Archive for 08/02/09

default

Penduduk Shah Alam bangkit menentang Ustaz Ronnie Liu keluar fatwa bir halal

on Sunday, August 2, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Adakah kita mahu anak Melayu jadi seperti ini ???

Sumber : Sinar Harian

SHAH ALAM – Penduduk sekitar Shah Alam terutamnya di Seksyen 8, dekat sini mendesak Pengerusi Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu memohon maaf atas kenyataannya mengenai bir bukan minuman keras seperti yang dilaporkan dalam akbar Sinar Harian, semalam.

Penduduk mendakwa kenyataan Ronnie itu meragukan dan mengguris hati penduduk di bandar raya Shah Alam apabila menyatakan bir bukan minuman keras kerana ia akan mengelirukan penduduk sekitar terutamanya generasi muda.

Seorang penduduk, Mohd Khalil Abu Hassan berkata, kenyataan Ronnie itu mengelirukan dan bakal memberikan implikasi yang buruk kepada generasi muda khususnya remaja Melayu kerana bir adalah minuman yang memabukkan.

“Kenyataan beliau bahawa bir bukan minuman keras mengguris perasaan penduduk sekitar iaitu kira-kira 95 peratus penduduk Melayu berada di sekitar Seksyen 8 dan kenyataannya itu merupakan penghinaan kepada umat Islam.

“Sebagai penduduk, kami berharap beliau akan tampil memohon maaf secara terbuka dan bertanggungjawab terhadap kenyataannya kerana bir adalah minuman keras dan memabukkan dan berharap ‘fatwa’ beliau itu dibersihkan semula demi kebaikan semua pihak,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika me ngulas kenyataan Ronnie Liu yang mengesahkan kes rampasan bir di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 salah faham dan memaklumkan bahawa bir tidak dikategorikan sebagai minuman keras kerana kandungan alkoholnya tidak tinggi seperti yang dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Shah Alam, Mohd Azhar Othman berkata, penduduk di bandaraya Shah Alam mempertikaikan ‘fatwa’ bahawa bir bukan minuman keras yang dikeluarkan oleh Ronnie adalah salah kerana bir diklasifikasikan sebagai minuman keras.

“Sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai hukum dalam Islam, Ronnie perlu merujuk kepada pemimpin Islam yang terdapat dalam Pakatan Rakyat (PR) seperti Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infras truktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali terlebih dahulu.

“Bir adalah minuman keras kerana ia memabukkan dan haram dalam Islam serta kenyataan Ronnie itu memberikan implikasi yang besar kepada penduduk sekitar Seksyen 8 yang majoritinya adalah Melayu,” katanya.

“Hukum tetap hukum dan kenyataan Ronnie menghiris perasaan masyarakat di sini dan dikhuatiri kenyataan itu memberikan persepsi yang salah kepada golongan remaja dan sekiranya tidak dijelaskan dengan sebaiknya ‘fatwa’ Ronnie itu akan menyumbang kepada masalah sosial di kalangan remaja,” katanya.


Bagi Ketua UMNO Cawangan 8 Perdana, Kamal Yusof berkata, sepatutnya pemimpin Pas yang memperjuangkan Islam tampil menjelaskan mengenai bir itu kepada Ronnie supaya ia tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Sebagai penduduk di Seksyen 8, kenyataan itu tidak betul dan ia perlu diperbetulkan semula supaya penduduk tidak keliru dengan kadar segera.

“Kami berharap Ronnie dapat tampil dan memohon maaf secara terbuka kepada penduduk di bandar raya ini terhadap kenyataannya itu,” katanya.

Terdahulu, pihak MBSA membuat rampasan mi numan beralkohol dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku D 8/D, Seksyen 8, Rabu lalu namun dipulangkan semula.

Komen PB

Syabas buat penduduk Melayu Islam di Shah Alam yang memperjuangkan agama Islam yang cuba dikelirukan oleh Ustaz Ronnie Lie DAP yang mengatakan bir tak haram sebab kandungan alkoholnya rendak dan kurang memabukkan. Mana perginya pemimpin PAS seperti Hassan Ali ?? Dahulu hang pa semua nak tutup kilang Carlsberg konon bila memerintah ,kini rakan seperjuangan anda Ustaz Ronnie Liu cakap bir pulak tak haram..

Wahai Pemimpin PAS ,nak politik pun politik juga jangan sampai akidah pun nak politikan ?? Jangan dok bisu dalam hal ini kerana member anda sudah keluar kenyataan kata tak haram . Sejak bermuafakat dengan DAP melalui pengantaraan Anwar Al Juburi , isu-isu seperti maksiat, arak,tempat2 pelacuran ,dan penjualan arak bukan lagi menjadi isu-isu besar Parti Islam ini. Isu-isu tersebut sudah dipandang sepi oleh pemimpin-pemimpin PAS kerana sibuk menjaga hati DAP dan penyokong bukan Melayu dalam parti mereka.

Dalam isu penjualan arak ini , Bagaimana penjualan di 7 Eleven, kedai runcit, pasar mini, kedai makan dijual secara terbuka dan kiosk stesyen-stesyen minyak?

Parti politik manakah yang menguasai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang baru-baru ini terkenal sebagai premis judi internet atau syurga bagi kaki judi di Pandan Perdana dan Pandan Indah. Mana dia wakil-wakil rakyat PAS ? klik di sini untuk lihat kerajaan takut hendak banteras penjualan arak

Kalau isu ini pun Pemimpin PAs takut hendak tegur Ronnile liu ,jangan cakap hukum hudud nak dilaksanakan jika mereka perintah negara ini seperti Husam cakap dulu di Kota Bharu ..


Link
PAS SELANGOR WAJIB BERUSAHA TUTUP KILANG ARAK -PEMUDA PAS PADANG SERAI

Kerajaan Selangor takut ambil tindakan dengan ambil jalan tengah

Ustaz Ronnie lie keluar fatwa bir halal

default

Perhimpunan ISA : KJ tidak mahu rakyat membenci Pergerakan Pemuda

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Demontrasi tidak menguntungkan mana-mana pihak, hanya mendatangkan kesan negatif yang buruk kepada rakyat dan pelancong. Walau bagaimanapun arahan dari Menteri dalam negeri tidak diindahkan. Budaya Anwar Ibrahim ini seolah-olah disokong oleh pro-anti ISA. Sebenarnya demontrasi ini adalah menyalahi undang-undang dan penyokong kerajaan tidak sepatutnya mengingkari arahan dari pemimpin negara. Selaku Ketua Pemuda Pergerakan Umno Malaysia adalah wajib dicontohi apabila Khairy Jamaluddin tidak bersama-sama mereka bagi mengingkari arahan pemimpin dan undang-undang perlembagaan negara.

Menteri dalam negeri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein telah mengarahkan mereka yang berdemo membatalkan rancangan mereka kerana dengan perbuatan ini akan menyusahkan harapan Perdana Menteri untuk menyatukan rakyat Malaysia didalam program 1Malaysia. Penyelesaian secara berdemontrasi ini hanya akan menghilangkan kepercayaan rakyat untuk menubuhkan satu negara yang stabil dan harmoni.

Perbuatan demontrasi jalanan ini tidak mendatangkan apa-apa hasil melainkan mencetuskan kemarahan rakyat yang mahukan keamanan. Perniaga-perniaga terpaksa menutup kedai dan punca rezeki mereka tertutup. Rakyat juga akan merasa bimbang dan ketakutan. Demontrasi ini hanyalah semata-mata luahan keegoan kedua-dua belah pihak untuk menunjukan kekuatan masing-masing.

Rakyat sedang menilai apa yang sedang berlaku dan kebanyakkan mereka dari anti ISA adalah terdiri daripada profesional dan mahasiswa. Pemuda Umno tidak mungkin terbabit didalam gejala yang tidak bermaruah ini dan tidak terlibat dalam perang saraf diantara kedua-dua belah pihak. Pemuda Umno juga tidak mahu mahasiswa dan golongan profesional membenci dan memusuhi Pergerakan Pemuda hanya kerana terlibat dalam tindakan yang menyalahi undang-undang dan perlembagaan negara.

Link

Peniaga marah perhimpunan haram jejas perniagaan
Demonstrasi bermotif politik
589 sertai demonstrasi ditahan

default

Ceramah Pidato Siapa Sesat ? Siapa Tolak Islam ? oleh Ustaz Kamal Saidin, Lokman Nor Adam,Datuk Ahmad Darus ,Datuk Reezal Marican

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Penduduk Kepala Batas yang hadir walaupun hujan lebat tidak berganjak mendengar ceramah


Penceramah terkenal UMNO Ustaz Kamal Saidin



Ceramah Pidato Siapa Sesat ? Siapa Tolak Islam anjuran Pemuda UMNO Kepala batas di Pongsu Seribu . Ceramah disampaikan oleh Sdr Lokman Nor Adam ,Exco Pemuda UMNO Malaysia selaku Ketua Unit Pidato Pemuda


Ceramah yang memberi penerangan & kupasan yang tuntas,menyedarkan para hadirin betapa perjuangan parti PAS telah menyeleweng jauh.

Majlis yang serba ringkas yang jauh agak kedalam kampung masih mampu menarik lebih kurang 200 hadirin walaupun keadaan cuaca hujan lebat.Penulis dapati ada dikalangan hadirin adalah ahli ahli parti PAS yang sanggup berteduh di bawah pokok,namun mereka tidak berganjak sehingga majlis selesai.

Siri ceramah dari unit pidato di adakan hampir setiap minggu di seluruh pelusuk negara,berjaya menampakkan hasil,apabila jumlah kehadiran bertambah dari hari ke hari.

Pemuda UMNO memperkasakan perjuangan parti. Alif Ba Ta

oleh:Megat

sumber : http://unitmediabaru.blogspot.com/

Komen PB

PB semalam juga turut sama berada di sana semalam walaupun hujan agak lebat semalam .Penceramah terkenal UMNO Ustaz Kamal Saidin seperti biasa akan mengupas isu ini mengikut pandagan dari Al Quran dan Hadis adakah benar UMNO sesat dan tolak Islam. Gaya dan telatah beliau berpidato sememangnya membuat hadirin tidak berganjak untuk mendengar ceramah beliau dan di samping itu menjawab tuduhan PAS mengenai UMNO dikatakan kafir,sesat dan menolak Islam . Manakala Datuk Ahmad Darus iaitu Exco Pemuda UMNO selaku S/U UMNO Kepala Batas juga mengulas apa peranan PAS di PP yang tidak mendapat tempat dalam kerajaan negeri PP. Agak mengejutkan juga apabil beliau memberitahu mengenai kenaikan elaun RM 50 kepada Guru KAFA yang diumumkan oleh Ustaz Lim Gone Eng selepas berkuasa sebenarnya telah ditamatkan kenaikan itu sejak Januari 2009 . Apa sudah jadi kepada orang Melayu PP ?? RM 50 itupun ditarik balik ?? Kalau nak bagi biar la bagi terus sepertimana Kerajaan Pusat lakukan dulu semasa pemerintahan Pak Lah yang menaikan elaun Tok Imam dari RM 150 ke RM450 selaras di seluruh Malaysia dan dikekalkan sehingga hari ini.

Siri ceramah ini akan diadakan lebih kerap lagi dan memang kita nampak kehadiran ramai semakin bertambah dan juga kita tahu semalam pun ada juga penyokong PAS yang hadir .Hal ini kerana tidak jauh dari tempat itu adalah letaknya Markas Pas Pongsu Seribu seprti yang dilaporkan oleh rakan saya yang berteduh di bawah pokok semasa ceramah.

default

Demo GMI yang gagal

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments


INI NAK TANYA MEREKA YANG BERTOPENG INI NAK DEMO AMAN KE ??




Ini lah muka2 Taiko disebalik tabir perhimpunan ini yang hanya dok momokan ISA ini dikatakan zalim ini .Menurut sumber dari blog X PKR ,Kononnya Anwar hadir untuk demo ptg tadi, Sebenarnya beliau hanya hadir ke pejabat PAS. Beliau tidak langsung turun ke jalanan berdemo bersama dengan pengikutnya.


Beginikah dikatan Demo yang aman ?? tutup muka macam penyamun ,bawa sepanduk lagi


Lihat sendiri Orang Melayu PAS/PKR sahaja dipergunakan untuk turun Demontrasi jalanan . Mana pergi penyokong2 DAP ?? Depa itu lah yang cerdik ,Melayu digunakan di demontrasi manakala pemimpin DAP mereka di Selangor dok gila salahgunakan duit peruntukan ...


Inilah kesannya suka DEMO sangat untuk cari publisiti .KL habis jammed,kedai2 ditutup ,peniaga nak berniaga tak laku. Mereka ini memang tak suka negara ini Aman .


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata, 438 orang ditahan sehingga pukul 6 petang tadi termasuk 37 wanita dan 38 pesalah juvenil hari ini berikutan perhimpunan haram pro dan anti-ISA.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, kira-kira 200 orang yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan di sekitar ibu negara sehingga pukul 4 petang ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberitahu Bernama bahawa keadaan di ibu kota buat masa ini terkawal.

Mohammad Sabtu sebelum ini berkata, antara lokasi tangkapan ialah berhampiran Masjid Negara, Padang Merbok, Dataran Merdeka, Pasar Seni, Istana Negara, Masjid Jamek dan kompleks membeli belah Sogo.

Badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undangundang itu mengadakan perhimpunan di ibu negara hari ini bagi menyatakan pandangan mereka berhubung perkara itu.

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 10,000 orang yang menyertai perarakan Gerakan Mansuh ISA (GMI) itu.

Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) yang sebelum ini merancang mengadakan perhimpunan di Pasar Seni menyokong ISA dikekalkan, membatalkan perhimpunan mereka kerana akur dengan arahan.




Komen PB

Untuk GMI dan Pakatan Penipu !!

JANGAN MENIPU RAKYAT , LIHAT SAHAJA TINGKAH LAKU PENUNJUK PERASAAN HARAM ANJURAN PR YANG MEMANG TELAH BERSEDIA DARI AWAL UNTUK BERTEMBUNG DENGAN PIHAK POLIS

SETELAH DISEMBUR OLEH GAS PEMEDIH MATA DAN DIUSIR DENGAN AIR , MEREKA SALAHKAN POLIS KERANA BERTINDAK TEGAS.. SEBENARNYA MEREKA LUPA MEREKA SENDIRI YANG MELAKUKAN KESALAHAN BERHIMPUN DI JALANRAYA DAN MELANGGAR UNDANG-UNDANG

KALAU DEMO INI MENYEBABKAN KL JAMMED , SOGO , GERAI DAN KEDAI TERPAKSA DITUTUP OLEH KERANA TAKUTKAN KEHADIRAN PENUNJUK PERASAAN YANG MAJORITINYA MELAYU ITU NAK TANYA SIKIT ITU DEMO AMAN KE ???

PAKATAN ,KALAU NAK POLITIK ISU INI JANGAN MENYUSAHKAN RAKYAT !!! KALAU ANDA SELALU LAUNGKAN HIDUP -HIDUP RAKYAT KENAPA MENYUSAHKAN RAKYAT !!

***Menurut sumber , Sdr Azam dari Magaran telah berjaya menghantar memorandum bagi pihak PRO ISA di Istana Negara melalui pintu belakang pada jam 7.00pm .

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.