..

..

Mustafa Ali hina masyarakat Felda dan orang asli

on Tuesday, April 27, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


KUALA LUMPUR, 27 April: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, Barisan Nasional (BN) bukan parti masa depan selepas hanya menang di kawasan terkawal seperti Felda dan kawasan miskin seperti Orang Asli.

Beliau turut menyifatkan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu hanya sebagai kemenangan sementara.

"Pengundi yang lebih celik dan tidak terikat dengan kerajaan mengundi PKR. Tapi pengundi yang terikat seperti Felda, Orang Asli dan di ladang-ladang, trendnya kepada BN.


"Kalau kita lihat masa depan negara yang kita harapkan lebih demokratik, rakyat lebih membaca dan mempunyai kesedaran, Umno/BN ini bukan parti untuk masa depan sebenarnya.

"Orang yang mempunyai kesedaran semacam sudah tidak percaya kepada Umno/BN tapi lebih percaya kepada komponen dalam Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

haprak daily


Komen PB

Dulu Hadi Awang pernah kutuk orang Iban di Batang Ai kerana mengundi BN , kini Mustafa Ali pulak menghina orang Melayu di FELDA dan orang asli sebagai kawasan miskin .

Orang Melayu FELDA tahu apa sumbangan kerajaan BN terhadap mereka sejak dahulu lagi daripada generasi pertama .Tak payah PAS menghina mereka seperti ini kononya telah terikat dan tidak celik . Pengundi Felda dan orang asli bukan bodoh dan mereka lebih tahu apa BN buat bantu mereka selama ini berbanding dengan apa PR buat semasa 2 tahun memerintha Selangor

Ada ke Khalid GAGAP pernah turun ke kawasan felda dan orang asli di Selangor dan buat pembangunan untuk kesejahteraan rakyat di sana ?? Yang PB tahu perkara pertama kerajaan Selangor buat dulu selepas menang nak buat penternakan BABI mega ..haha




4 Responses

  1. Anonymous says:

    Tok guru deme pun kata orang jakun. Tok guru konon

  2. pakngah santan says:

    lihatlah semua percakapan seorang yang islamnya lebih islam dari orang islam lain. itu pun orang masih nak sokong lagi. kalau kerajaan BN cakap macam tu, habis disebarkan ke satu dunia yang BN menghina rakyat.

    kepada mustafa ali, suara rakyat suara keramat. satu lagi, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

  3. yan17 says:

    Beginilah sikap pemimpin pakatan haprak klu dah kalah menghina org.bukan nak mengaku kelemahan sendiri

  4. SALAM UKHWAH & SALAM 1 MALAYSIA

    MAAF PAB BERBISIK...

    TAK YOH DENGORLAH KETA SI MUSTAFA PENGECUT TUE..

    KAWASAN DIA SENDIRI TAK TERJAGA... SEBAB TUE DIA KALAH MASA PRK094 TUE. KESIAN MAK MERTUA PAB SETIA DENGAN PERJUANGAN SI DIA NIE.

    PAB SBG ANAK PENEROKA FELDA RASA TERHINA DENGAN KENYATAAN SI MUSTAFA PENGECUT NIE. DIA INGAT PAB TAK KENAL SI PENGECUT NIE.. AKAN DATANG BIAR PAB DEDAHKAN PEKUNG SI MUSTAFA ALI PENGECUT NIE... ITU JANJI PAB

    WASSALAM
    SAYONARA...

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.