Guan Eng akan bazir duit rakyat jika membina PICC PP

on Tuesday, March 9, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Di PP sudah banyak kemudahan tempat untuk seminar , konvensyen
dan pameran . Mengapa perlu lagi PICC ??


GEORGETOWN: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMPP) membantah cadangan kerajaan negeri membina Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (PICC) di Relau, Bayan Lepas yang dianggap membazir duit rakyat.

Naib Yang Dipertuanya, Syed Hassan Syed Ali Aidid, berkata pembinaan PICC tidak akan memberi sebarang manfaat kepada rakyat negeri ini kerana sudah ada banyak pusat konvensyen di Pulau Pinang.

Katanya, pembinaan PICC di waktu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berdepan bajet defisit sebanyak RM40 juta tahun ini bagi membiayai projek infrastruktur juga dianggap tidak bijak.

"Apakah kewajaran (Ketua Menteri) Lim Guan Eng mengarahkan MPPP membina PICC yang menggunakan sejumlah besar wang rakyat dan berpotensi menyeret MPPP ke kancah defisit berpanjangan.

"Lebih baik duit untuk membina PICC disalurkan kepada aspek kebajikan rakyat seperti memperbaiki rumah rakyat milik kerajaan negeri bagi menambah keselesaan, bukannya membazir," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Tahun lalu, MPPP mengumumkan pembinaan PICC dengan kos RM50 juta di depan Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA). Cadangan itu turut mendapat bantahan pelbagai pihak dan pertubuhan bukan kerajaan.

Syed Hassan berkata, Guan Eng harus memberi penjelasan kepada pembayar cukai sama ada MPPP diarahkan untuk menjalankan dan membiayai projek itu secepat mungkin sehingga menyebabkan majlis itu mengalami defisit.

"Beliau juga perlu jelaskan bagaimana projek itu dapat menguntungkan MPPP dari segi kewangan jika gagal mendapat cukup pendapatan. Apakah MPPP akan turut membiayai kos penyelenggaraan PICC.

"Selain itu, kami juga mahu tahu jika satu kajian sudah dilakukan terhadap keperluan negeri ini memiliki sebuah pusat konvensyen memandangkan beberapa hotel di Pulau Pinang mempunyai kemudahan bertaraf antarabangsa untuk mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE)," katanya.

Beliau berkata, rakyat negeri ini sekali lagi akan berdepan keputusan MPPP dan kerajaan dalam meluluskan pembinaan projek Penang Global City Centre (PGCC) suatu ketika dulu.

"Guan Eng harus sedar bahawa kuasa rakyat menyebabkan projek itu dibatalkan dan ia mungkin boleh berulang jika pembaziran wang rakyat diamalkan MPPP dan kerajaan negeri untuk sesuatu yang tidak diperlukan diteruskan," katanya.


2 Responses

  1. ed says:

    dewan perniagaan melayu pulau pinag dah berjasa apa pada peniaga melayu? suka berpolitik dan yang dapt kerja kontrack - terpileh pimimpin dan beberapa kerat pemimpin dewan

  2. ni la buktinya yg DAPig ni komunis dan sial,dulu masa jd pmbangkang sibuk ko bantah,ni da ko nk wt plak ye...bodoh punya lge,yg pkr n pas duk setuju2..mcm da mkn nasi kangkang lge je...hahahah,anwar al juburi,pkr,pas n DAPig sama bodoh n bahlol....

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps