Hari ini PKR menerima satu lagi tamparan apabila bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan keluar parti itu dan menyertai UMNO.Beliau membuat pengumuman itu sewaktu berucap di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perjumpaan kepimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) di sini malam ini.
Menurut Mohammad Fairus, keputusan itu dibuat kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap PKR dan perasaan itu semakin memuncak berikutan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dan perkembangan muktahir isu-isu berkaitan nasib Melayu Islam di PP .
Katanya, sebelum membuat pengumuman pada malam ini, beliau telah melakukan solat sunat istikharah selama tiga bulan bagi mencari kepastian.Menurutnya, ini kerana melalui proses itu beliau telah berjaya mendapat petunjuk jelas mengenai keperluannya meninggalkan PKR.
"Dengan lafaz 'bismillahirrahmanirrahim,' saya dengan ini atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa, tanah air serta kepentingan rakyat Malaysia, saya mengumumkan penyertaan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Dengan sendirinya (saya) keluar PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Insya-Allah saya berdoa agar diberi kekuatan serta bimbingan dalam urusan perjuangan menggunakan wadah baru ini," katanya.
PB masih lagi ingat ketika Fairus dalam PKR , banyak tuduhan fitnah jahat oleh pemimpin2 dalam PKR dan DAP untuk menjatuhkan beliau yang ketika itu menjawat jawatan TKM 1 PP hinggakan dituduhnya rasuah . Malah ketika itu orang dalam PKR sendiri yang mahu menjatuhkan karier politik juga telah membuat blog Anti Fairus Khairuddin iaitu Alahai... Fairus
Tetapi bermulanya malam ini , blog ini telah diaktifkan semula oleh musuh2 lamanya untuk melakukan pembunuhan karakter pulak kepadanya yang baru keluar dari PKR dengan menyertai UMNO . Dengan menggunakan slogan penipu iaitu " Berkatalah benar walaupun pahit " ini akan menyerang semula beliau kerana menyertai UMNO.
Sebenarnya kemasukan Fairus ke dalam UMNO merupakan berita buruk buat Pakatan harami di PP terutamanya DAP dan PKR . Khalifah LGE pastinya tidak senang duduk apabila mendengar berita ini kerana banyak perkara yang rakyat PP terutamanya orang Melayu tidak tahu tetapi Fairus selaku bekas TKM 1 PP ini tahu apa yang berlaku !!!
Kita nantikan lagi pendedahan2 panas oleh anak muda Prmtg Pauh mengapa beliau keluar PKR dan juga kenapa beliau meletakkan jawatan sebagai Adun Penanti . Kini , sudah tiba masanya beliau memberikan penjelasan yang sebenar @ terdapat konspirasi dari DAP dan PKR . Lim Guan Eng terutamanya adalah dalang utama dalam menjatuhkan karier politik beliau hingga menyebabkan beliau dituduh rasuah dan terpaksa meletakkan jawatan sebagai TKM 1 dan Adun Penanti . Berita kemasukan beliau ke dalam UMNO ini adalah satu sejarah kerana ia serentak juga dengan kawan-kawanya seramai 77 orang dari AMK Kg Guar Jering di Dun Penanti yan juga telah memasuk UMNO .
Kita lihat sejauh mana hebat blog pencacai2 PKR ini akan terus menyerang Fairus demi pertahankan Khalifah Agung mereka iaitu LGE atau tidak . Akhir sekali , PB ingin flash back balik 2 perbezaan antara TKM 1 Fairus dengan TKM 1 sekarang ...
1) Semasa Fairus menjadi TKM 1 PP , kita jarang dengar gerai-gerai Melayu dirobohkan oleh kerajaan negeri berbanding TKM boneka sekarang iaitu Dr Mansor .
2) Isu perarakan ketika Maulidul Rasul diteruskan seperti biasa bila Fairus menjadi TKM 1 dan juga memegang potfolio Agama Islam negeri . Tetapi tahun 2010 . pekeliling pertama daripada kerajaan negeri iaitu perarakan Maulidul Rasul dibatalkan tetapi akhirnya diteruskan juga bila mendapat kecaman pelbagai pihak .
Komen Datuk Seri Najib Razak
Beliau yakin penyertaan Mohammad Fairus ke dalam UMNO akan membolehkannya memberi sumbangan besar kepada perjuangan parti bagi membela bangsa dan agama.
"Saya atas nama Presiden UMNO menyatakan kami terima anak muda ini dengan senang hati kerana saya tahu saudara Mohammad Fairus ambil keputusan ini atas dasar prinsip dan bukannya bagi mendapatkan jawatan dan ganjaran," katanya.
Menurut Najib, beliau telah meneliti ucapan Mohammad Fairus pada malam itu dan mendapati ia sangat bernas, mantap dan bersemangat.
"Saya amati ucapannya dan saya dapati dia sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR yang didapatinya tidak lagi mempertahankan soal-soal prinsip yang dipegang olehnya.
"Ini melibatkan soal martabat dan maruah bangsa serta agama Islam. Oleh itu, anak muda ini pada hari ini, saya isytiharkan bahawa dia kini sama-sama berada dalam kalangan parti UMNO," katanya.













Bakal PM Malaysia telah diketahui.....tentunya bukan Muhyiddin sila klik disini
Fairus ni talibarut Anwar...langsung tak leh percaya.
Fairus - tukang tidur yang best sekali. Tanyalah dia bagaimana dia menghabiskan masa dengan hanya tidur semasa mesyuarat. Nasib baik dia pergi. Oh....tengoklah sijil-sijil yang dia ada...hahahahah.......inikah sikap UMNO mengambil orang yang berkaliber rendah? hahahahah
Anon 9.39 bongok nak mamposss.
Fairus masuk UMNO,maka bertambahlah ahli. Bukan dia dapat apapun?. BN dapat undi.
Ko ikutlah mangkok2 PKR lain jilat jubo LGE...hahaha
Dasar manusia yg suka dijajah oleh bangsa asing..huhuhu
Ada Ularmak PASir pun kena cucuk hidung, ngan bangsa sendiri melalak melalut,kena ngan bangsa lain,gigi simpan dalam bekas,tinggal gusi.
Siap ngan instant hadis lagi???
Woi...bertobatlah...tak masuk BN pun tak apa..
Ko dah sesat jauh dah...