
1. Mana dia pengkhianat anak haram Si Anwar Ibrahim yang tergamak membelot bangsanya sendiri dengan mempertikaikan dan mempersoalkan kedudukan dan hak orang-orang Melayu. Mana dia Nizar dengan pasukan penyangak kuasanya yang berani mendabik dada mencabar dan menderhaka kepada Raja Melayu dan Sultan?
2. Atau mana perginya manusia tak tahu di untung Si Lim Kit Siang yang sering mencabar tahap kesabaran orang Melayu? Atau Si Sivarasa dan Sivakumar yang kita sendiri tidak tahu asal usul keturunan haprak secara tiba-tiba mahukan hak sama rata dengan bangsa Melayu yang menjadi milik hakiki bumi Malaysia ini.
3. Atau masih ada lagikah anak haram yang berani menafikan asal-usul orang Melayu yang menjadi penduduk mutlak tanah air Malaysia ini. Jika ada, saya nasihatkan supaya fikirkan semula samada masih mahu mempersoalkan cabang keturunan orang Melayu atau berambus sahaja dari terus berpijak di bumi Malaysia ini.
4. Saya berasa amat tersentuh bilaman membaca 7 wasiat yang sudah pun ditinggalkan oleh Raja-Raja Melayu kepada anak cucu kita. Jelas sekali wasiat itu membuktikan dimana kedudukan sebenar orang Melayu. Malah wasiat tersebut juga sudah pun termaktub akan kedudukan yang tertinggi agama Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagi bahasa rasmi.
5. Tidak ketinggalan di dalam wasiat tersebut akan hak keistimewaan yang diterima malah akan terus diterima oleh bangsa Melayu dan kaum pribumi bumiputera lain. Kedudukan raja-raja Melayu juga akan kekal sebagai ketua Negara sampai ke anak cucu kita.
Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
* Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
* Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
* Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
6. Sepatutnya seluruh rakyat Malaysia bersyukur kerana dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak pernah menfikan hak bangsa lain untuk sama-sama bermastautin di bumi Melayu ini dengan rukun aman dan harmoni. Malah kerajaan juga tidak pernah menyekat peluang mencari makan kepada bangsa lain. Bangsa-bangsa lain yang turut mendiami Tanah Melayu ini tidak pernah terkecuali dalam menikmati kesejahteraan di bumi Malaysia ini.
7. Kenapa begitu mudah termakan hasutan dengan manusia pengkhianat bernama Anwar ini. Semua orang sudah maklum matlamat utama Anwar hanya ingin berkuasa dan menjadi Perdana Menteri. Bagi merealisasikan matlamtnya itu, Anwar sudah tidak peduli samada hendak mengkhianat, membelot, menipu malah Anwar sanggup memecah belahkan perpaduan yang dikecapi oleh kita selama ini.
8. Segala-galanya terletak di tangan kita. Kitalah yang bakal menentukan masa depan dan hala tuju Negara kita. Biarlah mereka yang buta dan hanya mementingkan diri sendiri terus bergelumang dengan dosa asalkan kita bertahan mengekalkan kedaulatan Negara Malaysia tercinta. Moga mereka ini kan sedar dan kembali ke pangkal jalan.
Sumber : http://suaramelayubaru.blogspot.com

Wasiat Raja- Raja Melayu kepada bangsanya ..

Akta ISA dalam 101 East Al Jazeera
Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB KJ di Al-Jazeera (513-Astro)
Panel terdiri dari : Zaid Ibrahim, YB KJ, Dr Denison.
Juga temuramah bersama:
Manoharan (DAP)
Syed Ibrahim (GMI)
Che Azam (pro-ISA)
Kadir Jasin (ex-NST editor).

Cukup biadab dan kurang ajar Pemuda DAP

Salam 2 all.
KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009
Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com/ yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.
Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.
Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.
Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.
Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.
Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?
Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut). Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:
"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);
"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);
"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);
"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);
"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);
"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).
"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).
Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:
1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;
2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;
5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.
Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.
Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.
Saya dengan ini mendesak:
1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;
2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;
3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;
4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;
5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;
6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;
Sekian wassalam.
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009
sumber : http://umnobaganpinang.blogspot.com/2009/08/biadapnya-pemuda-dap-zulkifli-noordin.html
Komen PB
Fikir-Fikirlah kata-kata seperti di atas oleh golongan kafir harbi ini kepada Pendakwah Islam Dr Ridhuan Tee .Satu Penghinaan bukan sahaja kepada beliau tetapi umat Islam keseluruhannya. Bagaimanakah nanti jika mereka berjaya memegang kuasa Kerajaan Pusat nanti ???? Apakah nasib Umat Islam dan Agama Islam ?? PB kata mulai hari ini kita tekadkan dalam hati kita ajar mereka di dalam PRU 13 ini !!!
Link
ADAT PEMUDA DAP dan BAHASA WARISAN IBUNDANYA!!!!
DAP kafir harbi yang sudah melampau

Jeff Ooi perlu minta maaf kerana menghina Islam


PULAU PINANG 5 Ogos - Sejumlah 27 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di bawah Forum Penyelarasan Umat (Forum) hari ini menyelar tindakan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremisme, satu kenyataan yang disifatkan mengelirukan, berbaur jahat dan menimbulkan salah faham terhadap Islam.
Ahli Jawatankuasa (AJK) Jemaah Islah Malaysia (JIM), Md. Roslan Hashim berkata, sebagai seorang ahli Parlimen dan juga Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Ooi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan negatif sebegitu yang hanya berpunca daripada pertelingkahan beliau dengan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Mohd. Razali Abdullah, yang juga ahli JIM.
Katanya, tindakan Ooi yang melambangkan kejahilannya tentang pemahaman asas Islam itu juga secara tidak langsung telah menimbulkan kemarahan dan keresahan umat Islam khususnya di negeri ini.
''Sebagai seorang ahli Parlimen sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan, kami mendesak Ooi supaya meletak jawatan sebagai Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri dan menarik balik kenyataannya yang mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis.
''Kenyataan itu amat serius dan berlaku salah faham yang amat teruk tentang Islam. Dia seolah-olah melihat Islam satu yang ekstrem dan tak layak diguna dalam pentadbiran. Ini amat bertentangan dengan kenyataan 'mengikut pemerintahan Saidina Umar Abdul Aziz' dan amar ma'aruf nahi mungkar'' yang dilaungkan oleh kerajaan negeri dan Guan Eng," katanya.
Beliau dilantik oleh anggota Forum untuk menyampaikan memorandum menyelar tindakan Ooi itu di Pejabat Ketua Menteri di Komtar di sini hari.
Setelah hampir sejam menunggu dan berlaku 'drama' usir mengusir oleh Setiausaha Politik Guan Eng, Ng Wei Aik, memorandum tersebut berjaya disampaikan oleh Md. Roslan kepada Timbalan Ketua Menteri I, Dr. Mansor Othman.
Dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar berbahasa Inggeris, 2 Ogos lalu, Ooi mendakwa Mohd. Razali mempunyai misi membentuk Malaysia sebagai negara yang akan menerima pakai undang-undang syariah sepenuhnya menjelang 2020 hanya kerana menjadi ahli JIM.
Ooi juga mengkritik hebat pihak majlis kerana membenarkan seorang ekstremis agama Islam di dalam pentadbirannya.
Ahli Parlimen Jelutong itu juga menambah, pihak kerajaan negeri telah membuka ruang bagi membolehkan seorang ekstremis Islam untuk menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan.
Justeru, menurut Md. Roslan, Ooi tidak seharusnya dibiarkan terus memegang jawatan penting itu yang sepatutnya bertindak menjaga keharmonian penduduk negeri ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa, bagaimanapun yang berlaku adalah sebaliknya
sumber : Bharian.com.my
Komen PB
Hairan betul ,tak habis lagi cerita rakan mereka Ronnie Gengster kata Beer halal ,di Pulau Pinang pulak blogger Jeff Oii menghina Islam dengan mengaitkan syariah Undang-undang Islam sebagai ekstremis.
PB MENYERU SEMUA UMAT ISLAM DI PULAU PINANG KITA TOLAK PEMIMPIN CHAUVANIS SEPERTI JEFF OII ,KITA TOLAK PARTI RASIS DAP INI DAN JUGA KERAJAAN PP YANG DIPIMPIN DAP KERANA MEREKA SEMAKIN BIADAB DAN BERANI MEMPERSOAL SYARIAH ISLAM.
Link
Kerana komplen dari 4 pemaju mengenai Razali Ahli Majlis MPPP ,maka timbul Islam Extremist !! baca di sini
DAPSY: Jeff Ooi tak wajar heret JIM

MB Khalid terus drama dan pertahankan Ronnie Liu

MB Selangor tolak desakan Ronnie diganti, selesai isu arak Jumaat
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan menyelesaikan isu penjualan minuman keras - sehingga menyebabkan PAS mendesak Exco Kerajaan Tempatan Ronnie Liu digugurkan, Jumaat ini.
Dalam tempoh tersebut semua exco kerajaan negeri tidak dibenarkan bercakap atau membuat komen tentang perkara tersebut.
Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat exco hari ini.
"Langkah ini penting bagi mengelakkan kekeliruan yang boleh menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat di Selangor," katanya.klik di sini selanjutnya
Komen PB
telah PB jangkakan PAS hanya main wayang sahaja dengan kenyataan Hassan Ali semalam yang kononnya PAS serius dan tidak berkompromi dalam Isu Arak dan tegas mahu Ronnie Lie letak jawatan . Ahli Parlimen PKR Zulfikli Nordin juga mendesak agar Ronnie Liu dari DAP meletakkan jawatan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan ekoran desakan pelbagai pihak termasuk PAS dan penduduk Melayu di Shah Alam .klik di sini
Pandangan YB Zulfikli Nordin bahawa beliau menyifatkan Ronnie Liu sebagai "satu liabiliti" kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor .Cuma PB ingin tambahkan lagi seorang lagi yang harus letak jawatan ialah Elizabeth Wong yang terus pegang jawatan Exco walaupun skandal gambar bogelnya telah tersebar luas.
PB berpendapat tindakan Khalid jelas menunjukkan beliau pemimpin paling lemah kerana tidak tegas dan takut untuk mengambil tindakan . Beliau kini diibaratkan seperti lembu yang dicucuk hidung oleh DAP .Khalid kini tidak ubah seperti Nizar dan mungkin beliau mahu ikut jejak Nizar menjadi BONEKA DAN BARUA DAP !! Untuk PAS Selangor ,lakonan anda semalam semua orang sudah faham dan boleh baca pun ending ceritanya seperti hari ini .
Bagi pihak BN, kekalnya Ronnie Gengster di dalam jawatan Exco PBT memberi kelebihan dan BN untuk terus main isu ini . Ronnie liu akan terus menjadi liabiliti dan beban kepada Pakatan Rakyat Selangor . Rakyat Selangor terutama Melayu kini sudah mampu menilai pemerintahan Pakatan yang sanggup melacurkan agama demi pertahankan DAP dan tunggulah PRU 13 Rakyat akan jatuhkan Pakatan !! dek kerana kesombongan mereka tidak mendengar desakan rakyat yang mahu Ronnie letak jawatan .
Link
DAP SEMAKIN GAH...PAS TERMENGAH-MENGAH...
Pas hanya berlakon desak Ronnie letak jawatan
Makin Besarlah kepada Ronnie
Ronnie dipertahankan Islam dilacurkan.
KHALED BELA RONNIE LIU, ZULKIFLI ANGGAPNYA LIABILITI

Inilah semua adalah skrip wayang PAS -DAP

PAS Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri menukar Exco Kerajaan Tempatan sekarang ekoran campur tangan ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu.
Jawatan Exco kanan itu kini disandang oleh Ronnie Liu dari DAP.
Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu Menteri Besar Selangor sendiri memegang jawatan itu ataupun diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.
Pendirian itu diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebentar tadi.
"PAS Selangor menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula atau ditukar berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.
"PAS rasakan bahawa pemegang yang sekarang ini ada sedikit masalah, insiden terdahulu timbul sedikit permasalahan," katanya.
Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor berkata, beliau belum memaklumkan pendirian PAS itu kepada Menteri Besar dan Ronnie Liu sendiri.
"Perkara ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri esok... Exco PAS akan bawa isu ini," katanya.klik di sini untuk selanjutnya
Komen PB
1.Dalam siri ceramah Siapa Sesat ? Siapa Tolak Islam di Selangor dan PP ,Ustaz Kamal Saidin telah cakap dan nasihat puak PAS dengan DAP tak boleh buat kawan kerana mereka kafir harbi . Mereka ini golongan kafir yang menentang Islam dan tengok la Ronnie Liu ini dengan berani cakap Bir adalah halal ..Siapa Ronnie ini hendak cakap mengenai hukum halal dan haram dalam Islam ??
2. Baca apa pulak komen Ronnie Gengster mengenai gesaan PAS Selangor ini
. Sebenarnya ini semua wayang sahaja oleh PAS dan DAP.
3.Percaya lah anda , selepas gesaan Hassan Ali ini, MB Khalid gagap dan Kit Siang akan turun jumpa Hassan dan akhirnya mereka bersalamana semula .Seterusnya mereka buat siang media PAS ,DAP dan PKR telah capai kesepekatan dlm isu Arak ini .
4. Inilah skrip wayang PAS menjelang PRK Prmtg Pasir !! Apabila gesaan penduduk Melayu Shah Alam dan isu ini dihebohkan dalam blog2 dan media ,demi menjaga nama baik PAS dan maruah penyokong2 mereka dalam isu Arak ini ,PAS berlakon dengan mengatakan mereka tegas dan tidak kompromi dlm isu Arak ini.
5. Ini lah akibatnya PAS kawan dengan DAP kafir harbi .Dulu mereka cakap UMNO kawan dengan MCA dan MIC depa kata UMNO kafir. Sekarang ini mereka kawan dengan DAP yang jelas cukup berani keluarkan kenyataan bahawa Bir adalah halal. Dalam Islam , kalau nak kawan dengan kafir ,jangan kawan dengan kafir harbi seperti DAP. Ciri-ciri kafir ini memang ada dengan DAP .
" aku melarang kamu dengan berbaik dengan mereka (kafir)yang memerangi kamu dan agama ,kafir yang mengusir kamu dari kampung halaman kamu ,kafir yang kamu mengambil mereka sebagai kawan untuk mengusir kamu dari kampung halaman kamu. Jika kamu mengambil mereka sebagai kawan rapat ,kamu lah orang yang zalim " surah Mutaanah ,iaitu surah ke 60, Ayat ke 9
SIAPA YANG SESAT ? SIAPA TOLAK ISLAM ?

Pemuda cadang Cikgu Zaidi calon BN

Tanda Perpaduan dan penyatuan di dalam UMNO Permatang Pauh 
Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said, seorang guru, adalah antara calon pilihan untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, kata exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin.
"Saya mencadangkan kepada Ketua Pemuda (Khairy Jamaluddin) supaya menyerahkan nama Cikgu Zaidi kepada (Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Cikgu Zaidi berkemampuan (untuk menjadi calon)," kata Nazir Hussin ketika dihubungi Malaysiakini.
Katanya, walaupun calon Umno belum diputuskan lagi tetapi Mohd Zaidi adalah antara calon yang disebut-sebut akan mewakili BN.
Nazir berkata ini kerana, Mohd Zaidi seorang anak tempatan dan sudah dua penggal menyandang jawatan ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh.
"Ahli Umno akan bersatu, kalau beliau jadi calon. Orang muda di Permatang Pasir rapat dengan dia," katanya.
Umno Permatang Pasir lebih 20 cawangan Pemuda Umno.
Jentera pilihanraya
Nazir berkata, sekiranya Mohd Zaidi menjadi calon, beliau yakin jentera pergerakan itu di peringkat bahagian, negeri dan pusat akan memberi sokongan penuh kepadanya.
"Kita akan bekerja kuat untuk memenangkan beliau," katanya.
Semalam dilaporkan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno Pulau Pinang menyenaraipendek lima daripada 20 calon untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.
Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno berkata beliau akan menyelidiki mereka terlebih dahulu sebelum nama calon yang sesuai dikemukakan kepada pucuk pimpinan Umno dan BN.
Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir perlu diadakan dalam tempoh 60 hari ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman Jumaat lalu.
Permatang Pasir - salah satu kerusi dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim - adalah kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang.
Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.
Komen PB
PB menyambut baik jika Cikgu Zaidi Mohd Said Ketua Pemuda UMNO Prmtg Pauh sebagai calon BN Prmtg Pasir . Beliau adalah seoang anak tempatan dari Prmtg Pasir sendiri dan juga cukup dikenali oleh penduduk Prmtg Pauh khususnya golongan muda kerana sudah 2 penggal beliau menjadi Ketua Pemuda Bahagian . PB berada juga semasa Persidangan Mesyuarat Pemuda UMNO Prmtg Pauh Ahad lepas dan semasa mengikuti ucapan beliau ,beliau banyak memberi kritikan pedas dan membina agar politik UMNO Prmtg Pauh kembali bersatu semula.
Pada masa itulah ,beliau membuat kejutan iaitu mengajak pemimpin UMNO Bahagian mengangkat tangan bersama-sama iaitu sebagai tanda perpaduan UMNO Prmtg Pauh . Kelihatan pemerhati Wanita UMNO yang makcik2 di bawah menangis kerana gembira melihat pemimpin di atas kembali bersatu demi perjuangan parti . Semua ahli UMNO Prmtg Pauh di bawah ini sebenarnya mahu lihat UMNO kembali kuat dan lupakan segala sengketa dan permasalahan dalaman .
Walaupun tiada niat untuk menjadi calon ketika berucap di dalam mesyuarat Pemuda itu ,tetapi semua perwakilan Pemuda mengangkat tangan sebagai tanda sokongan Pemuda UMNO kepada beliau .

Anwar mula gelabah dengan Muhyiddin


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
Pemimpin Umum PKR itu berang dengan laporan muka depan Utusan yang memetik Muhyiddin menuduh Anwar pengkhianat' kepada perjuangan Melayu dan menuduhnya memutarbelit fakta mengenai usaha martabatkan Melayu.
Muhyiddin membuat kenyataan tersebut ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Sri gading di Johor semalam.
Berikutan itu, Anwar mahu timbalan perdana menteri menarik balik kenyataannya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka.Dalam surat tuntutannya kepada Muhyiddin dan Utusan, Anwar juga menuntut gantirugi sebanyak RM100 juta daripada kedua-dua pihak berkenaan.
sumber: malaysiakini.com
Komen PB
PB mengucapkan syabas kepada TPM kita kerana berani dan tegas mengatakan direct kepada Anwar Pengkhianat kepada perjuangan Melayu dan memutarbelit fakta mengenai usaha martabatkan Melayu. Anwar mula gelabah kerana sebelum ini jarang kita dengar pemimpin UMNO sound direct pedih punya kepada Anwar sehingga dia terasa. Di tambah pulak akhbar Utusan meletakkan di muka depan sehingga aku nak cari akhbar ini di Penanti pun susah . Aku yakin ramai pembaca teruja bila melihat tajuk muka depan Anwar Pengkhianat dan ingin terus membaca isi nya . Kini Anwar hendak saman pulak Muhyiddin dan Utusan ,Anwar ini tak habis2 hendak saman orang . Biarkanlah beliau terjun dalam labu-labunya dan hari ini merupakan hari Anwar malu besar kerana Muhyiddin dan Utusan .
"Dulu dia pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO seperti saya sekarang, tetapi dia sekarang menggunakan cara yang memperdayakan untuk memusnahkan perjuangan kita " Muhyiddin Yassin
Sdr EZAM MOHD NOR anggap Anwar nak saman TPM ' gertak palsu'.
Selesaikan dulu saman Dr Chandra dan D Nala yg dia dah saman. Lengah takut pekong terbongkar. Ezam Mohd Noor
Link
Anwar pengkhianat - Muhyiddin

PKR Prmtg Pauh nak tendang PAS dari Prmtg Pasir

Pemimpin akar umbi mahu PKR di Permatang Pasir
BUKIT MERTAJAM- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat permintaan daripada pemimpin dan akar umbi parti itu supaya PKR meletakkan calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.
Beliau berkata, cadangan itu dibuat berikutan gerakan PKR di kawasan Permatang Pasir adalah kuat dan mantap.
Katanya, mereka telah mengemukakan cadangan itu kepada beliau untuk dibincangkan di peringkat kepimpinan tertinggi pakatan pembangkang dan berharap ia diberikan pertimbangan yang sewajarnya.
Ketika bercakap kepada pemberita semasa menghadiri majlis perkahwinan seorang penduduk di Permatang Pauh, di sini hari ini, beliau bagaimanapun menasihatkan mereka agar menerima siapa sahaja yang diputuskan oleh kepimpinan tertinggi gabungan pembangkang kelak.
Komen PB
Dahulu semasa PAS nak kerusi Dun Penanti semasa PRK Penanti dulu ,PKR membantah dan akhirnya dapat kepada Dr Mansor PKR . Kini kepimpinan PKR Prmtg Pauh sekali lagi rakus dan tamak hendak pulak kerusi Dun Prmtg Pasir yang sejak dahulu lagi diberi kepada PAS bertanding . Aku sebagai warga Prmtg Pauh melihat senario ini akan memberi kesan masalah dalaman kepada Pakatan . Sejak PRU 1999 dan selepas pemecatan Anwar ,Prmtg Pasir terus menjadi kubu kuat PAS dan banyak cawangan-cawangan PAS telah lama bertapak di sana. Jika PKR berhasrat mahu membolot semua kerusi 3 DUN di Permatang Pauh ,maka perjuangan PAS di Pulau Pinang bagi aku telah berkubur . Mereka tidak akan boleh menang bertanding di Kubu BN seperti di Kepala batas dan Tasek Gelugor kerana PAS dari dulu telah ditolak pengundi Melayu di sana.
Cerita PAS sebenanya telah lama ditolak bermula oleh DAP yang diketuai Lim Guan Eng di PP .Walaupun PAS menang 1 kerusi Dun sahaja selepas PRU 12 2008 ,tetapi mereka tiada tempat dalam kerajaan Pulau Pinang . Pemimpin2 PKR di Prmtg Pauh aku tahu kebanyakkannya tidak suka kepada kehadiran PAS ini tetapi di peringkat pimpinan Pakatan yang sentiasa salam dan peluk tanda kerjasama itu sebenarnya tidak sampai di bawah pun .
Memetik kata-kata Ustaz Kamal Saidin ,
" Balik Pulau Bayan Lepas UMNO terpelau PAS terlepas "

Rodziah Ismail YB RM375,000 Bakal Disiasat.. !!!
Salah satu dokumen penyelewengan YB Rodziah mula didedahkan..klik pada imej untuk besarkan
Oleh Medan Info Kita
Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi…..
Blogmaster dan rakan rakan bloggers yang lain baru selesai perjumpaan sulit dengan salah seorang wakil NGO yang menemani Pengerusi GERAK untuk menyerahkan dokumen penyelewengan dana kerajaan negeri oleh seorang wakil rakyat di Selangor di pejabat SPRM tempoh hari.
Memang sah! Sungguh tak disangka…., benarlah kata hikmah berbahasa Inggeris, “ Don’t Judge A Book By Its Cover”.
ADUN Batu 3, Yb Rodziah Ismail yang memiliki “panggilan manja” iaitu Kak Ogy adalah sabjek yang dimaksudkan dalam dokumen pengaduan tersebut..! Patutlah beliau gelabah apabila berita ini mula tersebar sejak kelmarin, blog ini ada beri ulasan.
Difahamkan bahawa dokumen tersebut telah disiapkan oleh jawatankuasa dalaman PKR sendiri yang menyenaraikan kepincangan dan salah laku cara penggunaan dana di DUN Sementa yang menjadi DUN Angkat kepada Rodziah Ismail. Kerusi DUN Sementa dimenangi oleh wakil rakyat UMNO, Datuk Hj Abdul Rahman Palil, maka segala peruntukan dana untuk kawasan tersebut perlu dikelolakan oleh seorang “ Yb Angkat”, Rodziah Ismail telah diamanahkan tanggungjawab tersebut.
“Dokumen yang diserahkan telah dihasilkan oleh beberapa pemimpin serta Ajk PKR sendiri, ianya adalah Internal Documentation.., bukannya datang dari musuh PKR ataupun pengundi-pengundi di DUN Sementa!” jelas sahabat kita memaklumkan kepada kami.
Tambah beliau lagi, “ kalau kita perhatikan daripada isi kandungan dokumen tersebut, ianya seakan-akan suatu pengaduan dibuat untuk tindakan sewajarnya oleh pihak atasan PKR keatas Yb Rodziah dan beberapa individu yang terlibat, tetapi ada kemungkinan perkara ini dibiarkan begitu sahaja, maka itulah sebabnya dokumen ini telah diletakkan dipejabat GERAK, barangkali dengan harapan agar pihak GERAK boleh membawanya ke pengetahuan pihak berwajib…”
Mengikut petikan akhbar Berita Harian 31 Julai 2009, Pengerusi GERAK Nazree Yunus memaklumkan bahawa dokumen tersebut diletakkan didepan pejabatnya di Kelana Jaya dan pengirimnya tidak diketahui.
Apakah kerana terlalu banyak dana yang perlu diuruskan maka Rodziah Ismail tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawabnya dengan baik..? Ataupun mungkin beliau menjadi “KAGET” lalu berada dialam “culture shock” kerana belum pernah “diberi tugas membelanjakan” dana yang mencecah 6 Angka..? Gambarannya adalah seperti “Dayak Mendapat Senapang”.
Selain daripada menguruskan dana DUN beliau sendiri di Batu 3 Shah Alam dan juga dana DUN Sementa iaitu DUN Angkat, sebagai Exco beliau juga perlu mengendalikan dana dana dibawah portfolionya iaitu Kebajikan & Hal Ehwal Wanita dan juga Sains Teknologi & Inovasi.
Sebagai seorang wanita yang selama ini mempamerkan perwakatakan seperti ’Pemimpin Islamik’ lengkap bertudung, seharusnya Rodziah tidak membenarkan sedikit pun ruang untuk dikaitkan dengan sebarang kes kes penyelewengan..!
Inilah dia dugaan daripada Allah swt, sewaktu belum mendapat kuasa dan pangkat, berbagai bagai janji akan dibuat seolah olah diri mereka itu MAKSUM dan tidak akan terlepas dari sebarang dosa ataupun bakal mendepani ujian ujian mengukur tahap nafsu masing masing.
Sesudah rezeki berlonggok didepan mata, dana untuk DUN sendiri, dana DUN Angkat, dana beberapa portfolio sebagai Exco , maka tidak mustahil iman manusia akan menjadi semakin nipis…., apatah lagi kuasa ada ditangan, dan hanya perlu tandatangan!
Paku Dulang Paku Serpih….
Dulu Mengata Orang…, Sekarang Mereka Pulak Yang Lebih..!!
Walaupun Rodziah telah cuba membela dirinya apabila menjelas kepada akhbar Sinar pada 1 Ogos [klik sini] bahawa “ segala peruntukan yang dibelanjakan mendapat nasihat daripada pejabat daerah maka isu penyelewengan tak timbul..” TETAPI jangan lupa bahawa dokumen pengaduan ini dibuat oleh beberapa pimpinan serta Ajk PKR sendiri, bukannya dari mana mana pihak yang lain..! Begitu juga dipihak pejabat daerah sudah tentu akan membuat bayaran keatas tuntutan dan perbelanjaan sekiranya tertera tandatangan Yb disitu….
Sepatutnya Rodziah perlu buat kenyataan “Saya Sedia Disiasat” dan bukannya menuding jari kearah orang lain untuk menutup kesalahan diri sendiri!
sumber - medan info kita

BPN Mendesak Tindakan Tegas Terhadap Blogger Hina Mufti Perak Setaraf Pelacur

1.BPN memandang berat tindakan blogger pembangkang di sini
( http://www.malaysiawaves.com/) yang telah menyamakan Mufti Perak dengan gelaran pelacur.
2. Perbuatan ini sangat tidak patut dan begitu menghina seorang Mufti yang begitu dimuliakan di sisi masyarakat sebagai ikutan dalam hal hal agama Islam. Apatah lagi beliau dilantik dan dipilih oleh Sultan Perak sendiri selaku Ketua Agama Islam negeri Perak.
3. Mufti Perak tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti mahupun memegang jawatan politik dan bukan orang politik.. Seharusnya tidak patut beliau menjadi sasaran kecaman atau penghinaan yang memalukan tersebut meskipun ada pandangan beliau tidak disenangi oleh mereka..
4. BPN mendesak agar tindakan tegas dan keras dikenakan terhadap blogger Malaysiawave ini dan juga mana-mana blogger yang berani menghina tokoh agama di negara kita, yang mana jika tidak dibendung dari sekarang ia boleh menggalakkan rakyat Malaysia untuk menghina tokoh agama seperti Mufti ini yang jelas tidak ada kepentingan politik di dalam berfatwa atau memberi pandangan.
5. Diharap suara Blogger Pembela Negara ( BPN ) ini akan dibaca dan disebarkan agar menjadi isu yang tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.
Pesanan : Mohon diulas, disebar luas isu ini oleh sahabat sahabat BPN atau tidak sehinggalah ia diambil tindakan oleh pihak berkuasa negara kita.
Yang benar,
Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara

Penduduk Shah Alam bangkit menentang Ustaz Ronnie Liu keluar fatwa bir halal


Adakah kita mahu anak Melayu jadi seperti ini ???
Sumber : Sinar Harian
SHAH ALAM – Penduduk sekitar Shah Alam terutamnya di Seksyen 8, dekat sini mendesak Pengerusi Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu memohon maaf atas kenyataannya mengenai bir bukan minuman keras seperti yang dilaporkan dalam akbar Sinar Harian, semalam.
Penduduk mendakwa kenyataan Ronnie itu meragukan dan mengguris hati penduduk di bandar raya Shah Alam apabila menyatakan bir bukan minuman keras kerana ia akan mengelirukan penduduk sekitar terutamanya generasi muda.
Seorang penduduk, Mohd Khalil Abu Hassan berkata, kenyataan Ronnie itu mengelirukan dan bakal memberikan implikasi yang buruk kepada generasi muda khususnya remaja Melayu kerana bir adalah minuman yang memabukkan.
“Kenyataan beliau bahawa bir bukan minuman keras mengguris perasaan penduduk sekitar iaitu kira-kira 95 peratus penduduk Melayu berada di sekitar Seksyen 8 dan kenyataannya itu merupakan penghinaan kepada umat Islam.
“Sebagai penduduk, kami berharap beliau akan tampil memohon maaf secara terbuka dan bertanggungjawab terhadap kenyataannya kerana bir adalah minuman keras dan memabukkan dan berharap ‘fatwa’ beliau itu dibersihkan semula demi kebaikan semua pihak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika me ngulas kenyataan Ronnie Liu yang mengesahkan kes rampasan bir di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 salah faham dan memaklumkan bahawa bir tidak dikategorikan sebagai minuman keras kerana kandungan alkoholnya tidak tinggi seperti yang dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Shah Alam, Mohd Azhar Othman berkata, penduduk di bandaraya Shah Alam mempertikaikan ‘fatwa’ bahawa bir bukan minuman keras yang dikeluarkan oleh Ronnie adalah salah kerana bir diklasifikasikan sebagai minuman keras.
“Sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai hukum dalam Islam, Ronnie perlu merujuk kepada pemimpin Islam yang terdapat dalam Pakatan Rakyat (PR) seperti Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infras truktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali terlebih dahulu.
“Bir adalah minuman keras kerana ia memabukkan dan haram dalam Islam serta kenyataan Ronnie itu memberikan implikasi yang besar kepada penduduk sekitar Seksyen 8 yang majoritinya adalah Melayu,” katanya.
“Hukum tetap hukum dan kenyataan Ronnie menghiris perasaan masyarakat di sini dan dikhuatiri kenyataan itu memberikan persepsi yang salah kepada golongan remaja dan sekiranya tidak dijelaskan dengan sebaiknya ‘fatwa’ Ronnie itu akan menyumbang kepada masalah sosial di kalangan remaja,” katanya.
Bagi Ketua UMNO Cawangan 8 Perdana, Kamal Yusof berkata, sepatutnya pemimpin Pas yang memperjuangkan Islam tampil menjelaskan mengenai bir itu kepada Ronnie supaya ia tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“Sebagai penduduk di Seksyen 8, kenyataan itu tidak betul dan ia perlu diperbetulkan semula supaya penduduk tidak keliru dengan kadar segera.
“Kami berharap Ronnie dapat tampil dan memohon maaf secara terbuka kepada penduduk di bandar raya ini terhadap kenyataannya itu,” katanya.
Terdahulu, pihak MBSA membuat rampasan mi numan beralkohol dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku D 8/D, Seksyen 8, Rabu lalu namun dipulangkan semula.
Komen PB
Syabas buat penduduk Melayu Islam di Shah Alam yang memperjuangkan agama Islam yang cuba dikelirukan oleh Ustaz Ronnie Lie DAP yang mengatakan bir tak haram sebab kandungan alkoholnya rendak dan kurang memabukkan. Mana perginya pemimpin PAS seperti Hassan Ali ?? Dahulu hang pa semua nak tutup kilang Carlsberg konon bila memerintah ,kini rakan seperjuangan anda Ustaz Ronnie Liu cakap bir pulak tak haram..
Wahai Pemimpin PAS ,nak politik pun politik juga jangan sampai akidah pun nak politikan ?? Jangan dok bisu dalam hal ini kerana member anda sudah keluar kenyataan kata tak haram . Sejak bermuafakat dengan DAP melalui pengantaraan Anwar Al Juburi , isu-isu seperti maksiat, arak,tempat2 pelacuran ,dan penjualan arak bukan lagi menjadi isu-isu besar Parti Islam ini. Isu-isu tersebut sudah dipandang sepi oleh pemimpin-pemimpin PAS kerana sibuk menjaga hati DAP dan penyokong bukan Melayu dalam parti mereka.
Dalam isu penjualan arak ini , Bagaimana penjualan di 7 Eleven, kedai runcit, pasar mini, kedai makan dijual secara terbuka dan kiosk stesyen-stesyen minyak?
Parti politik manakah yang menguasai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang baru-baru ini terkenal sebagai premis judi internet atau syurga bagi kaki judi di Pandan Perdana dan Pandan Indah. Mana dia wakil-wakil rakyat PAS ? klik di sini untuk lihat kerajaan takut hendak banteras penjualan arak
Kalau isu ini pun Pemimpin PAs takut hendak tegur Ronnile liu ,jangan cakap hukum hudud nak dilaksanakan jika mereka perintah negara ini seperti Husam cakap dulu di Kota Bharu ..
Link
PAS SELANGOR WAJIB BERUSAHA TUTUP KILANG ARAK -PEMUDA PAS PADANG SERAI
Kerajaan Selangor takut ambil tindakan dengan ambil jalan tengah
Ustaz Ronnie lie keluar fatwa bir halal

Perhimpunan ISA : KJ tidak mahu rakyat membenci Pergerakan Pemuda


Demontrasi tidak menguntungkan mana-mana pihak, hanya mendatangkan kesan negatif yang buruk kepada rakyat dan pelancong. Walau bagaimanapun arahan dari Menteri dalam negeri tidak diindahkan. Budaya Anwar Ibrahim ini seolah-olah disokong oleh pro-anti ISA. Sebenarnya demontrasi ini adalah menyalahi undang-undang dan penyokong kerajaan tidak sepatutnya mengingkari arahan dari pemimpin negara. Selaku Ketua Pemuda Pergerakan Umno Malaysia adalah wajib dicontohi apabila Khairy Jamaluddin tidak bersama-sama mereka bagi mengingkari arahan pemimpin dan undang-undang perlembagaan negara.
Menteri dalam negeri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein telah mengarahkan mereka yang berdemo membatalkan rancangan mereka kerana dengan perbuatan ini akan menyusahkan harapan Perdana Menteri untuk menyatukan rakyat Malaysia didalam program 1Malaysia. Penyelesaian secara berdemontrasi ini hanya akan menghilangkan kepercayaan rakyat untuk menubuhkan satu negara yang stabil dan harmoni.
Perbuatan demontrasi jalanan ini tidak mendatangkan apa-apa hasil melainkan mencetuskan kemarahan rakyat yang mahukan keamanan. Perniaga-perniaga terpaksa menutup kedai dan punca rezeki mereka tertutup. Rakyat juga akan merasa bimbang dan ketakutan. Demontrasi ini hanyalah semata-mata luahan keegoan kedua-dua belah pihak untuk menunjukan kekuatan masing-masing.
Rakyat sedang menilai apa yang sedang berlaku dan kebanyakkan mereka dari anti ISA adalah terdiri daripada profesional dan mahasiswa. Pemuda Umno tidak mungkin terbabit didalam gejala yang tidak bermaruah ini dan tidak terlibat dalam perang saraf diantara kedua-dua belah pihak. Pemuda Umno juga tidak mahu mahasiswa dan golongan profesional membenci dan memusuhi Pergerakan Pemuda hanya kerana terlibat dalam tindakan yang menyalahi undang-undang dan perlembagaan negara.
Link
Peniaga marah perhimpunan haram jejas perniagaan
Demonstrasi bermotif politik
589 sertai demonstrasi ditahan

Ceramah Pidato Siapa Sesat ? Siapa Tolak Islam ? oleh Ustaz Kamal Saidin, Lokman Nor Adam,Datuk Ahmad Darus ,Datuk Reezal Marican

Penduduk Kepala Batas yang hadir walaupun hujan lebat tidak berganjak mendengar ceramah 
Penceramah terkenal UMNO Ustaz Kamal Saidin 

Ceramah Pidato Siapa Sesat ? Siapa Tolak Islam anjuran Pemuda UMNO Kepala batas di Pongsu Seribu . Ceramah disampaikan oleh Sdr Lokman Nor Adam ,Exco Pemuda UMNO Malaysia selaku Ketua Unit Pidato Pemuda
Ceramah yang memberi penerangan & kupasan yang tuntas,menyedarkan para hadirin betapa perjuangan parti PAS telah menyeleweng jauh.
Majlis yang serba ringkas yang jauh agak kedalam kampung masih mampu menarik lebih kurang 200 hadirin walaupun keadaan cuaca hujan lebat.Penulis dapati ada dikalangan hadirin adalah ahli ahli parti PAS yang sanggup berteduh di bawah pokok,namun mereka tidak berganjak sehingga majlis selesai.
Siri ceramah dari unit pidato di adakan hampir setiap minggu di seluruh pelusuk negara,berjaya menampakkan hasil,apabila jumlah kehadiran bertambah dari hari ke hari.
Pemuda UMNO memperkasakan perjuangan parti. Alif Ba Ta
oleh:Megat
sumber : http://unitmediabaru.blogspot.com/
Komen PB
PB semalam juga turut sama berada di sana semalam walaupun hujan agak lebat semalam .Penceramah terkenal UMNO Ustaz Kamal Saidin seperti biasa akan mengupas isu ini mengikut pandagan dari Al Quran dan Hadis adakah benar UMNO sesat dan tolak Islam. Gaya dan telatah beliau berpidato sememangnya membuat hadirin tidak berganjak untuk mendengar ceramah beliau dan di samping itu menjawab tuduhan PAS mengenai UMNO dikatakan kafir,sesat dan menolak Islam . Manakala Datuk Ahmad Darus iaitu Exco Pemuda UMNO selaku S/U UMNO Kepala Batas juga mengulas apa peranan PAS di PP yang tidak mendapat tempat dalam kerajaan negeri PP. Agak mengejutkan juga apabil beliau memberitahu mengenai kenaikan elaun RM 50 kepada Guru KAFA yang diumumkan oleh Ustaz Lim Gone Eng selepas berkuasa sebenarnya telah ditamatkan kenaikan itu sejak Januari 2009 . Apa sudah jadi kepada orang Melayu PP ?? RM 50 itupun ditarik balik ?? Kalau nak bagi biar la bagi terus sepertimana Kerajaan Pusat lakukan dulu semasa pemerintahan Pak Lah yang menaikan elaun Tok Imam dari RM 150 ke RM450 selaras di seluruh Malaysia dan dikekalkan sehingga hari ini.
Siri ceramah ini akan diadakan lebih kerap lagi dan memang kita nampak kehadiran ramai semakin bertambah dan juga kita tahu semalam pun ada juga penyokong PAS yang hadir .Hal ini kerana tidak jauh dari tempat itu adalah letaknya Markas Pas Pongsu Seribu seprti yang dilaporkan oleh rakan saya yang berteduh di bawah pokok semasa ceramah.

Demo GMI yang gagal
INI NAK TANYA MEREKA YANG BERTOPENG INI NAK DEMO AMAN KE ?? 

Ini lah muka2 Taiko disebalik tabir perhimpunan ini yang hanya dok momokan ISA ini dikatakan zalim ini .Menurut sumber dari blog X PKR ,Kononnya Anwar hadir untuk demo ptg tadi, Sebenarnya beliau hanya hadir ke pejabat PAS. Beliau tidak langsung turun ke jalanan berdemo bersama dengan pengikutnya.
Beginikah dikatan Demo yang aman ?? tutup muka macam penyamun ,bawa sepanduk lagi 
Lihat sendiri Orang Melayu PAS/PKR sahaja dipergunakan untuk turun Demontrasi jalanan . Mana pergi penyokong2 DAP ?? Depa itu lah yang cerdik ,Melayu digunakan di demontrasi manakala pemimpin DAP mereka di Selangor dok gila salahgunakan duit peruntukan ...
Inilah kesannya suka DEMO sangat untuk cari publisiti .KL habis jammed,kedai2 ditutup ,peniaga nak berniaga tak laku. Mereka ini memang tak suka negara ini Aman .
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata, 438 orang ditahan sehingga pukul 6 petang tadi termasuk 37 wanita dan 38 pesalah juvenil hari ini berikutan perhimpunan haram pro dan anti-ISA.
Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, kira-kira 200 orang yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan di sekitar ibu negara sehingga pukul 4 petang ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberitahu Bernama bahawa keadaan di ibu kota buat masa ini terkawal.
Mohammad Sabtu sebelum ini berkata, antara lokasi tangkapan ialah berhampiran Masjid Negara, Padang Merbok, Dataran Merdeka, Pasar Seni, Istana Negara, Masjid Jamek dan kompleks membeli belah Sogo.
Badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undangundang itu mengadakan perhimpunan di ibu negara hari ini bagi menyatakan pandangan mereka berhubung perkara itu.
Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 10,000 orang yang menyertai perarakan Gerakan Mansuh ISA (GMI) itu.
Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) yang sebelum ini merancang mengadakan perhimpunan di Pasar Seni menyokong ISA dikekalkan, membatalkan perhimpunan mereka kerana akur dengan arahan.
Komen PB
Untuk GMI dan Pakatan Penipu !!
JANGAN MENIPU RAKYAT , LIHAT SAHAJA TINGKAH LAKU PENUNJUK PERASAAN HARAM ANJURAN PR YANG MEMANG TELAH BERSEDIA DARI AWAL UNTUK BERTEMBUNG DENGAN PIHAK POLIS
SETELAH DISEMBUR OLEH GAS PEMEDIH MATA DAN DIUSIR DENGAN AIR , MEREKA SALAHKAN POLIS KERANA BERTINDAK TEGAS.. SEBENARNYA MEREKA LUPA MEREKA SENDIRI YANG MELAKUKAN KESALAHAN BERHIMPUN DI JALANRAYA DAN MELANGGAR UNDANG-UNDANG
KALAU DEMO INI MENYEBABKAN KL JAMMED , SOGO , GERAI DAN KEDAI TERPAKSA DITUTUP OLEH KERANA TAKUTKAN KEHADIRAN PENUNJUK PERASAAN YANG MAJORITINYA MELAYU ITU NAK TANYA SIKIT ITU DEMO AMAN KE ???
PAKATAN ,KALAU NAK POLITIK ISU INI JANGAN MENYUSAHKAN RAKYAT !!! KALAU ANDA SELALU LAUNGKAN HIDUP -HIDUP RAKYAT KENAPA MENYUSAHKAN RAKYAT !!
***Menurut sumber , Sdr Azam dari Magaran telah berjaya menghantar memorandum bagi pihak PRO ISA di Istana Negara melalui pintu belakang pada jam 7.00pm .

Ronnie hentak meja kerana pertahan Arak dirampas MBSA

ini insiden terbaru, berlaku di shah alam ibu negeri selangor. ahli parlimennya adalah khalid gereja samad, adun batu tiga rodziah ismail dan adun kota anggerik yakop sapari. 3 mangkok pakatan ini adalah melayu dan beragama islam.
di shah alam majoriti penduduknya adalah melayu. istimewanya shah alam dibandingkan dengan ibu negeri lain adalah shah alam tiada punyai panggung wayang,rumah urut dan judi ekor. itu cerita dahulu sebelum pilihanraya mac 2008.
2 hari lepas iaitu pada hari rabu telah berlaku insiden yang boleh dikategorikan sebagai kurang ajar. ronnie liu selaku exco PBT selangor telah menggertak dan menghentak meja pada mesyuarat tergempar majlis bandaraya shah alam. kerana apa ? kerana membantah tindakan penguatkuasa mbsa merampas berkaton tin minuman keras seperti guiness,anchor dll yang dijual berleluasa di bandar shah alam.
ceritanya bermula begini. pada bulan april tahun 2009, mesyuarat jabatan penguatkuasa mbsa telah MELULUSKAN SATU RESOLUSI UNTUK MELARANG PENJUALAN ARAK DI SHAH ALAM. lokasi larangan ini berkuatkuasa bermula di seksyen 1 hingga ke seksyen 24 shah alam. kawasan ini menjadi lokasi penguatkuasaan kerana majoriti permastautinnya adalah berbangsa melayu.
penguatkuasaan penjualan arak ini berlangsung baik hinggalah berlaku satu peristiwa, ia terjadi pada hari rabu yang lepas. satu serbuan telah dilakukan oleh pegawai penguatkuasa mbsa di sebuah kedai 7-11 di jalan liku seksyen 8 shah alam.
satu rampasan besar arak telah dilakukan oleh penguatkuasa mbsa. arak-arak yang berjenama telah dirampas. petugas penguatkuasa ini hanya menjalankan tanggungjawap dan mereka tidak mahu melihat penjualan arak yang tidak dbendung ini dijalankan secara terbuka dan berleluasa. ketegasan mereka harus dipuji..sehinggalah berlaku satu kejadian biadap pada hari ini.
ronnie liu, kepala samseng yang menjawat jawatan exco pbt telah hadir di pejabat mbsa shah alam. dia telah mengetuai mensyuarat adhoc, yang membincangkan aduan pemilik kedai 7-11 terhadap rampasan arak yang dilakukan.
ronnie liu dengan angkuh mengarahkan kesemua arak yang dirampas dipulangkan semula dengan seberapa segera. 'saya ronnie liu, exco pbt lu tara kenal sama saya ka'! sambil menghentak meja tanda angkuh. pegawai penguatkuasa menggelengkan kepala. sikap biadap ronnie telah diadukan kepada beberapa orang ahli majlis pakatan berbangsa melayu, namun mereka telah melarikan diri tatkala diminta pertolongan.
sebentar tadi kabarnya arak-arak tersebut telah dipulangkan semula kepada pekedai, walaupun rampasan tersebut telah memenuhi syarat dan keputusan larangan penjualan arak secara terbuka.
khalid gereja samad ahli parlimen pas, adun kota anggerik yakop sapari bekas ahli ABIM dan adun batu tiga rodziah ismail bekas ahli wanita JIM. kenapa mereka diam ? mana pergi janji-janji 'memperjuangkan islam' seperti yang pernah kamu lalak kan dahulu ? hipokrit atau bingai wahai YB pakatan ?
kamu tidak akan kami (gap) lepaskan...kamu harus bertanggungjawap menyokong keputusan mesyuarat yang telah diluluskan, apakah kamu lebih takutkan ronnie daripada tuhanmu wahai (YB yang bingai) ! bantahan penduduk melayu shah alam semakin memuncak,protes semakin kuat ! kita akan saksikan selepas ini samada 3 YB mangkok hayun ini bersetuju dengan bantahan orang melayu atau tunduk an to'at kepada dap ronnie liu !?
sumber : GAP
Komen PB
Melayu dalam PR jadi macam tunggul sahaja ,tak boleh buat apa-apa. PAS Selangor bagi aku adalah paling bodoh .Baca di sini ,mereka masih dok kaki bodek dan kipas pungkoq DAP lagi walaupun DAP diketuai Gengster Ronnie Liu kini semakin besar kepala dan berkuasa sekarang .Kalau ikhlas nak bendungkan penjualan arak di kawasan majoriti MElayu di Shah Alam , kenapa semua senyap dan ikut cakap Ronnie Lie bila dia marah dalam mesyuarat ?? Ingat dia tu besar sangat ka ??Bagi aku PAS Selangor sekarang seperti lembu dicucuk hidung ..

ISA : KJ hanya mangsa keadaan yang dihitamkan untuk agenda tertentu!!!

Tidak dinafikan bahawa saya adalah salah seorang blogger yang menyokong ISA demi keselamatan dan keaman negara Malaysia. ISA penting bagi menjamin keselamatan negara dan malahan terbukti mampu menangani permasalahan yang boleh membahayakan ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Suka atau tidak suka kita perlu menerima hakikat ini, apabila bermula satu agenda seperti ini, ruang menghentam kepimpinan Pergerakan Pemuda ini terus meletus bagaikan letusan gunung berapi yang akan mengeluarkan lavanya.
Kesempatan ini telah di ambil oleh penulis-penulis laman web dan juga blog-blog untuk terus memburukkan keadaan. Walaupun ketika ini hampir keseluruhan pemimpin UMNO berada dalam keadaan tersepit dan ramai pula yang mencari jalan selamat dengan mendiamkan diri dan berdiri di atas pagar.
Apa kata jika KJ berdiam diri? Sama juga, ada juga tomahan yang akan dilemparkan kepada beliau…
Apa kata jika KJ menyertai perhimpunan tersebut? Sudah pasti ada yang berkata… Tuh si KJ cuba nak tunjuk hero! KJ gangster… Kumpulkan pemuda menyertai perhimpunan haram!! Ada juga yang akan berkata kerana KJ tercetus perbalahan diantara penyokong pro ISA dan Anti ISA. Ada juga yang akan berkata perangai KJ tak ubah seperti pembangkang!!!
APA SEMUA INI ?
Tidak Adil bagi saya jika hanya KJ dipersalahkan!!!
Apa yang diseru oleh Khairy Jamaluddin kepada Pemuda UMNO adalah satu yang waras dan bijak. Kita bukan hanya mahu menjadi hero dijalanan. Pemuda bukan beridentitikan demonstartor jalanan. Pemuda bukan bangsat mencari publisiti murahan secara yang tidak waras. Pemuda bukan satu pertubuhan jalanan dan tidak berjuang dijalan raya.
KJ juga tidak perlu risau dengan kutukan sesiapa ke atas saranan ini , kerana mereka yang mengutuk ini adalah mereka yang sebenarnya mahu mencari publisiti murahan. Pemuda UMNO tidak turut serta menyokong budaya Anwar Ibrahim ini.
Untuk renungan pembaca sekalian, patuhilah Amanat yang dikeluarkan oleh PM Malaysia, Datuk Seri Najib Razak
Najib: Tiada kebaikan berdemo, k'jaan kaji ISA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata perhimpunan anti-ISA esok tidak membawa sebarang kebaikan kerana kerajaan telah mengambil pendirian untuk mengkaji semula akta tersebut.
"Saya telah umumkan perkara ini bila saya ambil tampuk kepimpinan (negara), bahawa ISA akan dikaji semula dan kita dalam proses ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini.
Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat memberi cadangan dan idea yang bernas mengenai bagaimana hendak memperbaiki undang-undang tersebut.
"Kita dalam proses membuat perbincangan untuk mendapatkan maklum balas rakyat. Buat apa kita buat demonstrasi.
"Demonstrasi tidak menghuraikan apa-apa untuk dipertimbangkan oleh kerajaan. Pindaan ISA ini tidak harus dipolitikkan.
"Kita gubal undang-undng mengikut kehendak zaman dan citarasa aspirasi rakyat Malaysia," tambahnya.
Ditanya mengenai soal keselamatan esok, Najib berkata: "Kita serah kepada polis, kita tidak menguruskan pihak polis. Polis ada tanggung mereka nak mengawal keselamatan negara," tambahnya.
Dua kumpulan merancang untuk mengadakan perhimpunan di ibunegara esok esok - satu pro-ISA dan satu lagi anti-ISA.

DAP lindungi saksi penting kes pembunuhan Teoh

Bukti Gobind, Karpal & DAP lindung pembunuh; DNA dikesan pada tingkap pula!!!!
Oleh S Samad Sempit
Peguam DAP dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo cuba membuat helah mengatakan Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing bukan enggan memberi ujian DNA tetapi terpaksa pergi ke Inkues hari Khamis 30hb semalam.
Ini satu pembohongan yang jelas kerana mereka diarahkan supaya memberi sampel pada pagi Selasa. Ini mesti satu tipuhelah Gobind melindungi dua penjenayah ini supaya enggan berkerjasama.
Sebelum ini, bapaknya Karpal Singh telah menasihati Tan Boon Hwa membuat cerita semasa sidang akhbar seolah-olah dia telah dikasari dan didera. Ini memang satu pembohongan kerana Tan adalah saksi dan bukan suspek.
Tan sudah tersilap pula berkata terjumpa Teoh di pantry pada pukul 6 pagi. Dia kemudiannya enggan mendandatangani statement polis.
Keesokkan harinya Tan datang dengan Karpal ke balai untuk membuat laporan polis terhadap SPRM kerana dera. Sementara itu DAP membantu buat bising pasal tuntut Suruhanjaya Diraja ke atas SPRM.
Setelah polis membuat kenyataan bahawa mereka boleh gunakan CPC 111 untuk mendapatkan statement dari Tan, baru dia sedia datang untuk tandatangan statement.
Gobind berlakun konon kedua mereka ini tidak ada niat untuk enggan memberi DNA mereka. Hari ini mereka telah berikan sampel DNA.
Ini pun bohong. Kalau mereka berdua tidak mahu memberi DNA, pihak Koroner boleh mengeluarkan perintah. Pihak koroner telah mengeluarkan perintah bukan saja kerana DNA yang dijumpa pada talipinggang dan kot tetapi DNA yang dijumpai ditempat lain.
Telekkan The Unspinners mendapati ada rambut yang bukan kepunyaan Teoh dijumpai pada tingkap. Rambut itu didapati ada persamaan dengan DNA Tan yang diperolehi dari pelbagai tempat lain. Ini yang memberi keyakinan mahkamah untuk mengeluarkan perintah untuk dapatkan pengesahan.
Kalau betul, ada kemungkinan bahawa Teoh telah dibunuh oleh mereka berdua dan mayat Teoh diletakkan atas trolley untuk disorong keluar.
Logik tak seorang concillor yang merupakan saksi dan seorang pembekal bendera mahu membunuh Teoh? Tak akan Teoh dibunuh kerana bendera berharga sedemikian? Ia mesti mendapat arahan dari seseorang untuk lakukan pembunuhan ini. Mesti ada sesuatu yang jauh lebih besar dan berharga dari harga bendera RM2,400. Ronnie? Ean Yong?
Gobind tidak tahu apa asas mahkamah untuk keluarkan perintah itu. Dia hanya melakunkan pelbagai helah. Sebenarnya dia tahu siapa penjenayahnya dan sedang memikirkan bagaimana untuk menutup malu dirinya, bapanya dan DAP dari dituduh pelindung penjenayah.
DAP tuntut keadilan tetapi DAP yang lengah-lengahkan kerana DAP pelindung penjenayah.
SUMBER : http://theunspinners.blogspot.com

Surat Rakyat Selangor untuk Khalid Gagap
sumber : RBF
Komen PB
Ini surat yang ditulis oleh pengadu dari kaum Cina di Selangor . Mereka sendiri sekarang tidak lagi percaya kepada DAP malah percaya juga DAP samseng dan Exconya terbabit dalam kongsi Gelap yang sekarang bermaharajalela di Selangor !!
Untuk semua orang Melayu di Selangor , sudah terang lagi bersuluh nak sokong lagi DAP rasis itu ?? Orang High Chapparal di PP pun tak percaya kepada LGE kerana menipu mereka . Dia sendiri adalah orang yang tukar nama hak milik tanah dan menipu mereka kata kerajaan dahulu yang lakukan .Gerakan negeri juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung proses tukar hak milik tanah Kampung Buah Pala yang didakwa dilakukan oleh kerajaan negeri.

Siapa bilang ISA tahanan tanpa bicara,:Anda tahukah apa yang anda bantah?

Oleh MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ
AMAT mengejutkan apabila kajian rambang yang dilakukan oleh Biro Undang-undang Tindakan Siswa Bersatu Universiti Kebangsaan Malaysia (TSB) pada 2001 ke atas 100 orang mahasiswa UKM yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menunjukkan kesemua mereka tidak pernah melihat, memegang dan menyelak sehelai demi sehelai Akta 82 tersebut yang keseluruhannya mengandungi 85 Seksyen, 4 Bahagian, 12 Bab dan 3 Jadual.
Saya tidak menyalahkan mereka dan ratusan ribu lagi rakyat Malaysia yang menentang ISA ini kerana jelas mereka menentang akta tersebut semata-mata kerana emosi dan sentimen. Membaca helaian demi helaian akta Parlimen juga bukanlah hobi yang menyeronokkan. Sebab itulah wujud jawatan peguam yang di bayar oleh anak guamnya supaya membaca dan memahami akta Parlimen mengikut selera pembayar upah professional peguam tersebut.
Daripada satu sudut, jelas juga kepada kita bahawa kempen pakatan pembangkang dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah berjaya meresap masuk ke dalam pemikiran kesemua ribuan penentang dengan momokan “ISA Zalim” dan “ISA Tahanan Tanpa Bicara”.
Pemikiran songsang ini melewati empat generasi kerana selalunya, bayi-bayi yang masih menyusu badan juga diusung menyertai demonstrasi anti ISA.
Tahniah juga kepada GMI kerana tanpa perlu berkempen menggunakan modal yang besar dan tanpa perlu ayat panjang berjela, beribu-ribu orang rakyat marhaen bersedia turun ke jalan raya menentang suatu akta yang mereka sendiri tak tahu hujung pangkalnya.
Jika tiada aral melintang, akan berlaku pertembungan unik dua kelompok penunjuk perasaan “pro dan anti” ISA pada 1 Ogos ini. Genap 37 tahun selepas kali terakhir semakan semula ISA dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional.
Demonstrasi 1 Ogos ini tidak sewajarnya berlaku. Penentangan terhadap ISA jika hanya bersandarkan alasan “Zalim dan Tanpa Bicara” sahaja tidak berbaloi dengan kerosakan harta benda yang bakal berlaku.
Ramai orang yang emosi menentang ISA. Hujah emosi juga boleh digunakan untuk menerangkan bahawa ISA perlu dipertahankan. Namun kali ini, dengan setitis ilmu dari lautan perundangan yang saya pelajari, saya akan berhujah dengan fakta.
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82) diluluskan oleh Parlimen pada 1960 dan disemak semula pada 1 Ogos 1972. ISA telah dipinda beberapa kali bermula dari 1962 dan kali terakhir dipinda pada 24 Ogos 1989.
Sebagai pengenalan kepada kononnya “Akta Zalim” ini, di muka surat 9 akta tersebut di nyatakan:
“Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan subversif, penghapusan keganasan terancang terhadap orang dan harta di dalam kawasan tertentu di Malaysia, dan mengenai perkara yang bersampingan dengannya.”
[Semenanjung Malaysia-1 Ogos 1960, Akta 18 tahun 1960; Sabah, Sarawak - 16 September 1963, L.N. 232/1963]
BAHAWASANYA tindakan telah diambil dan tindakan selanjutnya diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:
(1) Untuk menyebabkan, dan untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan, keganasan terancang terhadap orang dan harta; dan
(2) Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, kerajaan Malaysia yang sah yang ditubuhkan menurut undang-undang;
DAN BAHAWASANYA tindakan yang diambil dan ancaman yang dibuat itu memudaratkan keselamatan Malaysia;
DAN BAHAWASANYA Parlimen berpendapat perlu dihentikan atau dicegah tindakan itu;
Oleh hal yang demikian MENURUT Perkara 149 Perlembagaan MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya
Perkara 149 Perlembagaan menyatakan bahawa:
PART XI - KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG, DAN PERBUATAN DAN JENAYAH YANG MEMUDARATKAN ORANG AWAM DAN KUASA DARURAT
Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.
(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan:
(a) Untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
(b) Untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana kerajaan di dalam Persekutuan; atau
(c) Untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau
(d) Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undangundang; atau
(e) Yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
(f) Yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,
Maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.
(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang disebut dalam Fasal (1), 163 jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen yang mengungkaikan undang-undang itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelum itu menurut kuasa undang-undang itu atau tanpa menjejaskan kuasa Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.
Jelas kepada kita bahawa Perlembagaan Persekutuan selaku Undang-undang tertinggi Negara menghalalkan Parlimen meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri, melebihi hak-hak asasi individu seperti yang terkandung dalam Fasal 5 hingga 13 Perlembagaan Persekutuan.
Adakah benar tuduhan yang menyatakan bahawa Perdana Menteri boleh sesuka hati menahan sesiapa sahaja musuh politik beliau menggunakan akta ini?
Sebenarnya, bukanlah Perdana Menteri yang mula-mula mencadangkan “sipolan atau sipolan” ditahan di bawah ISA. Kenyataan ini ada benarnya kerana Perdana Menteri mempunyai jadual harian yang ketat dengan acara rasmi kerajaan. Kita sering membaca biografi bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia yang tidak mempunyai masa yang cukup waima bersama keluarga sendiri. Di mana lagi masa 24 jam sehari mahu diperuntukkan oleh Perdana Menteri untuk menyiasat dan membuat risikan keselamatan sendiri.
Sebenarnya, ada pihak lain yang memang tugas bergajinya untuk menyiasat dan merisik berkaitan dengan hal ehwal keselamatan dalam negeri iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sememangnya, salah satu tugas utama anggota polis adalah menangkap penjenayah. Jelas bahawa kuasa polis menangkap penjenayah boleh berlaku dengan menggunakan Kanun Prosedur Jenayah (CPC), Kanun Keseksaan (PC) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
CPC dan PC prosedur tangkapan adalah sama. Secara gambaran asasnya, di bawah CPC dan PC, anggota polis meronda dan melihat seseorang di hadapan bank dalam keadaan “mencurigakan”. Percaya dengan naluri kepolisannya, maka polis itu akan mendekati suspek. Suspek kemudian memecut laju. Polis tersebut mengejar dan berlaku adegan tembak-menembak. Kereta suspek terbabas lalu polis menahan suspek.
Dalam masa 24 jam yang pertama, suspek boleh ditahan di dalam lokap polis untuk membantu siasatan. Selepas 24 jam, polis tidak lagi berhak menahan suspek tanpa izin tahanan reman daripada majistret.
Kebenaran tahanan reman ke atas suspek boleh diberikan oleh majistret kepada polis untuk tempoh maksimum 14 hari bagi menyambung soal siasat jika 24 jam yang pertama, polis gagal melengkapkan siasatan. Selepas tempoh maksimum 14 hari, suspek akan dituduh di mahkamah selepas polis mendapat izin untuk mendakwa daripada Peguam Negara atau suspek akan dibebaskan jika tiada izin mendakwa daripada Peguam Negara.
Di atas adalah gambaran situasi tahanan reman di bawah CPC dan PC. Terdapat banyak persamaan dan sedikit perbezaan apabila polis menahan seseorang di bawah ISA. Perbezaan hanyalah dari sudut tempoh masa tahanan, proses soal siasat dan watak-watak yang terlibat dengan proses siasatan sahaja. Kuasa polis untuk menahan seseorang di bawah ISA di nyatakan dalam seksyen 73 iaitu:
Kuasa untuk menahan orang yang disyaki
73.
(1) Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap, dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai
(a) Bahawa ada alasan yang akan mewajarkan penahanannya di bawah seksyen 8; dan
(b) Bahawa dia telah bertindak atau hampir bertindak atau mungkin bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya.
(2) Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang selepas disoal oleh pegawai itu gagal untuk memuaskan hati pegawai itu tentang identitinya atau tentang maksud yang baginya dia berada di tempat dia ditemui dan yang disyaki oleh pegawai itu telah bertindak atau hampir bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagian di dalamnya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya.
(3) Mana-mana orang yang ditangkap di bawah seksyen ini boleh ditahan selama tempoh tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perintah tahanan dibuat berkenaan dengannya di bawah seksyen 8:
Dengan syarat bahawa:
(a) Dia tidak boleh ditahan lebih daripada dua puluh empat jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor;
(b) dia tidak boleh ditahan lebih daripada empat puluh lapan jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Penolong Penguasa; dan
(c) dia tidak boleh ditahan lebih daripada tiga puluh hari melainkan jika seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Timbalan Penguasa telah melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan itu kepada Ketua Polis atau kepada seorang pegawai polis yang ditetapkan oleh Ketua Polis bagi maksud itu, yang dengan serta-merta hendaklah melaporkan perkara yang sama kepada Menteri.
(4)-(5) (Dipotong oleh Akta A61).
(6) Kuasa yang diberikan kepada seorang pegawai polis oleh subseksyen (1) dan (2) boleh dijalankan oleh mana-mana anggota angkatan keselamatan, mana-mana orang yang melaksanakan tugas sebagai pengawal atau jaga di dalam suatu tempat terkawal dan oleh mana-mana orang lain yang pada amnya diberi kuasa bagi maksud itu oleh seorang Ketua Pegawai Polis.
(7) Mana-mana orang yang ditahan di bawah kuasa yang diberikan oleh seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai berada dalam jagaan yang sah, dan boleh ditahan di mana-mana penjara, atau di mana-mana balai polis, atau di mana-mana tempat lain yang serupa yang dibenarkan secara am atau khas oleh Menteri.
Hanya selepas 48 jam seseorang itu di tahan polis kerana "disyaki oleh polis" sebagai seorang yang boleh "mengancam keselamatan negara", barulah maklumat berkenaan penahanan tersebut di laporkan kepada menteri bertanggungjawab oleh Ketua Polis yang bertanggungjawab.
Jelas kepada kita bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan polis menangkap sesiapa di bawah ISA. Sekiranya di buktikan wujud arahan Perdana Menteri kepada polis untuk menangkap musuh politiknya di bawah ISA, ternyata Perdana Menteri berkenaan telah melakukan kesalahan penyalahgunaan kuasa yang amat serius.
Kes duluan yang boleh dijadikan panduan yang keputusannya di kekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2003 adalah kes Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu yang didapati bersalah di bawah Ordinan Darurat kerana memberi arahan kepada polis supaya mengugut saksi kes liwatnya adalah satu contoh arahan yang tidak boleh diberi oleh mana-mana menteri atau Perdana Menteri Malaysia kepada polis.
Seseorang yang ditahan untuk proses soal siasat oleh polis mengikut ISA di atas boleh ditahan untuk membantu siasatan untuk tempoh maksimum 60 hari. Hanya selepas tempoh maksimum berkenaan, hasil siasatan polis akan dipersembahkan kepada menteri dan terpulanglah pula kepada menteri berkenaan sama ada untuk terus menahan suspek pengancam keselamatan negara itu atau tidak.
Beza watak dalam CPC dan ISA adalah majistret atau pegawai polis, Peguam Negara atau menteri dan perbezaan masa maksimum tahanan sama ada 14 hari atau 60 hari. Proses yang lain adalah sama.
Kita lihat peruntukan Seksyen 8 ISA yang memberikan kuasa kepada menteri untuk mengizinkan polis menahan seseorang di bawah ISA selama tempoh maksimum 2 tahun yang menyatakan bahawa:
Kuasa untuk memerintahkan penahanan atau sekatan orang
8 (1) Jika Menteri berpuas hati bahawa penahanan mana-mana orang perlu dengan tujuan untuk mencegahnya daripada bertindak dengan apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya, menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut perintah tahanan) yang mengarahkan supaya orang itu ditahan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun.
CATATAN: Lihat Nota Pesuruhjaya di muka surat 83.
Nota Pesuruhjaya di muka surat 83 menyatakan bahawa:
Nota Pesuruhjaya
PENGESAHAN PERINTAH TAHANAN DAN PENAHANAN DAN INDEMNITI
“5. (1) Jika sesuatu perintah tahanan telah dibuat di bawah sub seksyen 8(1) Akta ibu terhadap mana-mana orang semasa tempoh antara tarikh mula berkuat kuasanya akta ibu dan tarikh mula berkuat kuasanya akta ini (kemudian daripada ini disebut "tempoh peralihan"), maka perintah tahanan itu dan penahanan yang dibuat menurutnya semasa tempoh peralihan itu, dan penerusannya selepas itu, jika ada, adalah dengan ini diisytiharkan sebagai sah dan menurut undang-undang, dan hendaklah disifatkan sebagai, dan sentiasa dan pada setiap masa menjadi sah dan menurut undang-undang, walaupun pada bila-bila masa semasa jangka masa perintah tahanan itu dia telah ditahan di mana-mana tempat selain tempat tahanan yang disebut dalam sub seksyen 8(3) Akta ibu, atau terus ditahan di tempat yang dia telah ditahan di bawah seksyen 73 Akta ibu selepas tempoh maksimum yang diperuntukkan baginya di bawah subseksyen 73(3) Akta ibu tamat, atau telah berada dalam perjalanan dalam jagaan polis atau dalam apa-apa jagaan lain ke tempat tahanan seperti yang disebut terdahulu, atau terdapat apa-apa kelengahan dalam menyampaikan perintah tahanan itu kepadanya, atau perintah tahanan itu telah disampaikan kepadanya di mana-mana tempat selain tempat tahanan itu, atau terdapat apa-apa kecacatan yang berhubungan dengan penyampaian perintah tahanan itu kepadanya.
Menteri Dalam Negeri menurut Seksyen 8 secara perundangannya memiliki dua jenis kuasa iaitu kuasa mengeluarkan Perintah Tahanan dan Perintah Sekatan. Seiring dengan istilahnya, satu perintah menghalalkan penahanan manakala satu perintah lagi mengharamkan penahanan, semata-mata menyekat sahaja. Di atas adalah peruntukan berkenaan Perintah Tahanan manakala Seksyen 8(5) menjelaskan pula tentang Perintah Sekatan iaitu :-
(5) Jika menteri berpuas hati bahawa bagi mana-mana maksud yang disebut dalam sub sekyen (1) perlu supaya pengawalan dan pengawasan diadakan ke atas mana-mana orang atau supaya sekatan dan syarat dikenakan ke atas orang itu berkenaan dengan aktiviti, kebebasan bergerak atau tempat kediaman atau pekerjaannya, tetapi bahawa bagi maksud itu tidak perlu untuk menahannya, menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut "perintah sekatan") yang mengenakan ke atas orang itu semua atau mana-mana sekatan dan syarat yang berikut:
(a) Bagi mengenakan ke atas orang itu apa-apa sekatan yang dinyatakan dalam perintah itu berkenaan dengan aktivitinya dan tempat kediaman dan pekerjaannya;
(b) Bagi melarangkan daripada berada di luar rumah antara apa-apa waktu yang dinyatakan dalam perintah itu kecuali di bawah kuasa suatu permit bertulis yang diberikan oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan sedemikian;
(c) Bagi menghendakinya memberitahu pergerakannya mengikut apa-apa cara pada bila-bila masa dan kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam perintah itu;
(d) Bagi melarangnya daripada berucap di perjumpaan awam atau daripada memegang jawatan dalam, atau mengambil bahagian dalam aktiviti atau bertindak sebagai penasihat kepada, mana-mana organisasi atau persatuan atau daripada mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti politik; dan
(e) Bagi melarangnya daripada membuat perjalanan di luar sempadan Malaysia atau mana-mana bahagiannya yang dinyatakan dalam perintah itu kecuali mengikut kebenaran yang diberikan kepadanya oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam perintah itu.
Hasil daripada gabungan frasa perundangan yang memeningkan kepala pembaca seperti ayat-ayat di atas bermaksud Perdana Menteri tidaklah berkuasa menahan musuh politik beliau secara semberono kerana yang sebenarnya berkuasa membuat perintah penahanan adalah Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Keselamatan Dalam Negeri.
Hanya jika Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, maka barulah benar sebahagian tuduhan rambang berkenaan. Itupun selepas beliau menandatangani Perintah Tahanan tersebut atas kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri dan bukannya sebagai Perdana Menteri. Jika berlaku salah disignasi jawatan ketika menandatangani Perintah Tahanan berkenaan maka akan menjadi satu sebab teknikal mengapa Perintah Tahanan tersebut menjadi tidak sah.
Adakah benar tuduhan yang menyatakan bahawa Menteri boleh menahan seseorang di bawah ISA selama mana yang Menteri itu suka?
Juga satu kenyataan yang tidak tepat. Menurut Seksyen 13 ISA yang menyatakan bahawa:
Kajian semula
13. *(1) Tiap-tiap perintah atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen 8(1), (5) atau (7) atau di bawah seksyen 10 hendaklah, selagi ia masih berkuat kuasa, dikaji semula tidak kurang daripada sekali dalam tiap-tiap enam bulan oleh suatu Lembaga Penasihat:
Dengan syarat bahawa dalam hal sesuatu perintah tahanan yang terhadapnya representasi telah dibuat, kajian semula yang pertama, sama ada mengenai sesuatu perintah tahanan yang dibuat di bawah sub seksyen 8(1) atau mengenai sesuatu perintah tahanan yang dilanjutkan di bawah sub seksyen 8(7) yang baginya proviso kepada sub seksyen yang akhir disebut itu terpakai, hendaklah diadakan tidak lewat daripada enam bulan selepas selesainya pendengaran representasi itu oleh Lembaga Penasihat yang kepadanya representasi itu telah dibuat.
(2) Lembaga Penasihat hendaklah, apabila selesai tiap-tiap kajian semula di bawah sub seksyen (1), dengan serta-merta menyerahkan kepada Menteri suatu laporan bertulis mengenai tiap-tiap kajian semula itu, dan boleh membuat dalamnya apa-apa syor yang difikirkannya patut.
*CATATAN: Sub seksyen ini telah dimasukkan oleh Akta A61 dan mula berkuat kuasa pada 01-09-1972 dan sebelum tarikh itu peruntukan berikut yang dimasukkan oleh Ordinan No. 4 tahun 1969 (P.U. (A) 186/1969) terpakai:
"(1) Tiap-tiap perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah perenggan 8(1)(a) boleh, selagi ia berkuat kuasa, dikaji semula dari semasa ke semasa oleh suatu Lembaga Penasihat mengikut budi bicara Pengerusinya".
Seksyen 13 ISA ini menjelaskan kepada kita bahawa Menteri hanya berkuasa membenarkan tahanan untuk tempoh maksimum 2 tahun yang pertama. Tempoh yang asalnya di "arahkan" oleh Menteri itu pun bukan bersifat "mutlak" kerana Pengerusi Lembaga Penasihat yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agung boleh mengenepikan tempoh maksimum tersebut mengikut budi bicara beliau. Kelihatan Pengerusi Lembaga Penasihat mempunyai kuasa yang lebih besar daripada menteri.
Bagaimanakah prosedur siasatan Lembaga Penasihat ISA ini?
Seksyen 14,15 dan 16 ISA menceritakan bahawa:
Kuasa untuk memanggil saksi
14. Tiap-tiap Lembaga Penasihat hendaklah, bagi maksud akta ini tertakluk kepada Seksyen 16, mempunyai segala kuasa mahkamah bagi memanggil dan memeriksa saksi, mengendalikan sumpah atau ikrar, dan bagi memaksa dokumen dikemukakan.
Anggota Lembaga Penasihat disifatkan sebagai pekhidmat awam 15. Tiap-tiap anggota sesuatu Lembaga Penasihat hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574], dan hendaklah mempunyai, jika apa-apa tindakan atau guaman dibawa terhadapnya bagi apa-apa tindakan yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan dalam pelaksanaan tugasnya di bawah Bab ini, perlindungan dan keistimewaan yang sama sebagaimana yang diberikan oleh undangundang kepada seorang Hakim dalam pelaksanaan jawatannya.
Pendedahan maklumat
16. Tiada apa-apa jua dalam Bab ini atau dalam mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya boleh menghendaki Menteri atau mana-mana anggota Lembaga Penasihat atau mana-mana pekhidmat awam untuk mendedahkan fakta atau mengemukakan dokumen yang difikirkannya sebagai bertentangan dengan kepentingan negara jika didedahkan atau dikemukakan.
Adakah benar tuduhan yang menyatakan "ISA tahanan tanpa bicara?"
Tuduhan ini amatlah tidak bertanggungjawab. Mungkin pemfitnah membuat tuduhan tersebut bersandarkan kepada satu-satunya peruntukan berikut :-
Nota Pesuruhjaya
PENGESAHAN PERINTAH TAHANAN DAN PENAHANAN DAN INDEMNITI
Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pindaan) 1988, [Akta A705] melalui seksyen 5 telah meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (kemudian daripada ini disebut "Akta ibu") yang hendaklah dibaca bersama peruntukan baru yang berikut mulai dari 15 Julai 1988:
(2) Tiada tindakan, guaman, pendakwaan, atau apa-apa jua pun prosiding undang-undang lain daripada apa-apa perihalan atau dalam apa-apa bentuk, boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan selepas mula berkuat kuasanya akta ini, atau, jika dibawa atau dimulakan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, terus dikekalkan, bagi atau disebabkan oleh, atau berkenaan dengan, apa-apa jua yang dilakukan dengan sahnya berhubung dengan perintah tahanan atau penahanan yang diisytiharkan sebagai sah dan menurut undang-undang di bawah sub seksyen (1), kecuali bahawa peruntukan sub seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa prosiding undang-undang sedemikian yang telah selesai dan keputusan muktamad mahkamah telah diberikan berkenaan dengannya sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini atau bagi apa-apa rayuan berkenaan dengan keputusan muktamad itu."
Sedangkan pemfitnah berkenaan membutakan mata mentulikan telinga terhadap
6 lagi seksyen dalam ISA yang membuka ruang seluas-luasnya untuk seseorang itu mencabar keputusan Menteri .
6 seksyen tersebut adalah Seksyen 79 dan 80 ISA yang menyatakan bahawa :-
Bidang kuasa mahkamah
79. Tanpa menjejaskan bidang kuasa Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini, selain suatu kesalahan yang boleh dihukum mati, dan untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang ditetapkan baginya tidak melebihi denda sebanyak lima ribu ringgit atau lima tahun penjara atau kedua-duanya.
Sekatan ke atas pendakwaan
80. Sesuatu pendakwaan bagi apa-apa kesalahan terhadap Akta ini yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tujuh tahun atau tidak boleh dimulakan kecuali dengan keizinan Pendakwa Raya:
Dengan syarat bahawa, tertakluk kepada undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatacara jenayah
(a) seseorang yang dipertuduhkan dengan suatu kesalahan sedemikian boleh ditangkap, atau suatu waran penangkapannya boleh dikeluarkan dan dilaksanakan, dan mana-mana orang sedemikian boleh direman dalam jagaan atau atas jaminan, walaupun keizinan Pendakwa Raya mengenai permulaan pendakwaan bagi kesalahan itu belum lagi diperoleh, tetapi kes itu tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga keizinan itu diperoleh; dan
(b) jika seseorang dibawa ke hadapan suatu mahkamah di bawah seksyen ini sebelum Pendakwa Raya memberikan keizinannya kepada pendakwaan itu, pertuduhan itu hendaklah dijelaskan kepadanya tetapi dia tidak boleh dipanggil untuk membuat pli dan peruntukan undang-undang itu hendaklah diubahsuaikan dengan sewajarnya.
Sekyen 8B ISA pula menyatakan bahawa:
Kajian semula kehakiman tindakan atau keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Menteri
8B. (1) Tidaklah boleh diadakan apa-apa kajian semula kehakiman di dalam mana-mana mahkamah, dan tiada mahkamah boleh mempunyai atau menjalankan apa-apa bidang kuasa berkenaan dengan, apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri pada menjalankan kuasa budi bicara mereka mengikut Akta ini, kecuali mengenai apa-apa persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam Akta ini yang mentadbir tindakan atau keputusan itu.
(2) Kecualian mengenai apa-apa persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam sub seksyen (1) tidaklah terpakai jika alasan seperti yang diperihalkan dalam seksyen 8A.
Apakah pula maksud "kajian semula kehakiman”?
Seksyen 8C selanjutnya menyatakan bahawa:
Tafsiran "kajian semula kehakiman"
8C. Dalam Akta ini, "kajian semula kehakiman" termasuklah prosiding yang dimulakan dengan cara:
(a) Permohonan untuk mendapatkan mana-mana perintah prerogatif mandamus, larangan dan certiorari;
(b) Permohonan untuk mendapatkan deklarasi atau injunksi;
(c) Writ habeas corpus; dan
(d) Apa-apa guaman lain, tindakan atau prosiding undang-undang lain yang berhubungan dengan atau berbangkit daripada apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri mengikut Akta ini.
Mengapakah tiba-tiba tertulis kuasa Yang di-Pertuan Agong selain kuasa Menteri dalam kedua-dua seksyen di atas? Bukankah di canangkan se-Malaya bahawa semata-mata Perdana Menteri yang berkuasa penuh? Ternyata fitnah telah tersebar luas.
Seorang yang di tahan di bawah Sekyen 8 ISA boleh mempertikaikan perintah tahanan oleh Menteri tersebut kepada sebuah Lembaga Penasihat yang di lantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 151(2) Perlembagaan Persekutuan.
Anda mula terkejut? Seksyen 11 dan 12 ISA selanjutnya menyatakan bahawa:
Representasi terhadap perintah tahanan
11. (1) Suatu salinan tiap-tiap perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah sub seksyen 8(1) hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas dibuat disampaikan kepada orang yang dimaksudkan olehnya, dan tiap-tiap orang itu berhak untuk membuat representasi terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat.
(2) Bagi maksud membolehkan seseorang untuk membuat representasi di bawah sub seksyen (1) dia hendaklah, pada masa perintah itu disampaikan kepadanya:
(a) Diberitahu mengenai haknya untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat di bawah subseksyen (1); dan
(b) Diberikan oleh Menteri suatu pernyataan bertulis-
(i) Mengenai alasan yang atasnya perintah itu dibuat;
(ii) Mengenai pernyataan fakta yang atasnya perintah itu diasaskan; dan
(iii) Mengenai apa-apa butir lain, jika ada, yang pada pendapat Menteri mungkin semunasabahnya dikehendaki olehnya supaya dapat dia membuat representasi terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh membuat kaedah tentang cara bagaimana representasi boleh dibuat di bawah seksyen ini dan bagi mengawal selia tatacara Lembaga Penasihat.
Laporan Lembaga Penasihat
12. (1) Bilamana mana-mana orang telah membuat apa-apa representasi di bawah subseksyen 11(1) kepada suatu Lembaga Penasihat, Lembaga Penasihat itu hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh rayuan itu diterima olehnya, atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, menimbangkan representasi itu dan membuat syor mengenainya kepada Yang di-Pertuan Agong.
(2) Apabila menimbangkan syor Lembaga Penasihat di bawah seksyen ini, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi Menteri apa-apa arahan, jika ada, yang difikirkannya patut mengenai perintah yang dibuat oleh Menteri itu; dan tiap-tiap keputusan Yang di- Pertuan Agong mengenainya, tertakluk kepada seksyen 13, muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
Keenam-enam seksyen di atas seharusnya mengubah terus persepsi kita terhadap momokan pihak-pihak tertentu yang mereka sendiri keliru dengan tuntutan perjuangan mereka. Jelas kepada kita bahawa kuasa Lembaga Penasihat dan Baginda Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong melalui kedua-dua seksyen di atas rupanya "Puasnya hati Baginda" adalah jauh lebih penting daripada "Puasnya hati" seorang Menteri Dalam Negeri.
Seperkara yang menarik untuk anda tahu iaitu tahukah anda bahawa anda boleh menjadi "jutawan segera" jika anda menang kes di mahkamah kerana di tahan di bawah ISA? Pada 18 Oktober 2007, seorang bekas tahanan ISA daripada parti PAS bernama Malik Hussin telah di perintahkan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar kerajaan Malaysia membayar gantirugi sebanyak RM 2.5 juta kepada beliau atas alasan penahanan beliau di bawah Seksyen 8 ISA oleh Menteri telah di buat secara salah di sisi undang-undang dan berniat jahat "mala fide". Aktivis PAS telah menjadi jutawan kerana menang bicara terhadap "Akta Tanpa Bicara". Pelik kan?
Selain daripada mencabar keputusan Menteri yang "telah puas hatinya" itu, seseorang tahanan ISA juga boleh menjadikan aspek prosedur penahanan polis untuk tempoh tahanan 48 jam yang pertama sahaja, sama ada manual (Standard Operation Prosedur) penahanan telah di patuhi sebaiknya atau tidak. Alasan teknikal seperti ini amat popular dihujahkan oleh peguam yang tiada modal sangat untuk mencabar dari aspek "Perintah Tahanan oleh Menteri". Selain daripada seksyen 73 ISA yang telah dihuraikan pada bahagian awal penulisan ini terdapat 3 lagi seksyen yang menerangkan tentang prosedur penahanan :-
Penggunaan senjata maut dalam melaksanakan penangkapan
74. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain maka sahlah bagi mana-mana pegawai polis untuk:
(a) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang boleh ditahan di bawah mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen 8;
(b) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang boleh ditangkap dan ditahan di bawah subseksyen 73(1) atau (2);
(c) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang dia mempunyai, dalam segala hal keadaan hal itu, alasan yang munasabah bagi mengesyaki telah melakukan suatu kesalahan terhadap akta ini atau terhadap mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa ini dinyatakan dalam Jadual Pertama;
(d) Mengatasi tentangan yang menggunakan kekerasan yang diberikan oleh mana-mana orang yang hendak ditangkap itu; atau
(e) Mengelakkan pelarian daripada tangkapan atau penyelamatan mana-mana orang yang ditangkap sebagaimana yang disebut terdahulu, menggunakan apa-apa kekerasan yang semunasabahnya perlu, dalam hal keadaan hal itu, dan kekerasan itu boleh meliputi penggunaan senjata maut.
(2) Tiap-tiap orang yang ditangkap kerana apa-apa kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas penangkapannya diberikan amaran dengan jelasnya mengenai kemungkinan dia ditembak jika dia berusaha untuk melarikan diri daripada jagaan.
(3) Kuasa yang diberikan kepada seorang pegawai polis oleh subseksyen (1) boleh dijalankan oleh mana-mana anggota angkatan keselamatan, dan oleh mana-mana orang yang melaksanakan tugas pengawal atau jaga di dalam sesuatu tempat terkawal, dan oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa secara am bagi maksud itu oleh Ketua Pegawai Polis.
(4) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh mengurangkan hak pertahanan persendirian yang terkandung dalam seksyen 96 hingga 106 Kanun Keseksaan.
Penerimaan pernyataan sebagai keterangan
75. (1) Jika mana-mana orang dipertuduh dengan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan atau tidak atau secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada dalam perjalanan suatu penyiasatan polis atau tidak dan sama ada atau tidak keseluruhan atau sebahagiannya adalah jawapan kepada soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran mana-mana pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai polis lain atau mana-mana orang lain yang berkenaan atau tidak, dalam penangkapan itu, walau apa pun apa-apa yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, boleh diterima sebagai keterangan di perbicaraannya dan, jika orang itu menawarkan dirinya sebagai seorang saksi, apa-apa pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya:
Dengan syarat bahawa:
(a) Tiada pernyataan sedemikian boleh diterima atau digunakan sebagaimana yang disebut terdahulu:
(i) Jika ternyata pada mahkamah bahawa pernyataan itu dibuat oleh sebab apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkenaan dengan pertuduhan terhadap orang itu, yang datangnya daripada seseorang yang berkuasa dan, pada pendapat mahkamah mencukupi, untuk memberi orang itu alasan yang didapati munasabah oleh orang itu untuk menganggap bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau dia boleh mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya; atau
(ii) Dalam hal sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberikan amaran dengan perkataan yang berikut yang bermaksud sedemikian:
“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan untuk menyatakan apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang kamu nyatakan sama ada sebagai menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan"; dan
(b) Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk memberi amaran kepadanya tidaklah boleh menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana dia tidak diberikan amaran jika dia diberikan amaran dengan seberapa segera yang mungkin.
(2) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dituduh melakukan suatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan hal itu selepas apa-apa amaran sebagaimana yang disebut terdahulu telah diberikan kepadanya.
(3) Seksyen ini hendaklah terpakai berhubung dengan manamana orang yang dibicarakan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, sama ada atau tidak prosiding terhadap orang itu telah dimulakan dan sama ada atau tidak pernyataan yang berkaitan telah dibuat sebelum permulaan kuat kuasa itu.
Publisiti perintah
81. (1) Apabila apa-apa perintah atau peraturan dibuat atau arahan atau suruhan diberikan di bawah Akta ini, Menteri atau pihak berkuasa yang lain yang membuat perintah atau peraturan itu atau memberikan arahan atau suruhan itu hendaklah menyebabkan notis mengenai kuat kuasanya diberikan dengan seberapa segera yang mungkin dengan apa-apa cara yang difikirkannya perlu bagi membawanya kepada pengetahuan semua orang yang pada pendapatnya patut tahu mengenainya, dan perintah, peraturan, arahan atau suruhan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa sebaik sahaja notis yang disebut terdahulu telah diberikan, tanpa disiarkan dalam Warta.
(2) Tanpa menjejaskan apa-apa peruntukan khas yang terkandung dalam Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, suatu notis yang hendaklah disampaikan kepada mana-mana orang bagi maksud mana-mana seksyen boleh disampaikan dengan meninggalkannya, atau dengan menghantarnya melalui pos dalam suatu surat yang dialamat kepada orang itu, di tempat kediaman atau tempat perniagaannya yang akhir atau biasa.
(3) Mana-mana perintah atau peraturan yang dibuat atau apa-apa arahan atau suruhan yang diberikan di bawah Akta ini boleh pada bila-bila masa semasa penerusannya dikensel oleh orang yang diberikan kuasa untuk membuat perintah atau peraturan itu atau untuk memberikan arahan atau suruhan itu, tetapi tanpa menyentuh kesahannya sebelum itu atau apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya atau kepada kuasa orang itu untuk membuat suatu perintah atau peraturan baru atau untuk memberikan suatu arahan atau suruhan baru di bawah peruntukan itu.
Kepada anda yang biasa mengikuti perbicaraan di mahkamah, anda mungkin biasa melihat, hanya kerana sedikit ketidakpatuhan elemen kepada perkataan "dan", "atau", "hendaklah", "bolehlah" dan sebagainya yang di ulang beberapa kali dalam susunan ayat-ayat dalam mana-mana Akta Parlimen pun, hal sekecil itu pun boleh menyebabkan seorang peguam berhujah tanpa henti selama 2 minggu dan kes ditangguhkan selama 6 bulan semata-mata untuk menunjukkan bahawa anak guamnya teraniaya.
Siapa pula Ahli Lembaga Penasihat?
Lembaga Penasihat di tubuhkan di bawah Fasal 151(2) Perlembagaan Persekutuan iaitu :-
(2) Sesuatu lembaga penasihat yang ditubuhkan bagi maksud Perkara ini hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan yang menjadi atau pernah menjadi atau yang layak menjadi, hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, atau yang pernah menjadi seorang hakim Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia, dan dua orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Jadi jelas kepada kita bahawa bukan calang-calang individu yang layak menganggotai Lembaga Penasihat ini dan kuasa mereka jika tidak pun sama adalah melebihi kuasa Menteri Dalam Negeri. Ahli Lembaga ini juga bukanlah "orang politik" . Oleh itu tindakan mereka haruslah di buat tanpa rasa takut dan pilih kasih demi memikul amanah Allah di muka bumi ini.
Cadangan pindaan ISA
Hanya undang-undang tuhan yang sempurna. Undang-undang ciptaan manusia tetap memiliki kelemahan. Namun sesuai dengan kepimpinan YAB Dato Seri Najib yang kelihatan mahu meminda ISA, saya mengemukakan beberapa cadangan berikut :-
1. Mungkin kita dapat mengesan satu frasa yang di gunakan dalam seksyen 8 ISA yang mungkin kelihatan agak "diktator" dan "gila kuasa" iaitu frasa "Jika Menteri berpuas hati…". Dicadangkan sedikit pindaan terhadap frasa ayat tersebut kepada "Jika Menteri, selepas meneliti laporan siasatan polis...”. Mungkin struktur baru ayat ini boleh mengelakkan seseorang berdosa kerana memfitnah.
2. Kuasa polis untuk menahan suspek pengganas selama tempoh maksimum 60 hari wajar di pinda kepada 30 hari sahaja.
3. Penahanan suspek pengganas melebihi 48 jam menurut seksyen 73(3)(b) ISA dengan kebenaran Pegawai Polis berpangkat lebih tinggi dari Penolong Penguasa wajar di pinda kepada "dengan kebenaran Majistret" demi untuk mengelakkan salahguna kuasa di pihak polis.
4. Seksyen 5(2) Nota Pesuruhjaya yang di baca bersama seksyen 8 (1) ISA yang di jadikan satu-satunya hujah "tanpa bicara" wajar dimansuhkan atas alasan "kerana mengelirukan" .
5. Seksyen 16 ISA yang tidak mewajibkan Menteri atau Lembaga Penasihat daripada mendedahkan fakta yang difikirkan bertentangan dengan kepentingan Negara memerlukan sedikit pindaan. Pendedahan tersebut perlu dijadikan mandatori dan maklumat berkenaan perlu juga di kawal oleh Akta Rahsia Rasmi.
Kesimpulan
Saya berharap agar tulisan ini dapat membuka pintu hati manusia agar berfikiran rasional dalam tindakan. Fikirkan semula, sama ada berbaloi atau tidak anda turun ke jalan raya pada 1 Ogos 2009 nanti?. Adakah betul persepsi negatif anda terhadap ISA? Adakah anda dihukumkan wajib untuk hanya mempercayai kata-kata retorik segolongan ahli politik yang sedang rakus berkehendakkan kuasa? Adakah anda percaya bulat-bulat pidato berapi seorang yang kempunan menjadi Perdana Menteri? Adakah anda percaya kepada hujah-hujah ratusan barisan peguam yang menentang ISA kerana mereka ini tidak lebih umpama askar upahan professional yang dibayar secara "cash or kind"?
Sedarkah anda bahawa dengan tindakan anda menentang ISA, anda bermaksud menentang kuasa Yang Di Pertuan Agong kerana Baginda lebih berkuasa daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri. Ingat, polis yang menangkap, Menteri yang mengeluarkan Perintah Tahanan manakala Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berkuasa membebaskan tahanan Kemunting lebih awal dari masanya.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan telah menyeru kepada kumpulan Penentang ISA agar jangan berdemonstrasi pada 1 Ogos nanti. Jika demonstrasi diteruskan, maka Ibrahim yang telah dua kali ditahan ISA akan turut turun ke jalan raya menyokong ISA. Kata dua daripada Presiden Perkasa ini perlu di beri perhatian. Jika GMI membatalkan hasrat mereka, kumpulan Tok Him juga akan membatalkan hasrat berdemonstrasi pada hari yang sama.
Sememangnya boleh di hujah dari kaca mata hak asasi manusia, sejuta rakyat untuk berhimpun. Namun hak sejuta rakyat tersebut tidak akan melebihi hak asasi seorang anak kecil untuk bermain-main di taman KLCC selepas seminggu ibu dan bapanya sibuk bekerja.
MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ ialah Presiden Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM). Beliau boleh dihubungi melalui emel: azamaziznco@gmail.com
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Memang Melayu hilang di S’gor Times1 day ago
-
-
-
-
-
-
Sebuah Dokumentari Hebat!!4 days ago
-
-
-
Kepincangan Pakatan3 weeks ago
-
-
-
-
-
Salam Maal Hijrah 1433H2 months ago
-
-
-
-
-
Blog Pilihan GPB
-
-
-
-
TIME-4-ABAI1 day ago
-
BAJET PERTAHANAN 20121 day ago
-
-
-
-
Politik warna angpau yang menjijikkan3 days ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BRC Conference 2012 Brunei2 months ago
-
-
-
-
-
-
IDEOLOGY1 year ago
-
Alter Terahsia Bangsa Melayu
- Alter Terahsia Bangsa Melau XIII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu III
- Alter Terahsia Bangsa Melayu IV
- Alter Terahsia Bangsa Melayu IX
- Alter Terahsia Bangsa Melayu V
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VI
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VIII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu X
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XX
- Dilema Melayu dan Siam
- Misteri Antara bangsa & Bahasa
- Piramid berasal dari Nusantara
- Sejata-senjata kerajaan Melayu disembunyikan
- Teknologi Kapal Melayu merempuh badai
Laman Ilmu
- Dilema Dunia Islam
- Arkib perbicaraan Anwar Ibrahim
- Aqidatul Tanzilah
- Bacaan Ayat Al Quran
- Jabatan Wakaf,zakat dan haji JPM
- Khairaummah
- Blog Layar Bahtera
- English Club.com
- Pernah terfikir untuk berubah?
- Rahsia lelaki Melayu
- Loco driver
- Goenawan Mohamad
- wikipedia melayu
- Dunia Penyair Melayu
- Puisi Melayu
- Melayu World




