PORT DICKSON: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pembangkang kini berada dalam keadaan tertekan dan tidak yakin untuk menang sehingga mahu menangguhkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang akan diadakan Ahad ini.
Beliau berkata PAS sengaja mencetuskan isu kononnya mereka tidak berpuas hati dengan beberapa beberapa isu yang berkaitan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Pembangkang rasa tak puas hati dan dia minta SPR tangguhkan pilihan raya... dia konon tak puas hati.
"Pasal apa dia mahu tangguh? Sebab dia kempen tak cukup, dia tahu dia tertekan, jadi dia kata supaya bagi masa lebih sedikit," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Ladang Siliau di sini hari ini.
Tambah Muhyiddin lagi pembangkang tahu mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk meraih undi.
"Dia sengaja minta masa lebih, tapi kita tak minta lebih, kita ikut undang-undang... yang pasti mereka memang tertekan," katanya.
Komen PB
Jeneral Perang PAS Bagan Pinang Salahudin Ayub adalah jeneral paling penakut sekali antara jeneral perang PAS di PRK sebelum ini. Ini lah kesilapan yang paling besar orang akan lihat apabila PAS mahu lari dari medan perang dengan membawa isu memohon injuksi penangguhan PRK Bagan Pinang.
Apa rasionalnya cadangan beliau ini ??Nak tutup malu ke ?? SPR sendiri mengesahkan tidak wujud petindihan nama dalam senarai daftar pemilih di Bagan Pinang .
Dulu di Prmtg Pasir ,BN telah mengemukakan nama pengundi di beberapa peti undi yang meragukan kepada SPR iaitu tuan rumah tersebut tidak mengenali pengundi terbabit yang menggunakan alamat rumahnya. Contoh sebuah rumah saja terdapat 15 orang pengundi dan tuan rumah itu tidak kenal langsung nama-nama terbabit. Tak ke pelik nama melayu tetapi alamat rumah Cina . SPR tetapi juga guna nama daftar pengundi itu dan dijalankan juga PRK .
PAS kalau sudah tahu nak kalah ,mula lah mereka cari alasan macam-macam . Melihat kepada sokongan penduduk Bagan Pinang di ceramah2 mereka semakin kurang mendapat sambutan maka telah create cerita seperti ini .
Mana laungan mereka yang selalu laungkan gelombang kebangkitan rakyat ?? Jangan ingat rakyat Bagan Pinang sama seperti Prmtg Pauh ...itu mahu ingat !! di sana boleh la cakap besar ..
Kepada jentera BN , teruskan berjuang dan membantu calon kita . Kemenangan itu sudah tentu melihat kepada sokongan kuat orang Bagan Pinang , tetapi kita perlu menang besar lagi dari undi majoriti yang diterima pada PRU12 .












Kritikan ujarnya tidak salah asalkan bertujuan membaiki kelemahan tetapi bukan sehingga menyokong atau mengundi pembangkang dalam pilihanraya.






































