Geng 5 budak PAS bernilai RM 4 juta didedahkan !!

on Monday, May 3, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


KOTA BHARU - Penulis blog, Kickdefella, semalam mengesahkan telah pun mendedahkan nama lima individu terlibat menyalurkan peruntukan RM4 juta kepadanya untuk operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mengekalkan pentadbiran Pas di negeri ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kickdefella atau sebenarnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata, beliau berbuat demikian sewaktu memberikan kenyataan kepada suruhanjaya itu dua hari lalu.

Katanya, senarai ’Geng 5’ tersebut ialah seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan, seorang ahli majlis kepada sebuah kerajaan tempatan di negeri ini, pengarang sebuah akhbar propembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan dan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan.

Menurutnya, peruntukan itu disalurkan melalui syarikat perunding media, Global Media Channel Sdn Bhd (GMC) yang beribu pejabat di Jalan Kota Darul Naim dekat sini dan mula menjalankan operasinya pada Julai 2007.

Syed Azidi berkata, sumbangan terbanyak diperoleh daripada ahli majlis terbabit bermula Julai 2007 sehingga November 2008 yang dianggarkan berjumlah lebih kurang RM2.66 juta.

“Urus niaga ini dilakukan ahli majlis terbabit ini dan pemilik bangunan setelah ianya dipilih saya sendiri antara Mei sehingga Julai 2007.

“Jumlah yang sama juga diberikan peguam ini di antara Mac sehingga Mei 2008 untuk membayar hutang pilihan raya GMC. Kesemua wang ini dibayar kepada seorang pemilik syarikat percetakan,” katanya.

Menurutnya, daripada sumbangan itu, sebanyak RM1.2 juta digunakan untuk membeli sebuah bangunan empat tingkat yang dijadikan pusat operasi GMC.

Bangunan itu diletakkan di atas nama sebuah yayasan yang turut memuatkan sebuah studio kedap bunyi, pusat operasi media dan ICT serta ruang pejabat.

“Sejumlah RM160,000 diberikan secara tunai pada 17 September 2008 kepada salah seorang pengarah syarikat ini dan seorang individu ketika saya berada dalam tahanan polis untuk membayar kos operasi bulanan GMC dan Pas TV manakala baki RM100,000 diberikan kepada saya pada November 2008 untuk operasi GMC,” katanya.

sinar harian




Akhirnya geng 5 kopiah putih telah didedahkan oleh Syed Azidi dan perkara ini beliau telah bawa kepada SPRM . Siapa sedia la semua 5 orang itu yang bakal disoal siasat mana duit RM 4 juta itu diperolehi .

Lagi satu, PB teringat seorang Mr Bean PAS iaitu Mahfuz Omar yang suka sangat nak buat Suruhanjaya Diraja .. Mengapa Mahfuz kali ni tak desak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat penyelewengan wang rakyat Kelantan oleh geng 5 kopiah putih ini ?? Banyak tu Mahfuz 4 juta bukannya sikit ....

Wali selipar pulak membisu dalam perkara ini maklumlah ia didedahkan pulak oleh blogger yang digelarkannya Celaka Celaka Celaka ... klik di sini




Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps