Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Archive for 2009-06-28

default

Banglo Mewah : Guan Eng bijak bersandiwara

on Tuesday, July 7, 2009 by Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Inilah kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Yeng yang menjadi kontroversi di Pulau Pinang ditimbulkan oleh Pemuda Gerakan PP.

Tindakan Ketua Menteri menggunakan alasan berpindah dari Kediaman rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang ke Banglo sewa minggu lalu hanya disebabkan ganguan semut api, anai-anai dan musang memang tidak boleh terima akal.

Lim Guan Eng yang sebelum ini yang selalu menekankan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang mengamalkan budaya jimat cermat dan berbelanja sederhana dan menjadi "Cakap Bukan serupa Bikin". Guan Eng juga dikenali umum suka menyalahkan orang lain kini "menyalahkan serangga semut api dan Anai-anai dan haiwan seperti musang" pulak alasan perpindahan dari Rumah Rasmi Kerajaan.

Di persidangan DUN Pulau Pinang yang lepas YB Shabudin dari DUN BN Permatang Berangan membidas ketua Menteri yang berpindah ke rumah rasmi menyaksikan ia diubah suai dengan kos RM122,00 tetapi beliau enggan mendudukinya menjadi tanda tanya.

"Kalau berpindah ke rumah biasa, mungkin rakyat tidak kisah sangat tetapi ini rumah mewah setelah diubah suai dengan menelan belanja dipercayai ratusan ribu ringgit.
"Kita bukan apa, dulu Guan Eng kata akan tinggal di rumah keluarganya sebagai langkah berjimat, kemudian berpindah ke Seri Teratai dan kini ke banglo mewah pula. Ini semua cakap tak serupa bikin,
Ketua Pemuda UMNO PP Norman Zahalan

“Saya rasa kecewa apabila isu anai-anai merosakkan kediaman rasmi dianggap jauh lebih penting daripada isu penduduk Kampung Buah Pala yang akan kehilangan tempat tinggal.“Saya juga hairan kerana setelah menerajui Pulau Pinang untuk tempoh satu tahun tiga bulan, mentalitinya masih sama seperti seorang pembangkang dan bukan sebagai pentadbir kerajaan negeri,”Ketua Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang

default

Debat Nik Aziz

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Gambar hiasan

"Kalau kita nak bertemu, kita mestilah jangan kutuk dulu…"Kalau kita dah kutuk, ini tidak menimbulkan suasana yang kondusif untuk kita bertemu.”itulah reaksi Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak Isnin bila ditanya wartawan hajat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nak bertemu dengannya bagi mengatur cadangannya hendak adakan debat.

Perdana Menteri ulangi bahawa tiada guna untuk berdebat.Katanya bukan saja beliau berpandangan demikian tetapi semua para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

"Saya dah kata debat tidak ada gunanya dan semua orang berkata demikian,”katanya semasa ditemui wartawan selepas merasmikan majlis pecah tanah menara pejabat 50 tingkat Kumpulan Naza di Kuala Lumpur.

default

Pemuda dari PAS akan swing sokong BN di Manik Urai

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ramai Pemuda Pas kecewa dan mahu beralih sokongan, kata Khairy

KUALA KRAI: Pergerakan Pemuda Umno mendedahkan bahawa ramai anggota Pemuda PAS yang kecewa dengan krisis kepimpinan parti pembangkang itu, terutama dalam berkaitan isu kerajaan perpaduan, yang "memberi isyarat" akan beralih arah menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Manik Urai 14 Julai ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata beliau baru sahaja mendapat maklumat berhubung kewujudan kumpulan itu yang cukup ramai bilangannya, dan akan mengatur perjumpaan segera dengan mereka.

Katanya beliau memandang serius perkara itu dan akan berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenainya untuk mengetahui sekiranya sokongan kumpulan itu kepada BN akan dibuat secara senyap atau secara terbuka.

"Saya tidak mahu dedahkan perkara ini secara terperinci kerana ia masih di peringkat awal perbincangan dengan kumpulan ini," katanya pada persidangan media di Pusat Operasi BN Manik Urai di sini.

Katanya Pemuda BN akan bergerak seiring untuk menarik lebih 3,000 pengundi muda di kawasan berkenaan, yang sudah didekati semasa perlaksanaan Program Pemuda Masuk Kampung baru-baru ini.

Pilihan raya kecil Manik Urai pada 14 Julai ini yang diadakan berikutan kematian wakil rakyat dari PAS Ismail Yaacob pada 22 Mei lepas, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah. BERNAMA

default

Tiga Faktor BN Boleh Diterima Rakyat Di Manik Urai

by Pejuang Bangsa
 - 7 Comments


Tiga Faktor BN Boleh Diterima Rakyat Di Manik Urai mengikut pandangan Datuk Mustapha Mohamad yang mengetuai jentera BN di Manik Urai

1. kelebihan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat berbanding calon Pas

2. Sokongan daripada penyokong wakil rakyat Pas yang terdahulu di Manik Urai

3. Perubahan yang sedang dilakukan oleh kerajaan BN di peringkat nasional -

"Satu lagi faktor ialah penduduk Manik Urai akan menilai perubahan di peringkat nasional. Ini akan beri tiupan semangat kepada kita "

default

Perkara yang perlu penduduk Manik Urai tahu

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Pilihan raya kecil Dun Manek Urai menyaksikan calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah, 50 akan ditentang calon daripada Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39. Disebalik keghairahan penyokong-penyokong Pas yang berarak (kebanyakannya "pelancong-pelancong" yang datang dari luar), beberapa persoalan bermain di fikiran penulis yang perlu dijawab kepada pengundi-pengundi di Manek Urai:

1. Kenapakah calon Pas bagi Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah tidak dibenarkan bercakap dengan pihak media selepas penamaan calon? Adakah beliau tidak berhak menyatakan apakah aspirasi atau cita-cita beliau untuk memajukan Manek Urai sekiranya beliau memenangi kerusi DUN? Adakah beliau dikuatiri membuat silap ketika bercakap dengan pemberita dan orang ramai? Adakah beliau sesudah dilantik menjadi ADUN (dengan keizinan Allah) hanya menjadi boneka di dalam menguruskan penduduk setempat?

2. Adakah disebabkan kecetekan pendidikannya dan pengalamannya membataskan pergaulannya? Bagaimana beliau hendak berurusan dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan agensi-agensi tertentu yang mengkehendaki beliau berbahasa English apabila beliau memenangi pilihanraya tersebut? Adakah kehidupannya selepas bergelar wakil rakyat hanya berkisar di Manek Urai sahaja?

3. Dimanakah Ketua Pembangkang berada? Kenapakah beliau tidak turut serta di dalam proses penamaan calon? Ya benar, DS Najib juga tidak berada di situ. Adakah kesibukan sebagai Ketua Pembangkang menyamai kesibukan seorang Perdana Menteri Malaysia? Oh ya, mungkin beliau sibuk menghadapi tuduhan liwatnya. Kenapakah PKR sebagai rakan gabungan haram hanya menghantar Azmin Ali, Naib Presiden PKR. Tiada kelibat Presiden PKR, tiada kelibat Timbalan Presiden PKR, tiada kelibat Pengerusi DAP dan tiada kelibat Lim & Son, mengapa?

4. Di manakah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berada? Adakah beliau yang berjawatan sebagai Timbalan Presiden Pas tidak penting di dalam PRK Manek Urai ini? Adakah Husam Musa lebih afdal berada di Manek Urai berbanding dirinya? Adakah kenyataan Mursyidul Am Pas, TG Nik Aziz Nik Mat membayangkan dendam kesumatnya kepada Nasharuddin akan dibawa hingga ke mati?:

"Saya tak tahu, tanya dialah, itu dia punya pasal".

5. Apakah secara lazim di dalam proses berkempen, calon Pas akan turut tidak dibenarkan berceramah? Mengapa? Adakah beliau kekurangan dari sudut pidato atau ceramah umum? Kelemahan ini adalah begitu ketara apabila beliau hanya bercakap tergagap-gagap tidak sampai 10 minit ketika sessi bertemu dengan warga Manek Urai yang berada di Lembah Kelang baru-baru ini.

Dan persoalan yang paling penting, adakah penduduk-penduduk Manek Urai tidak mahu berubah? Adakah mereka masih mahukan berada di dalam keadaan serba kekurangan hanya untuk memastikan retorik dan dogengan pihak Pas memomok-momokkan mereka dengan undi Pas membawa ke syurga. Kalau itu pilihan mereka, selepas pilihanraya tidak perlu menunaikan Rukun Islam yang lima kerana Mursyidul Am sudah menjanjikan syurga kepada 12,293 penduduk Manek Urai termasuk yang bukan Islam!

Sumber : Cucu Tok Selampit

default

Manik Urai : Kenali Tuan Aziz dengan track rekodnya yang baik

on Monday, July 6, 2009 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Calon BN Tn Aziz bersama pimpinan tertinggi BN termasuk TPM TS Muhyidin teruja menyaksikan kehadiran ribuan penyokong BN



Sebahagian daripada kira-kira 7,000 jentera BN bersiap sedia di perkarangan Pejabat UMNO Bhgn Kuala Krai sebelum berarak ke Pusat Penamaan Calon di SMK Manik Urai.




Ramai yang tertanya-tanya kenapa Tuan Aziz harus dipilih sebagai Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai (MU) berbanding calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah. Pengundi di MU perlu memikirkan beberapa faktor sebelum membuat pilihan kerana ia akan menentkan hala tuju rakyat serta generasi akan datang di Manek Urai.

Faktor pertama ialah dari segi aspek pendidikan, ternyata beliau mempunyai latar belakang pendidikan yang lebih tinggi berbanding Mohd Fauzi. Soalnya kenapa kita perlu kepada mereka yang berpendidikan? Pendidikan amat penting kerana pendedahan yang diterima Tuan Aziz di universiti akan menjadikannya lebih matang dalam membuat keputusan dan perancangan untuk penduduk di Manek Urai.

Tuan Aziz memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Teknologi UTM. Sudah tentu beliau mempunyai ilmu yang cukup dan juga memiliki asas agama yang tinggi untuk memimpin penduduk Manek Urai.

Faktor kedua, ialah untuk pembangunan di Manek Urai. Cuba lihat selepas lebih 20 tahun PAS mentadbir Manek Urai, apakah perubahan yang ada di sana? Memang benar kawasan di luar bandar susah untuk dibangunkan kerana lokasinya yang terletak jauh dari bandar. Tetapi jika memilih calon BN, sedikit sebanyak perubahan dapat dilakukan terutama dari aspek pendidikan untuk anak-anak di kawasan MU. Sudah tentu jika memilih BN, kerajaan pusat akan memberikan perhatian yang lebih kepada manek Urai malah Timbalan Perdana Menteri berjanji akan menjadikan kawasan ini sebagai anak angkat jika BN menang. Sampai bila kita mahu tinggal dalam keadaan yang ada sekarang, sedangkan kawasan-kawasan lain telah jauh berubah.

Faktor ketiga, pengalaman Tuan Aziz sebagai pentadbir dan pengurus. Beliau memiliki pengalaman luas bertugas dalam sektor swasta dan kerajaan. Beliau pernah bertugas di Kontena Nasional (1993), Mejati Corporation Sdn Bhd (1996), Penolong Pengurus Bahagian KESEDAR (1997), CEO KESEDAR Perkilangan Sdn Bhd (2005) dan jawatan terkini sebagai Pengurus Pemantau dan Penyelarasan KESEDAR sebelum beliau bersara bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai nanti...

Atas faktor-faktor yang dinyatakan ini, maka saya amat berkeyakinan bahawa pengundi-penundi di Manek Urai akan memilih Tuan Aziz sebagai wakil rakyat mereka. Saya percaya, rakyat tidak akan menyesal dan kecewa jika Tuan Aziz dipilih sebagai ADUN Manek Urai kelak. Sekian....

Sumber : suara muda perkasa bangsa

Komen PB

Jika pihak pembangkang mengatakan UMNO Manik Urai pecah kepada kepada 2 team,calon tidak diterima oleh ahli UMNO sendiri , ini komen oleh Ketua Bahagian UMNO Kuala Krai Datuk Ramzi Abd Rahman

“Dia diterima oleh semua kumpulan, termasuk veteran UMNO di Kuala Krai,” kata Ramzi.
Pemilihan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, sebagai calon BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan adalah pilihan terbaik untuk para pengundi di kawasan itu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Tidak hairanlah jika Perdana Menteri menaruh keyakinan kepada Tuan Aziz berdasarkan kemampuannya dalam melaksanakan tugas sebagai pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan daya kepimpinan beliau selama ini yang mengatasi calon Pas berdasarkan rekod perkhidmatan dan kemampuannya.

"Calon kita ini terbukti kemampuannya sebagai pegawai Kesedar dan dia ni banyak berurusan dengan orang ramai dan orang tempatan.

"Orang tempatan kenali dia dan kalau kita lihat dari segi kemampuan dan daya kepimpinannya, saya lihat apa yang telah dia lakukan selama ini mengatasi calon Pas dari segi 'track record' dan kemampuannya.

"Maknanya kita telah menetapkan calon yang terbaik untuk para pengundi di Manek Urai," kata Najib mengulas keupayaan Tuan Aziz.

default

Sam AMK nak bawa 5000 penyokong Anwar ke mahkamah 8 Julai ini

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Bahang menjelang mulanya bicara kes dakwaan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual Rabu ini semakin terasa.

Dicelah-celah usaha Anwar mencari jalan menerusi proses mahkamah untuk membatalkan kes itu media PKR sudahpun memainkan peranan sebagai hakim istihar beliau tidak bersalah.

Kalau mengikut aturan undang-undang tindak tanduk itu nyata contempt of court.

Anwar pula yang akan berdepan dengan bekas pembantu peribadinya,Saiful Bukhari Azlan dalam gelanggang mahkamah juga sudah rancak main ayat-ayat untuk menarik simpati orangramai pada kes itu dalam ceramah-ceramah politiknya.

Ia dikatakan naluri biasa pada sesiapa pun jika kena berdepan dengan lawan yang ‘ tahu banyak’.

Siapa tahu mungkin ada ‘cerita-cerita meletup’ yang bakal terbongkar dalam keterangan Saiful di mahkamah kelak.

Seperti diduga PKR akan memperhebatkan perang sarafnya ketika perbicaraan berlangsung untuk mempengaruhi pemikiran orangramai bahawa kes itu satu konspirasi politik.

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd. Akin Ahad melancarkan KEJAM,singkatan pada Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia sebagai tanda solidariti pada Anwar.

Katanya gerakan itu antara lain akan menyebar fakta-fakta untuk mendakwa kes itu satu konspirasi.

Menurut Shamsul Iskandar mereka juga rancang nak bawa 5,000 penyokong membanjiri Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur masa perbicaraan Rabu ini.

Baginya itu bukan perhimpunan haram kerana perbicaraan di mahkamah terbuka dihadiri sesiapapun dan mereka datang bukan nak buat huru hara.

Soalnya mampukah Ketua Pemuda parti yang sentiasa menggangap apa jua yang tidak menyebelahinya sebagai tidak adil itu... jamin tiada kekecohan akan timbul?



Juga apakah keadilan hanya penting bagi Anwar tapi tidak bagi Saiful ?

sumber : agenda daily

Komen PB

Aku takut 5000 jadi 500 orang sahaja yang mai seperti mana Himpunan 100000 rakyat di Stadium MBPJ dulu untuk explain mengenai kerajaan wayang untuk perpaduan .

default

Mari Singkirkan Guan Eng

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Dr Novandri Hasan Basri

Penulis senyum sinis dengan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang akhirnya mengaku bahawa beliau gagal bertindak sebagai ketua menteri. Beliau gagal mengotakan segala janji-janji manis beliau sebelum PRU-12.

Beliau gagal menyelesaikan isu kampung 'High Caparral' Kampung Buah Pala. Beliau tanpa malunya memohon jasa baik kerajaan persekutuan untuk menggalaskan kesulitan penduduk di situ.

Apa punya ketua menteri kalau beliau tidak mampu menyelesaikan masaalah rakyat yang mengundi beliau?

Apakah beliau masih layak untuk duduk di kerusi Ketua Menteri itu?

Apakah beliau tidak malu dengan kelemahan dan ketidakcekapan beliau yang dulunya hanya berkisar kepada mengkritik dan memprotes sahaja?

Apakah sudah masanya untuk beliau kembali dan duduk diam-diam di negeri Melaka, tempat asal beliau?

Dan berdasarkan kepada pergolakan politik di Pulau Pinang hari ini, Guan Eng (DAP) memang patut disingkirkan secepat yang mungkin. Dan jika beliau masih mempunyai maruah dan dignity, beliau septutnya secara sukarela meletakkan jawatan sebelum beliau disingkirkan secara paksaan oleh rakyat Pulau Pinang sendiri.

Realitinya, rakyat Pulau Pinang perlu bangkit dan menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap kepimpinan negeri Pulau Pinang. Dan di dalam situasi ekonomi global yang tidak stabil, mereka tidak mampu untuk memberikan masa kepada Guan Eng (DAP) dan hanya melihat sahaja kebodohan beliau mentadbir negeri ini.

Malah mentaliti beliau sebagai pembangkang dan pengkritik jelas terserlah apabila beliau menyalahkan serangga-serangga kecil yang menyebabkan beliau terpaksa berpindah ke banglo mewah daripada rumah lama beliau. Ironinya, ketua menteri mempunyai rumah rasmi KM yang sepatutnya dijadikan rumah beliau. Memang jelas bahawa beliau telah berbohong kononnya mahu menjimatkan duit rakyat Pulau Pinang!

Guan Eng (DAP) memang telah banyak kali berbohong. Dahulu beliau dipandang 'mulia' kerana duduk di kelas ekonomi penerbangan. Satu Pulau Pinang bising dengan 'kesederhanaan' Guan Eng (DAP) sehingga beliau diangkat sebagai pemimpin contoh dan pemimpin rakyat.

Rupa-rupanya, beliau seorang pembohong yang memanipulasikan kepercayaan rakyat Pulau Pinang terhadap beliau. Realitinya, beliau telah memperkudakan rakyat Pulau Pinang dan meletakkan maruah rakyat serendah-rendahnya.

Satu sahaja cara untuk beliau dapat menebus segala kegagalan beliau itu iaitu meletakkan jawatan beliau secara terhormat! Tidak ada cara yang lain!

Dan kini kepimpinan BN di Pulau Pinang perlu juga menggunakan kesempatan ini untuk bertindak agresif untuk menjatuhkan DAP dan Guan Eng di Pulau Pinang. Pemimpin-pemimpin BN yang diketuai oleh Koh Tsu Koon mesti pandai menggerakkan gelombang kebencian rakyat terhadap Guan Eng sehingga ke maksimanya!

Jangan lagi bagi peluang untuk Guan Eng bermaharajalela di Pulau Pinang dengan konsep pemerintahan beliau yang terumbang-ambing dan tidak cekap! Pemimpin-pemimpin BN mesti ambil peluang ini dengan sebaik-baiknya dan jatuhkan Guan Eng secepat yang mungkin.

Realitinya, rakyat Pulau Pinang memerlukan pemerintah negeri yang lebih cekap daripada sekarang!

Ya memang benar bahawa kepimpinan negeri Pulau Pinang sebelum ini mempunyai kelemahan dan kekurangannya tetapi jika kita membuat perbandingan dengan kepimpinan DAP negeri hari ini, ternyata bahawa pemerintahan BN dahulu adalah jauh lebih baik daripada sekarang ini!

Kaum Melayu Pulau Pinang terjaga jauh lebih baik daripada hari ini. Dahulu kaum Cina Pulau Pinang stabil dengan iklim ekonomi dan suntikan bajet daripada kerajaan persekutuan yang dapat menjanakan ekonomi kaum Cina di negeri tersebut. Pokoknya, pemerintahan negeri Pulau Pinang di bawah BN berjaya melaksanakan janji-janji mereka dengan efektif tidak seperti DAP!

sumber : Minda Intelek Melayu

Komen PB

PB menyokong mari kita singkirkan pemerintah dikator Lim Gone Eng ini !! Bukan hanya orang penyokong BN di PP tidak sukakan pemerintahan beliau yang dikatakan telus dan mengamalkan CAT malah pemimpin PKR dan PAS sendiri mempunyai masalah dengan beliau sertai tidak setuju dengan tindakan beliau . Harap rakyat PP terutama kaum Cina ,India dan Melayu supaya mula sedar bahawa pemimpin pilihan mereka kali ini hanya pandai berjanji ,dan retorik kosong sahaja ,bila dah berkuasa baru mereka tahu bukan senang nak memerintah,tak sama dengan hanya mengkritik semuanya tak betul semasa BN memerintah.

default

Manik Urai : UMNO vs PAS

on Sunday, July 5, 2009 by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Terkini

11.10 am - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan menyaksikan persaingan satu penjuru antara calon BN dan Pas.

BN menampilkan bekas Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, manakala Pas diwakili peniaga, Mohd Fauzi Abdullah.

Nama calon diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin jam 11.10 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

- Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin ketuai 6 ribu penyokong BN iringi calon BN ke pusat penamaan calon. Nik Aziz / Hj Hadi pula ketuai perarakan 7 ribu penyokong PAS .



6 Julai 2009 merupakan tarikh penamaan calon untuk PRK DUN Manik Urai .Seperti yang diketahui PAS menampilkan calon Fauzi Abdullah iaitu seorang penjual ikan terkenal dan BN menampilkan Calon iaitu Tn Aziz Tn Mat ,Pengurus Kanan Kesedar .

UMNO kini berdepan PAS di kubu kuat PAS dan mengikut rekod pernah sekali menang pada 2004 dan selepas itu kalah pada PRU 12 yang lalu . Di Manik Urai yang menariknya ialah sebagai pentas terbaik untuk menyerang PAS kerana pelbagai isu seperti kerajaan perpaduan yang dimainkan wayang oleh PAS sendiri, isu babi di Kedah yang dipolitikkan oleh DAP , dan juga amanat Nik Aziz yang menyamakan UMNO dengan komunis,sosialis,ajaran sesat ayah pin dan UMNO dikatakan menolak islam.

Oleh itu ,UMNO menerusi Pengarah Jentera Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil tersebut, Datuk Mustapa Mohamed tidak akan berhenti 'menyentuh' Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin lain parti itu selagi fitnah disebarkan dan kebenaran tidak ditegakkan ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Tok Pa menyifatkan pemimpin Pas telah memesongkan akidah pengikutnya dengan memberikan gambaran yang salah sehingga ada di antaranya menggangap melihat wajah Nik Abdul Aziz sudah cukup untuk mendapat pahala.

"Mana-mana yang benar kita akui, kita tidak serang peribadi. Siapa saja yang menyebarkan fitnah dan dakwaan palsu maka kita bertanggungjawab memperbetulkan dakwaan itu, kalau tidak masyarakat akan terpesong dan tergelincir daripada ajaran sebenar, ini bahaya kerana akan menggalakkan perpecahan.

"Tengok muka dapat pahala, ini kira ajaran sesat. Pahala itu amal maaruf, pahala itu kita buat kebaikan, kita sembahyang dan buat kebajikan itu pahala. Tapi tengok gambar, tidak ada nas dalam al-Quran atau hadis. Saya tidak tahu, saya bukan ulama besar.

"Itulah contoh, mana-mana yang tidak benar kita wajib bertanggungjawab untuk menegakkan kebenaran, siapa juga. Kita pemimpin dalam masyarakat, ada tanggungjawab masing-masing,"


Tok Pa juga berkata UMNO tidak pernah mengabaikan Islam dalam perjuangannya dan ia menjadi pegangan dalam mentadbir serta menentu hala tuju rakyat serta negara ini.

"Kita mendaulatkan Islam, agama Islam pegangan kita, perlembagaan Islam, Islam agama rasmi. Diharap rakyat Kelantan tidak mudah terpedaya dengan dakyah yang memfitnah UMNO sesat dan menolak Islam.

"Kenapa ini boleh berlaku, saya hairan juga. Saya solat di masjid, kiri kanan saya macam-macam fahaman politik. Kita bersama sembah Tuhan yang sama, dalam masjid sama, keluar saja masjid macam-macam fitnah ditaburkan, ini amat mendukacitakan,"


Saya mendapatkan maklumat dari rakan saya yang berada di Manik Urai iaitu beliau ada melihat kain-kain rentang seperti Nik Aziz berdoa iaitu

'Ya Allah, hancurkanlah musuh-musuh Islam..!!!

Aku nak tanya juak-juak PAS dan totok PAS ini siapa MUSUH ISLAM yang dimaksudkan ?? Adakah DAP yang kuat menentang Azizan di Kedah @ Melayu Islam UMNO ???

Link

Orang PAS Sembahyang, Orang UMNO Sembahyang.. Tapi Tak Sama... - Nik Ajis

default

Umat Islam hilang ketuanan jika biar perpecahan - Harussani

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


SHAH ALAM 4 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menasihatkan umat Islam khususnya orang Melayu bahawa mereka akan hilang ketuanan di negara ini sekiranya terus membiarkan perpecahan menular di kalangan mereka.

Sambil mengaitkannya dengan keadaan politik semasa, beliau berkata, keadaan itu tidak harus berlaku kerana ajaran Islam menyarankan supaya semua penganutnya bersatu.

Katanya, semua umat Islam perlu melihat kembali dua perkara utama dalam ajaran Islam iaitu rukun iman yang menyentuh kepada pembentukan sahsiah manakala rukun Islam berkait rapat dengan pembentukan masyarakat Islam.

"Jika umat Islam terlalu suka merebut perkara yang melibatkan kebendaan, maka perpecahan akan berlaku. Keadaan ini dilihat berlaku di Malaysia dan negara lain di seluruh dunia pada hari ini.

"Sekiranya perpecahan ini dibiarkan berlaku sedikit demi sedikit, umat Islam mungkin akan hilang ketuanan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran buku 'Rahsia Khazanah Ilmu Pyracosmic' (tenaga alam semesta) terbitan syarikat jualan barangan kesihatan, Pyracosmic mengenai kaedah-kaedah rawatan dan rahsia penyembuhan alam Melayu yang diolah selaras dengan firman-firman Allah S.W.T dalam al-Quran.

Tambah Harussani, perbezaan pendapat tidak salah dan menyifatkan ia merupakan satu rahmat yang dapat membawa kepada pembangunan negara.

Bagaimanapun, perbezaan pendapat daripada pihak-pihak tertentu sehingga membawa kepada perpecahan adalah tidak wajar kerana ia boleh merosakkan masa depan negara.

"Kalau tidak ada perbezaan pendapat, tidak ada pembangunan. Tapi jangan sampai perbezaan itu boleh memberi kesan kepada perpecahan masyarakat.

"Maka sebab itu, perbezaan pendapat ini harus disalurkan melalui kaedah syura (perbincangan) supaya permasalahan itu diselesaikan dengan cara yang baik," jelas beliau.

Dalam perkembangan lain, Harussani yang ditanya mengenai tanggungjawab umat Islam menangani penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) berkata, kerajaan perlu bertindak lebih tegas dengan tidak membenarkan rakyat negara ini keluar atau melawat negara yang dijangkiti virus itu untuk sementara waktu.

Malah, beliau juga meminta kerajaan mengarahkan rakyat negara ini yang berada di negara yang dijangkiti virus berkenaan supaya tidak pulang ke Malaysia sehingga wabak itu benar-benar dikawal.

"Dalam sibuk-sibuk (bertindak bagi mengekang penularan wabak itu di negara ini) kita masih juga benarkan orang balik. Itu sebab kes meningkat setiap hari sampai berpuluh-puluh kes sehari.

"Orang Islam yang tak makan babi pun, terkena jangkitan selesema babi," ujarnya.

default

Menjelang Penamaan Calon DUN Manik Urai 6 Julai 2009

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



DUN N.41 Manek Urai , Kelantan

Penamaan calon pilihan raya kecil Manek Urai akan diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian ditetapkan pada 14 Julai. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas akibat serangan jantung.

Perasmian Jentera Pemuda UMNO

default

Jangan cetus isu perkauman di Kg Buah Pala

on Saturday, July 4, 2009 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Media arus perdana dan media alternatif di internet kini giat memaparkan isu di Kampung Buah Pala yang semakin tegang lantaran semalam ekoran kedatangan 3 wakil Mahkamah Tinggi negeri bersama pemilik tanah kampung ,wakil Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri dan pemaju projek ,Nusmetro Ventures Sdn Bhd yang diiringi polis untuk menampal notis di semua rumah untuk mengosongkan rumah sebelum 3 Ogos 2009.


Penduduk yang berhimpun di tengah jalan masuk ke kampung berkenaan sambil memegang sepanduk dan melaungkan ‘Pemaju Jangan Beri Masuk Rumah’, ‘Halau Mereka Keluar’ dan ‘Hidup High Chappral.

Bagaimanapun, keadaan riuh rendah itu dapat ditenangkan polis dan penduduk kemudian hanya membenarkan wakil mahkamah mengunjungi setiap rumah yang terlibat untuk menyerahkan notis.
Saya melihat ada pihak yang kini cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut dengan membangkitkan isu perkauman terhadap permasalahan ini.Mereka cuba menyatakan bahawa hal ini adalah disebabkan isu kulit dan kaum yang merupakan sebab utama permasalahan ini.

Kenyataan keras dari Pemimpin Hindraf dan Pengerusi penduduk kg tersebut ,M Sugumaran cukup berbahaya dan boleh membangkitkan ketegangan kaum di P.Pinang. Ucapan Sugumaran semalam yang disiarkan live di TV dan akhbar adalah seperti berikut:

" Ini kerana pemaju projek (Nusmetro Ventures ) dimiliki Melayu dan penduduk pula adalah bangsa India, bayangkan apa akan terjadi hari itu (3 Ogos) , sudah pasti perselisihan akan berlaku"

Selepas meneliti akhbar semalam, saya mendapati Pengarah Urusan pemaju ini berbangsa Cina begitu juga pegawai tertinggi syarikat yang lain dan mungkin beliau mensasarkan kepada pemilik tanah tersebut. Oleh itu saya menyangkal kenyataan di atas yang cuba membangkitkan semangat perkauman di kalangan kaum India.

Pimpinan PAS PP juga melahirkan rasa kebimbangan terhadap kenyataan perkauman beberapa individu terhadap isu kampung tersebut.Demikian ulasan beliau :

"Ada unsur-unsur mengapi-apikan isu perkauman dalam kes Kampung Buah Pala.

"Pihak tertentu diharap jangan mempergunakan isu berkenaan untuk melebarkan pengaruh mereka semula tambahan lagi mengaitkan api perkauman, " ujarnya.

Pihak keselamatan tambah Mujahid Yusof Rawa, harus segerakan siasatan serta tindakan jika terdapat usaha pihak tertentu melagakan kaum walhal kes itu boleh diselesaikan dengan baik tanpa ada dorongan pihak tertentu yang sedang mencari publisiti.

Menurutnya, pihak pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhn wajar membayar pampasan secukupnya kepada penduduk sebelum memulakan projek pembinaan walaupun tanah itu merupakan tanah TOL.
Diharapkan semua pihak baik penduduk kampung, pihak pemaju dan penyokong hak kampung tersebut supaya bertenang dan tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan mengeluarkan kenyataan provokasi perkauman yang membangkitkan kemarahan pihak lain. Kita tidak mahu di Pulau Pinang berlaku lagi ketegangan kaum di Kg Rawa beberapa tahun yang lalu berulang kembali.

sumber : blog cetusan jiwa merdeka

Link

Isu Kg Buah Pala: DAP manis kata di bibir

Komen PB

Isu Kg Buah Pala ini cukup rumit sekali dan Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengakui tidak mampu untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi. Cuma aku paling suka sekali kenyataan yang selalu diucapkan oleh LGE untuk melepaskan diri ialah meminta meminta kerajaan persekutuan untuk mengambil balik tanah itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan membayar pampasan kepada pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd.Selain itu LGE juga menasihatkan pemaju supaya membayar pampasan kepada penduduk terbabit iaitu RM200,000 bagi setiap keluarga seperti yang dipersetujui sebelumnya dan meminta penduduk menerima bayaran itu kerana perintah mahkamah dalam isu itu adalah jelas.

Cuma isu perkauman yang semakin kuat ditimbulkan penduduk dan juga dengan kehadiran Hindraf yang telah diharamkan menambahkan lagi masalah di situ . Harap pihak berkuasa seperti polis dapat menangani isu ini sebelum ia berlaku.

default

Dakwaan Pemuda UMNO Bkt Katil melakukan kekecohan di Melaka

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Pemuda Umno Bukit Katil mengaku ahlinya telah bertindak memecahkan sebuah meja dalam kekecohan dengan DAP dan PAS di pasar malam Taman Melaka Baru, malam tadi.

