parti Pengkhianat Negara PKR ....

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps