Archive for 10/11/09

default

Gelombang Perubahan 1 Malaysia akibatkan PAS tenggelam di Bagan Pinang

on Sunday, October 11, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Harapan PAS dan Pakatan Haram yang mahu menjadikan PRK Bagan Pinang sebagai medan pencetus gelombang politik ketiga telah musnah dan hancur apabila ditewaskan oleh orang yang dikatakan pemimpin kitar semula oleh PAS iaitu TS ISA ABD SAMAD dengan majoriti besar iaitu 5,435 undi setelah memperoleh undi sebanyak 8,013 menewaskan calon PAS yang mendapat undi 2,578 .


Kemenangan besar ini adalah di luar jangkaan PB sendiri apabila BN mampu memperoleh undi majoriti 2 kali ganda berbanding undi majoriti semasa PRU 12.Ternyata pengundi di Bagan Pinang telah menolak PAS dan Pakatan haram secara total apabila semua peti undi termasuk 3 peti undi yang mereka menang dahulu juga tewas .

Walaupun PAS memainkan pelbagai isu termasuklah isu peribadi terhadap TS Isa termasuk lah isu politik wang yang dikenakan kepada beliau dulu. Jelas, ia tidak mempengaruhi pengundi di Bagan Pinang yang jelas lebih mengenali TS Isa dan mengenangkan jasa-jasa beliau serta track record nya semasa beliau menjadi MB Negeri Sembilan dahulu.

Apakah alasan PAS selepas ini di dalam media mereka seperti harakah, siasah daily ,era konsep pakatan , dan malaysiakini selepas dimalukan di Bagan Pinang?

Kemenangan BN dengan majoriti besar ini berbanding kemenangan Pakatan di PRK lain jelas menunjukkan PAS dan Pakatan kini sudah ditolak oleh rakyat sendiri terutama pengundi muda yang sememangnya mereka harap undi dari golongan ini .Gelombang tsunami politik PRU 12 kini semakin lesu dan strategi pembangkang di setiap PRK kini sudah tidak berkesan lagi .

Kemenangan ini bukan sahaja diraikan di Bagan Pinang oleh malah penyokong UMNO di seluruh negara. Ucapan tahniah daripada rakan2 penyokong BN kepada PB menerusi sms tidak henti-henti sejak dari petang tadi .


Ulasan Pemimpin BN dan TS ISa Samad

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan perkembangan ini. Bagi saya, faktor kemenangan setakat ini adalah orang dah yakin semula kepada BN.

"Ini petanda baik bukan sahaja di Bagan Pinang malah di seluruh negara. Ini menunjukkan rakyat dah kembali yakin bahawa BN adalah parti yang mampu membangunkan negara walaupun kita akui ada sedikit masalah tapi ia mampu diselesaikan,"Tan Sri Isa Samad


"Kemenangan besar bagi Tan Sri Isa merupakan satu signifikasi sokongan rakyat terhadap BN keseluruhannya."Kemenangan dengan majoriti yang lebih besar menunjukkan rakyat benar-benar inginkan perubahan. Tan Sri Muhyidin Yassin


"The majority of the Indian voters in Bagan Pinang voted for Barisan Nasional, We (the MIC) have kept our promise to the prime minister (Datuk Seri Najib Razak) by delivering the Indian votes to the BN. This was his KPI to the MIC,” Datuk Seri S Samy Vellu said



ALHAMDULILLAH di atas kemenangan besar ini. Terima kasih kepada pengundi-pengundi di Bagan Pinang kerana memberi kemenangan besar kepada BN. Tahniah kepada semua blogger-blogger pro-BN dan petugas-petugas BN terutama di Bagan Pinang sendiri di atas kerja kuat anda bagi memastikan kemenangan besar ini. Terima kasih..

Kepada rakan-rakan blogger ,kita jumpa di Perhimpunan Agung UMNO minggu depan ..


Pejuang Bangsa

Generasi Pejuang Bangsa




default

Nizar oiii !! Live terkini : Perkembangan PRK Bagan Pinang

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Keputusan Tidak RASMI

Undi Pos - BN- 3507, PAS- 468, rosak 54

Bradwall - BN - 215, PAS - 90 , Rosak - 7

Sua Betong - BN - 371, PAS- 149, Rosak -9

Taman Easton - BN 136, PAS - 78, 1

Ladang Siliau - BN - 349, PAS -113, rosak,

Ladang Atheton - BN - 236, PAS -91

Bagan Pinang - BN - 973, PAS - 400

SIRUSA - BN - 767, PAS - 304
Ini adalah keputusan yang tidak rasmi!

MAJORITI BN - 4814

PAS bakar dikuburkan di Bagan Pinang !!!! Nantikan saat itu nanti jam 8.00 pm



Seramai 11,157 pengundi bersamaan 81.65 peratus menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat bagi DUN Bagan Pinang setelah pusat pengundian ditutup jam 5.00 petang Ahad, demikian di maklumkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Proses pengiraan undi kini sedang berlangsung di pusat-pusat pengundian. Keputusan rasmi dijangka di umumkan jam 8.00 malam.-11-10-2009

3.20 petang:
Sehingga pukul 3 petang seramai 5,892 atau 65 peratus telah keluar mengundi.




update 12.10 tengah hari: seramai 4,220 atau 46.5 peratus telah keluar mengundi bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.


Tak puas hati ..Proses pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang kecoh apabila penyokong BN dan PAS saling bersorak untuk merayu undi bagaimanapun kejadian tersebut bertukar sebaliknya apabila penyokong kedua-dua parti bertindak ganas dengan membaling botol dan kayu kepada penyokong parti lawan. Dalam kejadian tersebut dua orang penyokong yang dipercayai masing-masing daripada PAS dan BN ditahan oleh pihak polis.

TAHAN...Polis menahan seorang daripada dua penyokong daripada parti yang bertanding. Mereka ditahan kerana dipercayai menimbulkan kekecohan berhampiran pusat mengundi di SK Telok Kemang di sini.Kejadian berlaku apabila kedua-dua pihak membaling botol dan kayu kepada pihak lawan.


update 9.10am:Peti Undi Bagan Pinang,keadaan hujan .




default

Ceramah orang baru balik dari Amerika

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

PB tertarik video ceramah Anwar Antarturk ini yang baru balik saja dari Amerika Syarikat selama 10 hari di sana . Fuh bukan main hebat dok cerita mengenai pengalaman di Amerika ,New York ,Florida ,Washington di sana dan balik di Bagan Pinang di ceramah dok cerita kawan2 dia di Amerika kutuk Malaysia ....

Tak ada pun isu dan dok ulang benda yang sama saja ..





Ini pulak ceramah PKR di Bagan Pinang , penceramah dia ini macam mabuk saja ..haha tak ada penceramah elok sikit ka PAS nak import mai bagi ceramah. Macam orang bodoh saja siap menyanyi lagu lagi . haha PAS FOR ALL !!

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.