

Apabila PB membaca keputusan daripada Lajnah PAS Pusat dan pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS , Datuk Dr Haron Din dalam isu penggunaan kalimah Allah ini , jelas mereka tidak sehaluan dalam satu suara .
Lajnah PAS Pusat sehingga tengah malam semalam akhirnya membuat keputusan secara dasarnya seperti menyokong dengan menjelaskan berdasarkan kepada kaedah Islam , penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi iaitu Kristian dan Yahudi . klik di sini
Sebaliknya , PAS seperti menyalahkan umat Islam yang membuat bantahan dalam isu kalimah Allah dengan memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan umat Islam @ menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.
Beginikah pendirian sebuah Parti Islam Semalaysia ?? Adakah mereka bermesyuarat seramai 40 orang pemimpin PAS semalam hanya untuk bincang buat kenyataan rasmi PAS dengan menyalahkan umat Islam di seluruh negara yang melakukan bantahan dan UMNO ?? PAS sudah tidak berani ke menyatakan pendirian bahawa nama Allah hanya hak ekslusif umat Islam seperti yang telah difatwakan oleha Majlis Fatwa Kebangsaan .
Serentak dengan Lajnah PAS buat kenyataan rasmi mengenai pendirian PAS dalam isu ini, Timbalan Mursyidul Am PAS , Datuk Dr Haron Din pula menyifatkan mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan yang memihak akhbar mingguan Herald Tribune boleh membawa kekufuran serta syirik .
Menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam bermakna kita redha. Bila redha, juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik,” kata Dr Haron dalam sidang media di kediamannya di Bangi, petang Isnin.
Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya pada penulis blog termasuk pemimpin parti-parti politik yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu.
Datuk Dr Haron din juga mempersoal dan meragui niat akhbar berkenaan yang masih lagi bertegas mahu mendapatkan kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mereka
"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.
"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya
Lihat sendiri pandangan Dr Haron din dalam isu kalimah Allah dan beliau telah menjelaskan dengan detail mengapa kalimah Allah ini harus dipertahankan oleh umat Islam di Malaysia. Harun Din lebih cepat menghidu taktik dan niat sebenar akhbar Herald Tribune ini berbanding pemimpin PAS dalam Lajnah PAS Pusat yang menyalahkan umat Islam yang membuat bantahan dan UMNO .
Mana satu ahli PAS nak ikut ??? samada nak ikut Nik Aziz - Haron Din @ Erdogan ??
ikut video sidang media dengan Dr Haron din












Yang PASTI tidak mengikut PB, yang ternyata tidak tahu menilai jawapan ilmiah.Faham bagi betul baru komen.
Assalamualaikum saudara,
Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,
http://10sibudakhitam.blogspot.com/
dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.
Salam dari 10 Si budak hitam..