Ezam dan Zahrain londehkan kisah sebenar Anwar & Guan Eng

on Wednesday, April 7, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 5 Comments








Semalam di Paya Keladi, Kepala Batas lebih 1000 orang menghadiri ceramah Ini Kisah Sebenar anjuran NGO iaitu Angkatan Beliau Muda Kepala Batas . Penceramah dalam ceramah ini adalah Sdr Ezam Mohd Noor dan Dato Seri Zahrain Hashim . Ini merupakan kejayaan sulung buat NGO belia di Kepala Batas kerana berjaya mengumpulkan hadirin yang ramai memenuhi setiap ruang tapak ceramah sehingga memaksa limpahan orang datang berdiri di bahu jalan .

Siri roadshow ceramah dan pidato Ezam Mohd Noor kini sudah masuk 2 kali di negeri Khalifah Lim Guan Eng dan kehadiran Datuk Zahrain menambah lagi kehangatan ceramah semalam dengan pendedahan kisah sebenar oleh kawan baik Anwar Ibrahim yang baru keluar dari PKR setelah perasaan " Keraguan Mengatasi Kepercayaan " dalam dirinya .


EZAM TARIK BALIK KENYATAANYA ,PERKATAAN , TINDAKAN MENYOKONG BANTAHAN TERHADAPA TUDUHAN LIWAT DSAI PADA 1998

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor membuka tirai ceramah semalam dengan mengumumkan menarik balik semua kenyataan, perkataan dan tindakannya yang menyokong bantahan terhadap tuduhan liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Beliau juga turut memohon maaf kepada orang ramai berhubung tindakannya itu di hadapan ribuan hadirin yang hadir ke ceramah 'Ini Kisah Sebenar' anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (BEMUDA) di Paya Keladi


"Saya dengan nama Allah ingin menarik balik semua kenyataan, perkataan dan segala tindakan saya ketika berjuang untuk membantah tuduhan liwat terhadap Anwar sehingga menimbulkan keadaan huru-hara," katanya. Pada 2000, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000, tetapi dibebaskan pada September 2004 selepas menghabiskan hampir enam tahun di penjara selepas Mahkamah Persekutuan menggugurkan sabitan dan mengenepikan hukuman penjara itu. Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dituduh meliwat Azizan antara Januari dan Mac 1993 di apartmen Sukma.


Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar ketika Ketua Pembangkang itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, berkata beliau berbuat demikian selepas mendapat maklumat baru berhubung tuduhan liwat membabitkan Anwar.

"Saya bukannya berniat hendak menghina mahkamah, tetapi saya dapat maklumat terbaru. Saya tidak mahu mendedahkannya kerana tidak mahu mengaibkan Anwar.

"Jadi, kepada mereka yang membelanya ketika ini, berhentilah. Biar beliau membela diri sendiri dan sehingga kini beliau tidak pernah membuat penafian terbabit (kes liwat) yang menimbulkan perasaan wasangka," katanya.

Ezam berkata, beliau tidak mahu untuk mendedahkan perkara itu dan hanya akan berbuat demikian jika Anwar atau Dr Wan Azizah mencabarnya untuk berbuat demikian.

Katanya, Anwar hanya mengarahkan orangnya untuk membuat penafian terhadap dakwaan terhadapnya itu termasuk ulama tersohor, Yusuf Qardawi dengan hanya memberitahu sebahagian perkara benar.

"Beliau tidak pernah menceritakan cerita penuh yang sebenarnya sehingga menyebabkan ada dalam kalangan orang menyokongnya tersalah mengeluarkan fakta atau fatwa.

"Anwar seharusnya membiarkan proses undang-undang, bukannya dengan menjaja cerita bahawa beliau menjadi mangsa konspirasi sehingga ke luar negara," katanya.

ZAHRAIN DEDAHKAN KISAH KERJA JAHAT ANWAR

Zahrain semalam telah membuatkan semua hadirin yang hadir tergepun dengan cerita2 pembohongan Anwar seperti isu pendedahan Zulkifli Nordin tentang kes pembunuhan Altantuya , projek 16 Sept , isu video fatwa Yusof Qaradawi , dan isu APCO - 1 Israel .

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan MP Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah Berita Harian Online juga melaporkan Zahrain turut mendakwa bahawa Anwar juga mengarahkan Zulkifli untuk mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang dikenali sebagai Nadim, dengan kes pembunuhan pelajar undang-undang, Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada 2004.

Zahrain mendakwa diberitahu perkara itu oleh Zulkifli yang sebelum ini enggan mendedahkan nama individu yang mengarahkannya untuk memburukkan nama Najib, Rosmah dan Nazri.

"Zuklifli yang menjadi peguam bela (Cif Inspektor) Azilah (Hadri) (tertuduh kes pembunuhan Altantuya), diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Perdana Menteri dan Rosmah dengan kes itu.

"Beliau juga diarahkan oleh Anwar untuk mengaitkan nama anak Nazri dalam kes pembunuhan (Darrren)," katanya.dalam ceramah 'Ini Kisah Sebenar' di Paya Keladi, di Kepala Batas, malam semalam. Hadir sama, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina dan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor. Ceramah itu dianjurkan oleh Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda).


