Archive for 08/30/09

default

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 52

on Sunday, August 30, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 52
UNTUK MALAYSIA NEGARAKU TERCINTA

PERUTUSAN PM MALAYSIA DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cabaran terbesar rakyat Malaysia hari ini ialah untuk membaik pulih jambatan yang sedia ada di samping meruntuhkan tembok-tembok pemisah yang wujud di antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Perdana Menteri berkata masa yang berlalu telah menyaksikan jambatan yang dibina oleh pejuang-pejuang terdahulu dengan segala susah payah telah mula digoyahkan oleh golongan tertentu yang menurutnya cuba menangguk di air keruh.

Katanya golongan ini telah mengeksploitasikan garis-garis gelinciran yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum, sama ada ia bersifat politik, agama mahupun sosial demi memuaskan agenda sempit mereka.

Apa yang penting, kata Najib, rakyat perlu terus mengurus kejayaan dan membina di atas apa yang ada dengan membajai dan menyuburkan kerukunan yang terpupuk selama ini.

“Beringatlah, apa yang ada tidak semestinya akan bertambah baik malahan akan musnah jika rakyat tidak berwaspada.

“Buktinya, lipatan sejarah dunia yang sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan,” katanya dalam perutusan Hari Kemerdekaan ke-52 yang disiarkan malam ini.

Najib turut berpesan kepada semua terutamanya generasi muda bahawa nikmat yang sedang dikecapi hari ini tidak terhasil begitu sahaja tanpa perancangan yang rapi, pelaksanaan yang cekap dan pengorbanan yang tinggi.

“Nyatanya, kejayaan dan kemakmuran Malaysia sepanjang ini tumbuh dan berkembang hasil sumbangan serta dokongan semua kaum, semua penganut kepercayaan, semua lapisan masyarakat, di desa mahupun di kota, yang berada mahupun tidak, tua atau muda,” katanya.

Najib berkata setiap seorang daripada rakyat negara ini mempunyai peluang yang terbentang di bawah langit Malaysia dan yang membataskan pencapaian masing-masing hanyalah kemahuan untuk berjaya, kesanggupan bekerja keras dan keberanian mengambil risiko.klik di sini selanjutnya

sumber : BERNAMA



default

Menjelang 31 Ogos : Malam ini filem Hati Malaya harus ditonton semua rakyat Malaysia

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Filem 1957 Hati Malaya bukan sekadar filem sejarah yang mencatatkan kronologi sahaja malah ia mampu menyuntik semangat patriotik di kalangan penonton.

Memaparkan khazanah negara itu antaranya memaparkan gambar Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar serta saat-saat bendera Malayan Union diturun dan merdeka dilaungkan.

Menerusi filem tersebut juga kita dapat melihat betapa tingginya semangat jati diri kaum Melayu ketika itu. Penduduk Malaya yang inginkan kemerdekaan daripada British sanggup melucutkan barang kemas dan wang ringgit semata-mata untuk diberikan kepada Tunku sebagai perbelanjaan ke London.

Senario itu ditunjukkan sewaktu Tunku berucap menjelaskan yang dia dan rakan-rakan kekurangan perbelanjaan untuk menuntut kemerdekaan di London.

Semangat Merdeka

Ingatilah panorama penjuang bangsa yang telah memerdekakan kita dari penjajahan. Hari ini, kita harus pertahankan dan kekalkan negara yang diwarisi dengan berpegang kepada intergriti negara, kita punya tanggungjawab bersama untuk pastikan kehidupan lebih baik untuk setiap rakyat Malaysia. Kita harus membalas budi mereka dengan kekal bersatu dikukuhkan dengan bahasa kebangsaan dan warisan kita.


Sinopsis 1957 Hati Malaya

Hali, Salmi, Rafik, Ani dan Ang Lee, mewakili generasi muda Malaysia yang dating dari latarbelakang dan pemikiran berbeza, berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar ‘1957 - Hati Malaya’. Dalam pencarian itu, mereka menemui pencintaan, persahabatan, kesetiaan dan memahami perjuangan 1957.

Mereka betul-betul mendalami dan menjiwai karektor dan peristiwa yang begitu emosi dan membawa mereka pada era semangat rakyat tanah Melayu bangkit menuntut kemerdekaan.

Filem ini turut memaparkan rakyat biasa miskin dan mundur di era penjajahan British yang mahu menjadi bangsa kelas pertama di bumi mereka sendiri. Mereka jatuh cinta dan bertemu cinta terhadap negara melangkaui perasaan emosi peribadi mereka. Watak ini menemui pengertian sebenar ‘pengorbanan’ dan ‘Merdeka”.

Filem memfokus kepada Tunku Abdul Rahman, pengasas kepada Parti Perikatan, yang menjadi Perdana Menteri pertama Malaya pada tahun 1957, walaupun mendapat tentangan secara halus dari British yang mahu melambatkan kemerdekaan.
Dan Datuk Onn Ja’afar, pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada tahun 1946.

default

NIZAR DAP: Tiada Sidang DUN Perak 2 Sept ini

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


IPOH 29 Ogos — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk R. Ganesan hari ini berkata semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah.

Beliau berkata tindakan Adun Tronoh V. Sivakumar memanggil persidangan itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker.

Bercakap kepada pemberita di sini, Ganesan berkata Sivakumar masih mahu “menyamar” dan bertindak sebagai YDP dengan memanggil sidang sedangkan DUN tidak pun bercadang untuk mengadakan persidangan pada tarikh berkenaan.

“Saya juga ingin memaklumkan kepada semua Adun supaya mengenepikan sebarang arahan atau dakwaan yang dibuat oleh Adun Tronoh... ini berdasarkan kepada ketetapan dewan yang bersidang pada 7 Mei lalu antara lainnya, dengan suara majoriti telah melucutkan jawatan Adun Tronoh daripada jawatan Yang Dipertua dan selanjutnya melantik saya sebagai YDP yang baru,” katanya.

Sidang DUN perlu mendapat pengisytiharan Sultan Perak yang mana baginda sendiri akan menentukan tarikh, masa dan tempat persidangan seterusnya akan diwartakan mengikut Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak. Ini amalan yang diikut sebelum ini,” katanya.

Semalam, Ganesan membuat laporan polis meminta siasatan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap Sivakumar berhubung perkara berkenaan.klik di sini untuk selanjutnya

Komen PB

Negeri Perak sekarang dalam keadaan aman dalam suasana umat Islam sedang berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini ,tetapi ada pemimpin Pakatan Haram yang tidak senang hati ini cuba nak timbulkan kekecohan lagi di bumi Perak. hormat la sikit bulan Ramadhan dan umat islam yang berpuasa

aku rasa puak-puak ni kena balik virus gila meroyan nak rebut kerusi MB Perak..haha



Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.