Selain seorang wakil rakyat DAP didakwa mengalami luka-luka, seorang ahli Umno ditahan di balai polis Batu Berendam selama enam jam sejak 9 malam bagi membantu siasatan.

Setiausahanya Safrie Abdullah berkata, kejadian tersebut berlaku selepas pertikaman lidah antara kira-kira 40 ahli dan penyokong Pemuda Umno dengan kumpulan seangkatannya dalam DAP dan PAS.

Tambahnya, insiden ketegangan ini terjadi setelah kali ketiga Pemuda DAP membuka meja pendaftaran pemilih dan juga menambahkan keahlian parti di pasar malam itu.

“Dua kali sebelum ini, hanya Pemuda DAP yang datang berkempen, tetapi kali ini mereka ajak sama Pemuda PAS,” kata Safrie, yang tidak hadir di situ kerana turut bertugas di DUN Manek Urai yang menghadapi pilihanraya kecil, Isnin ini.

“Mereka bukan ahli Suruhanjaya pilihanraya (SPR) untuk melancarkan kempen tersebut. Saya juga dimaklumkan mereka tidak mendapat kebenaran dari pengerusi jawatankuasa taman dan persatuan penjaja.

"(Lagipun,) Pemuda Umno memberitahu mereka, kawasan ini untuk pasar malam dan bukannya untuk melancarkan kempen menambahkan keahlian parti."

Sementara Naib Ketua Pemuda Umno Bukit Katil, Jailani Khamis berkata beliau “tidak tahu” pihak mana yang memecahkan meja tersebut tetapi dimaklumkan ia memang dirosakkan.

Beliau juga menafikan memaki-hamun kepada pemimpin Pemuda PAS tetapi mengakui berbuat demikian kepada pemimpin Pemuda DAP.

“Saya beritahu pemimpin DAP, ini kawasan pasar malam mengapa buat ceramah politik dan berkempen menambah ahli menggunakan logo suruhanjaya pilihanraya (SPR),” kata Jailani ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau juga menafikan ahli-ahli Pemuda Umno memaki-hamun polis dan kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah seperti didakwa Ketua Penerangan PAS negeri Sofi Wahab hari ini.

Mengulas kecederaan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong seperti didakwa PAS Melaka, Jailani berkata, ia berlaku kerana wakil rakyat berkenaan menyorok bawah meja kerana ketakutan ketika kekecohan itu berlaku.

Wakil rakyat DAP itu terluka akibat terkena batu di bawah meja itu, kata Jailani.

Mencerita lebih lanjut insiden tersebut, Jailani berkata, pada mulanya Pemuda Umno telah mengarahkan Pemuda PAS dan DAP supaya tidak meneruskan kempen tersebut - yang bermula sejak petang.

Bagaimanapun, menurutnya, mereka enggan meninggalkan tempat itu dan membuat provokasi dan lantaran itu tercetuslah pertikaman lidah antara dua kumpulan tersebut.

“Tetapi ahli Pemuda DAP marah kepada Pemuda Umno, lalu kita mengeluarkan kata-kata kesat menyebabkan mereka (DAP) pula marah kepada kita. Kita pun marah mereka pula,” katanya.

Dihubungi dari Kelantan, Safrie berkata, beliau menerima pesanan melalui SMS daripada ahli Pemuda Umno yang berada di tempat kejadian sebelum Maghrib tentang kempen pendaftaran DAP dan PAS di situ.

Beliau kemudiannya meminta ahli pergerakan itu ke tempat berkenaan untuk memantau keadaan tetapi jangan mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang.

Menurutnya lagi, pemergian ahli Pemuda Umno itu bukan untuk bergaduh tetapi mahu menunjukkan kepada pembangkang bahawa “penyokong Pemuda Umno lebih ramai daripada mereka”.

"Saya beritahu kepada ahli-ahli Pemuda Umno supaya menghubungi pihak polis jika mereka memulakan kekacauan," katanya.

Akibat insiden ini, pemimpin-pemimpin DAP dan PAS membuat lapan aduan polis di balai Banda Kaba terhadap Pemuda Umno.

sumber : malaysiakini.com

Komen PB

Kepada pucuk pimpinan UMNO Melaka dan Pemuda UMNO Malaysia, kalau benarlah kes ini seperti yang didakwa oleh DAP dan PAS ,please take the action atau gantung keahlian mereka . Mereka ini jangan ikut jadi samseng seperti pembangkang walaupun perkara ini sebenarnya biasa berlaku malah di semasa kempen di dalam pilihanraya pun .Tetapi Pembangkang akan gunakan isu dan akan perbesarkan isu sebagai political milleage di blog2, malaysiakini, you tube dan menuduh UMNO ganas,angkuh dan sebagainya. Di ambil pulak gambar-gambar kecederaan lakonan orang mereka dan disiarkan di dalam blog untuk meraih simpati dan menimbulkan kebencian terhadap UMNO . Punca seperti inilah yang merosakkan nama baik UMNO/BN. Jika alasan mereka bahawa sudah kali ketiga Pemuda DAP membuka meja pendaftaran pemilih dan juga menambahkan keahlian parti di pasar malam itu ,orang tidak akan dengar dan DAP,PAS akan putar belitkan mengatakan UMNO ganas dan memulakan dahulu.

bagi PB , tindakan DAP nak kutip ahli2 baru di pasar malam ini memang merupakan tindakan terdesak dan strategi mereka untuk menguatkan parti di Melaka menjelang PRU 13 kerana Melaka adalah kubu BN . Jika DAP PP mahu warga emas isu borang DAP dahulu sebelum mendapat wang saguhati kerajaan negeri ,di Melaka kutip nama di pasar malam.

default

Berita Gempar PP : Ahli Majlis PBT PKR salahguna kuasa

by Pejuang Bangsa
 - No Comments

GEORGETOWN:

Belum reda kemelut antara DAP dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung isu pelucutan jawatan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dari PKR, kini timbul pula dakwaan salah guna kuasa terhadap seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PKR.Dakwaan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun atau lebih dikenali sebagai Jeff Ooi dari parti DAP berkaitan cubaan ahli majlis berkenaan membatalkan arahan berhenti kerja yang dikeluarkan MPPP terhadap sebuah syarikat pemaju perumahan di kawasan Jelutong.

Ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau mendakwa ahli majlis itu berusaha melobi supaya perintah berhenti kerja itu ditarik balik bagi membolehkan pemaju meneruskan kerja pembinaan kondominium berkenaan.Katanya, ahli majlis itu juga dikatakan bertindak mendesak pegawai MPPP untuk membentang semula arahan berkenaan supaya ia boleh dikaji semula dan ditarik balik.

"Saya berpendapat ahli majlis berkenaan tidak mematuhi etika prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus kerana bertindak seperti “koboi” dengan melobi serta mendesak bagi menyebelahi kepentingan pihak pemaju."Sepatutnya dia (ahli majlis) hanya boleh membawa sebarang usul secara rasmi dalam mana-mana mesyuarat rasmi yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukan membuat tekanan atau desakan seperti itu," katanya.

Menurut Ooi, perintah berhenti kerja itu dikeluarkan oleh MPPP pada 26 Jun lalu selepas pemaju projek berkenaan didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT semasa menjalankan pembinaan.Beliau mendakwa sudah menerima banyak aduan dari penduduk di sekitar tapak projek pembinaan empat blok kondominium mewah itu yang menjalankan kerja melepasi had masa jam 6 petang tanpa kebenaran MPPP, pembuangan saki baki konkrit ke dalam parit berhampiran serta pembakaran terbuka.Katanya, beliau membuat aduan berhubung perkara berkenaan kepada MPPP, yang kemudiannya mengadakan mesyuarat dan mengeluarkan perintah berhenti kerja itu."Apa yang buat saya marah dan kecewa selepas perintah itu dikeluarkan, ahli majlis berkenaan yang juga dalang besar sudah berjumpa dengan pegawai MPPP pada 26 dan 29 Jun lalu bagi mendesak supaya tarik balik arahan tersebut," katanya yang enggan mendedahkan identiti ahli majlis terbabit.Jeff berkata, cubaan ahli majlis berkenaan seolah-olah menggadaikan kepentingan dan kesejahteraan hidup pengundi di kawasannya serta ia juga akan menggugat keyakinan rakyat terhadap gabungan pembangkang.

"Cara dia akan buat rakyat hilang kepercayaan kepada kita (kerajaan gabungan) dan atas sebab itu, saya sudah hantar surat kepada kerajaan negeri berhubung tindakannya itu supaya satu siasatan dalaman dijalankan ke atas ahli majlis tersebut."Ini bagi memastikan dia tidak mempunyai sebarang "conflict of interest" sedangkan dia sudah melacurkan diri sebagai tukang lobi bagi pihak pemaju berkenaan," katanya.

sumber : Pemuda Nibong Tebal


link
Ahli MPPP PKR didakwa salahgunakuasa

Komen PB

Negeri CAT PP ini tidak habis-habis isu rasuah,penyelewengan,tanah ,dan kuari . Penyelewengan terus berleluasa di bawah kerajaan negeri yang menggunakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus . Telus macam inikah LGE hendak terapkan tetapi pemimpin2 PKR yang lain semakin rakus salahgunakan kuasa . LGE ini suka sangat mengutuk,menuduh apa yang semua berlaku ini kerajaan negeri dahulu yang buat walaupun sudah setahun lebih memerintah .Ini tidak pun terjadi di Kedah dan MB Kedah pun tidak pernah pun aku tengok salahkan kerajaan BN dahulu perintah. Tetapi di PP akhirnya apa yang dikatakan oleh mulutnya kini berlaku pulak di dalam kerajaan beliau sendiri .

default

Manik Urai :Kempen berteraskan Pemuda BN

on Friday, July 3, 2009 by Pejuang Bangsa
 - No Comments





Pemuda Barisan Nasional (BN) akan mengadakan kempen bersama untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Kelantan walaupun majoriti penduduk di kawasan itu dihuni kira-kira 99 peratus kaum Melayu.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata kempen itu merupakan satu pembaharuan berbanding dahulu apabila BN mengadakan kempen untuk kaum masing-masing, sekaligus membuktikan bahawa Pemuda BN mempunyai semangat muhibbah dan kesepakatan dalam semua komponen parti BN.

"Pilihan raya di Manik Urai adalah ujian yang penting bagi kita (Pemuda Umno) melihat Pemuda BN bergerak bersama dalam satu pasukan untuk mengadakan kempen di situ," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik Pemuda BN di Menara Dato' Onn di sini malam ini.

Mengenai cadangan Pemuda PAS untuk mengadakan wacana ilmiah dengan Pemuda Umno, beliau berkata Pemuda BN tiada bantahan terhadapnya dan sekiranya kerjasama itu membuahkan hasil, sayap parti Umno itu akan menjemput semua pemuda daripada parti komponen BN untuk menyertai kerjasama berkenaan.

Penubuhan sekretariat hasil wacana itu akan dibincangkan kelak, katanya.

Apabila ditanya adakah beliau menolak debat dengan PAS, Khairy menafikannya dan berkata sebagai bukti, beliau telah pergi ke Kelantan untuk berdebat dengan calon timbalan presiden PAS yang kalah, Datuk Husam Musa.

Mengenai kabinet bayangan pakatan pembangkang, beliau berpendapat perkara itu merupakan satu lawak jenaka.

"Kalau kabinet bayangan, lantiklah seorang sahaja untuk satu kementerian, ini tiga orang dicadangkan untuk memegang jawatan menteri, jadi sekiranya pakatan menubuhkan kerajaaan, mereka akan ada tiga menteri untuk satu kementerian," katanya.

Selain itu, beliau melihat sokongan rakyat kepada BN kini bertambah baik selepas beberapa masalah yang timbul di beberapa negeri yang diperintah kerajaan pakatan tidak disenangi penduduk setempat.

-- BERNAMA

default

Isu Karpal Singh

by Pejuang Bangsa
 - No Comments






Sepertimana yang saya katakan di dalam Dewan mulia, pada dasarnya Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menerima keputusan mendenda Ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian – Latt Sharizan Abdullah (Petaling Jaya Utara), Megat Zulkarnain Dato' Omar Din (Gombak), Azahari Dato' Shaari (Shah Alam) and Ungku Md Salleh Ungku Abd Jamal (Serdang) – RM1000 setiap seorang. Individu-individu ini sudah pun memohon maaf kepada institusi Parlimen dan Yang DiPertua Dewan atas insiden tersebut. Meskipun begitu, kejadian itu perlu dikaji melalui kanta yang objektif dan mengambilkira konteks sebenar.

Pertama sekali, laporan Jawatankuasa telah menunjukkan bahawa tiada sebarang kekerasan fizikal yang dilakukan oleh empat orang pemimpin Pemujavascript:void(0)da Umno tersebut terhadap YB Karpal – malah tiada rekod sebarang sentuhan ke atas tubuh badan YB Karpal pun. Usaha pihak pembangkang menggembar-gemburkan insiden itu seolah-olah Pemuda UMNO berniat menyerang seorang Ahli Parlimen secara fizikal tidak tepat sama sekali.

