
Isu Pulau Pinang tidak pernah sunyi dan rakyat Pulau Pinang terus bangkit menuntut janji kerajaan negeri . Kali ini penduduk Rumah Hijau yang bakinya dalam 70 orang penghuni lagi protes dan menuntut janji kerajaan negeri dan enggan menerima tawaran rumah di Ampang Jajar .
Rata-rata majoriti penduduk India bertegas tidak mahu berpindah dan hanya mahu kerajaan negeri menunaikan janji mereka untuk menempatkan penduduk di kawasan itu .Menurut mereka , Kerajaan Negeri tidak sepatutnya melupakan janji mereka itu dan lepas tangan dalam isu ini kerana terdapat ramai penduduk yang kurang kemampuan di kawasan itu yang tidak mampu untuk berpindah ke rumah baru itu.
Dalam perbualan telefon bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng, sebulan yang lalu mengenai perkara ini, Hock Seng memaklumkan sekiranya Kerajaan Negeri ingin membina perumahan kos rendah di kawasan asal, mereka perlu membayar RM6 juta.
“Ia merupakan alasan baru, kini untuk mengelak dari menunaikan janji mereka, sebagai Kerajaan Negeri, mereka tidak patut mengelak lagi dengan memberi pelbagai alasan baru sebaliknya menyelesaikan isu ini dengan segera,” Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Hijau Mak Mandin, A Tamil Salvan
Selain itu , hasil makluman dari penduduk yang telah menerima tawaran rumah oleh Kerajaan Negeri itu, mereka perlu berpindah keluar dari kawasan petempatan asal menjelang 31 Disember depan.
“Penduduk yang telah menerima tawaran rumah telah diminta untuk berpindah keluar pada 31 Disember ini, bagaimana pula dengan nasib penghuni yang belum dan enggan menerima tawaran rumah itu.
“Adakah kami juga akan diusir keluar seperti penduduk Kampung Buah Pala? Penduduk yang menerima tawaran rumah itu juga menerima tawaran itu bukan secara rela tetapi selepas takut melihat keadaan penduduk Kampung Buah Pala yang diusir keluar dari petempatan asal mereka yang didiami sejak berpuluh tahun itu,” katanya.
Menurutnya, dengan tujuan menakutkan penduduk di kawasan itu, mereka telah menghantar surat tawaran untuk rumah atau pampasan pada hari yang sama Kampung Buah Pala dirobohkan.
“Mereka menggunakan taktik psikologi, menakutkan rakyat dengan gambaran Kampung Buah Pala , bagi membolehkan penduduk di sini berpindah keluar secara aman. “Sekiranya, kami ingin berpindah dari sini, sudah tentu dari dulu lagi kami tidak menyokong Pakatan Rakyat (PR) yang hanya menabur janji palsu mereka untuk menempatkan semula kami di kawasan ini ,”
Inilah cara DAP -CAT menyelesaikan masalah rakyat .. Sudah la menipu mereka dan tidak menunaikan janji , kini ditindasnya mereka seperti mana penduduk Kg Buah Pala . Sekiranya kerajaan negeri tidak mampu menunaikan janji, baik mengaku sajalah ..
AYUH RAKYAT PULAU PINANG !!
SAHUT SERUAN PENANG BANGKIT !!

PENANG BANGKIT !! : Penduduk Rumah Hijau tagih janji kerajaan negeri sosialis

Cauvanis Cina fikir siang dan malam nak ambil Malaysia, pemimpin Melayu buat apa ??
Para pemikir Cina cauvanis sudah mula berbincang mengenai kemungkinan mengambilalih pentadbiran negara ini melalui Pakatan Rakyat tanpa mendapat lebih 50% undi Melayu. Dalam perbincangan itu, pengkaji politik, Wong Chin Huat telah membuat perkiraan berikut:
Mereka sedar bahawa untuk dapat lebih 50% undi daripada masyarakat Melayu, mereka perlu beralah kepada tuntutan Melayu. Ini jelas mereka enggan. Editor edisi Cina Malaysiakini.com, Yong Kai Ping menyebut sistem yang ada sebagai sistem "negara Melayu" menunjukan ketidak selesaan kaum Cina cauvanis untuk memperakui warisan kesinambungan sejarah Melayu dan kaum Bumiputera. Mereka menerima hakikat susah untuk Pakatan Rakyat melawan UMNO dalam perbincangan mengenai Melayu.Perhitungan kasar Wong berdasarkan 165 kerusi parlimen di Semenanjung menunjukkan, seandainya PR memperolehi 40% undi Melayu dan 75% undi bukan Melayu, maka PR akan memperolehi 103 kerusi, dan hanya memerlukan 9 kerusi daripada Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan kerajaan persekutuan (dengan 112 daripada 222 kerusi).
Seandainya PR memperolehi 50% undi kaum India dan 75% undi kaum Cina, dalam keadaan mengekalkan undi Melayu pada paras 40%, maka PR akan memperolehi 90 kerusi di Semenanjung. Jikalau undi kaum India jatuh kepada 40%, maka PR hanya akan mendapat 80 kerusi, seperti apa yang berlaku pada PRU ke-12.
Pemerhatian Wong terhadap senario politik selepas PRU ke-12, termasuk beberapa PRK seperti Bukit Gantang, Manek Urai yang menyaksikan peralihan sokongan sebahagian masyarakat Melayu kepada BN, menyimpulkan bahawa "mustahil untuk PR memperolehi lebih 50% sokongan Melayu dalam masa terdekat."
Maka, Wong mencadangkan agar PR menggariskan matlamat yang lebih realistik, iaitu mengekalkan undi Melayu sekurang-kurangnya pada paras 40%, di samping melonjakkan graf sokongan masyarakat bukan Melayu kepada 75%, seandainya ingin mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan pada PRU ke-13.
Baca seterusnya di Merdeka review sini.
Banyak kebenaran Dr Mahathir "menasihat" Najib untuk memastikan kepercayaan orang Melayu kepada UMNO dikembalikan.
Disamping itu, UMNO perlu menguatkan kepercayaan orang Bumiputera Sabah dan Sarawak kepada BN kepimpinan UMNO. Sebarang kecurigaan hingga anggapan hak mereka telah dianaktiri perlu diperbetulkan.
Kerajaan sekarang dilihat berlebihan untuk mengambilhati pengundi kaum Cina dan India.
Ada anggapan di kalangan orang Melayu bahawa kerajaan telah mula tidak membela Melayu dan Bumiputera. Ketara sekali adalah isu biasiswa, subsidi petani, bantuan keusahawanan, dll. yang sudah jelas berkurangan. Banyak amalan baru kerajaan menimbulkan anggapan kerajaan UMNO tidak ada formula untuk membantu Melayu dengan lebih adil iaitu boleh mengambilkira segmen kaum bukan Bumiputera yang memerlukan.
Persepsi ini perlu dibetulkan dan keyakinan dikembalikan. Ia perlu lebih dari retorik tetapi pengalaman sebenar mereka. Jika pasaran bebas mahu diselitkan dalam kegiatan ekonomi dan sistem dual ekonomi dihapuskan sedikit-dikit, bujet sistem sokongan dan pembelaan kepada rakyat yang kurang bernasib baik perlu ditambah. Golongan besar segmen ini pasti terdiri dari orang Melayu dan Bumiputera.
Mereka menyebut 75% bukan Melayu di Semenanjung akan undi PR. Ini bermakna mereka akan usaha sampai 100% undi kaum Cina pergi ke PR. Undi 25% akan datang dari kaum India dan sebahagian kecil kaum Cina. Kaum India ada mula sedar pelbagai tuntutan terahdap kerajaan lebih menguntungkan kaum India dan mereka dibodohkan dengan permainan sentimen.
Pastikah hadiah yang diberikan untuk menarik undi Cina akan kembalikan sokongan pada UMNO/BN? Juga pastikah kemarahan Melayu kepada UMNO kerana persepsi terahdap Pak Lah dan keluarga sudah reda dan undi sedia kembali pada UMNO? Bolehkah dengan mengurangkan bantuan kepada Melayu?
Jangan sampai yang dikejar Najib tidak dapat dan dikendung Najib berkeciciran. Lebih baik diutamakan rakyat marhean yang susah tanpa mengira kaum. Perkiraan untuk kepentingan kaum tertentu di susuli.
Paling anih adalah dalam mereka menyebut "sama rata, sama rasa", "Malaysian Malaysia", dan slogan satu bangsa Malaysia konon hentikan politik perkauman, perbincangan ini masih menunjukan mereka masih berpolitik berasaskan kaum. Malah isu-isu politik sudah kurang zaman BN sebelum 2008, ianya menajdi-jadi masa lepas PRU12.
Rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan antara kaum harus hentikan pemikrian sedemikian. Formula kesepakatan antara kaum yang berjaya adalah BN. Ciri kaum diterima dan ambilkira sebagai fitrah manusia. Kepentingan tertentu diperseimbangkan jua.
sumber : the unspinners

Nik Aziz telah doa kemusnahan Najib

"Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan," jelasnya dalam Himpunan Perpaduan Ummah 'PAS For All. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa beliau tidak kecewa jika ada pihak tertentu mengkritik saranannya bahawa rakyat Kelantan akan berdoa agar Najib dibinasakan. Beliau juga melahirkan rasa tidak kisah dengan laporan negatif beberapa media massa, sebaliknya suka dengan beberapa kritikan tersebut.
"Hari-hari surat khabar (arus perdana) caci saya, saya sengeh (kerana) suka."
Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.
"Bila kita ikut Nabi, jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah."
Dalam ceramah selama 20 minit di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, Beliau turut melafazkan doa khusus kepada Najib.
"Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan)," doa Nik Aziz
"Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya."
"Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat."
Sebelum pada itu, Kelab Penyokong PAS berbangsa India, Bala Subramaniam berpendapat bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu melahirkan rasa terkejut dengan saranan doa Nik Aziz agar Najib dibinasakan disebabkan kezaliman Perdana Menteri itu. Ujarnya lagi, sepatutnya Muhyiddin menasihatkan Najib agar segera bertaubat dari melakukan kezaliman. Nada yang sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
"Saya orang bukan Islam pun percaya bahawa Tuhan akan membantu rakyat yang dizalimi, kenapa Muhyiddin dan Najib tidak percaya doa Tok guru," ujarnya.Ulasan Saya :
Kalau begitu Doa Nik Aziz, maka kami ahli-ahli UMNO juga akan berdoa, doanya seperti ini, "Ya Allah kami ahli-ahli UMNO sering dituduh sesat dan jahat oleh PAS dalam ceramah-ceramah politik mereka, maka Engkau berikanlah kesedaran kepada mereka agar mereka kembali kepanggal jalan serta menerima ajak UMNO untuk mewujudkan kerajaan Perpaduan antara PAS dengan UMNO. Kami juga sering dituduh sebagai menolak Agama-Mu, dan menzalimi rakyat Kelantan, maka Engkau tunjukkanlah kepada Nik Aziz, sesungguhnya kami sama sekali tidak menzalimi sesiapa pun. Ya Allah, Engkau berikanlah kesedaran kepada Nik Aziz dan pemimpim-pemimpin PAS yang lain. Amin"
sumber : blog azli shukri

Contoh pelajar yang dirosakkan oleh fitnah dan doktrin Pakatan Haram
Tiga pelajar Universiti Malaya dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini bagi kes menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang ditujukan kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor.
![]() |
Ini lah wajah-wajah pelajar UM yang dihantar ke universiti oleh ibubapa ke menara gading dengan harapan mendapatkan segulung ijazah untuk membantu keluarga kini menghadapi tuduhan di mahkamah atas tuduhan kes menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang ditujukan kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor. Mengapa mereka ini boleh bertindak seperti ini ??
Kerana terlalu percaya kepada doktrin Anwar Ibrahim dan RPK mengenai kes pembunuhan Altantuya kononnya membabitkan Najid dan isterinya , mereka ini terus percaya dan membuat kerja gila menconteng dinding dan menuduh seorang ibu yang penyayang seperti Datin Seri Rosmah Mansur sebagai pembunuh Altantuya .
Adakah mereka ini tahu Rosmah Mansur mempunyai alibi dan menghadiri suatu majlis dan tidak berada di tempat kejadian pembunuhan ??
Kerana terlalu ikut kata hati bukannya akal , mereka ini terpaksa menghadapi pertuduhan di mahkamah . Mereka ini berlagak saja sebagai mahasiswa tetapi tidak menggunakan akal dan mudah terpengaruh dengan permainan propaganda Pakatan Haram yang ditanam oleh Anwar dan PAS .
Apakah nasib mereka selepas ini ?? Habis anak-anak muda Melayu di IPT dirosakkan oleh pakatan haram dengan fitnah-fitnah mereka kepada PM dan kerajaan .

PENANG BANGKIT !! MELAYU TIDAK RELA DIPERBODOHKAN

PB menyahut seruan bersama-sama Pisau ,sebagai rakyat negeri Pulau Pinang, ingin menyeru kepada orang-orang Melayu Pulau Pinang tidak kira di pulau atau seberang , tidak kira fahaman politik UMNO ,PAS dan PKR .....ini amat penting untuk survival orang melayu di Pulau Pinang,
Lee Kuan Yew telah turunkan ilmu berguna kepada pewaris bangsanya seperti Guan Eng dan tindakan beliau sekarang ini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan di sebalik itu ialah menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat. Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ketengah-tengah kawasan pengundi Cina .
klik di sini ke blog Yazid Othman
Jadi, orang Melayu PP boleh bertindak dan bangkit dengan seperti blog Pisau cadangkan :
1. Menghantar MEMORANDUM BANTAHAN KEPADA MAJLIS TANAH NEGARA.
2.Menghantar MEMEORANDUM BANTAHAN kepada SURUHANJAYA PILIHANRAYA.
3. Menghantar MEMORANDUM BANTAHAN kpd KEPALA CINA SOSIALIS P.PINANG.
4. Membuat ceramah dan seminar terbuka di Pulau Pinang.
5. Membuat undian secara online di Facebook.
6. Meminta agar kakitangan kerajaan Negeri TIDAK MEMATUHI SEBARANG ARAHAN KEPALA CINA SOSIALIS.
7. Bangkit dan bersemuka dgn YB-YB Cina Sosialis P.Pinang.
8. Memasang sepanduk bantahan secara besar-besaran.
9. Melakukan TINDAKAN SIVIL TIDAK MEMATUHI SEBARANG ARAHAN KEPALA CINA SOSIALIS DENGAN MENUTUP PEJABAT-PEJABAT NEGERI SEHINGGA KEPALA CINA SOSIALIS MELATAK JAWATAN.
10. Memulakan TINDAKAN PROSIDINGH SIVIL TERHADAP KEPALA CINA SOSIALIS DENGAN MEMOHON INJUKSI, WRIT MANDAMUS ( PERINTAH MAHKAMAH MENGHALANG DAN MEMBATALKAN SEBARANG PERINTAH KEPALA CINA SOSIALIS).
11. Tindakan prosiding sivil itu hendaklah di buat atas alasan dan hujah bahawa:-
a. Kepala Cina Sosialis telah ultra-vires dlm kuasa-kuasa nya dan bertindak dengan sewenang-wenangnya.
b. Melanggar hak-hak isitimewa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia.
c. Tindakan Kepala Cina Sosialis itu melanggar dan bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia dan tidak sah serta terbatal.
d. Bahawa tindakan rezoning yg dilakukan oleh kepala Cina sosialis itu adalah di buat dengan niat jahat dan curang serta memprejudiskan hak-hak pengundi yg bukan penyokong parti sosialisnya.
e. Mendapatkan perintah injuksi terhadap DUN dan ahli DUN parti Cina sosialis itu drp terus menerus mengurangkan hak-hak isitmewa orang Melayu dan drp melakukan sebarang tindakan yg boleh menjejaskan kepentingan dan perlindungan hak-hak istimewa Melayu di dalam Perlembagaan.
f. Mengumpul bilangan jemaah melebihi 40 orang dan membaca Yassin 41 kali terhadap KEPALA CINA SOSIALIS DAN PARTI NYA DAN PARA AHLINYA KESEMUANYA DAN SETIAP SATU DAN TERHADAP MEREKA YG MENYOKONG MEREKA SUPAYA MEREKA MENERIMA BALA BENCANA dan menjadi ORANG YG HINA DAN TIDAK UPAYA MELAKUKAN APA JUA.
baca lagi seterusnya pendedahan ini di blog PISAU !!!!!!!!

I-City bakal pelingkup masa depan Melayu Shah Alam
Khalid kini sekali lagi meneruskan agendanya untuk menghancurkan mahasiswa UiTM selaras dengan cadangan 10% dibuka untuk bukan bumiputera oleh mulut Si Gagap ini sendiri...
Untuk menjawab serta membuktikan persoalan yang ditimbulkan ini saya sertakan gambar surat sokongan daripada Si Gagap kepada Datuk Lim Kim Hong untuk membina i-City...
Cuba menjadikan mahasiswa UiTM tidak berkualiti???
Melalaikan Mahasiswa UiTM???
Antara yang disokong Si Gagap:
(tak cukup lagi ke dengan apa yang ada di Seksyen 7 tu??? Seksyen 7 yang dikenali oleh mahasiswa UiTM dengan nama 'Bandar Komersial' secara jelas menunjukkan limpahan restaurant berlaku di Seksyen 7...)
dan Outdoor Activities
sumber : RevolusiKomen PB
Ini adalah satu agenda Khalid GaGap begitu juga Ahli Parlimen mereka iaitu Khalid Gereja untuk menghapuskan masa depan anak -anak Melayu yang menuntut di UITM . Khalid Gagap mungkin berfikir ala korporat iaitu keuntungan tetapi dalam soal kemasyarakatan dan sosial ,beliau adalah seorang MB yang gagal .
Jika terbinanya I -City ini , maka ikon baru Bandar Shah Alam yang menghapuskan ikon sebenar Bandar Shah Alam iaitu bandar Melayu .

Pulau Pinang kini dalam bahaya , bakal ikut jejak Singapura

Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri kita Pulau Pinang ,salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.
Mari kita segera melupakan kegilaan para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang ; sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat selama-lamanya.
DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan di sebalik itu ialah menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat.
Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ketengah-tengah kawasan pengundi Cina . Manakala para pengundi Cina pula dalam bentuk kumpulan yang besar dipindahkan kekawasan penduduk Orang Melayu untuk menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan penduduk Melayu. Cara ini bila pilihanraya nanti semua calon DAP dan pakatan mereka akan menang mudah.
Cara inilah yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebaik saja dia keluarkan dirinya dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 lalu.
Kembali ke Pulau Pinang, rancangan Lim Guan Eng adalah 100% mengikut jejak Lee Kuan Yew. Saya mempunyai bukti , bahawa Lim Guan Eng hampir setiap minggu terbang ke Singapura mengadap Sifu atau guru besarnya bagaimana hendak menghapuskan kuasa politik Melayu di Pulau Pinang.
Lim Guan Eng pernah terkeluar cakap kepada orang-orangnya di Pulau Pinang mengenai apa yang dituturkan oleh Lee Kuan Yew kepadanya semasa mengadap Sifu Agungnya di Singapura itu.Katanya Lee Kuan Yew berkata kepadanya..” You don’t worry I’ll teach you step by step”…ertinya ,jangan bimbang saya akan ajar kamu selangkah demi selangkah (bagaimana hendak menghancurkan pengaruh dan politik kaum Melayu di Pulau Pinang).selanjutnya sini
Petikan dari artikel Datuk Hj. Che Yazid bin Hj. Che Seman menceritakan grand design yang sedang berlaku di Pulau Pinang,malah cukup banyak bukti bukti yang sedang berlaku di negeri ini.Pisau mengharapkan melayu Pulau Pinang agar bangkit dan sedar apa yang sebenarnya yang diinginkan oleh Khalifah cina melaka ini.
Salah satu contoh terdekat,Yb Malik dari PKR akan menjadi mangsa apabila kesan rezoning berlaku di kawasannya sendiri, justifikasi untuk menolak YB Malik selepas ini kerana jumlah pengundi orang melayu kurang daripada pengundi cina,maka yang layak hanya mereka yang berbangsa cina menjadi calon wakil rakyat.
Satu lagi bukti, DAP sedang menjalankan gerak kerja untuk menghapuskan kuasa orang melayu di pulau sebelum PRU13 semata mata untuk tidak rela kalah.Pemimpin Melayu Pakatan Haprak yang ada hanyalah sekadar boneka,Banyak rumah kos rendah dan kos sederhana rendah sedang dirancang pembinaan disebelah tanah besar.Pisau cadangkan kerajaan pusat seperti SPNB supaya membina banyak rumah mampu milik di sebelah pulau dan pastikan 80% adalah milik melayu dan dikenakan syarat tidak boleh dijual.Jika tidak melayu hanya tinggal nama di Pulau Pinang.
Pisau katakan kenapa kerajaan pusat harus campur tangan dalam program perumahan yang dicadangkan ini kerana Pejabat Perumahan Negeri akan ditukar kepada Syarikat Perumahan Negeri dimana pengerusinya adalah berbangsa cina.Maka selepas ini permohonan untuk mendapatkan rumah kos rendah dan rumah kos rendah sederhana perlu mendapatkan sokongan dari YB YB dari DAP. Implikasinya mereka akan mengawal segala permohonan,jadi melayu akhirnya tidak akan mendapat apa apa .Pegawai kerajaan tidak mampu berbuat apa apa mereka hanya mampu menurut perintah.Segala polisi dan arahan untuk Pejabat Perumahan Negeri adalah datang dari kerajaan negeri yang kita sedia maklum dibawah kawalan sepenuhnya khalifah cina melaka Lim Guan Eng.
Rayuan Pisau kepada kerajaan pusat, berilah perhatian secara serius dakwaan ini. Perkara ini benar benar berlaku.Buat rakyat Pulau Pinang,bangkitlah,Pisau mohon dengan rendah diri agar bangkit dan bantah tentang polisi ini.
sumber : pisau.netKomen PB
Ini lah langkah permulaan mereka ( step by step ) untuk mengekalkan kuasa mereka di Pulau Pinang . Hang pa ingat Guan eng bodoh dan dok honeymoon saja pi luar negara terutama jumpa Sifunya di Singapura .. mereka semua telah plan siap-siap dan mengekalkan kuasa mereka di PP dan hapuskan kuasa orang Melayu .
Singapura adalah asalnya milik orang Melayu telah terlepas ke tangan bangsa lain dan Pulau Pinang ini sedang menujuk ke arah itu . DAP dan PAP ibarat abang dan adik ..Abang mesti punya ajar adik nak perbodohkan orang Melayu setelah berjaya di Singapura. .

Ramai akan lompat , We got a numbers !!!

PB baru sahaja mendapat info dari blogger Pisau dan agak mengejutkan ialah terdapat beberapa MP PKR dan PAS akan melompat parti ke BN . Menurut sumber , mereka tidak tahan lagi dengan perangai dikatator ala Anwar dan juga muak dengan lakonannya. Sudah ramai dah orang PKR dan PAS terasa tertipu dengan Anwar ini dan ditambah lagi dengan kes liwat yang akan berjalan tidak lama lagi. Sebenarnya ramai MP percaya jika Anwar didapati bersalah dalam kes liwat ini, mereka akan sedia angkat kaki untuk sokong BN .
Sudah terang lagi bersuluh , antaranya sudah awal sedar dari lakonan dan penipuan Anwar adalah Adun Bebas Lunas dan Adun Bebas Port Klang . Kita tunggu lah detik hari itu nanti dan kalau DAP nak pijak gambar lagi pun sudah tak guna kerana masa itu BN peroleh majoriti 2/3 Parlimen .
Selain itu ,pendedahan lakonan Anwar yang kononnya mempunyai hubungan baik dengan DAP dan PAS ini hanyalah untuk kepentingan politik semata-mata. Anwar sebenarnya meluat dan benci dengan PAS dan DAP . Ini berlaku ketika di Mesyuarat PKR Zon Utara pada 9 Januari 2008 di Yayasan Aman ( klik )
Di mesyuarat dikatakan Anwar makin hamun DAP dan PAS kerana tidak puas hati pembahagian kerusi sesama mereka. Kalau tak percaya sapa ada member jadi Ketua Cabang PKR Kedah , pi tanya depa tengok ..
Ini lah realiti sebenar sikap pemimpin yang dikatakan senarai 100 pemikir terbaik dunia .

Kerana isu punggung , Adun BN dihalau keluar dewan
PULAU PINANG 3 Dis. – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kecoh lagi pagi ini apabila semua sembilan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bertindak keluar dewan kira- kira 15 minit persidangan bermula.
Ia ekoran Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (gambar) sekali lagi digantung berikutan keengganannya meminta maaf kepada Sim Tze Tzin (PKR-Pantai Jerejak) yang mendakwa Azhar menunjukkan punggung kepadanya ketika diarahkan keluar dewan petang semalam.
Semuanya bermula apabila Tze Tzim yang mengambil bahagian perbahasan Bajet 2010 pada pukul 9.45 pagi membangkitkan isu itu yang kemudian mendapat perhatian Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain.
Abdul Halim mengarahkan Azhar supaya memohon maaf kerana perbuatan itu seolah-olah menghina Tze Tzim selain mempelawa Azhar menonton kembali tayangan video kejadian terbabit namun enggan dituruti Azhar.
Halim kemudian mengumumkan Azhar digantung sehingga selesai persidangan mesyuarat ketiga penggal kedua DUN Pulau Pinang ke-12 itu yang menyaksikan semua ADUN BN turut keluar dari dewan.
Azhar yang ditemui media berkata, tindakan menggantungnya itu adalah satu konspirasi untuk tidak membenarkan beliau berhujah selain menutup mulut beliau pada sidang DUN itu.
“Selama 20 tahun saya jadi wakil rakyat, saya tak habis-habis diserang namun tindakan menghalang saya berhujah ini satu tindakan melampau.
“Ini membuktikan wakil rakyat pakatan pembangkang ini tak bermaruah, tidak beretika dan tak sanggup terima kritikan yang menunjukkan pentadbiran mereka lemah,” katanya.
Petang semalam, Azhar digantung selama sejam apabila Timbalan Speaker, Tan Hock Leong mengarahkannya keluar kerana enggan menarik balik perkataan ‘dua tiga kerat’ wakil rakyat pakatan pembangkang yang tidak membela nasib orang Melayu di sini.
Mengenai dakwaan ‘tunjuk punggung’ itu, Azhar menjelaskan beliau hanya menunduk untuk mengambil begnya di bawah meja.
Komen PB
Nampaknya kerajaan DAP terus menerus pijak orang Melayu yang menentang mereka. Selepas isu Melayu tiga kerat , kali ini isu punggung dijadikan alasan untuk mereka halau Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim keluar dari dewan.
Adun muda Pantai Jerejak dari Anwar Al juburi ,Sim Tze Zin yang anti BTN ini terus menuduh Azhar Ibrahim tunjuk punggung kepadanya . Tuduhan kebudak-kebudakan ini juga disokong oleh Adun Melayu Mansor Othman @ Chot yang tidak mahu terus diserang oleh Adun BN dalam Sidang DUN .
PB rasa Adun PR terutama jambu seperi Sim Tze Zin ini fobia kot dengan punggung ..haha. Sudah lah ketua mereka kini hadapi tuduhan berkaitan main punggung juga , hari Datuk Azhar yang tunduk nak ambil beg duit pun di cop tayang punggung kepada anak buah Anwar. .
Datuk Azhar memang dijadikan mangsa konspirasi punggung dek kerana kelantangan beliau mengkritik pentadbiran kerajaan negeri . Selama 2o tahun beliau bercakap di Sidang DUN PP, kali ini beliau dihalang dengan isu bodoh seperti ini . Macam budak sekolah saja tahap pemikiran YB-YB Pakatan Rakyat , kerana tunduk nak ambil beg , punggung dijadikan isu .
Ini adalah satu lagi contoh kerajaan Pakatan yang tiada bermaruah ,tidak beretika, kuku besi , ala rejim selepas kerajaan negeri Selangor yang tidak boleh menerima kritikan terhadap kerajaan mereka.

Guan Eng tidak tahu tadbir negeri dan tiada idea majukan ekonomi negeri

mereka tiada idea majukan ekonomi PP tetapi sudah 27 lawatan ke luar negara dengan jumlah perbelanjaan RM 500,000 Mana hasilnya yand dicapai ??
PULAU PINANG 2 Dis. - Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) menyelar kerajaan negeri pakatan pembangkang kerana tidak mempunyai perancangan menyeluruh untuk memajukan ekonomi di Pulau Pinang terutamanya sektor hartanah yang menjanjikan keuntungan.
Beliau berkata, perkara itu jelas dalam ucapan Bajet 2010 oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng sambil menegaskan sektor tersebut sepatutnya diberi keutamaan kerana ia mampu bergerak cergas sekali gus menyumbangkan pendapatan yang tinggi kepada Pulau Pinang.
''Sektor hartanah boleh memainkan peranan penting untuk memacu ekonomi negeri ini dan ia berbeza dengan negeri lain kerana sektor ini tetap berdaya maju dan mempunyai daya saing walaupun berlaku kemelesetan ekonomi dunia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2010 pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya banyak projek perumahan dan komersial dilaksanakan di Pulau Pinang, maka kadar cukai tanah akan meningkat dan ia dapat menjana cukai taksiran serta hasil bayaran perkhidmatan yang tinggi.
Namun, katanya, daripada pengamatan beliau, kadar pembangunan hartanah di negeri ini didapati jauh ketinggalan berbanding Kedah, Perak dan Perlis.
''Inilah padahnya apabila mempunyai sebuah kerajaan negeri yang tidak kompeten, tidak telus dan tidak bertanggungjawab tetapi hanya asyik tahu beretorik dengan gagasan international city yang nampak gah tetapi hakikatnya pencapaian kosong," katanya.
Sementara itu, Datuk Jamsin Mohamed (BN-Sungai Dua) menyifatkan ucapan bajet Ketua Menteri itu seperti 'masuk bakul angkat sendiri' kerana Guan Eng hanya tahu memuji dirinya sendiri sedangkan kejayaan yang dicapai boleh dikira dengan jari.
Pada masa sama, beliau juga menafikan dakwaan Guan Eng kononnya kerajaan negeri tidak mendapat kerjasama dan bantuan sepatutnya daripada Kerajaan Persekutuan.
''Itu tidak benar sama sekali kerana Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan projek bernilai RM7.6 billion kepada Pulau Pinang tetapi apa yang menjadi masalah ialah apabila ada projek tidak dapat dilaksanakan kerana tiada kerjasama kerajaan negeri," sindirnya.
Beliau turut membidas sikap Ketua Menteri yang suka mencari gaduh dengan Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan di Pulau Pinang berhubung isu penyediaan tempat duduk pada satu majlis di Bukit Bendera dan isu pembangunan projek Taman Botani.
''Mengapa beliau mahu bergaduh dengan pegawai Kerajaan Persekutuan, itu semua buang masa sahaja. Kerajaan negeri sepatutnya memberi kerjasama supaya projek-projek itu dapat dilaksanakan dengan segera," katanya.

Pendedahan Nik Aziz amal Kronisme di Kelantan
Pendedahan yang kami The Unspinners buat terhadap salah laku Nik Aziz selama beberapa hari mendapat liputan muka depan Utusan Malaysia hari ini. Diucapkan berbanyak terima kasih.
Kami telah dedahkan bahawa Nurin Awang adalah proksi Nik Aziz sini dan sini. Turut didedahkan salahlaku Ariffahmi dalam hal skim Takaful Kifalah sini.
Kami juga mendedahkan Nik Aziz sebagai seorang munafik yang menunjukan dirinya sebagai seorang zuhud tetapi berpura-pura menunjukan rumah kampungnya dihadpaan tetapi rumah mewah di belakang. Dia juga sama seperti orang lain memgumpul harta. Baca sini. Tetapi paling teruk adalah Nik Aziz memindahkan sekolah ugama bawah Yayasan negeri menjadi hakmilik keluarga menggunakan Yayasan sebagai depan.
Kami percaya Nik Aziz sedang membuat gerakkerja untuk memperlecehkan ketiga-tiga Timbalan Pesuruhjaya PAS untuk kekal dan menutup salahlaku diri dan keluarga. Dia menyebut Kolonel Mat dengan tujuan untuk memfitnah Timbalan MB Ahmad Yaacob supaya dia tidak menggantikannnya.
Tuntutan Nik Aziz mengosongkan kerusi adalah dari rakyat tetapi dia tidak mempedulikan demonstrasi menuntut perletakan jawatan dan menganggap sebagai hanya permainan 'budak-budak nakal' UMNO.
Dalam hal ini, penyokong-penyokong Nik Aziz akan berkumpul selepas sembahyang Jumaat untuk menunjukan sokongan keapdanya pula. Usah menunjukan kebodohan politik masing-masing. Jika Nik Aziz tidak turun, jatuhlah PAS. Fahamlah kenapa Muhyiddin kata jangan paksa dia turun.
Lama-lama dia akan hadapi lebih banyak tekanan hingga Hadi terpaksa lakukan sesuatu yang akan memalukannya. Baca sini. Hadi tidak boleh berbohong selamanya.
Sambil-sambil itu perhatikan PAS Kedah. Apabila ditanya akhbar, Ustaz Azizan agak segan untuk memberi komen tentang apa yang berlaku di Kelantan. Ini kerana Kedah pun ada Nik Aziz, kes balak dan juga Ariffahmi versi Kedah. Baca sini.
sumber : the unspinners

