
Apabila PB membaca di Malaysiakini bertajuk " Masuk UMNO Cerita Kartun " , satu pembohongan besar oleh pencacai Dr Mansor iaitu Pegawai Khasnya Zainal Abidin Saat ( dikenali Non ) kepada rakyat Malaysia khususnya berkaitan 77 orang ahli PKR dan PAS di Kampung Guar Jering yang keluar parti dengan menyertai UMNO pada minggu lepas .
Mansor sekarang ini memang panas pungkok la kerana ramai ahli PKR ini keluar di kawasannya DUN nya hinggakan terpaksa menggunakan Malaysiakini untuk berbohong cerita sebenar 77 orang ini keluar PKR . PB memang tahu sangat taktik PKR ini apabila ramai ahli mereka keluar dari partinya pasti akan dituduhnya menerima sogokan duit , ugutan dan sebagainya .
klik di sini untuk membaca bagaimana bekas-bekas ahli PKR dan PAS di Kg Guar Jering ini diugut sehingga terpaksa membuat laporan polis sebelum mereka menyerahkan borang masuk UMNO secara rasmi kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di program Majlis Pemimpin bersama rakyat lepas .
Mengenai pembohongan Pegawai Khas Mansor Ohtman bernama Zainal Abidin ( Non ) ini, PB ingin memulakan pendedahan siapa kartun ini sebenarnya yang mengaku anak jati kampung itu . Beliau dahulunya adalah seorang mekanik cabuk sahaja tetapi apabila masuk PKR kini sudah bergelar Pegawai Khas !!
Sejak menjadi pegawai khas ini , kampungnya sendiri langsung tidak dipedulikan dan dibela malah penduduk kampung di situ sendiri juga menganggapnya sudah lupa daratan bila sudah menjadi orang besar sekarang .
Kenyataan dalam Malaysiakini menyatakan kononnya beliau lah orang yang banyak membantu meluluskan bantuan oleh penduduk kampung di situ adalah satu pembohongan !! Sila nyatakan bantuan apa yang PKR telah bantu penduduk kampung Guar Jering ??
Menurut info daripada penduduk kampung situ , padang bola di situ tidakpun terjaga inikan pulak nak beri bantuan kepada penduduk miskin . Padang bola di situ minggu lepas sahaja rumputnya dipotong itupun kerana nak sambut Anwar Al Juburi berceramah tolak fitnah . Kalau tidak ada ceramah , haram rumput di padang itu akan dipotong .
Selain itu , jika Zainal Abidin cakap banyak bantuan diluluskan olehnya untuk penduduk kampung Guar Jering , sudah tentu anak-anak yatim di kampung itu terbela . Nasib baik lah ada UMNO Cawangan Kg Guar Jering yang mengambil inisiatif sendiri membuat tabung pendidikan untuk pelajar anak-anak yatim dan telah menyampaikan sumbangan pada 20 Jan 2010 lepas yang dihadiri Penyelaras Kadun Penanti Hj Rahim Man. klik sini
Jelas terbukti , ramai ahli PKR keluar parti di Kampung Guar Jering adalah kerana Mansor Othman tidak buat kerja dan tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat. Jadi , tak payah anda menyuruh pencacai yang juga penduduk di situ membuat pembohongan kepada rakyat Malaysia iaitu mereka ini bukan ahli PKR pun dan menuduh yang keluar ini menerima duit sogokan dari UMNO .
Kalau Mansor tuduh mereka ini bukan ahli PKR dan hanya 2 orang sahaja, harus diingat Kg Guar Jering adalah kubu kuat PAS dan PKR di situ . Mana mungkin mereka ini adalah orang UMNO dan kenyataan pencacai Mansor itu hanyalah pembohongan untuk menutup kesilapan mereka. Mungkin betul kalau dia cakap hanya 2 orang sahaja yang ada dalam rekod ahli mereka tetapi harus dingatkan yang 75 orang lagi itu lah penyokong-penyokong kuat PKR yang siang dan malam gantung poster dan bendera ketika Mansor bertanding dulu di PRK Penanti .

Untuk pengetahuan Mansor dan pencacai2 PKR di Permatang Pauh, PB ingin ingatkan gelombang kedua Penang Bangkit selepas Kg Guar Jering akan berlaku lagi di Prmtg Pauh !! Ada lagi 3 kubu kuat Pakatan Rakyat bakat ditalqinkan oleh ahli-ahli PKR sendiri yang kecewa dengan Anwar Ibrahim dan PKR . Jadi, tak payah la Mansor dok sibuk pikiaq sapa lagi dalam 10 MP PKR yang akan keluar parti itu .
Nantikan lagi pendedahan-pendedahan oleh PB di kubu kuat Anwat Al Juburi ....
Penang akan terus Bangkit !!!
Komen sms daripada Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh , Sdr Zaidi Mohd Said
" Saya cabar Mansor untuk buktikan setiap sen yang kita bayar kepada individu yang menyertai UMNO di Kg Guar Jering . Yang pasti selama ini usaha memujuk mereka pun tidak pernah kita gerakan apatah lagi untuk membayar mereka. Mansor harus sedar penduduk Guar Jering hari ini marah dengan keegoaan Mansor dan keengganan beliau mendengar masalah rakyat . Beliau juga gagal menyelesaikan masalah rakyat dan tidak menunaikan janji beliau semasa berkempen dulu "
Link
Penang bangkit !! Hardcore PAS sertai UMNO , satu tamparan hebat untuk Mansor
Bulan Gerhana di N12 Penanti





