Adun DAP sendiri tidak setuju pembinaan PICC membazir

on Wednesday, May 5, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


PULAU PINANG 4 Mei - Seorang penyokong kerajaan hari ini menyatakan rasa bimbang dengan rancangan kerajaan negeri membina Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (PICC) yang bernilai RM50 juta.

Jagdeep Singh Deo (gambar) (DAP-Datuk Keramat) menjelaskan, projek berkenaan yang dibina bersebelahan Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) di Bayan Baru bakal memberi kesan negatif kepada kewangan negeri jika ia tidak mampu membawa keuntungan.

Menurut beliau, apa yang diketahuinya, projek itu nanti akan menggunakan wang daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk dilaksanakan.

''Saya bimbang adakah satu kajian telah dibuat terlebih dahulu oleh kerajaan negeri atau tidak sebelum rancangan pembinaan projek ini dibuat. Saya khuatir, kerana ia melibatkan wang yang diambil dari PBT.

''Saya harap kerajaan negeri akan melakukan kajian terperinci terlebih dahulu supaya kewangan negeri tidak terjejas. Tahun ini, kita berjaya mencatatkan lebihan pendapatan. Janganlah apa yang kita peroleh ini terjejas dengan perkara-perkara yang tidak patut kita buat," kata Jagdeep.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan terima kasih Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada sidang DUN di sini hari ini.

Pembinaan PICC yang menelan kos RM50 juta mendapat tentangan pelbagai pihak sebelum ini antaranya Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP).

Ia dianggap membazir kerana negeri ini sudah mempunyai terlalu banyak pusat konvensyen dimiliki pihak hotel dan pembinaannya menggunakan wang Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN- Penaga) yang turut membangkitkan isu itu membidas kerajaan negeri kerana melantik arkitek untuk projek berkenaan secara sesuka hati.

''Apa sudah jadi dengan tender terbuka yang dikatakan selama ini? Bukankah ini amalan kerajaan yang kononnya cekap, akauntabiliti dan telus (CAT)?

''Kenapa tidak buat tender terbuka untuk PICC seperti projek lain?" katanya.


Komen PB


Isu PICC ini sebenarnya hanyalah satu pembaziran yang mahu dibina oleh kerajaan PP . Guan Eng perlu jelaskan detail adakah kerajaan negeri sudah buat kajian @ analisis bagi mengenal pasti sama ada PICC diperlukan atau tidak .

Guan Eng yang mengamalkan sistem CAT dalam kerajaan negeri perlu sedia data dan kajian terlebih dahulu dan dibentangkan kepada rakyat ini kerana di PP sendiri kita lihat sudah banyak hotel-hotel mewah yang memiliki standard kemudahan antarabangsa yang diperlukan untuk mengadakan satu-satu konvesyen . Adalah lebih baik kerajaan negeri melaksanakan dahulu projek untuk kepentingan rakyat seperti membaiki jalan raya , sistem perparitan dan sebagainya daripada projek PICC ini.

Selain itu , berdasarkan kepada ucapan Adun DAP di atas ini , ia menunjukkan pembinaan PICC ini adalah kemungkinan projek di bawah PBT iaitu MPPP . Baru-baru ini Guan Eng baru sahaja mengumumkan MPPP akan beroperasi dalam bajet defisit RM 40 juta setahun bagi membiayai projek2 di infrastuktur .

Adakah projek PICC termasuk sekali dalam projek MPPP ini ?? Kita perlu penjelasan beliau kerana duit ini adalah daripada rakyat yang membayar cukai .








Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps