1. Kekalutan yang melanda PKR bukan sahaja berlaku di Shah Alam, tempiasnya juga melanda rumag AnWAR di Bukit Segambut! Diberitakan minggu lalu, selain pening kepala dengan TS Khalid Ibrahim, AnWAR juga terpaksa bersoal jawab dengan isterinya Wan Azizah yang telah 'diserang' oleh isteri pemilik kondominium tempat AnWAR melalukan perbuatan terkutuk luar tabi'e.
2. Pemilik kondominium tersebut, Hj. Hasanuddin Hamid dan isterinya Puan Shamsiah merupakan teman keluarga yang rapat dengan keluarga AnWAR sekian lama. Hj. Hasanuddin, bekas ahli Lembaga Pengarah Dialog Group Berhad, sebuah syarikat senarai awam tersohor dalam industri gas dan petroliam. Memperolehi kekayaan yang tiada taranya semasa AnWAR menjadi Menteri Kewangan. Hj. Hasanuddin meninggalkan Dialog Group tahun 1998 dengan pampasan cukup besar dan menjadi aktivis PAS hingga sekarang.
3. Puan Shamsiah amat rapat dengan Wan Azizah, baiknya mereka hingga Puan Shamsiah menjadi tempat mengadu anak-anak AnWAR/Wan Azizah sedikit masa lalu (Wan Azizah dikenali dengan sifat kedekutnya, w/pun punya wang hasil sumbangan sahabat-sahabat koporat AnWAR tika beliau dalam penjara). Kayanya keluarga Hj. Hasanuddin/Pn. Shamsiah hingga boleh terbang ke Itali untuk menempah sebuah Ferari sebagai hadiah harijadi anak mereka.
4. Umum mengetahui Hj. Hasanuddin membataskan hubungannya dengan AnWAR setelah timbul dakwaan AnWAR meliwat di premis miliknya di Bukit Damansara. Puan Shamsiah (mungkin arahan suaminya) juga membataskan perhubungan keluarga mereka dengan Wan Azizah w/pun anak-anak AnWAR cuba meneruskan hubungan seperti biasa. Difahamkan AnWAR dan Wan Azizah yang menggalakkan anak-anak mereka menghubungi keluarga Hj. Hasanuddin bagi menggambarkan kepada umum tiada apa-apa yang berlaku.
5. Minggu lalu, hari Sabtu pagi, tanpa diketahui punca sebenar, tiba-tiba Puan Shamsiah datang ke rumah AnWAR di Bukit Segambut menemui Wan Azizah sambil marah-marah. x-pkr difahamkan pelawaan masuk ke dalam rumah oleh Wan Azizah disambut dengan kata-kata marah oleh Pn. Shamsiah. Diberitakan lagi, sambil bising-bising, Pn. Shamsiah memaki AnWAR yang disifatkannya sebagai manusia lupa diri yang membuat kerja kotor di dalam hartanya. Menurut Pn. Shamsiah lagi, mereka sekeluarga berasa malu kerana turut dikaitkan dengan kes AnWAR.
6. Mereka juga kini mengalami kesukaran kerana unit kondo tersebut kini adalah 'crime scene' atau tempat kejadian. Hasrat untuk menjual premis tersebut selepas ini juga bakal menemui kesukaran kerana unit tersebut telah terpalit dengan 'perlakuan' AnWAR dan harga mungkin jatum merudum w/pun harga unit-unit lain di kawasan yang sama mungkin terus melonjak naik. Ironinya, Wan Azizah hanya berdiam diri mendengar kata-kata Pn. Shamsiah (mungkin setuju atau tergamam?).
7. x-pkr difahamkan pemandu peribadi AnWAR, En. Abdullah Sani yang berusaha menenangkan Pn. Shamsiah! AnWAR pula kononnya tiada di rumah ketika itu (diragui kerana pemandu peribadinya sedang menyiapkan kereta).
Penangguhan kes liwat oleh AnWAR sendiri bukan sahaja membuatkan masyarakat beranggapan yang beliau bersalah atau takutkan sesuatu. Permainan 'fail dan tangguh' ini juga membuatkan keluarganya dimaki dan dihina oleh mereka yang pernah bersahabat dengan suatu masa dahulu. Namun AnWAR tidak pernah peduli, yang penting baginya adalah menangguhkan kes selama mana mungkin. Persoalan juga berkisar tentang Wan Azizah apabila beliau berdiam diri apabila dimaki oleh sahabat baiknya. Apakah diamnya tanda setuju dengan makian Pn. Shamsiah itu...............
Sekian.
sumber : x -pkr
Komen PB
Tak sangka kondo tempat projek itu telah harga jatuh dan orang tak mau beli hehe.. sepatutnya orang mau beli la sebab pemimpin hebat dan berpengaruh seperti Anwar pernah duduk situ . hehe

Gempar !! Rumah Anwar pun kecoh !! Apa cerita ??

Nizar oiii!! Tiga Adun PR Selangor hilang diburu oleh Anwar

Command Centre misi 'Serangan Waktu Subuh' kami yang terletak di tepi federal highway tidak putus-putus menerima panggilan telefon,walkie talkie,internet dan sebagainya untuk melaporkan info-info misi menawan kembali Selangor. Ada info yang boleh kami kongsi bersama dengan anda. Ada juga yang tidak boleh.
Di sebalik ribuan kenderaan yang melintasi federal highway,tiada siapa yang tahu ada pejabat kecil yang menjadi pusat operasi kami. Kami nampak orang ramai dan orang ramai nampak kami, tapi apa yang kami lakukan mereka tidak tahu. Walaupun kecil, pejabat ini cukup untuk memuatkan saya dan GAP serta beberapa pegawai dan ketua operasi kami.
Sampai bila kami akan terus berkampung disini saya tidak tahu. Silap haribulan saya dan rakan-rakan berhari raya di command centre ini. Manalah tahu,mungkin juga kerajaan Selangor akan bertukar di pagi hari raya.
Berita terkini yang kami terima ialah tiga orang Adun PKR telah hilang sejak beberapa hari lepas. Telefon mereka juga tidak dapat dihubungi. Anwar Ibrahim telah mengarahkan orang-orang beliau mengesan tiga Adun ini. Mereka yang hilang adalah
Adun Kajang,Lee Kim Sin @ Cikgu Lee
Adun Bukit Melawati , M.Multhiah
Adun Batu Caves, Amirudin Shaari
Dua di antara mereka ini mempunyai hubungan yang rapat dengan Ezam Md.Nor,manakala Adun Bukit Melawati pula adalah bekas ahli MIC dan rapat dengan Cikgu Parthiban, Adun BN yang menang dalam PRK Ijok 2007.
Cikgu Lee orang lama dalam PKR,tetapi beliau tidak rapat dan tidak percaya kepada Anwar. Perkara ini diceritakan sendiri oleh beliau kepada rakan-rakannya.
Amirudin Shaari pula adalah anak didik Ezam semasa dalam PKR dulu. Amirudin telah dididik oleh Ezam sejak dari UPM lagi. Sehingga sekarang beliau masih lagi rapat dengan Ezam dan sering melaporkan maklumat-maklumat terkini Selangor kepada Ezam atau pembantu Ezam, Sd Johari. Amirudin juga sudah mula cuak dengan perangai Anwar sekarang dan beliau juga sudah tidak percayakan Anwar lagi. Perkara ini diceritakan sendiri oleh beliau kepada Ezam dan Sd.Johari.
Kenapa mereka semua hilang ?
Kerana takut diangkut dan diugut oleh samseng-samseng dan mafia-mafia Anwar Ibrahim, sebagaimana yang terjadi kepada Arumugam Bukit Selambau dan Fairus Penanti.
Dua minggu lepas Anwar jatuh tersungkur di kaki Adun Lunas. Insyaallah seminggu,dua minggu atau tiga minggu lagi Anwar rebah melutut di kaki Adun-Adun Selangor dan selepas itu rebah menonggeng nyoq kaki Saiful Bukhari.
Ready...ready...BN Selangor, gerakan jentera p/raya secepat mungkin.....
sumber :rbf
Komen PB Kehancuran Kerajaan Pakatan kini semakin hampir .....

Nizar Boneka!! : Kerajaan negeri Selangor bakal tumbang

Suasana di Selangor semakin panas selain isu kuil dengan penduduk Islam Seksyen 23. Cahaya Islam di bulan yang mulia ini semakin terang dan bercahaya menandakan kemenangan umat Islam.Teori kerajaan Selangor bakal tumbang kian panas dan hangat dan menurut posting blog rakan saya rbf yang terbaru .
Satu surat yang ditandatangani 31 ADUN (Jumlah Majoriti,kerusi di Selangor 56) telah ada ditangan Hassan Ali untuk dikemukakan kepada DYMM Sultan Selangor. Antara kandungannya surat itu seperti berikut......
1. Tidak percaya kepada kepimpinan Khalid Ibrahim
2. Mencadangkan perlantikan MB yang baru iaitu... Datok XXXXXXX
Surat tersebut ditandatangan oleh Adun UMNO,MCA,PAS,PKR dan DAP. ADUN-ADUN PKR dan DAP yang turut sama menandatangani Surat tersebut masih kekal sebagai ahli Parti dan tidak lompat Parti bagi mengelakkan isu teknikal berkenaan Surat Akujanji yang tidak demokrasi itu yang mereka telah tandatangani terdahulu.
Menurut Perlembagaan Negeri ... sekiranya MB telah hilang kepercayaan majoriti ADUN maka, DYMM Sultan Selangor boleh melakukan dua Perkara:-
1. Membubarkan Dewan.... sekiranya ianya dipohon oleh MB Khalid Ibrahim.
2. Membubarkan Exco Negeri sedia ada dan Melantik seorang MB yang baru untuk menubuhkan barisan Exco Negeri yang baru.....
Inilah kebenarannya yang harus diterima Pakatan Haram terutama Khalid Ibrahim bahawa kegagalan anda memerintah dan mentadbir negeri Selangor dengan baik telah mendapat pembalasan cash daripada Allah di dunia terus. Anda mungkin bijak menjanjikan intan ,berlian dan permata kepada rakyat semasa PRU demi kemenangan tetapi ia sebenarnya telah makan diri anda balik .
Kesilapan utama kerajaan pakatan di Selangor ini adalah mereka telah meminggirkan Islam yang menjadi tonggak pemerintah di Selangor dalam isu arak dan isu kuil ini. Malah mereka sebenarnya juga pihak yang mengapi-apikan isu perkauman dan menuduh pihak lain sebagai dalang walhal isu itu sebenarnya adalah kegagalan mereka sendiri menangani .
Kehancuran Pakatan di Selangor adalah kesilapan mereka sendiri ...

Nizar KKK2: Kerajaan negeri PP akhirnya akur suara peniaga Melayu
Boleh berniaga selepas kecoh
fairol.ismael@utusan.com.my
PULAU PINANG 6 Sept. – Selepas menerima asakan serta desakan pelbagai pihak, kerajaan negeri akhirnya akur dengan permintaan peniaga bazar Ramadan Jalan Penang apabila membenarkan mereka terus berniaga di kawasan itu sepanjang musim perayaan ini.
Kira-kira 30 peniaga terlibat juga dibenarkan berniaga di kawasan itu pada tahun hadapan di bawah kelolaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) serta Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Pulau Pinang (DPMMPP).
Jaminan tersebut dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman selepas mengadakan pertemuan dengan wakil DPMMPP hari ini.
‘‘Untuk jangka masa panjang, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan DPMMPP untuk mendapatkan tempat dan infrastruktur yang lebih bagus bagi keselesaan para peniaga dan pengunjung.
‘‘Di samping itu, pihak kerajaan negeri juga membuat keputusan untuk mempromosikan bazar berkenaan sebagai salah satu tarikan pelancongan di Pulau Pinang dalam bulan Ramadan,’’ katanya di sini hari ini.
Semalam, suasana di kaki lima berdekatan Bazar Chowrasta, Jalan Penang di sini kecoh gara-gara tindakan kakitangan MPPP cuba menghalau para peniaga dari kawasan itu.
Difahamkan, para peniaga sudah berniaga di tepi jalan itu setiap kali Ramadan sejak 24 tahun lalu tetapi mula ‘diganggu’ sejak kerajaan pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan tahun lalu.
Daripada 70 lot gerai yang dikatakan beroperasi sejak dahulu, kini yang tinggal hanya kira-kira 30 gerai sejak pakatan pembangkang berkuasa tidak sampai dua tahun di negeri itu.
Yang Dipertua DPMPP, Rizal Faris Mohideen Abdul Kader mendakwa, masalah tersebut sebenarnya ditimbulkan oleh salah seorang ahli majlis MPPP yang dikatakan mempunyai kepentingan perniagaan di Bazar Jalan Penang.
Dakwanya, akibat sifat tamak ahli majlis berkenaan yang dipercayai mempunyai enam lot kedai di bazar tersebut, peniaga kecil Melayu dianiaya serta dinafikan hak bagi menjalankan perniagaan di situ walaupun untuk tempoh singkat.
‘‘Jika benar-benar kerajaan negeri pimpinan DAP jujur, mereka sepatutnya mengambil tindakan serupa terhadap peniaga-peniaga haram di beberapa lokasi lain di negeri ini.
‘‘Jangan sekadar hebat berkata-kata untuk membela nasib peniaga kecil walhal masih ada peniaga yang beroperasi tanpa lesen tidak dikenakan tindakan sebaliknya sebahagian lagi ditindas,’’ jelasnya.
Komen Pb
Akhirnya kerajaan sosialis DAP -PKR di PP tunduk jua kepada suara peniaga Melayu .Syabas peniaga Melayu di Bazar Ramadhan !! Kita harus pertahankan hak kita !! Jangan biarkan kita dipijak dan ditindas ...Kita juga ada maruah !!
Ini lah suara Rakyat ,kerajaan negeri harus dengar masalah semua rakyat. Bukan hanya dengar aduan sebelah pihak dan terus bagi alasan kesesakan lalulintas sebagai alasan utama tidak memberi mereka lesen berniaga. Ini hanya dengar aduan dari Ahli Majlis saja tanpa terus memikirkan kesannya kepada peniaga Melayu yang hendak mencari rezeki di bulan Ramadhan ini.
Peristiwa ini merupakan kali kedua kerajaan Pakatan haram dalam masa minggu ini terpaksa akur desakan rakyat selepas isu kuil di Selangor. Kesimpulannya mudah ,Pakatan Rakyat ini dulu mereka kata akan perjuangkan hak semua rakyat tetapi itu hanya bohong semata-mata ,mereka hanya bertindak populis dan menyokong pihak minoriti yang sekarang menjadi penyokong kuat mereka.

MB Selangor baru Hassan Ali @ Azmin Ali
Analisis Kumbang..
Angin perubahan bertiup kencang di bumi Selangor. Bumi yang melihat tangisan warganya yang menderita dan menangis di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang. Semalam, Tan Sri Khalid Ibrahim dimalukan oleh penduduk Seksyen 23 dengan perkataan 'MB bodoh’ dan 'Khalid Babi’ dalam sesi dialog isu pembinaan kuil di Dewan Bankuet Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam.
Sedikit pergeseran berlaku apabila isu sensitif mula dibangkitkan oleh peserta dialog dan menimbulkan ketegangan sehingga dialog terpaksa diberhentikan dengan Khalid sekali lagi berjanji untuk menyelesaikan isu berkenaan ala Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang senantiasa berjanji untuk menyelesaikan masalah penduduk Kampung Buah Pala dan ditepati beliau dengan lenyapnya Kampung Buah Pala di peta negeri Pulau Pinang.
Pergeseran yang berpunca daripada isu sensitif ini Kumbang rasa boleh dielakkan dengan kebijaksanaan kerajaan negeri memahami aspirasi penduduk seksyen 23 yang terdiri daripada pelbagai agama. Malangnya keputusan dibuat secara terburu-buru dan segala bantahan tidak diendahkan serta segala kesalahan dicampakkan ke bahu lawan mereka UMNO yang mereka katakan sengaja menimbulkan kekecohan. Hal ini menyebabkan rakyat semakin meluat dan inginkan perubahan drastik dalam kepimpinan kerajaan negeri Selangor.
Angin perubahan ini dirasai dengan tiba-tiba satu sms singgah di telefon bimbit rakan blogger Kumbang, Pisau yang berbunyi seperti di bawah :
UNTUK SEBARAN SEGERA !
TRAGEDI PERAK AKAN BERULANG DI SELANGOR ! Marilah kita sama2 berdoa agar kerajaan rakyat pimpinan ts khalid kekal memerintah slgr.Sumber dari pejabat DSAI mengatakan 11 adun PR akan keluar parti dan akan jadi adun bebas. 5 pas,3 pkr dan 3 dap. Ini semua kerja jahat BN. Jika tiada pilihan ts khalid akan mengadap sultan hari selasa ini utk mohon bubarkan dun. Semua cabang dan ranting diminta bersedia utk gerakan jentera p/raya.. Sama2 kita pertahankan kerajaan rakyat selangor drp terus menjadi mangsa politik jahat BN.
Sms ini antara lain membuktikan penubuhan kerajaan negeri yang baru kini giat berlangsung di Selangor yang mana kepimpinan Khalid Ibrahim akan ditunjukkan jalan keluar oleh adun-adun yang memahami aspirasi rakyat.
Perjumpaan Hassan Ali dengan Sultan Selangor semalam juga menimbulkan pertanyaan adakah ia sekadar taklimat penguatkuasaan arak di Selangor atau perbincangan mengenai penubuhan kerajaan negeri baru dengan Hassan Ali sebagai menteri besar?
Hal ini diperkuatkan lagi dengan Hassan Ali dikatakan mengelak untuk ditemubual wartawan di perkarangan istana. Seolah-olah sesuatu hal penting dibincangkan dan bukan hanya sekadar sebuah taklimat.
Krisis dalam PKR melibatkan Khalid Ibrahim dan Azmin Ali kian hangat apabila Khalid Ibrahim dikatakan disingkir kedudukannya sebagai Ketua Cabang(bahagian) Selangor yang menjadikan Khalid sebagai Menteri Besar tanpa jawatan di peringkat cabang atau bahagian. Hal ini ternyata menyebabkan Khalid Ibrahim boleh dipertikaikan kedudukannya sebagai Menteri Besar.
Perkara ini menyebabkan dalam PKR sendiri menyaksikan usaha mengangkat Azmin Ali sebagai menteri besar giat dijalankan untuk mengelakkan adun-adun dalam Pakatan Pembangkang mengalihkan sokongan mereka.
Perkara ini antara lain menyaksikan dua individu kini dikatakan berpotensi dan bersaing untuk menjadi Menteri Besar dalam angin perubahan di negeri Selangor iaitu Hassan Ali dan Azmin Ali. Yang mana Kumbang pasti, 2 individu ini ternyata jelek dengan pemerintahan boneka Khalid Ibrahim yang membebankan dan menjadikan rakyat Selangor kian menderita.
Kita tunggu siapa yang akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas ini. Samada Hassan Ali atau Azmin Ali. Apa yang pasti hal ini akan menyebabkan Anwar Ibrahim semakin risau dan ketakutan melihatkan sokongan yang berkurangan dari kalangan rakyat dan parti gabungan yang diketuai beliau.
Musa Hassan dilanjutkan kontrak, Selangor terlepas dan mungkin Kedah selepas ini membuatkan Anwar Ibrahim semakin tidak keruan dan impian menjadi Perdana Menteri mungkin tinggal angan-angan.
"Kuasa Rakyat,Kuasa Keramat"
sumber : analisis ringan

Inilah akibatnya bila Khalid Samad bela India
Inilah ajaran Pakatan Haram kepada orang India ini , mereka semakin berani menghina azan .
sungguh kurang ajar dan biadap !!
kata anak India ini "kami boleh terima azan lima kali sehari" maksudnya , apa salahnya kuil dia didirikan di kawasan melayu kenapa orang melayu tak boleh terima, sedangkan mereka (hindu) boleh menerima laungan azan lima kali sehari .
Anda tengok la macam mana budak India ni pusing cerita dan konar kot lain , orang cerita pasal kuil dia cerita pasal azan .. mereka ini memang sudah kurang ajar ..
Khalid gereja cakap mengenai keadilan untuk orang India ,tetapi ini adil ka bila mereka ini pertikai AZAN di masjid dan surau ??? Inilah akibatnya apabila pakatan haram ini mengambil pendekatan populis dengan menyebelahi orang India seperti ini dan Melayu pulak disuruh toleransi dalam isu ini .

MPPP cuba halau Peniaga Melayu Bazar Ramadhan di PP
Bantah !! Peniaga Melayu Bazar Ramadhan di Jalan Penang membantah tindakan MPPP yang cuba halau mereka daripada berniaga.Menurut sumber , MPPP halau peniaga ini kerana mereka tiada lesen walhal kerajaan negeri sendiri yang kali ini tidak keluarkan lesen untuk mereka berniaga di bulan Ramadhan ini. Hal ini berbeza dengan kerajaan BN dulu yang memberikan lesen kepada mereka berniaga sudah lebih 22 tahun . Peniagaan mereka sebelum tiada masalah pun sehingga lah pakatan haram diketuai DAP ini memerintah PP .
Alasan DAP
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, berkata peniaga berkenaan tidak diberi permit untuk berniaga kerana ia boleh menyebabkan kesesakan jalan raya di kawasan tersebut. Beliau berkata, terdapat juga sungutan daripada peniaga di Penang Bazaar di situ bahawa beberapa peniaga tanpa izin
aku nak tanya rasionalkah Umat Islam hanya berniaga setahun sekali sahaja melalui Bazar Ramadhan boleh akibatkan kesesakan jalan raya lalu tidak diberikan lesen untuk mereka berniaga ?? Penang Road memang sesak pun selalu dari dulu ,tak nanti bulan Ramadhan baru sesak .Jangan dok bagi alasan bodoh la Adun Komtar Ng wei !! Kalau peniaga Cina di situ bantah orang Melayu berniaga di situ terus terang cakap lah ....jangan dok konar sesak la . Berpuluh tahun mereka berniaga di situ sebelum ini tiada masalah pun .
Peniaga ini juga telah mengadu masalah ini kepada pemimpin melayu boneka DAP seperti TKM1 PP Mansor Othman dan Malik Kassim tapi sampai la tiada jawapan.
aku dah agak dah mereka ni pemimpin melayu tak boleh harap punya ...macam sial semua pemimpin melayu PR ini. lagi satu ,Mana perginya YB baru Salleh Man yang juga dikatakan bakal YDP MAIPP ?Apa komen Pak Leh ?? Ini masalah Melayu PP dan jangan hanya ingat pengundi Prmtg Pasir saja . Bersuara lah sikit bela orang Melayu ,jangan hanya dok takbir sahaja . Aku ingat lagi janji Mujahid bahawa jika PAS menang di Permatang Pasir , PAS akan suarakan ISU-ISU MELAYU lebih kuat lagi dalam kerajaan negeri kononya hero la... pirahhh
Kepada orang Melayu PP ,sedar lah anda dengan taktik kerajaan negeri yang diketuai DAP ini .Mereka ini tidak akan tolong kita malah bandar Geogertown ini majoriti kedai-kedai dimiliki oleh mereka. Untuk orang PAS yang aku rasa ada juga bersama dalam 30 peniaga bazar Ramadhan ini ,baru hang pa tau Siapa DAP Sosialis ini ...
MPPP CUBA HALAU PENIAGA
PULAU PINANG 5 Sept. - Suasana di persiaran kaki lima berdekatan Bazar Chowrasta, Jalan Penang di sini hari ini kecoh gara-gara tindakan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) cuba menghalau para peniaga beroperasi di situ.
Difahamkan, para peniaga di situ sudah berniaga di sepanjang tepi jalan itu setiap kali Ramadan sejak 24 tahun lalu tetapi mula 'diganggu' semenjak kerajaan pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan tahun lalu.
Para peniaga di situ yang pada asalnya mempunyai kira-kira 70 lot gerai kini dikatakan hanya tinggal 30 gerai dalam tempoh tidak sampai dua tahun.
Rata-rata mereka kecewa dengan tindakan kerajaan negeri tidak memberi lesen perniagaan kepada mereka seperti mana yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama 22 tahun sebelum itu.
Menurut Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Bazar, Mohd. Akram Masir Ahmad, beliau bersama para peniaga yang lain kesal terhadap tindakan kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak membenarkan mereka berniaga di situ lagi.
"Kami berniaga di sini sejak 1985. Perniagaan kami di sini tiada masalah sehinggalah kerajaan negeri pakatan pembangkang ambil alih pada tahun 2008.
"Tahun ini mereka tidak memberi kami lesen untuk berniaga. Kalau tak berniaga, macam mana kami nak cari makan. Kami cuma berniaga kecil-kecilan seperti baju Melayu dan baju kurung.
"Kami ada juga meminta Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman dan salah seorang pemimpin negeri, Abdul Malik Kassim melihat mengenai perkara ini tetapi sehingga kini tidak mendapat jawapan," katanya.
Beliau berkata sedemikian kepada pemberita di lokasi kejadian yang turut ditemani Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Rizal Faris Mohideen Abdul Kader, di sini hari ini.
Pada masa sama, Rizal berkata, pihaknya kecewa terhadap apa yang berlaku terhadap para peniaga Melayu di situ.
Beliau hairan mengapa hanya masyarakat Melayu yang menjadi 'mangsa' sedangkan masyarakat lain 'terselamat.'
"Peniaga Melayu ini bukannya selalu berniaga di kawasan ini, hanya ketika Ramadan sahaja, bukannya menganggu pun. Lagipun, masyarakat negeri ini sudah serasi dengan bazar Ramadan ini, kalau tutup orang Melayu nak beli di mana lagi.
"Apabila bazar ini ditutup, hampir 30 keluarga menerima kesan kerana perniagaan mereka telah tergendala," jelasnya.
Tambah beliau, pihaknya akan memberi sokongan penuh kepada peniaga terbabit dan berharap isu itu berakhir dengan penyelesaian yang baik.

Surat Bantahan Penduduk Seksyen 19 kepada MB Selangor
Penduduk Islam Seksyen 19 Shah Alam,
29 hb. Ogos 2009.
Yang Amat berhormat,
Tan Sri Dato Abdul Khalid bin Ibrahim,
Menteri Besar Selangor.
Bantahan ungkapan Dasar Kerajaan Pakatan Rakyat “Tiada Kuil Baru dan Tiada kuil yang diroboh"
Dengan hormatnya kami merujuk perkara diatas.
2. Kami sebahagian penduduk Seksyen 19 Shah Alam telah berusaha begitu lama menuntut kuil haram Seksyen 19 dipindahkan segera. Kami kecewa dengan situasi yang berlaku sekarang pasti akan melambatkan lagi proses itu. Kami semua terkejut apabila kami dijemput ke Seksyen 23 melihat sendiri surat yang ditanda tangani oleh Adun YB Rodziah, YB Khalid Samad dan wakil kuil pada 7 Mei 2009. Kami juga sudah melihat tapak cadangan kuil yang hampir dengan padang permainan kanak-kanak dan kawasan perumahan penduduk.
Menurut surat itu pihak kuil bersetuju pindah tetapi meletakkan syarat-syarat. Salah satu daripada syarat itu ialah, kuil di Seksyen 19 masih boleh beroperasi hingga akhir tahun 2010. Kenapa kedua-dua YB tidak berjumpa dengan penduduk Islam Seksyen 19 mengenai perkara ini?
Penduduk sudah beberapa kali menghantar aduan, bantahan dan juga buat perjumpaan mengadu masalah-masalah dikuil itu. YB Khalid Samad sudah berjanji akan menyelesaikan masalah penduduk Islam dalam masa setahun daripada tarikh perjumpaan beliau dengan penduduk pada 9/8/2008.
Sikap YB Adun Batu 3 dan Ahli Parlimen Shah Alam telah menyinggung perasaan penduduk Islam di Seksyen 23 dan di Seksyen 19. Apa yang berlaku kini apabila penduduk Seksyen 23 membantah, pihak kuil kelihatan aktif kembali di Seksyen 19. Kuil telah dicat baru, patung-patung juga semua di cat semula kerana mereka tahu kuil itu tidak akan diroboh walaupun akan dipindahkan ke lokasi baru yang akan mengambil masa satu setengah tahun lagi atau mungkin lebih panjang lagi.
3. Sikap toleransi yang begitu tinggi kedua-dua YB dengan pihak kuil yang menceroboh tanah PKNS selama dua dekad telah menyebabkan penduduk Islam kawasan berhampiran kuil bertambah kecewa. Kuil itu dahulunya digunakan oleh penduduk setinggan yang sudah lama dipindahkan.
Pada tahun 1988 semasa penduduk berpindah kekawasan perumahan ini, kuil itu hanya sebesar tandas. TIADA bekalan air dan elektrik. Mereka yang menceroboh tanpa rasa malu mengaku tanah itu tapak mereka walaupun kawasan itu sudah menjadi milik PKNS. Semasa perjumpaan penduduk dengan pihak berkuasa mohon kuil itu dipindahkan, kami sering mendapat maklumat, pihak kuil sentiasa mendapat sokongan pemimpin MIC yang sering campur tangan apabila penguat kuasa mengambil tindakan keatas kuil itu.
Jadi kenapa YB Khalid Samad kritik pemimpin UMNO tidak berbuat apa-apa? Pemimpin UMNO tidak menyalahkan pembangkang apabila penduduk mengadu masalah kuil kepada mereka. Pihak kuil pula lupa jasa-jasa pemimpin MIC yang sentiasa membela mereka hingga dapat bertahan di kuil itu begitu lama walaupun aduan dan bantahan penduduk Islam juga telah dibuat berterusan begitu lama.
Hanya selepas kes kuil di Rimba Jaya dirobohkan dan kerajaan negeri bertukar tangan barulah mereka menyokong Pakatan Rakyat. Menurut YB Khalid Samad hasil perbincangan yang waras mereka sanggup bertolak ansur sanggup berpindah asalkan tidak jauh. Penduduk Islam percaya tanpa desakan penduduk mereka akan terus kekal disitu. Mereka tidak pernah ambil peduli gangguan yang mereka buat telah menyebabkan penduduk terpaksa membuat aduan hingga kepada DYMM Sultan Selangor pada tahun 2006. Tanpa campur tangan NGO Islam pada awal tahun 2009 mereka pasti berjaya membesarkan lagi kuil itu dan gangguan bising terpaksa dihadapi setiap hari seperti apa yang telah berlaku mulai April hingga December 2008.
4. YB Khalid Samad dalam blognya banyak menyalahkan UMNO dan NGO Islam sedangkan kedegilan pihak kuil yang enggan keluar dari kuil haram itu tidak diambil kira langsung. Mereka sudah beberapa kali dapat arahan pindah semasa dibawah BN dahulu tetapi mereka enggan keluar walaupun mereka tahu disitu tapak rumah teres dus tingkat sebanyak 16 unit.
Gangguan bising yang dihadapi semakin teruk selepas March 2008 hinggalah campur tangan NGO yang YB Khalid Samad tuduh sebagai kaki perhangat. Penduduk Islam berhampiran menyalahkan YB Khalid Samad kerana bersikap berat sebelah. Semasa NGO campur tangan membantu penduduk Islam beliau pula menyebelahi Hindu kuil. Sila rujuk dalam blog beliau yang keluar pada 10 dan 12 Januari 2009.
Penduduk Seksyen 19 sudah menjawab surat beliau dan tersiar dalam bebrapa blog. Jadi siapa yang lebih mendera penduduk Islam? Jika UMNO terlepas pandang menyebabkan jumlah kuil melebehi 1000 buah di Selangor, masjid dan surau hanya 380 sahaja, Parti Islam sepatutnya menyedari masalah yang dihadapi penduduk Islam jika kuil terletak berhampiran kediaman penduduk. Mungkin YB Khalid Samad tidak pernah merasakan apa yang telah dilalui oleh penduduk Islam berhampiran kuil di Seksyen 19, jadi YB tidak kesah jika keadaan yang sama berlaku kepada penduduk Islam Seksyen 23 apabila kuil itu dipindahkan kesana.
5. YB Khalid Samad menulis lagi "Dasar Pakatan Rakyat Mudah - tiada kuil baru dan tiada kuil yang diroboh." Benarkah tiada kuil baru? Jika bangunan kuil lama dipindahkan mungkin kita boleh panggil pindahkan kuil lama. Tetapi jika kuil itu mengambil masa hingga satu setengah tahun baru siap itu bermakna kuil baru yang sangat besar akan didirikan disitu.
Adakah ungkapan Tiada kuil yang diroboh bermakna kuil lama akan kekal disitu?, jadi apabila mereka dapat kuil baru kuil haram di Seksyen 19 tidak akan di roboh? Jika begitu keadaannya sampai bila pun kuil itu tidak akan berganjak dari situ dan ia akan terus diaktifkan sampai bila-bila. Yang jadi mangsa dan sering diminta bertolak ansur ialah orang Melayu Islam. Masalah gangguan bising berlaku lebih serius apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pada bulan March 2008.
Gangguan bising tanpa kawalan memaksa penduduk mohon campur tangan NGO Islam kerana keadaannya sudah menjadi kronik. Jika dibiarkan kuil itu terus beroperasi hingga akhir tahun 2010, maka kemarahan penduduk Islam akan menjadi lebih kritikal jika mereka buat lagi gangguan bising terutama semasa keramaian bergendang hingga kewaktu tengah malam. Mereka yang meramaikan kuil kebanyakan datang dari luar kawasan Seksyen 19 Shah Alam. Mereka tidak pernah ambil peduli sensitiviti masyarakat Islam. Jelas sekali keadaan itu yang mendera dan mengganggu penduduk Islam.
6. Kami sertakan disini kronologi aduan, info dan maklumat masalah kuil haram Seksyen 19 dari tahun 2000 hingga Ogos 2009, surat terbuka kepada YB Khalid Samad, jemputan sidang media penduduk Islam berhampiran kuil dengan wakil-wakil NGO Islam dan media serta lain-lain dokumen yang berkaitan. Kami sertakan juga gambar-gambar kuil pada tahun 2008 dan tahun 2009. Penduduk Islam akan terus membantah sekiranya kuil yang telah mengganggu kehidupan penduduk Islam berhampiran itu tidak dipindahkan ke lokasi lain yang lebih sesuai. Kami sudah berusaha, kuil sudah dimaklumkan pindah ke Seksyen 22 pada 29/12/2007 selepas aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri (kes 35158), tetapi ditangguhkan kerana pilihanraya.
Jika perpindahan ini diteruskan tidak ada masalah berlaku saperti sekarang ini. Jadi wajarkah penduduk yang dipersalahkan? Pihak yang mengganggu ketenteraman awam terus dibela? Bila penduduk minta bantuan NGO Islam mereka dituduh membuat provokasi. Yang memulakan provokasi terhadap penduduk Islam ialah pihak kuil itu sendiri.
7. Jadi kami mohon agar Yang Amat berhormat Menteri Besar prihatin masalah penduduk Islam. Selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor aduan dan rayuan serta perjumpaan sudah dibuat. Tetapi sikap toleransi pemimpin Islam sendiri menyebabkan usaha penduduk Seksyen 19 terbantut lagi. Kuil yang sepatutnya pindah ke Seksyen 22 pada tahun 2008 bertukar tempat ke Seksyen 23. Lokasi yang dipilih berhampiran kawasan perumahan penduduk Islam, surau dan taman permainan kanak-kanak.
Pihak kuil pernah menolak ditawarkan berpindah ke Seksyen 23 beberapa tahun yang lalu. Menurut bekas Pembantu Khas bekas Adun Batu Tiga, mereka memberi alasan kawasan itu tempat najis kerana berdekatan Loji Indah Water. Apabila kawasan itu sudah dibangunkan menjadi kawasan perumahan majoriti penduduk Islam mereka mahu pula kawasan itu.
Penduduk Seksyen 23 sudah mengumpul maklumat dan menyiasat masalah penduduk Islam Seksyen 19 yang menghadapi masalah kuil. Mereka membantah kerana mereka tahu pihak yang akan dipindahkan itu telah membawa masalah besar yang telah berlarutan begitu lama kepada penduduk Islam Seksyen 1. Oleh sebab itu mereka berusaha agar masalah itu tidak berlaku kepada mereka pada masa hadapan.
8. Akhir kata kami merayu kuil Seksyen 19 dipindahkan ke lokasi lain yang lebih sesuai. Semoga aduan kami diberi perhatian yang serius oleh kerajaan negeri. Kami mohon maaf kepada YAB MB sekiranya terkasar kata dalam surat ini. Kami menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak YAB Tan Sri dan pihak SUK.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih
sumber: cucu tok selampit
Komen PB
Inilah kegagalan Khalid Gereja sebagai wakil rakyat kawasan tersebut dan Khalid Ibrahim sebagai MB yang membuat keputusan .Kita dapat melihat ,penduduk dari seksyen 19 & 23 telah lama menentang dari awal usaha kerajaan pakatan haram selangor, kenapa harus menyalahkan kerajaan BN sebelum ini,walhal sudah disediakan tempat baru di seksyen 22.
Punca utama masalah ini bukanya orang orang melayu seksyen 19 & 23,tetapi sikap tidak toleransi oleh jawatankuasa kuil yang sentiasa berdolak dalik dan di tambah oleh MB Khalid gagap yang flip flop dan Khalid gereja.

Nizar KKK: Anwar sudah menyimpang jauh
Anwar bersikap liberal sehingga sanggup gadai agama !!
IKD PENYULUH ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA
Artikel ini disalin semula oleh pendekar siong, Baling Kedah yang dipetik daripada Kamarulz.blogspot. com berkenaan dengan pendedahan mengenai peranan badan pemikir Anwar, IKD sebagai penyebar Islam Liberal di Malaysia. Klik di sini
Nampaknya peranan IKD sebagai penyuluh Islam Liberal di Malaysia, bukan lagi rahsia, tetapi sudah diketahui umum dan disalin dari blog ke blog untuk peringatan dan pengetahuan semua rakyat Malaysia.
Tahniah! Teruskan usaha penyebaran ini, agar lebih ramai yang sedar tentang apa itu Islam Liberal, siapa di belakangnya dan apakah peranan IKD dan Anwar Ibrahim dalam menyemarakkan gelombang kebangkitan Islam Liberal di Malaysia. Lagi banyak sebaran berbentuk email berantai lagi bagus, kerana semakin ramai yang akan tahu dan akan mengambil langkah untuk membendungnya.
Berikut dibuat sedikit petikan dan analisis tentang tulisan tersebut;
"Institut Kajian Dasar (IKD) yang berpangkalan di Jalan Telawi, Bangsar adalah satu organisasi yang memainkan peranan yang sangat penting di dalam usaha menyebarkan fahaman Islam Liberal di Malaysia ini. IKD turut mempunyai link dengan Jaringan Islam Liberal (JIL), satu organisasi dakwah Islam Liberal yang terbesar di Indonesia. JIL dipelopori oleh Cak Nur (Nurcholisch Madjid) iaitu bapa Islam Liberal Indonesia"
"IKD mendapat sumber kewangan daripada Konrad Adenauer Foundation (KAF), sebuah yayasan kebajikan yang berpangkalan di Jerman. Yayasan ini sangat aktif memberikan sumbangan kepada pertubuhan-pertubuh an yang mendokong fahaman Islam Liberal di dunia ini. IKD dipimpin oleh saudar Khalid Jaafar (Calon PKR di Parlimen Bukit Katil, Melaka). Khalid Jaafar adalah orang kuat kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Selain itu IKD turut didokong oleh YB Amiruddin Shaari (ADUN PKR Batu Caves) selaku Koordinator IKD"
Penulis merumuskan IKD merupakan penyuluh Islam Liberal kerana mempunyai link dengan Jaringan Islam Liberal (JIL) Indonesia dan ditaja oleh Yayasan Kristian-Yahudi Jerman serta dipimpin oleh pemikir Islam Liberal Malaysia, Khalid Jaafar, bekas Setiausaha Akhbar, Anwar Ibrahim dan aktivis PKR.
Kemudian penulis mendedahkan kegiatan IKD untuk penyebarluaskan Islam Liberal di Malaysia;
"IKD banyak menerbitkan buku-buku dan artikel-artikel yang mendukung fahaman Islam Liberal. Mereka kini giat menerbitkan bahan bacaan di dalam bentuk saiz poket dan dijual di banyak toko-toko buku ilmiah. Tajuk buku-bukunya seperti tajuk yang baik dan membincangkan hal ehwal Islam tetapi hakikat yang sebenarnya ialah karya-karya berkenaan dicemari dengan fahaman Islam Liberal. IKD menggunakan bidang penulisan (buku & arkitel) untuk menyebarkan fahaman Islam Liberal"
"IKD turut sama menyebarkan fahaman PLURALISME agama(semua agama adalah benar). Satu fahaman yang sangat merbahaya. Fahaman ini mengatakan bahawa semua agama adalah sama dan semua agama akan menuju kebenaran. Pluralisme agama juga menyatakan bahawa semua agama akan menuju ke syurga serta tiada bezanya antara Islam dan Kristian kerana semuanya sama belaka. fahaman ini jelas sekali bertentangan dengan ayat Al-Quran yang mengatakan bahawa hanya Islam sahaja agama yang diiktiraf dan diredhai oleh Allah manakala agama lain adalah tertolak. Antara buku terbitan IKD ialah "Islam dan Dasar Pemerintahan" oleh Ali Abdul Raziq"
"Islam dan Dasar Pemerintahan karya Ali Raziq merupakan antara buku paling kontroversi dalam dunia pemikiran Islam khususnya di Mesir dan di Timur Tengah. Buku ini diterbitkan pada 1926, saat berkembangnya gerakan Islam yang pada ketika itu cuba mempertahankan negara-negara Arab dari kuasa imperalis Barat selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah pada awal 1920-an. Menerusi buku ini, yang juga merupakan kajian penulisnya terhadap sistem khilafah, merumuskan tesis bahawa tidak ada asas atau gesaan membina sebuah negara Islam (daulah Islamiah) dalam sumber utama Islam iaitu Al-Quran dan Hadith. Berdasarkan penemuan dan kajian terhadap dalil-dalil Al-Quran, Hadis, penilaian semula terhadap ijmak (Ali Raziq mendapati dakwaan bahawa ijmak tentang kewajipan menegakkan Negara Islam sebenarnya tidak benar dan tidak pernah terhasil), dan petunjuk-petunjuk sejarah, beliau merumuskan bahawa agama dan negara wajib dipisahkan"
"Buku ini jelas menentang konsep negara Islam dan menentang konsep Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas perlembagaan negara. Buku ini mengatakan bahawa agama dan negara perlu dipisahkan yakni mengamalkan pemerintahan SEKULAR. Buku ini turut menyatakan tiada konsep negara Islam yang sebenarnya. Jelas sekali, bahawa buku terbitan IKD ini adalah terpesong daripada ajaran Islam sebenar"
Pertamanya, jika Yayasan Kristian Kristian-Yahudi Jerman sanggup melabur jutaan ringgit kepada Anwar dan IKD, dari 1987 hingga sekarang, apakah hasilnya ? Apa yang dikehendaki oleh pihak penaja itu setelah menghanguskan jutaan ringgit untuk membela Anwar ? Mereka (Yayasan Kristian-Yahudi) hanya mahukan satu perkara iaitu Anwar dan IKD perlu merombak dominasi Islam di Malaysia. Dalam erti kata lain Islam mesti dirosakkan atau sekurang-kurangnya diliberalkan.
Kedua, kenapakah IKD memperdagangkan semula buku itu. Sudahlah kos operasi IKD dan kos percetakan buku itu ditaja sepenuhnya oleh KAF, tetapi IKD pula turut menjual di pasaran terbuka. Bermakna IKD mendapat dua keuntungan, satu duit dari Yayasan Kristian-Yahudi Jerman untuk menampung kos percetakan, kedua duit dari rakyat Malaysia yang menyumbang saham untuk proses penyebaran Islam Liberal di Malaysia.
Ketiga, kenapakah Yayasan Kristian-Yahudi berminat dengan buku tulisan 'tokoh' Islam, sekiranya tidak menguntungkan mereka. Lebih baik cetak dan sebar buku Kristian. Yayasan Kristian-Yahudi tahu jika dicetak buku Kristian, masyarakat Islam akan menolak mentah-mentah kerana mengangap itu merupakan propanganda Krsitian. Jadi untuk lebih berkesan meracuni pemikiran umat Islam di Malaysia, dipilihnya buku karya Ali Raziq yang tajuknya berbaur Islam, "Islam dan Dasar Pemerintahan" .
Awas, jangan terpedaya dengan nama pengarang Islam, Ali Raziq dan tajuk Islam kerana didalamnya adalah racun yang boleh membunuh pemikiran yang ditanam sebelum ini bahawa Islam dan pemerintahan tidak dapat dipisahkan. Buku itu menggunakan Al Quran dan hadis untuk menjustifikasikan bahawa tidak pernah wujud konsep Negara Islam yang diperjuangkan PAS dan tidak pernah wujud Islam dan pemerintahan adalah dua entiti yang sama. Buku itu merumuskan Islam dan pemerintahan perlu dipisahkan yang menepati ciri pemerintahan Sekular.
Ali Raziq adalah bekas ulama Mesir dan dicabut gelaran ulama/sheikh oleh persidangan ulama Mesir pada tahun 1926. Buku itu diharamkan dan Ali Raziq dilucutkan kelayakan menulis dan mengajar agama. Pada tahun 2004, setelah berkurun lamanya buku itu diharamkan oleh ulama Mesir, maka dengan beraninya IKD menterjemahkan semula buku itu ke dalam bahasa Melayu dan dicetak untuk bacaan umat Islam di Malaysia. Penterjemah buku itu adalah penulis IKD bernama Al Mustaqeem Mahmod Radhi, bekas pelajar lulusan Jordan.
Selain menjadi penulis upahan di IKD, Al Mustaqeem juga merupakan Pengarah Eksekutif MEGC (Middle Eastern Graduate Center), satu NGO cawangan IKD yang juga ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Kristian-Yahudi, KAF. Al Mustaqeem juga terlibat aktif dalam kumpulan The Reading Group (RG), satu kumpulan gabungan Islam Liberal dari tiga negara, Malaysia, Indonesia dan Singapura. Klik di sini
Seterusnya penulis membuat kesimpulan bahawa maklumat IKD penyebar Islam Liberal adalah benar dengan hujahnya;
"Mungkin ramai di kalangan pembaca merasa sangsi dengan tulisan penulis ini. Maka, sesiapa yang masih ragu sama ada IKD adalah pelopor Islam Liberal di Malaysia ataupun tidak, boleh terus bertanya kepada Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) yang dipimpin oleh Ust Dr. Wan Mohd Salim Wan Mohd Noor. Ini kerana PUMPP adalah NGO Islam yang paling aktif menentang fahaman Islam Liberal"
"Selain PUMPP, pertubuhan seperti TERAS (Teras Pengupayaan Melayu), API (Angkatan Pemuda-Pemudi Islam Pulau Pinang) dan juga WADAH (Wadah Percerdasan Umat Negeri Pulau Pinang) turut sama aktif menangkis serangan Islam Liberal di Malaysia"
"Penulis masih ingat ketika menghadiri satu seminar mengenai pencerahan anjuran IKD di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur pada tahun 2005. Ketika itu memang jelas dan terang, IKD berjuang menyebarkan fahaman Islam Liberal sehingga menempelak Ustazah Harlina Halizah Siraj (Ketua Muslimat JIM) yang mempertahankan ajaran Islam tulen. Sesiapa yang tidak percaya, pergi lah bertanya kepada Ustazah Harlina Halizah Siraj mengenai siapa sebenarnya IKD"
"Note : Anda juga boleh bertanya kepada Ustaz Hafiz Nordin (Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang), Ustaz Hafiz Lubis (Timbalan YDP ABIM Kedah), En. Nizam Mashaar (Setiausaha Agung PUMPP), saudara Shamsul Ery (Presiden API), Cikgu Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS) atau Ustaz Fadhullah Jamil (YDP WADAH Pulau Pinang). Mereka di atas adalah antara insan yang kuat menentang fahaman Islam Liberal di Malaysia"
Banyak fakta menarik yang cuba diyakinkan kepada kita. Pertama, kebanyakan yang menentang Islam Liberal adalah daripada Persatuan Ulama Malaysia (PUM), khususnya PUM Pulau Pinang yang merupakan temapt kelahiran Anwar Ibrahim.
Adakah Anwar Ibrahim terkait dengan perkara ini ? Jawapannya YA. Jika PUM menyerang IKD sebagai penyebar Islam Liberal bermakna PUM menyerang Anwar Ibrahim kerana IKD adalah badan pemikir Anwar. Khalid menjalankan misi merencanakan Islam Liberal di Malaysia atas arahan atau sekurang-kurang di bawah restu Anwar, kerana Anwar sudah tahu apa misi terakhir badan penajanya, KAF.
Kedua, tokoh-tokoh utama PUM seperti Ustaz Abdul Ghani Samsudin dan Ustaz Dr. Wan Mohd Salim Wan Mohd Nor adalah bekas kawan baik Anwar dan pernah terlibat dalam ABIM. Misalnya jawatan terakhir Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin adalah Timbalan Presiden ABIM pada tahun 1985/87. Ketika itu, Anwar telah memasuki UMNO dan dari luar, dia cuba meremote ABIM dengan melantik Presiden proksi yang sealiran dengan Anwar iaitu Dr Siddiq Fadhil.
Anwar berusaha menyingkirkan Ustaz Abdul Ghani daripada menjadi Presiden ABIM selepas Dr Siddiq Fadhil, kerana aliran pemikiran Ustaz Abdul Ghani tidak sama dengan aliran pemikiran Anwar. Justeru itu, Ustaz Abdul Ghani disingkirkan daripada jawatan Timbalan Presiden ABIM dan diganti dengan Abd. Halim Muhamadi. Selepas Ustaz Ghani disingkirkan Dr Siddiq Fadhil menyerahkan jawatan Presiden ABIM kepada orang yang sealiran dengan Anwar iaitu Muhamad Nur Manuty. Selepas itu, Anwar melantik Dr Siddiq Fadhil sebagai panel pemikir IKD dengan gaji yang lumayan. Dan Muhamad Nur Manuty pula terlibat menyokong Anwar dalam keadilan hingga ke hari ini.
Apa terjadi kepada Ustaz Abdul Ghani Shamsudin setalah disingkirkan dari ABIM ? Dia dan rakan-rakan ABIM yang sealiran dengannya telah keluar beramai-ramai dan menubuhkan persatuan islam baru yang dinamakan Persatuan Ulama Malaysia (PUM), di mana Ustaz Abdul Ghani sebagai Presiden. Seterusnya Ustaz Abdul Ghani meletak jawatan sebagai Presiden PUM dan menyertai PAS serta bertanding dalam pilihanraya lalu (kalah).
Sekarang Ustaz Abdul Ghani merupakan Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat dan menubuhkan sebuah NGO yang dinamakan Majlis Himpunan Ulama atau ringkasnya SHURA.
Pihak pertama yang mengesan kelainan pemikiran Anwar Ibrahim ketika berada di Amerika Syarikat adalah PUM. Sehingga sekarang laman web PUM menyiarkan video ucapan Anwar Ibrahim di New York, Amerika Syarikat, pada 1 Disember 2005 anjuran NED (National Endowment for Democracy) yang inti utama ucapan itu menyeru umat Islam menyokong Amerika Syarikat serta menolak kepimpinan ulama. Kepimpinan ulama dilink dengan teroris yang diperangi oleh Amerika Syarikat. Begitulah intipati ucapan Anwar yang memberi kesan mendalam kepada PUM.
Untuk mengesahkan apa yang diucapkan oleh Anwar seperti dalam video yang disiarkan oleh NED itu, Ustaz Abdul Ghani melalui kapasitinya Presiden SHURA telah menjemput Anwar untuk berucap di Hotel De Palma, Ampang pada tahun 2006 untuk bercakap berkenaan Islam dan hak asasi manusia.
Ternyata ucapan Anwar di hadapan ahli SHURA dan PUM di Hotel De Palma itu sama intipatinya dengan yang diucapkan oleh Anwar di New York, pada tahun 2005. Sejak itu, PUM mengesahkan Anwar merupakan penganut Islam Liberal dan berusaha untuk menyebarkan di Malaysia, jadi PUM bertindak untuk membendungnya.
Tetapi PUM menghadapi masalah besar. Tersepit di tengah kemelut politik. Ustaz Abdul Ghani adalah Setiausaha Dewan Ulama PAS dan Anwar pula Penasihat umum PKR, di mana PKR dan PAS merupakan parti gabungan di dalam PR (Pakatan Rakyat), yang Anwar Ibrahim merupakan ketuanya.
Jadi apa jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini ?
SUMBER : http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Kapal Selam KD TAR mantapkan pertahanan negara
Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman jenis Scorpene tiba di perairan Pelabuhan Klang di sini kira-kira pukul 8 pagi ini.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyambut ketibaan kapal selam itu bersama krew dalam satu istiadat penuh bersejarah di Jeti KD Sultan Abdul Aziz Shah.
Turut menyambut, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar
Majlis pentauliahan kapal selam itu berlangsung pada 24 Januari lalu di Pangkalan Tentera Laut Perancis di Toulon dan dinamakan sempena Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.Pembinaan KD Tunku Abdul Rahman dilancarkan di Cherbourg, Perancis pada Oktober 2007 melalui pelbagai siri ujian, termasuk kemampuannya melaksanakan pelbagai misi sukar seperti serangan atau pengumpulan maklumat sebelum ditauliahkan.
Dilengkapi pelbagai teknologi persenjataan dan komunikasi terkini, KD Tunku Abdul Rahman bakal ditempatkan di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu yang dibangunkan sejak Februari 2007 membabitkan kos RM420 juta.
Kapal selam kedua negara, KD Tun Abdul Razak, sempena nama Perdana Menteri kedua dijadualkan tiba Oktober ini dan akan ditempatkan di pangkalan sama.
Malaysia adalah negara ketiga di Asia Tenggara memiliki kapal selam selepas Indonesia dan Singapura, sekali gus menjadikan TLDM antara ketumbukan tentera laut disegani di rantau ini.
Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol.
Ia menjadi lambang kemegahan terbaru TLDM yang akan menyambut ulangtahun ke-75 tahun ini dan kedua-dua kapal selam itu dinamakan sempena nama perdana menteri negara pertama dan kedua.
Scorpene, kapal selam jenis tempur konvensional itu mampu mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter, antara lain dilengkapi dengan enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak, peluru berpandu antikapal permukaan dan torpedo antikapal selam.
Kapal selam berkuasa diesel dan elektrik dengan kelajuan 20 knot nautika itu berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 periuk api, manakala pengisian peluru berpandu menggunakan sistem automatik sepenuhnya.
Komen PB
PB cukup bangga apabila Malaysia hari ini sudah mampu memiliki sebuah kapal selam (submarine) sendiri untuk mempertahankan kedaulatan negara dari ancaman musuh. Selepas lebih 50 tahun merdeka ,baru lah Malaysia mampu membeli sebuah kapal selam sebagai aset utama negara untuk menguatkan pertahanan negara.Kita telah ketinggalan 50 tahun lebih dari negara-negara maju lain di dunia yang sudah memiliki kapal selam dan baru hari ini kita memilikinya sendiri dan dikemudi sendiri anak Malaysia.
Kita sedia maklum Malaysia ini memiliki kawasan perairan yang cukup luas dan mudah terdedah kepada ancaman musuh . Oleh itu, perolehan kapal selam ini cukup penting di rantau Asia Tenggara ini kerana negara jiran terdekat kita iaitu Indonesia dan Singapura telah memiliki kapal selam sendiri untuk mengawal perairan mereka.
PB pernah membaca kenyataan daripada penganalisis pertahanan yang mengatakan pembelian kapal selam ini adalah untuk menyaingi Tentera Laut Singapura yang memiliki beberapa buah kapal selam yang mengawal di perairan Laut Cina Selatan ,Laut Sulawesi dan Selat Melaka.
Selain itu, Indonesia juga mempunyai 2 kapal selam dan juga sedang menunggu lagi 4 buah kapal selam yang dibeli daripada Korea Selatan. Jadi, perolehan kapal selam oleh negara kita cukup penting untuk mengawal kedaulatan perairan negara. Jika negara lain menceroboh masuk ke perairan negara melalui kapal selam , pengesan pergerakan kapal selam ini oleh kapal di permukaan air agar sukar . Hanya kapal selam yang berada di dalam air mampu mengesan kewujudan kapal selam yang lain di bawah permukaan air dengan tepat.
Justeru itu apa yang dititahkan oleh YDPA Tuanku Mizan Zainal Abidin iaitu
"Perolehan ini juga membolehkan TLDM khususnya dan ATM amnya mewujudkan satu angkatan laut dan tentera yang lebih berwibawa khususnya di rantau ini," titah baginda
membawa maksud perolehan kapal selam KD Tuanku Abd Rahman dan KD Tun Razak tidak boleh dipisahkan dengan kedaulatan Malaysia kerana hari ini demi menjaga perairan negara di Selat Melaka dan Laut Cina Selatan , negara harus memiliki kapal selam yang canggih dan hebat.
Link
KD TAR mantapkan pertahanan negara

Kecoh sesi dialog MB Khalid dengan penduduk Seksyen 23
SHAH ALAM 5 Sept. – Kerajaan negeri akhirnya akur dengan desakan supaya memindahkan lokasi pembinaan kuil di Seksyen 23 di sini ke tempat lain yang berdekatan dan difikirkan sesuai.
Keputusan dicapai selepas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan dialog dengan penduduk di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.
Terdahulu, dialog itu terpaksa dihentikan serta-merta apabila berlaku perang mulut yang hampir mencetuskan pergaduhan ekoran tindakan seorang penduduk India cuba membangkitkan isu azan.( Isu ini terjadi panas bila dia kata orang India boleh tahan dengan laungan azan lima kali sehari.)
Majlis dialog antara kerajaan negeri dan penduduk Seksyen kecoh pagi ini - bermula dengan perang mulut antara lima penduduk yang melepaskan kemarahan mereka kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Mereka bertindak demikian apabila anggota penguatkuasa berkenaan tidak membenarkan dua warga emas dari kawasan berkenaan masuk ke dalam dewan bankuet, MBSA, tempat majlis dialog itu diadakan.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Difahamkan sebuah rumah hanya dibenarkan menghantar seorang wakil sahaja, tetapi warga emas itu dipercayai mengikuti anaknya ke situ.
Bagaimanapun, selepas lima minit berlaku pertengkaran tersebut, dua warga emas itu dibenarkan masuk.
Sejurus kemudian, berlaku kekecohan kedua apabila beberapa penduduk bertindak menghalu keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan tersebut kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23. (Menyibuk je unit amal ni)
Kira-kira 250 penduduk dari Seksyen 23 menghadiri majlis dialog berhubung isu bantahan penduduk terhadap keputusan untuk memindahkan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke tempat mereka.
Ketika itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail sedang masuk ke dewan.
Sejurus selepas itu, beberapa penduduk bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir di dalam dewan tersebut.
Selepas itu, apabila pengerusi majlis menyebut nama menteri besar dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad disebut, ada penduduk yang mengeboo mereka.
Majlis bermula dengan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazlan Md Noor memberi taklimat mengenai kuil di Shah Alam dan rancangan awal mengenai pemindahan kuil dari Seksyen 19 itu.
Bagaimanapun, taklimat sering diganggu oleh penduduk yang tidak puas hati dengan isu tersebut.

Isu kuil ini puncanya Pakatan haram ini gagal tunai janji
Kontroversi pro dan kontra ‘demo kepala lembu’ oleh kumpulan yang membantah pemindahan kuil Sri Maha Mariaman ke Seksyen 23 Shah Alam, menyebabkan ramai pihak terlupa siapa sebenarnya bertanggungjawab sehingga isu itu tercetus. Sebenarnya, kerajaan Selangor di bawah pentadbiran campuran PKR,DAP dan PAS yang patut dipersalahkan ekoran pertelagahan kumpulan penduduk serta pihak kuil dan segelintir masyarakat Hindu berhubung isu itu.. Kedua-dua pihak hanya menyuarakan hak masing-masing tetapi jelas kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mencari penyelesaian hingga tercetus demonstrasi mengarak kepala lembu di depan bangunan SUK, pada petang Jumaat minggu lalu. Menyedari kegagalan itu dan melihat penduduk Seksyen 23 mula marah kerana Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak memperdulikan bantahan tersebut, PAS dijadikan ‘peluru’ untuk mengalih isu sebenar. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membangkitkan dakwaan bahawa pemimpin UMNO mendalangi demo itu manakala Khalid sendiri memperalatkan al-Quran dengan penyebaran risalah mengutuk tindakan penduduk Seksyen 23 dan NGO Melayu itu. Tindakan PAS menuduh UMNO jadi dalang memanipulasi isu sebenar pemindahan kuil itu. Dalam isu ini, PAS sebenarnya mahu mempertahankan keputusan kerajaan negeri atau dalam erti kata lain bersetuju kuil itu dipindahkan ke Seksyen 23 yang menempatkan majoriti orang Melayu. Penjelasan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pada petang Jumaat mendedahkan kedudukan sebenar dan siapa boleh dianggap ‘culprit’ dalam isu pemindahan kuil ibi. Beliau mendakwa, masalah kuil di Seksyen 19 Shah Alam berpunca janji Pakatan Rakyat untuk memindahkannya ke Seksyen 23 bagi memenuhi janji pilihanraya umum lalu. Katanya, cukuplah menyalahkan kerajaan BN mahupun UMNO dalam apa juga masalah di Selangor. “Kalau Selangor bangkrap nantipun, BN juga akan disalahkan,” ujarnya sinis kepada sekumpulan wartawan di tapak cadangan pembinaan kuil yang sudah diputuskan kerajaan BN sebelum ini di Seksyen 18, Shah Alam. Hadir sama mantan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Salamon Selamat dan bekas Exco kerajaan BN, Datuk Mohd Nawawi. Menurut Ketua Pembangkang Selangor itu, kerajaan BN sebelum ini sudah menyelesaikan masalah pemindahan itu dengan menawarkan dua tapak cadangan - iaitu di Seksyen 18 dan Seksyen 22 . "Masalahya sekarang, Pakatan Rakyat berjanji kepada rakyat, apabila mereka berjaya memerintah Selangor, mereka akan membina kuil di Seksyen 23. Ini sama juga dengan kes Kampung Buah Pala. "Ini janji yang telah mereka katakan dan kini dituntut (pihak kuil), bukan kerana kesalahan kerajaan BN. Kita telah siapkan tapak cadangan yang cukup strategik dan sesuai," katanya. Malah katanya, penganut agama Hindu boleh menjalankan aktiviti mereka selama 24 jam tanpa gangguan kerana semua pihak sudah setuju dengan tapak dicadangkan. Di tapak seluas kira-kira 5 ekar di Seksyen 18 itu disediakan 7 lot seluas 10,000 kaki setiap satu, sudah lengkap kemudahan eletrik dan jalan raya Kerajaan negeri dulu katanya membelanjakan hampir RM1 juta untuk menyediakan tapak itu bagi memindahkan kuil Sri Maha Mariaman dari Seksyen 19 ke Seksyen 18 seperti yang dibincangkan dengan pihak pengurusan kuil sebelum ini. Walaupun pembinaan infrastruktur telah pun siap pada tahun 2007 namun, pembinaan rumah ibadat di kawasan berkenaan tidak dapat dilaksanakan kerana masih ada lagi perbincangan berkaitan. Beliau berkata, perbincangan itu terhenti selepas pilihan raya umum lalu sehinggalah kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang memerintah Selangor hari ini menukarkan tapak kuil tersebut ke Seksyen 23. Katanya, ini menunjukkan bahawa kerajaan BN dahulu begitu prihatin dengan keperluan penduduk yang beragama Hindu di situ. Sehubungan itu, Dr Mohamad Khir meminta kerajaan negeri supaya berhenti menyalahkan kerajaan dahulu dalam isu pembinaan kuil tersebut dan menyifatkan bantahan penduduk Seksyen 23 - tempat kuil itu mahu dipindahkan sebagai isu lama. Menurutnya, penduduk di situ memang sudah lama membantah kuil tersebut dipindahkan ke kawasan mereka dan sebab itu kerajaan BN dulu menawarkan tapak baru untuk kuil tersebut di Seksyen 18 dan 22. Mengulas demo dan perarakan kepala lembu, beliau menyifatkan perkara itu, bukan isu agama. Kepala lembu itu, menurutnya bermaksud "kerajaan telah membuat satu keputusan bodoh seperti lembu dalam menangani kontroversi tersebut". "Mungkin ada kesilapan, tetapi tujuan mereka bawa kepala lembu bukan untuk menghina orang India. Tujuannya hendak menggambarkan kerajaan hari ini bertindak tidak mengikuti fikiran,” katanya. Sementara itu, kerajaan negeri dijangka mengadakan perjumpaan harmoni dengan penduduk Seksyen 23 dan pengurusan kuil tersebut pada Sabtu. Abdul Khalid sendiri sudah dititah oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya menangani isu itu dan sama ada ianya bertemu jalan penyelesaian atau tidak, sebagai Menteri Besar, beliau harus akui tokoh korporat tidak menjanjikan dirinya boleh jadi tokoh politik yang hebat. -4/9/2009 Agenda Daily 

NIZAR KURANG AJAR!! Video sidang haram Pakatan Haram
Tengoklah sendiri gelagat seorang Melayu yang menjadi boneka DAP yang gila kuasa ..
Fikir-Fikirkan lah masa depan negara ini jika mereka ini memegang kuasa...

BN akan pertahan kerusi DUN Bagan Pinang
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, adalah menjadi dasar parti itu untuk bertanding di kawasan yang dikosongkan akibat kematian atau sesuatu sebab yang selaras dengan peruntukan perlembagaan.
``Kita telah membuat keputusan daripada segi dasar iaitu jika satu-satu kawasan itu dikosongkan atas sebab kematian atau berdasarkan peruntukan Perlembagaan, kita akan bertanding.
``Apatah lagi kawasan ini adalah kerusi milik kita,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek perintis Program Sejahtera dan Program Nasional Pintar di Kampung Teluk Melati, Chenor dekat sini hari ini.DUN Bagan Pinang dalam Parlimen Teluk Kemang adalah salah satu daripada dua kerusi yang dimenangi oleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) tahun lalu.
Dalam pilihan raya itu, Allahyarham Azman mendapat 6,430 undi mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail (Pas) dengan majoriti 2,333 undi.
Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum.Parlimen Teluk Kemang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR).
Satu lagi kerusi yang dimenangi BN dalam Parlimen Teluk Kemang DUN Linggi menerusi Datuk Ismail Taib.
Kerusi Parlimen Teluk Kemang pula dimenangi calon PKR, Datuk Kamarul Bahrin Abbas, mengalahkan calon BN, S. Sothianathan. - Utusan
Komen PB
Kita sedekahkan Al Fatihah untuk Allahyarham YB Azman Mohd Noor.

Muhyiddin ke Terengganu esok cari jalan penyelesaikan terbaik

Keadaan politik di Terengganu semakin panas dan PKR kini sudah berangan-angan mahu merampas Terengganu pulak sebelum 16 Sept. Menurut sumber dari malaysiakini , 9 Adun BN dikatakan telah berjumpa dengan Anwar untuk lompat ke PKR .Jika pertemuan dengan Anwar membincang penyertaan 9 Adun itu kerajaan BN negeri Terengganu boleh tumbang pada bila-bila masa.
Tetapi kenyataan hari ini daripada Ketua Pemuda AMK Fariz Musa bahawa isu lompat itu hanya lah sekadar gertak daripada Adun BN yang juga penyokong Idris Jusoh kepada MB Terengganu . klik di sini . Walau bagaimanapun , hari ini mengulas mengenai isu ini menolak sama sekali khabar angin ini bahawa Adun BN di Terengganu akan meninggalkan parti. Jika kita membaca berita dalam Utusan hari ini, Muhyiddin akan berbuka puasa di Masjid Haji Mahmud di Hulu Terengganu esok bersama 5000 rakyat Terengganu . Kehadiran Muhyiddin di sana adalah objektik utama beliau untuk mengetahui gambaran sebenar keadaan politik di Terengganu dan seterusnya mencari jalan penyelesaian yang terbaik menyelasaikan konflik yang semakin meruncing ini demi perjuangan parti .
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak sebarang kemungkinan beberapa pemimpin Umno akan meninggalkan parti itu kerana mereka ini setia kepada parti.
"Bukan saja pemimpin tetapi penyokong-penyokong Umno di Terengganu setia kepada parti," katanya kepada pemberita di Putrajaya bagi mengulas ura-ura kononnya beberapa ADUN Terengganu akan menyertai PKR. Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, berkata beliau akan melawat Terengganu hari ini dan akan menemui pemimpin dan anggota Umno di negeri itu.
Katanya, ada pihak akan cuba mempengaruhi sesetengah pemimpin Umno untuk meninggalkan parti itu tetapi beliau yakin mereka tidak akan berbuat demikian kerana mereka ini cukup berpengalaman. Muhyiddin juga berkata beliau berharap keadaan di Terengganu akan menjadi lebih baik di bawah kepimpinan Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu.
"Saya harap bulan puasa ini akan menjadi titik permulaan bagi kita untuk terus bersatu," katanya.

Anwar tunai hasrat DAP
1. Pengumuman keluar PKR oleh YB Mohamed Radzhi, ADUN Lunas disambut dengan serangan peribadi keatasnya. Cuma YB Zulkefli Nordin berani menongkah arus melawan gesaan AnWAR dengan kenyataan dihentikan serangan yangg bersifat peribadi terhadap YB Radzhi. Perkara ini menjadi amalan AnWAR sekian lama demi memastikan siapa yang meninggalkan perjuangannya dimusnahkan karektor peribadi.
2. Ruslan Kassim, Ezam Mohd. Nor, Datin Saidatu Badru, Anuar Shaari, Dr. Chandra Muzaffar semuanya dimomokkan dengan kisah yang direka cipta bagi memusnahkan keperibadian mereka setelah meninggalkan AnWAR. Seperti yang diceritakan oleh sahabat saya yang masih bersama PKR, AnWAR pernah memberitahunya bahawa Dr. Chandra mahu ‘mencuba nasib’ terhadap Dr. WAn Azizah semasa ketiadaannya. Dr. Chandra yang berkerusi roda itu juga kononnya mahu ‘try’ Nurul Izzah. Penyokong kelabu asap AnWAR ni mati-matian percaya……
3. DAP telah lama mahu mengisi kerusi EXCO di Kedah, namun terbantut dengan hanya satu kerusi DUN sahaja. Melalui Saifuddin Nasution, Johari Abdul dan Tian Chua, AnWAR telah lama mendesak YB Radzhi meletakkan jawatan sebagai ADUN Lunas. [utk. rekod saya pernah menyenaraikan nama YB Radzhi dan YB Badrul Hisham (Selangor) dlm senarai yg bakal disembelih AnWAR]. Pelbagai tekanan diarahkan AnWAR kepada Johari Abdul demi memastikan YB Radzhi melepaskan jawatan. Ketua PKR Kedah Ahmad Kassim ditempelak AnWAR kerana mempersoalkan hasrat AnWAR.
4. Langkah ini adalah sebahagian usaha terdesak AnWAR mahu menunjukkan beliau ada ’say’ dalam penrtadbiran kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang. DAP mahukan jawatan EXCO di Kedah, begitu juga PAS di Pulau Pinang. Namun masing-masing punyai hanya satu kerusi DUN di negeri berkenaan. DAP yang lebih tajam pemikiran politik mereka menukar strategi. Mereka tahu AnWAR pasti akan melayan kehendak mereka jika kena caranya. Makanya mereka mendesak AnWAR menggugurkan YB Radzhi walau apa cara sekalipun dan mencadangkan ADUN Kulim YB Lim Soo Nee (PKR).
5. W/pun YB Lim Soo Nee dari PKR, hasrat DAP mahu memartabatkan kaum cina sebagai seorang EXCO di Kedah telah tercapai kini. DAP tahu jika ADUN mereka yang didesak mengisi kerusi EXCO, hasrat mereka susah hendak dilayan AnWAR. MB Kedah juga pasti tidak bersetuju. Maka PKR Kedah dengan 5 kerusi DUN, telah kehilangan seorang EXCO Melayu bagi menjaga kebajikan mereka. 2 EXCO Kedah dari kuota PKR kini diisi oleh seorang Cina dan seorang India. Inilah konsep “Malaysian Malaysia” DAP yang mahu kaum cina memegang kuasa biarpun dari parti mana sekalipun……..
6. Bagi PAS pula, AnWAR hanya menawarkan jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Kuasa pelantikannya adalah kuasa DYMM Seri Paduka YDP Agong. Pelantikan yang dijangka Oktober nanti pasti mendapat tentangan hebat kerana YB Salleh Man (Adun Ptg. pasir) bukanlah berkelulusan agama. W/pun bukan kemestian, tradisinya jawatan tersebut dipegang mereka yang berkelulusan agama. Belum lagi diambil kira jika SPYDP Agong menolak cadangan kerajaan negeri menamakan SAlleh Man.
AnWAR mencaturkan perkara ini sesuka hatinya. Dalam keadaan sekarang yang berpihak kepada DAP, AnWAR akan melayan serta berusaha menunaikan hasrat DAP, biarpun terpaksa menggadaikan kepentingan agama, bangsa dan tanahair. Manakala PAS pula sering menjadi mangsa atas sikap bongkak mereka. Jika dulu PAS menyatakan mereka tidak pernah mendapat tempat di hati UMNO, sekurang-kurangnya UMNO memberi ruang kepada PAS untuk terus merdeka menyuarakan pendapat dan dasar parti mereka. Kini w/pun PAS ada tempat di dalam pakatan pembangkang, mereka tidak dominan, mereka juga tidak merdeka menyuarakan apa yang benar demi menjaga hati rakan pakatan.
Seperti kata seorang kawan PAS yang ditemui di Permatang Pasir baru-baru ini, “tolak pi, tolak mai, yang dapat tetap cina, yang untung tetap DAP pasai AnWAR dok bagi muka kat depa…….”.
sumber : X -pkr

Majlis Berbuka Puasa Kg Gadong bersama Yb Khairy Jamaluddin
Sdr. Ghafar (Baju Hijau) menyambut ketibaan tetamu yang datang
Menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang susah
Blogger Penang
-
-
Kes gadis Melaka Guan Eng dipenjarakan itu13 minutes ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sebuah Dokumentari Hebat!!4 days ago
-
-
-
Kepincangan Pakatan4 weeks ago
-
-
-
-
-
Salam Maal Hijrah 1433H2 months ago
-
-
Pejuang Maya
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Syurga Dadah Di Selangor???2 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tiada Logo 1Malaysia, Tiada Subsidi?11 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
IMF on Malaysia1 day ago
-
-
-
-
-
-
-
PAS Kedah bunuh parasit3 days ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Azwan Ali - Ummi Hafilda Ali sudah berdamai3 weeks ago
-
-
-
-
RM19K sebulan.....2 months ago
-
-
-
-
-
-
Pejuang yang salah dan kalah4 months ago
-
-
-
KEMBALI : REVO MOHON MAAF PADA SEMUA !!7 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog Pilihan GPB
-
-
-
-
-
TIME-4-ABAI1 day ago
-
-
BAJET PERTAHANAN 20121 day ago
-
-
-
Politik warna angpau yang menjijikkan3 days ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BRC Conference 2012 Brunei2 months ago
-
-
-
-
-
-
IDEOLOGY1 year ago
-
Alter Terahsia Bangsa Melayu
- Alter Terahsia Bangsa Melau XIII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu III
- Alter Terahsia Bangsa Melayu IV
- Alter Terahsia Bangsa Melayu IX
- Alter Terahsia Bangsa Melayu V
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VI
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VIII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu X
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XX
- Dilema Melayu dan Siam
- Misteri Antara bangsa & Bahasa
- Piramid berasal dari Nusantara
- Sejata-senjata kerajaan Melayu disembunyikan
- Teknologi Kapal Melayu merempuh badai
Laman Ilmu
- Dilema Dunia Islam
- Arkib perbicaraan Anwar Ibrahim
- Aqidatul Tanzilah
- Bacaan Ayat Al Quran
- Jabatan Wakaf,zakat dan haji JPM
- Khairaummah
- Blog Layar Bahtera
- English Club.com
- Pernah terfikir untuk berubah?
- Rahsia lelaki Melayu
- Loco driver
- Goenawan Mohamad
- wikipedia melayu
- Dunia Penyair Melayu
- Puisi Melayu
- Melayu World














