..

..

Bekas Ketua Pemuda PAS PP bidas Guan Eng jangan bohong atau putarbelitkan fakta

on Thursday, February 18, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Ustaz Mohd Hafiz Nordin ketika membantah penggunaan kalimah Allah


GEORGETOWN - Jangan kelirukan umat Islam di Pulau Pinang dengan pelbagai muslihat kerana lambat laun ia akan terbongkar jua.

Pengerusi Badan Anti IFC (Badai), Mohd Hafiz Nordin berkata, pelbagai peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan ini sudah mula menunjukkan wajah sebenar Kerajaan Negeri yang kononnya berjiwa rakyat dan memperjuangkan hak sama rata tanpa membezakan agama dan bangsa.

Beliau berkata, tindak tanduk Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang melukai hati dan mengguris perasaan orang Islam di Pulau Pinang sejak kebelakangan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat itu.


“Melabel gerai orang Melayu sebagai pub dan menarik balik pembatalan perarakan Maulidur Rasul adalah antara contoh bagaimanapun Kerajaan Negeri cuba memutarbelitkan fakta seolah-olah orang Islam mempunyai pemikiran yang begitu cetek.

“Sepatutnya, Kerajaan Negeri perlu mengakui kesilapan yang dilakukan serta meminta maaf bagi menyelesaikan masalah yang ditimbulkannya dan bukan dengan menuding jari kepada pihak lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas keresahan dan kemarahan umat Islam Pulau Pinang berikutan pelbagai insiden yang dicetuskan oleh Guan Eng dan agensi Kerajaan Negeri termasuk merobohkan gerai dan terkini menafi membatalkan perarakan Maulidur Rasul.

Mohd Hafiz berkata, amat memalukan apabila surat rasmi yang dikeluarkan oleh pegawai kanan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) boleh dipermain-mainkan begitu sahaja seolah-olah ia satu bahan jenaka atau mainan.

Guan Eng perlu ingat bahawa mentadbir sebuah negeri bukanlah seperti mengendalikan sebuah persatuan yang boleh diubah mengikut kesesuaian sendiri. Adakah dengan berdolak dalik dalam pelbagai isu mencerminkan sikap dan peribadinya yang sebenar.

“Jangan mempersendakan umat Islam dan ajaran yang murni ini dengan mengaku kononnya mahu mencontohi peribadi Saidina Umar Abdul Aziz tetapi tingkah lakunya tidak langsung mencerminkan keadaan sebenar.

“Adakah bercakap bohong atau memutarbelitkan fakta mencerminkan pendekatannya ke arah mahu menegakkan Amar Makruf Nahi Mungkar. Jadi hentikan janji kosong itu dan jangan terus memperbodohkan umat Islam dengan slogan yang tidak membawa apa-apa makna,”
katanya.

Komen PB

Kalau bekas KP PAS Pulau Pinang sendiri tahu sikap sebenarnya Guan Eng dan apa yang telah dia bohong kepada orang umat Islam , tak kan puak2 PAS dok percaya lagi Guan Eng ??

Kalau PAS dah tahu pemimpin yang kononya mencontohi Khalifah Umar Abd Aziz ini berbohong dan masih mengangkat lagi orang seperti ini bermakna PAS telah menyimpang jauh daripada Islam . Dusta merupakan dosa dan aib besar, Allah Ta’ala berfirman:Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. [Al-Isra': 36]

Seperti kata banyak pihak termasuk NGO2 , kalau dah salah itu baik mengaku saja la . Tak payah dok berdolak dalik lagi dan memutarbelitkan fakta.

Fikir-fikirkan lah ..


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.