Archive for 09/13/09

default

Kalimah Allah hak Kristian - Anwar

on Sunday, September 13, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Video ini adalah bukti pemikiran Islam Anwar dan berkaitan dengan Islam Liberal yang kita bincangkan sekarang ini. Ucapan Anwar ini bukan diucapkan di Amerika Syarikat, tetapi di Ipoh, Perak pada 5 September 2009, anjuran PKR.

Anwar menggunakan campuran bahasa antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam penghujahannya kenapakah kalimah ALLAH harus diberikan kepada penganut Kristian.

Hujah Anwar :

1. Kenapakah isu kalimah Allah membuatkan orang Islam melenting ? Isu ini isu kecil, kata Anwar. Jawapannya - Kalau isu kecil kenapa orang Islam marah ? Kenapa pada tahun 70-an dulu Anwar bangkitkan isu kecil iaitu isu kemiskinan di Baling, sehingga mendorong mahasiswa berdemonstrasi di Kuala Lumpur dan ramai mahasiswa ditangkap, walhal isu yang dibangkitkan oleh Anwar itu tidak benar seperti yang dibuktikan oleh Dr Mahathir Mohamad. Itu isu ekonomi yang tidak benar, Anwar telah hasut mahasiswa supaya berbalah dengan kerajaan, bagaimana pula dengan isu agama, yang Anwar sendiri cadangkan agar diberikan kepada bukan Islam, kenapa pula Anwar melenting apabila ditolak oleh majoriti umat Islam ?

2. Kata Anwar yang mempertahankan kalimah Allah tidak diberikan kepada penganut Kristian bukanlah terdiri daripada alim ulama, tetapi oleh penganut Islam bawahan yang mengambil dadah sekali sekala. Jawapan - Benarkah dakwaan Anwar ini ? Isu ini dibangkitkan di Parlimen Malaysia. Yang benarkan kalimah Allah diberikan kepada Kristian adalah kumpulan Erdogan PAS, terdiri daripada Dr Zulkifli Ahmad dan Khalid Samad (gereja) yang kini juga terkenal membela kuil dibina di seksyen 23, Shah Alam. Yang menentang kalimah Allah diberikan kepada Kristian juga dari PAS iaitu Ustaz Taib Azamuddin, ahli parlimen PAS Baling. Ustaz Taib tiada autoriti untuk bercakap dari sudut agama ? Siapa Ustaz Taib, jika dibandingkan dengan Anwar, Khalid ataupun Dr Zulkifli ? ustaz Taib adalah bekas Imam Besar Masjid Negara dan semasa memangku jawatan itu, dia telah didatangi oleh mangsa liwat Anwar, bernama Hairani Hj Nahfis untuk meluahkan pengalamannya diliwat oleh Anwar.

3. Anwar berkata kenapa semasa Abdullah Munsyi menterjemahkan Bible dalam bahasa Melayu dan menukar "God" kepada "Allah", kenapa Majlis Fatwa tidak bantah ? Jawapannya - Semasa Abdullah Munsyi menterjemah Bible, adakah sudah diwujudkan Majlis Fatwa ?. Perlu diketahui, Abdullah Munsyi hidup semasa zaman Tanah Melayu dijajah oleh Bristish dan Abdullah Munsyi adalah penulis upahan Bristish, maka tidak hairan jika Abdullah Munsyi menterjemah kalimah God kepada Allah, kerana British mempunyai agenda tersendiri untuk melakukan proses Kristianisasi kepada umat Islam di Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan dan Malaysia ditubuhkan, salah satu syarat yang dipertujui bersama antara pihak British dan wakil rakyat Tanah Melayu adalah kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Selepas kemerdekaan barulah majlis fatwa diwujudkan untuk memperkemaskan semula kedudukan agama Islam di Malaysia. Jadi Anwar berhasrat mengembalikan semula kalimah Allah kepada Kristian untuk membawa semula kedudukan Islam yang suram seperti zaman pemerintahan British ?

4. Di Indonesia, kalimah Allah dibenarkan kepada Kristian, kenapa di Malaysia tidak boleh ? itu pendapat Anwar. Jawapannya - Indonesia dan Malaysia, dua negara yang mempunyai sistem berbeza, dari pelbagai sudut sama ada ekonomi ataupun agama. Dari segi ekonomi, kedudukan Indonesia jauh lebih teruk, sebab itu semakin ramai rakyat Indonesia berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Begitu juga dengan kedudukan agama Islam. Di Indonesia Islam Liberal dibenarkan sebagai pertubuhan sah. Salah seorang pendokong Islam Liberal iaitu Abdurahman Wahid (Gus Dur), yang juga kawan baik Anwar pernah menjadi Presiden Indonesia. Sejak zamannya kegiatan Kristianisasi bercambah seperti kulat lepas hujan. Kegiatan Islam Liberal juga berkembang semasa pemerintahannya. Pertubuhan Islam yang diharamkan seperti "Ahmadiyah" juga dihidupkan semula oleh Gus Dur, jadi tidak hairan jika kalimah Allah dibenarkan kepada Kristian jika latar belakangnya sedemikian rupa. Jika Anwar bersandarkan kepada hujah Indonesia, soalannya, adakah Anwar juga berhasrat mengembangkan Islam Liberal seperti Indonesia ?

5. Kalimah Allah perlu diberikan kepada Kristian kerana 'rahmatan lil allamin' (kesejahteraan Islam untuk seluruh manusia). Jawapan- Hujah 'rahmatan lil allamin' ini sama dengan hujah Gus Dur yang dibiayai oleh Yayasan Kristian-Yahudi Amerika, Kalimah Allah perlu diberikan kepada Kristian kerana 'rahmatan lil allamin'Libforall Foundation (manakala di Malaysia, Anwar dibiayai Yayasan Kristian-Yahudi Jerman, KAF) untuk menjustifikasikan kenapa umat Islam perlu mengalakkan interfaith antara agama. Klik di sini. Gu Dur juga menggunakan hujah yang sama untuk mengiktiraf negara Israel serta memperlekehkan Al Quran sebagai kitab porno. Klik di sini, di sini di sini dan di sini

Gus Dur di atas hujah ini sanggup membela 'holocoust' dan mengkritik keras Presiden Iran, Ahmadinejad kerana tidak mempercayai peristiwa 'hocoloust' yang dianggapnya sebagai propaganda Yahudi. Klik di sini

Sebab itu pada pengakhiran hujah, saya soal, apa bezanya Anwar dengan Gus Dur ? Keduanya, berlatarbelakang gerakan Islam; proksi Amerika dan Yahudi; menentang teroris (selalunya dirujuk kepada Islam); dibiayai dana asing. Klik di sini

6. Anwar sebut, dia tegas dengan prinsipnya menentang teroris. Apakah yang mempertahankan kalimah Allah tidak diganggugugat oleh pihak lain adalah teroris ? Betullah Anwar sendiri diberi liputan meluas CNN dan BBC, kerana semua itu instrumen Yahudi. Kenapa kenapa Anwar tidak tegas membantai Israel ketika mereka melakukan serangan kejam ke atas penduduk Islam di Gazza ? Kenapa tegas mahu memusnahkan 'teroris' Islam, tetapi berdiam diri apabila teroris sebenar (Israel) membunuh nyawa yang tidak berdosa di Palestin ?

Hujah terakhir, dalam politik juga ada sempadannya, kalau agama diperjudikan semata-mata untuk mendapat undi, itu adalah melampau dan manusia seperti ini patut ditentang habis-habisan.

Kita tahu Anwar banyak membuat perjanjian dengan penaja-penajanya di luar negara, tetapi kalau agama juga termasuk dalam terma perjanjian, manusia yang menyokong Anwar adalah pelacur agama di Malaysia. Klik di sini

sumber : http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

default

100 KATA-KATA TERBAIK ABAD INI OLEH NIK AZIZ NIK MAT

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



100 Kata-kata Nik Aziz
Paling Merbahaya Dalam Sejarah
(Siri I)

Oleh Muhammad Azli Shukri
Di sini saya perturunkan kata-kata Nik Aziz yang boleh dijadikan renungan kita bersama. Apakah beliau layak dipanggil dengan gelaran ulama, atau sebaliknya. Untuk siri pertama ini saya perturunkan 10 kata-kata beliau terlebih dulu untuk para pembaca menilai kembali bagaimankah corak pemikiran Islam Nik Aziz yang sebenar. Ada 90 kata-kata beliau yang masih ada dalam simpanan saya. InsyaAllah akan saya keluarkan sedikit demi sedikit bagi menyedarkan orang ramai berkenaan pemikiran ala-Khawarij yang membaluti parti PAS selama ini. Wallahualam.

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.


11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.


12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.


13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.


14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.


15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.


16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.


17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.


18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.


19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.


20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.



21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.


22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.


23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.


24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.


25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.


26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.


27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.


28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.


29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.


30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

default

Popular di kalangan ahli parti tidak guna jika tidak popular di kalangan rakyat - Najib

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


KUALA LUMPUR 12 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak hanya popular di kalangan ahli parti sedangkan pada masa sama mereka gagal memenangi hati rakyat.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, jika pemimpin terbabit lupa menjadi popular di kalangan rakyat, mereka sudah pasti akan dihukum dalam pilihan raya akan datang.

“Dalam sistem demokrasi berparlimen, suara keramat ialah suara rakyat dan kuasa mutlak adalah di tangan rakyat bagi menentukan nasib BN dalam setiap pilihan raya.

“Sebab itu saya selalu mengingatkan bahawa tiada guna kita menjadi popular di kalangan ahli parti sahaja tetapi tidak popular di kalangan rakyat.

“Kalau kita popular di kalangan ahli parti, kita boleh menang jawatan dalam parti. Tetapi sama ada parti kita relevan atau tidak, ia bergantung kepada sama ada kita boleh memenangi hati rakyat untuk menyokong BN," katanya.

Beliau berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-63 yang dihadiri 1,464 perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ini adalah kali pertama beliau berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN.

Ucapan selama kira-kira 25 minit itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV1.

Sepanjang ucapannya itu, beliau menerima tidak kurang 10 kali tepukan gemuruh daripada para perwakilan.

Najib menegaskan, semua pemimpin parti komponen BN harus sedar bahawa rakyat kini bukan lagi seperti masyarakat pada tahun 1950-an.

“Rakyat sudah cerdik dan pandai menilai dasar-dasar kita. Oleh itu, untuk parti komponen BN kekal relevan, kita mesti membina hubungan dengan rakyat dan menjadi pembela rakyat yang sebenarnya.

“Saya juga telah beri isyarat yang jelas dengan melakukan walkabout (lawatan tanpa berjadual). Kalau saya sebagai Perdana Menteri boleh buat ini, pemimpin-pemimpin lain pun boleh buat.

“Kita hendaklah sentiasa mendampingi orang ramai, merendah diri dan bersikap sederhana. Rakyat benci jika pemimpin angkuh, menyalahgunakan kuasa dan menunjukkan kekayaan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Najib berkata, mulai hari ini beliau telah menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk MIC iaitu parti itu mesti menarik kembali sokongan masyarakat India.

“Perkara lain tidak penting, yang utama ialah untuk memenangi semula sokongan masyarakat India.

“Buatlah kerja bersungguh-sungguh, jangan buat yang tidak patut dibuat. Bersikap merendah diri, pergi ke bawah dan beri khidmat kepada masyarakat India dan Malaysia seperti kata peribahasa, kalau ular menyusur akar, takkan hilang bisanya,” ujar beliau.

Najib juga menerima tepukan daripada perwakilan apabila menyatakan bahawa kerajaan akan menyediakan lebih banyak kemudahan kepada masyarakat India jika kaum itu memberi respons dalam bentuk sokongan besar kepada BN dalam pilihan raya.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Perdana Menteri melaung-laungkan kata-kata semangat, “Tunjukkan anda bersama-sama BN” sebanyak tiga kali dan disambut teriakan “Ya, ya” daripada perwakilan dan hadirin dan beliau kemudian menambah:

“Kita mempunyai peluang untuk menjadikan Malaysia negara yang hebat untuk semua kaum.”

Pada awal ucapannya, Perdana Menteri sempat mencuit hati perwakilan apabila menyentuh laporan Utusan Malaysia kelmarin mengenai Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan bekas timbalannya, Datuk S. Subramaniam yang masing-masing mendakwa mempunyai bom hidrogen dan nuklear.

“Sebelum saya datang pada pagi ini, saya sudah dengar heboh, kononnya ada bom nuklear dan bom hidrogen.

“Saya sudah meminta Unit Pemusnah Bom untuk membuat sweeping (pembersihan) dan mereka beritahu saya tidak ada bom dalam dewan di PWTC, jadi kita boleh bersidang dalam keadaan selamat,” katanya disambut dengan tepukan dan gelak ketawa perwakilan.

Komen PB

Najib memang hebat berpidato dan mungkin kita cukup terpesona dengan ucapannya tetapi jika kita sedar mesej yang disampaikan oleh beliau cukup jelas iaitu mahu parti komponen BN terutama MIC harus memenangi semula hati masyarakat India. MIC harus membina hubungan baik dengan rakyat dan menjadi pembela rakyat . KPI utama MIC adalah mudah iaitu menarik semula sokongan masyarakat India semula kepada BN dalam PRU 13 ini nanti .



Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.