Guan Eng bikin lawak bodoh silap ejaan ..

on Wednesday, May 5, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 7 Comments

Majlis pelancaran 30,000 risalah dan "bunting" untuk menghebahkan Program Penghargaan Warga Emas oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang dijadualkan hari ini, dibatalkan selepas berlaku kesilapan ejaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengarahkan pembatalan program berkenaan selepas ditegur beberapa wartawan yang menyedari kesilapan itu.

Antaranya ejaan ”kearaajaan” (sepatutnya dieja kerajaan) dan penghinaaan (penghinaan).

Selain itu terdapat juga kesilapan tatabahasa dalam risalah berbahasa Inggeris iaitu “A Sincere contribution from the people PR Goverment” (sepatutnya People ditulis People's).

Lim yang terkejut dengan perkara itu, berkata kesilapan itu tidak boleh diterima dan tidak sepatutnya berlaku.

"Kami tidak akan gunakannya. Majlis pelancaran tadi dibatalkan dan digantikan kepada sidang media saja,” katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.

Pelancaran risalah dan sepanduk untuk menyebarkan Program Penghargaan Warga Emas itu sepatutnya diadakan di bilik mesyuarat bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada jam 12.30 tengah hari ini.

Risalah itu dicetak dalam empat bahasa iaitu bahasa Malaysia, Mandarin, Tamil dan Inggeris.

Risalah dan sepanduk berkenaan akan diletakkan di tempat umum dan pusat khidmat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat, bertujuan menguar-uarkan program berkenaan, iaitu pemberian RM100 kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas serta berdaftar sebagai pengundi di Pulau Pinang pada setiap tahun.

Walaupun beberapa pihak, khususnya Barisan Nasional yang mengkrtitik program itu sebagai gimik dan memalukan, namun kerajaan negeri menegaskan bahawa ia sebagai tanda penghargaan kepada warga emas.




Komen PB :

Apa lu bikin Guan Eng ?? Mahu buat lawak masuk PCK la !!! Pembatalan risalah dan banner ini jelas merugikan wang kerajaan negeri PP . PB anggarkan kurang RM 100,000 wang dibazirkan oleh Guan Eng ekoran pembatalan majlis ini .
Cuba lihat pada kos cetakan 30,000 risalah sahaja sekurang-kurangnya puluhan ribu , apatah lagi kalau risalah yang berwarna itu tidak termasuk banner dan bunting.

Itu belum kira pula dengan persiapan program, makan minum, dan lain-lain lagi.. tidakkah ianya melibatkan puluhan ribu duit kerajaan telah dibazirkan..

Ini akibat bagi projek pada kroni Guan Eng maklumlah bahasa Malaysia mereka kurang sikit kerana terlampau ultra kiasu sangat ..Hanya nak buat program RM 100/ setahun kepada warga emas tetapi yang dibazirkan ribuan ringgit wang rakyat .. mudahnya kerajaan Pakatan membazir wang rakyat!!!

Kroni didahulukan , warga emas digula-gulakan ...

link

Guan Eng pernah masuk kelas peralihan failed BM

Kerja bohong tak menjadi , duit kerajaan lebur


7 Responses

  1. Anonymous says:

    sepatutnya eja KERAjaan.

  2. jiwakita says:

    salam.....

    lagi banyak buat silap..lagilah
    banyak wang masukkkk...
    bukan orang lainpun dapat
    habuan...

    kalau warga emas sahaja wang rm100 masuk..
    takkan meleleh ayak liur saja tak merasa sama..
    sekonyong-konyongnya inilah masanya perembat duit rakyat!!!

  3. aku cadangkan guan eng arah syarikat yang buat printing tu tanggung sema kos termasuk kos sewa kemah dan lain-lain. amacam? terlungkup tak syarikat tu?

    (aku memang bingai)
    e-Direktori Bloggers Malaysia

  4. Anonymous says:

    sepatutnye eja DAPigs je, hahikat sebenar...

    -silvercore

  5. Anonymous says:

    Sebenarnya, penulis blog ini berada di suatu tempat yang jauh dan bersikap boros, sama sekali tingkah laku BN - tiada khemah, makanan atau sebarang apa pun disediakan. Setakat yang saya tahu, pihak printing telah bersetuju untuk membetulkan kesilapan tersebut. Jangan agan aganlah, BN cyber blogger. Check you facts dulu la. ahahhahahahhahahahahha

  6. anon 10.54

    Siapa berada di tempat jauh ??? hang ke aku ???

    yang pasti Guan Eng telah bazirkan wang kerajaan PP dengan satu benda yg paling bodoh !!! MEMALUKAN !!!

    sikit2 gantung banner dan risalah .. apa semua ini ?? mesti nak bagi projek ini kepada kroni2 guan eng .. itu yg silap habis ejaan semua..hahahahaha

  7. Anonymous says:

    jgn kata 'Pembatalan risalah dan banner ini jelas merugikan wang kerajaan negeri PP'
    tapi
    'Pembatalan risalah dan banner ini jelas merugikan WANG RAKYAT negeri PP'

    -wau

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps