PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim pagi ini mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengisytiharkan dirinya sebagai anggota Bebas berkuat kuasa serta-merta.
Katanya, keputusan itu dibuat kerana beliau kecewa dengan pemerintahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di samping tidak lagi percaya dengan perjuangan pakatan pembangkang.
Peletakan jawatan tersebut telah menepaqti ramalan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin semasa muncul dalam rancangan Soal Jawab terbitan TV3, Isnin lalu yang mana beliau meramalkan Zahrain akan meletakkan jawatan dalam PKR.
Pada sidang media khas itu, Zahrain turut memberitahu buat masa ini beliau tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti politik.
"Buat masa ini saya tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti politik. Saya akan bergerak secara Ahli Parlimen bebas.
"Saya juga tidak bertemu dengan mana-mana pihak untuk berbincang mengenai kemasukan saya dalam parti lain.
"Saya adalah orang yang bebas dan bersedia dengan reaksi yang bakal saya terima," katanya kepada pihak media di sini hari ini.
Menurutnya lagi, tindakan yang diambil adalah atas keputusannya sendiri dan tanpa berbincang dengan mana-mana pihak telebih dahulu.klik di sini selanjutnya
Komen PKR
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan keputusan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim untuk keluar daripada parti itu sebagai tindakan seorang yang pengecut.Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali berkata, tindakan Zahrain itu jelas menunjukkan beliau takut untuk menghadapi kesan daripada perbuatannya mengkritik keras kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini.
Komen DSAI
”Kita sudah susah payah letak beliau sebagai jurucakap rakyat,bukan jurucakap bebas atau jurucakap pro BN atau UMNO,’katanya.Namun begitu beliau tetap terus mempertahankan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
”Saya tidak ada bukti nak pertahankan hujahnya ( Zahrain) bahawa Guan Eng pro komunis,cauvinis atau diktator,”kata Anwar.
Komen Datuk Seri Najib Tun Razak
Komen Tan Sri Muhyiddin Yassin
"Kita sudah menjangkakan bahawa banyak pemimpin Pakatan dari PKR dan PAS akan meninggalkan parti mereka. Zahrain mungkin sudah sedar perjuangannya dalam pakatan tidak bermakna, tidak mendapat pengiktirafan dan apa yang diperjuangkan sia-sia," katanya.













Katak-katak sedang berkeliaran dan berbunyi Onnggg....onggg....ongggg.... maklumlah kedengaran guruh dilangit dan disangka hujan akan turun. Tapi awas wahai sikatak SIULAR SAWA UMNO sedang menunggu untuk membahammu... hehehehehe...