Skandal Tanah Lot 408 babitkan Raja Putar Belit
Dua hari lepas Pemuda BN membuat laporan polis terhadap Lim Guan Eng kerana cuba menipu pernilain tanah yang berharga RM250 kaki persegi dengan harga RM45 kaki persegi.
Ini jelas menimbulkan syak ada kolusi dengan partner PDC Hotels iaitu YTL. Perbezaan harga antara lebih kurang RM205 kaki persegi itu sebahagiannya pasti akan masyukkk dalam poket Lim Guan Eng. Ini perlu disiasat segera oleh SPRM. Terlalu blatant!
Alasan yang diberi Guan Eng adalah harga sedemkian kerana penukaran syarat dan hotel itu dikuasai 51% kerajaan negeri. Itu pun tak cerita habis. 49% pegangan YTL dengan perjanjian supplementary yang melebihi mereka boleh kuasai usahasama ini. Kerajaan mana tahu urus hotel.
Guan nak cuba tipu kata langkah ini meningkatkan income negeri. Ini masih tidak menjawab kemungkinan yang disebut tadi. Dengan satu stroke tandatangan, harga boleh berbeza dari harga RM45 kaki persegi ke RM200 kaki persegi. Komisyen dapat sekarang, income untuk negeri makan masa dan tak tentu lagi.
Tentu PDC hotel dan YTL sedia memberi harga yang lebih baik kepada kerajaan negeri kerana risiko ketidak pastiaan untuk mendapat kelulusan pelbagai pihak berkuasa sudah kurang dan ini boleh meringankan beban kos.
Lihat laporan polis yang diambil dari blog Dr Novandri berikut:

Sila baca laporan demonstrasi Pemuda BN di sini. Syabas Pemuda BN PPinang. Inilah berjuang.
Jangan takut dan mudah mengalah. Kita blogger berjuang dengan otak dan menulis memberi kamu ide dan menyebarkan makluamt. Pemuda yang nak jadi pemimpin perlu kedepan dan berani! Jangan takut sampai mintak maaf dan tarik balik posting.
Kami rasa suka kerana dikala Lim Kit Siang sedang mainkan isu tanah Martrade-NAZA yang fakta mereka samar-samar dan penjelasan sebenar berlainan sekali, kini terdedah anak Lim Kit Siang cuba nak kelepet. Bukan sikit pulak tu. 'Komunis' ini rambut saja yang lurus. Jangan percaya bila dia kata dia lurus.
Jangan tertipu dengan penggunaan istilah GDV yang bernilai RM15 billion. Berapa lama pembangunan itu? 10/15 tahun? Pastikah jumlah itu RM15 billion? GDV RM15 billion bukan untung RM15 billion. Modal, kos dan jumlah pinjaman yang diperlukan belum diambilkira.
Bodoh betul Naza pergi cakap besar konon boleh menghasilkan jumlah jualan (sebelum kos) sebanyak RM15 billion. Sunggohkah Naza yang tidak ada pengalaman lama dalam pembangunan boleh buat projek sebanyak itu dan selama itu???
Ini auta korporat saja. LKS saja mahu mengambil peluang dari kementahan pengurusan Naza berkomunikasi.
sumber : the unspinners
Komen PB
Kita lihat setiap hari keburukan , penyelewengan babitkan kerajaan negeri PP didedahkan . Mereka mungkin boleh halau Datuk Azhar Ibrahim dari Dewan DUN , tetapi di blog-blog PRO BN .. semua orang dapat lihat bahawa Guan Eng pemimpin CAKAP TAK SERUPA BIKIN !!

Cerita sebenar kursus BTN

Klik di bawah untuk membaca kisah sebenar daripada peserta yang mengikuti kursus BTN . Jangan dok dengar orang cakap saja seperti dibaca dalam Malaysikini .
http://aisyahmokhtar.blogspot.com/2009/08/btn.html
BTN mengajar saya menjadi rasis?
Link
Isu BTN : SERAMPANG DUA MATA AnWAR, AZMIN & DAP

Kerana sebut "Melayu dua tiga kerat " dihalau keluar Dewan

GEORGETOWN - Sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) keluar dari Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam setelah tidak berpuas hati dengan tindakan Timbalan Speaker, Tan Hock Leong mengarahkan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim keluar dari DUN dan menggantungnya sehingga jam 5 petang semalam.
Azhar berkata, tindakan Timbalan Speaker yang mengarahkannya keluar dewan kerana mengeluarkan kenyataan ‘Melayu dua tiga kerat’ yang kononnya menghiris perasaan beberapa pemimpin Melayu Pakatan Rakyat (PR) sebenarnya bertujuan menyekat beliau daripada meneruskan ucapan dan mendedahkan satu persatu kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri.
Menurutnya, kenyataan ‘Melayu dua tiga kerat’ yang digunakan dalam ucapannya adalah merujuk kepada bilangan yang kecil memandangkan bilangan pemimpin Melayu PR amat sedikit dan beliau kecewa dengan tindakan Timbalan Speaker yang menunjukkan sikap tidak profesional apabila mengarahkan Ketua Pembangkang keluar dari sidang DUN.
“Saya kesal dan kecewa dengan tindakan Timbalan Speaker yang mengarahkan saya keluar dewan dan ianya jelas menunjukkan mereka cuba menyekat saya terus berucap, mungkin kerana tidak tahan dengan kenyataan pedas saya mendedahkan keburukan mereka.
“Sekiranya saya dihalau kerana tidak menggunakan perkataan yang sepatutnya dalam sidang ini, mengapa Timbalan Speaker tidak mengambil tindakan ke atas ADUN PR yang menggunakan perkataan kesat ke atas saya seperti perkataan lanun, penyamun, perompak dan kurang ajar yang memberikan pengertian yang lebih jelas berbanding perkataan ‘dua tiga kerat’?” katanya kepada pemberita sejurus selepas keluar dari sidang DUN bersama sembilan ADUN BN yang lain.
Azhar yang juga ADUN Penaga berkata, beliau tetap mempertahankan tindakannya enggan menarik balik kenyataan beliau sebelum ini dan membidas pemimpin Melayu PR yang disifatkannya sebagai ‘makan gaji buta’ semata-mata.
Beliau juga turut menafikan dakwaan beberapa ADUN PR menuduh beliau menunjukkan punggung ke arah mereka sebagai tanda protes dan menegaskan ADUN PR dan Kerajaan Negeri sememangnya mengamalkan sifat tuduh-menuduh ke atas BN sejak dahulu lagi bagi menutup ‘pekung’ mereka sendiri.
“Kerajaan Negeri dan ADUN PR memang amal perangai tuduh-menuduh dan guna perkataan kesat terhadap pemimpin BN sejak dahulu lagi sehinggakan menuduh saya menunjukkan punggung ke arah mereka.
“Berkenaan kenyataan saya, sememangnya beberapa ‘kerat’ pemimpin Melayu dalam Kerajaan Negeri pimpinan PR yang tidak pernah buat apa-apa terhadap orang Melayu di negeri ini dan hanya duduk diam di pejabat dan makan gaji buta semata-mata. Justeru, tidak hairan kalau ada orang panas punggung dan menggunakan kuasa Speaker untuk menghalau saya,”katanya.
Beliau juga berkata, UMNO sahaja yang berikhtiar membela nasib orang Melayu negeri ini.
Komen PB
Nampaknya Melayu 2 tiga kerat dalam PR terus dibela oleh Guan Eng dan DAP. Mereka ini dibela kerana telah menjadi Pak Turut dan boneka DAP seperti Nizar Jamaluddin di Perak .
Depa ini memang tidak buat apa untuk bantu orang Melayu . Bila berlaku isu Melayu ditindas keluar suratkhabar , baru lah kalut Mansor tunjuk hero pi bela contohnya kes peniaga Melayu mahu berniaga di Bazaar Ramadhan dulu .
Memang bengap juga Speaker DUN PP ini yang tidak faham maksud Melayu 2 tiga kerat ...ada ka alasan bodoh ini dijadikan sebab untuk halau Datuk Azhar Ibrahim keluar dewan. Mereka sebenarnya tidak mahu beri peluang Ketua Pembangkang ini bercakap mengenai keburukan kerajaan negeri . Kalau PP ada Gestapo SELCAT seperti di Selangor , maka alamatnya Datuk Azhar kena gantung terus la senasib dengan Khir Toyo kerana selalu kritik kerajaan negeri .
Inilah demokrasi ala Pakatan Haram !!! Siapa kritik kena shoot !!
PENANG AKAN TERUS BANGKIT !!!!

Bukti Surat jemputan & gambar serah bantuan di tokong
Lim Guan Eng memang pandai berlakon. Beliau begitu cepat mengarahkan YB Phee Boon Poh membuat laporan polis kononnya terdapat sms yang berbau fitnah mengenai menyerahan bantuan fakir miskin kepada orang Islam di tokong Cina.
Realitinya, Lim Guan Eng dan rakan-rakan sosialis beliau telah menukar tempat dengan harapan tidak ada lagi yang tahu.
Tetapi malangnya, isu bertukar tempat itu telah terbongkar dengan kewujudan foto yang menunjukkan beberapa fakir miskin di dalam sebuah tokong Cina bersama sami-sami tokong Cina tersebut!
(klik foto untuk lebih jelas)
Fakir Islam itu juga terpaksa menunggu upacara sembahyang tokong Cina sehingga selesai sebelum menerima sumbangan tersebut.
Lim Guan Eng memang pembohong besar!
sumber : blog Minda Intelek Melayu

Penang bangkit !! : Amar Maaruf Nahi Mungkar tidak layak untuk Pulau Pinang
PULAU PINANG: Slogan 'Amar Maaruf Nahi Mungkar' tidak sesuai digunakan kerajaan negeri Pulau Pinang kerana pentadbiran negeri itu termasuk Ketua Menterinya Lim Guan Eng mempamerkan perilaku yang bertentangan dengan slogan itu.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Berangan dari Barisan Nasional (BN) Shabudin Yahaya mendesak kerajaan negeri supaya tidak lagi menggunakan slogan itu.
"Lim tidak mencerminkan satu kelakuan yang bermoral apabila beliau membenarkan delegasi DAP di Perak untuk memijak gambar bekas pemimpin Pakatan Pembangkang...tindakan itu tidak beretika, tidak berbudaya dan seperti orang tidak beradat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Perbuatan Ketua Menteri itu bukan sesuatu yang patut dicontohi rakyat dan tidak sepatutnya seorang pemimpin yang dipilih rakyat berbuat demikian, tegasnya.
Terdahulu, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2010 pada sidang Dewan Undangan Negeri, Shabudin telah meminta kerajaan negeri menarik balik slogan tersebut dan tidak menggunakannya lagi di masa hadapan.
Komen PB
Bila melihat di jalanraya ,di simpang jalan terdapat banner Guan Eng dengan slogan terhebatnya yang menipu orang PAS iaitu Amar Maaruf Nahi Mungkar. Berdasarkan kepada maksud ayat ini, Guan Eng tidak layak menggunakan slogan ini untuk mengambarkan pentadbiran kerajaannya kerana tindakan biadapnya ketika memijak kepada orang Melayu telah memberi gambaran buruk beliau sebagai pemimpin. Malah beliau mahu mencontohi Khalifah Umar Abd Aziz tetapi adakah tindak pijak kepala ini diajar oleh Khalifah Islam ini ??
Jelas Guan Eng hanya berbohong saja untuk mengaburi orang Melayu PP agar anggap beliau menconthi pemerintahan Islam .

Rakyat Kelantan sudah bagi isyarat kepada Nik Aziz berundur

BTN racist @ DAP yang pijak gambar orang Melayu dan Cina
Pembangkang kerap bertanggapan buruk dengan kerajaan malah terbaru dalam isu Biro Tata Negara (BTN), mereka menuduh kursus-kursus di BTN bersikap perkauman dan doktrin Barisan Nasional (BN) hingga kerajaan pembangkang di Selangor memboikot BTN. Namun semua itu dilihat adalah pandangan sempit pembangkang yang malu untuk mengakui keberkesanan BTN melahirkan masyarakat cintakan negara, menghormati perlembagaan serta menjadi pemimpin berjati diri. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab terhadap BTN berpendapat, sekiranya pembangkang mahu meniru BTN dengan menubuhkan program modal insan SPIES di Selangor, mereka buat sahaja tanpa memburukkan BTN. SPEIS yang ditubuhkan kerajaan Selangor selepas mengharamkan pelajar mahupun katitangan negeri mengikuti kursus BTN adalah singkatan kepada program Spriritual, Fizikal, Intelektual, Emosi dan Sosial. Menurut Ahmad, tuduhan pembangkang kononnya BTN mengendalikan seminar dan kursus berbau perkauman nyata tidak benar sama sekali. “Apakah dengan mengajar sejarah negara, perlembagaan atau kontrak sosial dianggap perkauman?,” soalnya dalam sidang media di Lobi Parlimen, Selasa. Katanya, cerita itu mungkin dibawa oleh seorang dua anak pemimpin pembangkang yang mengikuti BTN. Menurut Ahmad, setiap penceramah diberikan garis panduan dan jika ada seminit dua penceramah bercakap soal kaum, itu tidak bermakna modul-modul di BTN berbau perkauman. Sambil menyidir pembangkang, katanya, kursus mahupun seminar di BTN tidak sampai ke tahap mengajar memijak gambar orang lain ataupun pemimpin seperti dilakukan oleh DAP. Ketua Penerangan UMNO itu merujuk tindakan pemimpin dan penyokong DAP yang memijak gambar tiga ADUN di Perak iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang – PKR), Kapt (B) Osman Jailu (ADUN Changkat Jering – PKR) dan Hee Yit Foong (ADUN Jelapang – DAP) semasa memasuki dewan Konvensyen ke-15 DAP Perak di Ipoh, baru-baru ini. Kecuali Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, semua pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang dengan bangganya memasuki dewan persidangan itu dengan memjiak tempat kesat kasut bergambar tiga ADUN tersebut. “Kita tidak sampai sezalim itu mendidik rakyat. Apa punya budaya, pijak gambar orang Melayu, pijak gambar orang Cina,”. “Dalam kursus kita (BTN) tak ajar pijak gambar orang Melayu, orang Cina..yang racist merekalah,” katanya. Ditanya sama Wan Ismail bapa mertua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah terbabit merangka kewujudan BTN, Ahmad tidak dapat mengesahkan kerana beliau hanya terbabit dengan BTN mulai 1991 hingga 1994. Beliau bagaimanapun mengakui, setiap pelajar yang mendapat biasiswa kerajaan persekutuan atau agensi kerajaan untuk belajar ke luar negara mesti mengikuti kursus di BTN. Katanya, mereka mesti ikuti kursus berkenaan sama ada pelajar itu anak-anak penyokong BN mahupun parti-parti lain. Ditanya kemungkinan tajaan kepada pelajar-pelajar berasal dari Selangor yang akan menuntut di luar negara mungkin ditolak ekoran tindakan kerajaan kerajaan merngharamkan mereka mengikuti kursus di BTN, Ahmad menjelaskan, kerajaan belum sampai ke tahap itu. Pada sidang media berkenaan, beliau turut menjelaskan bahawa modul-modul seminar dan kursus di BTN sudah dilakukan penambahbaikkan sejak Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Katannya, persetujuan Kabinet terhadap penambahbaikkan BTN tidak ada kaitan dengan tindakan memboikot BTN oleh kerajaan Selangor. “Kita sudah mula sejak April lagi dengan modul-mudul yang menerapkan nilai-nilai gagsan 1Malaysia,” katanya. Ahmad juga mengesahkan BTN bukan khusus kepada orang Melayu sahaja malah sejak 2003 lagi, seminar dan kursusnya membabitkan pelbagai kaum terutama kakitangan kerajaan yang baru memasuki perkhidmatan.-1/12/2009

Noh Omar pertahan rakyat , Ronnie DAP halau rakyat
Video ini mengisahkan kerajaan negeri selangor ingin merampas tanah yang menjadi milik LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dan menghalau mereka dari situ, kita tengok dan dengar sendiri cukup bodoh dan bangangnya seorang exco kerajaan negeri Ronnie Liew yang diagungkan oleh Melayu PKR dan PAS ketika menjawab soalan dari penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum . Turut serta ialah Datuk Noh Omar yang balun dan bantai kaw-kaw Ronnie Liu . Inikah cara Pakatan Haram menyelesakan masalah rakyat ? Taubat la PRU 13 orang tak undi dah dek kerana angkuh dan sombong pemimpin mereka ..
yang paling syok , kita lihat kaum Cina sendiri bantai Ronnie Liu yang dikatakan gengster, cukup bengis dan pemarah orangnya. Semua org tahu dan tengok di TV ketika beliau mengamuk di pejabat SPRM ketika teoh beck hock mati. haha sekarang baru hang tau bila berdepa dengan rakyat .. rakyat balun hang balik .
Tahniah Kepada Datuk Noh kerana berani mempertahankan hak penduduk pelbagai kaum di situ, berginilah semangat wakil rakyat BN yang rakyat mahukan. Mendengar denyut nadi hati rakyat !!!
Wakil rakyat UMNO dan BN yang lain harus mencontohi ketegasan Datuk Noh dalam memperjuangkan isu rakyat.
Video 1
Video 2
Video 3
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Militan Islam bekas tahanan ISA di Jalan Kebun15 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kepincangan Pakatan2 weeks ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Salam Maal Hijrah 1433H2 months ago
-
-
-
-
-
Blog Pilihan GPB
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Hilang sudahkah jati diri?4 days ago
-
-
-
-
-
-
-
-
BRC Conference 2012 Brunei2 months ago
-
-
-
-
-
-
IDEOLOGY1 year ago
-
Alter Terahsia Bangsa Melayu
- Alter Terahsia Bangsa Melau XIII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu III
- Alter Terahsia Bangsa Melayu IV
- Alter Terahsia Bangsa Melayu IX
- Alter Terahsia Bangsa Melayu V
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VI
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VIII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu X
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XX
- Dilema Melayu dan Siam
- Misteri Antara bangsa & Bahasa
- Piramid berasal dari Nusantara
- Sejata-senjata kerajaan Melayu disembunyikan
- Teknologi Kapal Melayu merempuh badai
Laman Ilmu
- Dilema Dunia Islam
- Arkib perbicaraan Anwar Ibrahim
- Aqidatul Tanzilah
- Bacaan Ayat Al Quran
- Jabatan Wakaf,zakat dan haji JPM
- Khairaummah
- Blog Layar Bahtera
- English Club.com
- Pernah terfikir untuk berubah?
- Rahsia lelaki Melayu
- Loco driver
- Goenawan Mohamad
- wikipedia melayu
- Dunia Penyair Melayu
- Puisi Melayu
- Melayu World




