Selain itu, Zahrain juga menempelak MP Kalabakan " seorang pemimpin makan dua belah pihak " yang menyerangnya baru-baru ini di Parlimen dengan gelarkan beliau perut buncit dan rasuah . Beliau menjelaskan MP Kalabakan itu sebenarnya adalah rakan baik Anwar dan kenyataan perut buncit menyerangnya itu adalah seperti arahan dari Anwar . PB pun hairan juga MP-MP BN lain yang disebut oleh Zahrain tidak lah melenting seperti Kalabakan seorang ini dan pemimpin lalang seperti orang ini harus diawasi tindak tanduknya .

PB tabik dengan keberanian Zahrain yang berani melondehkan kisah sebenar kerja jahat Anwar dan Guan Eng. Cerita beliau ketika mengikuti lawatan Ahli Parlimen Malaysia ke US baru-baru ini juga banyak membuka mata sikap sebenar Anwar yang memburukkan Malaysia cukup teruk sekali dengan menggambarkan kerajaan menyalahgunakan kuasa seperti kuku besi yang menggunakan polis untuk menangkap pemimpin2 pembangkang.

Oleh itu , beliau menyeru kepada rakyat Malaysia harus sedar terutama rakyat PP harus tolak pemimpin bernama Guan Eng dan Anwar ini yang sekarang sanggup melakukan apa sahaja demi mahu berkuasa di Putrajaya . Lebih menarik lagi dalam ceramah ini , PB lihat dan ada kenal juga juak2 PAS dan PKR turut hadir yang duduk di atas motor dan berdiri di bahu jalan ...

Mai jangan tak mai .. moga2 puak ni ada juga perasaan " Keraguan mengatasi kepercayaan "


5 Responses

  1. che_wan says:

    Syabas diatas liputan ceramah ni PB. Maaf saya tak dapat nak sertai PB dan rakan2 kerana sy terikat dengan komitmen kerja.

    Apapun, tabik spring untuk PB dan juga rakan blogger Penang.

  2. thanks che wan ..

    Kebobrokan dan pembohongan Guan Eng dan Anwar harus dibongkar kepada semua rakyat ...

    Insyallah dengan kehadiran semalam orang Melayu di Kepala Batas sertai begitu ramai wartawan cina termasuklah Malaysiakini ..

    ini menunjukkan kebangkitan dan kesedaran orang Melayu di PP telah meningkat ..ramai anak muda turun ke ceramah semalam dan PB yakin gelombang kebangkitan anak muda ini juga akan menjatuhkan Guan Eng dan Anwar ibrahim ..

  3. harapan saya melayu pulau pinang akan mendapat manafat dengan pendedahan ini.melayu yang belum sedar ingatlah pesanan ini,yang bersorak bukan anak tempatan.mereka akan lihat dari jauh satu hari,tetapi yang meyesal/rugi anak jati.insaflah seblum menjadi bubur.Ingat bendangx milik melayu apa sudah jadi disekitar bukit tengah.mana mau lari lagi?.

  4. Anonymous says:

    thank PB..harap lebih bayak tindakan susulan di buat untuk menceritakan kebenaran..

  5. Anonymous says:

    Tak kan selepas abang najib/rosmah dah bawa awok melawat new york dan tempat2 lain diUS juga abang najib/rosmah dah lantik sorang makhluk lagi sebagai senator, makin teruk pulak awok berdua kutuk anwar ni, nak mintak jadi menteri kanan pulak ke. Awok ni orang islam - sebagai orang islam nabi kata awok tak sepatutnya menghina, mengaib, memfitnah, mengumpat, mencerca orang islam (anwar ni orang kafir ke) dikhalayak ramai. Kalau betul dia me..... (dia me..... depan awok berdua ke) biarlah mahkamah dan hakim yang adil atau Allah yang menghukumnya. Dia yang akan dipenjara dan dilaknat oleh Allah. Why bother. Kalau anwar ni tak salah, Awok berdua yang telah menyebarkan perkara aib/fitnah/umpat tersebut telah menanggung dosa yang besar. Kalau awok sempat minta maaf takpelah juga, macam mana kalau dia mati dulu atau awok mati dulu. Awok terpaksa cari beliau dipadang mahsyar nanti bersama berbilion manusia yang bertelanjang bulat (bukan ratus juta dan pakai kot ye ) sambil meranduk air peluh yang dikatakan melebihi paras buku lali beserta dengan panas matahari, boleh ke awok jumpa beliau (Nak cari dia di KLCC pun belum tentu jumpa), jadi fikir fikirkan lah. Kata nabi orang yang memfitnah/mengaib/mengumpat saudara islamnya, umpama orang yang muflis diakhirat nanti. Apa tidaknye, puaslah awok tonggang tonggek sembahyang, puasa, zakat, pergi haji (itu pun kalau awok buat), segala pahala tersebut akan dipindahkan kpd orang yang difitnah, umpat dan sebagainya. (Dengan bahasa bangang, segala pahala awok berdua akan berpindah ke anwar le). Itupun kalau awok ada pahala, kalau tak ada, segala dosa anwar awok berdua yang tanggung pulak. Kan naye. Jadi sebelum nyawa awok dan anwar dijemput dek malaikal maut, elok elok lah awok berdua bertaubat.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps