PAS ditipu lagi oleh Guan Eng isu peruntukan hal ehwal Islam RM 24.3 juta !!

on Friday, February 19, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Isu ini PB dan beberapa rakan blogger dari Penang seperti Pisau.net, Pusaka Ayahanda dan juga blogger The Unspinners telah lama mendedahkan pembohongan Guan Eng ini. Malah Haprak daily terang-terang telah ditipu hidup-hidup Guan Eng tentang peruntukan ini siap publish lagi dalam portal web mereka Fakta Mengenai Pulau Pinang untuk orang PAS baca .

Kali ini apabila isu yang dimainkan di blog ini telah sampai ke media arus perdana seperti Utusan , kita tunggu reaksi pemimpin Melayu esok lusa ni akan komen . Guan Eng memang confirm melompat lagi dalam isu dan dok pikiaq apa lagi nak tipu pulak lepas ni . Tauke buat Banner Berani Kerana Benar pulak syok la kerana dapat lagi projek banner untuk di pasang satu Penang lagi ..haha

Puak2 kopiah putih pulak memang tak percaya punya dan pastinya mereka ini akan cuba auta balik fakta ini . Pendedahan ini sebagai tindak balas kepada kerajaan negeri yg kononnya BERANI KERANA BENAR .

Wahai pencacai-pencacai PAS/PKR , Lim Guan Eng sanggup berbohong secara berterusan begini akibat melihat ramai melayu/islam seperti anda lah yang sanggup menyokongnya secara membuta tuli didalam setiap penyelewengan di P.Pinang. Selama ini setiap kenyataan daripada Guan Eng mengenai kebajikan orang Melayu Islam PP langsung tiada dokumen hitam putih .
Semua hanya janji kosong saja bila di berceramah dan haprak daily ambil semua kenyataan Guan Eng itu umpama hadis tanpa selidik terlebih dahulu betul ke tidak fakta itu .


Fikir- fikirkan lah...




Peruntukan Islam: Guan Eng Sembunyi Fakta

Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa menyembunyikan fakta sebenar di sebalik dakwaan kononnya kerajaan negeri memperuntukkan RM24.3 juta untuk pembangunan hal ehwal umat Islam di Pulau Pinang pada tahun ini.

Ini kerana, jumlah sebenar peruntukan yang disediakan bagi tujuan itu didakwa hanyalah RM11 juta, lebih rendah berbanding RM12.2 juta yang diberi ketika era pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008.

Pengerusi Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohd. Yussoff Hamid ketika membuat pendedahan itu berkata, peruntukan RM24.3 juta yang dinyatakan kerajaan negeri sebenarnya turut merangkumi perbelanjaan tahunan bagi kos pengurusan agensi agama Islam.

"Bajet pengurusan berjumlah RM13 juta adalah bajet mengurus yang diperuntukkan secara tahunan untuk membayar emolumen termasuk gaji kakitangan agensi di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Islam.

"Jadi, jika ditolak (RM13 juta) daripada RM24 juta, peruntukan sebenar hanyalah RM11 juta. Nampaknya, fakta-fakta yang diberikan tidak jelas malah menimbulkan keraguan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Guan Eng yang kini berdepan kritikan kerana didakwa meminggirkan nasib orang Melayu dan Islam berusaha memulihkan imej kepimpinannya dengan mendedahkan kepada umum peruntukan bagi pembangunan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP itu dalam ucapan dan siri ceramah pakatan pembangkang berkali-kali mempertahankan pentadbirannya yang didakwa lebih peka terhadap pembangunan umat Islam berbanding pentadbiran BN sebelum ini.

Kerajaan negeri turut menaikkan sepanduk dan kain-kain rentang sekitar negeri ini tertera peruntukan RM24.3 juta pada tahun ini yang didakwa meningkat sekali ganda berbanding RM12.2 juta ketika era pemerintahan BN pada tahun 2008.





One Response

  1. puak kopiah puteh tu mana berani bersuara.jadi pak turut.takut nanti tak masuk syurga.ikut telunjuk guan eng.hidung dah kena ikat dengan tali.cakap pun merapu meraban.kena bohong pun masih percaya.inilah padahnya bila pintu hati dah tertutup untuk terima kebenaran.

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.