Dan yang lebih penting lagi, umum juga perlu memahami bahawa perkara itu tidak terjadi dengan sendirinya tanpa sebab musabab atau punca sebenar. Sejarah wajar menilai dengan menyeluruh bahawa apa yang berlaku pada 26 Februari itu tidak boleh sama sekali dipisahkan dari ucapan YB Karpal sendiri dalam Dewan pada hari sebelumnya. Pada persidangan 25 Februari, YB Karpal dengan penuh celupar menuduh Pemuda UMNO mengirim dua butir peluru kepadanya walaupun sampai hari ini tiada sebarang bukti untuk menyokong kenyataan beliau. Tidak cukup dengan fitnah tidak berasas itu, YB

Karpal dalam ucapan sama telah memanggil Pemuda UMNO “celaka” lebih daripada sekali. Bukan niat saya untuk memberi alasan kepada tindakan empat pemimpin Pemuda UMNO tersebut, tetapi apabila sebuah institusi yang kaya dengan sejarah dan pengorbanan demi perjuangan agama, bangsa dan negara dikeji sebegitu rupa dan dituduh melakukan jenayah berat tanpa bukti, sudah pasti ia akan menimbulkan perasaan marah di kalangan ahli dan pemimpinnya.

Apa yang paling menarik adalah keengganan YB Karpal mengulangi tuduhan beliau di dalam mahupun luar Dewan di mana beliau dilindungi dengan kekebalan atau imuniti sebagai Ahli Parlimen, sungguhpun sekali lagi dicabar oleh saya semalam. Saya telah cabar YB Karpal dengan matlamat untuk mencari kebenaran dalam hal ini - sama ada dia boleh memberi bukti untuk memperkukuhkan tuduhannya terhadap Pemuda UMNO. Kegagalan YB Karpal untuk menyahut cabaran saya membuktikan bahawa beliau merupakan seorang yang penakut kerana tahu jika pembohongannya diulangi, khusunya di luar dewan, besar kemungkinan beliau akan menghadapi tindakan mahkamah.

Malang sekali, tatkala Pemuda UMNO dengan cukup berhemah dan secara terhormat walaupun perasaan marah masih membuak-buak telah pun memohon maaf kepada institusi Parlimen, YB Karpal pula masih angkuh dan tidak rela mengaku silap seperti seorang ‘gentleman’, malah tergamak untuk meminta Pemuda UMNO memohon maaf kepada dirinya secara peribadi. Sebagaimana yang saya bahaskan di dalam Dewan, sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saya tidak akan sekali-kali membenarkan ahli Pemuda terbabit untuk berbuat demikian kerana kesalahan mereka adalah kepada institusi Parlimen dan bukan kepada seorang manusia pembohong seperti YB Karpal Singh yang merupakan punca sebenar kepada isu tersebut dengan keceluparan mulutnya.

Dengan sikap Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang masih membela YB Karpal, nyata sekali bahawa pihak pakatan pembangkang masih kekal mengambil sikap meraih simpati dengan memperbesarkan isu kesalahan orang lain, tetapi tidak mahu bertanggungjawab atas kelakuan melampau sendiri, seakan-akan baling batu sembunyi tangan. Saya yakin rakyat akan menilai sendiri hipokrasi ini sebagai petanda suatu Pakatan yang tidak matang dan lebih selesa menimbulkan kekecohan untuk menarik perhatian kerana ketandusan isu konkrit membela rakyat.

petikan dari www.rembau.net.my

default

Nasib pekerja kilang Nikko mendapat perhatian Sekretariat Pekerja Muda Pemuda UMNO

on Wednesday, July 1, 2009 by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



SIDANG AKHBAR

SEKRETARIAT PEKERJA MUDA, PEMUDA UMNO MALAYSIA

1 JULAI 2009


1. Merujuk Laporan Media berkenaan keluhan serta nasib lebih 1,000 orang pekerja kilang Nikko Electronics Berhad, Perai, Pulau Pinang yang telah diberhentikan perkhidmatan dengan notis 24 jam pada 30 Jun 2008 yang lepas.

2. Setelah setahun menunggu janji-janji Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyelesaikan kemelut yang melanda pekerja-pekerja tersebut akhirnya dengan penuh rasa kecewa sehingga 30 Jun 2009 iaitu semalam seramai lebih 200 orang bekas pekerja yang diberhentikan mewakili rakan-rakan mereka yang lain telah mengadakan demonstrasi menuntut janji kerajaan negeri Pulau Pinang agar nasib mereka terbela.

3. Berhubung perkara tersebut, Sekretariat Pekerja Muda, Pemuda UMNO Malaysia bekerjasama dengan Pemuda UMNO Pulau Pinang telah mengambil langkah proaktif bagi mencari jalan penyelesaian dan membantu untuk membela nasib seramai 800 orang pekerja yang masih belum mempunyai pekerjaan.

4. Pada pukul 10.30 pagi tadi bertempat di Aras 9, Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya, Sekretariat Pekerja Muda bersama Pemuda Pulau Pinang memulakan usaha untuk membantu pekerja-pekerja tersebut dengan mengadakan pertemuan meja bulat dengan YB Dato’ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia bersama pegawai-pegawai tertinggi Kementerian.

5. Hasil dari pertemuan tersebut dan inisiatif serta komitmen dari YB Dato’ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia beberapa jalan penyelesaian telah dicapai bagi membantu membela nasib pekerja-pekerja tersebut :

Antaranya :

i. Pihak Kementerian telah bersetuju untuk mengadakan Karnival Pekerjaan pada 11 Julai 2009 akan datang bagi membantu pekerja-pekerja tersebut mendapatkan peluang pekerjaan segera.

ii. Bagi pekerja-pekerja yang sukar mendapatkan pekerjaan berikutan faktor usia, pihak Kementerian telah mencadangkan agar pekerja tersebut didaftarkan untuk mendapat latihan serta pekerjaan melalui melalui program’Train & Place’ yang mana pekerja tersebut akan diberi latihan mengikut bidang-bidang yang ditetapkan dan akan terus diserapkan sebagai pekerja di premis yang diperlukan mengikut skill bidang latihan yang diikuti. Pekerja tersebut juga akan mendapat elaun sebanyak RM 500 – RM 800 sebulan sepanjang tempoh menjalani latihan yang dibiayai oleh Kementerian Sumber Manusia.

6. Apa yang lebih menarik hasil dari kesungguhan pihak kementerian untuk membantu pekerja-pekerja tersebut adalah pada pukul 2.00 petang bertempat di Aras 9, Kementerian Sumber Manusia pihak kementerian telah memanggil Pengurus sebuah kilang elektronik terkemuka untuk datang mengadakan perbincangan bersama wakil pekerja-pekerja NIKKO Elechtronik Berhad iaitu Sdr. Mat Zahir Ismail dan Mohd Sobri bersama dengan Dato’ Sheikh Yahya Sheikh Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Tenaga Kerja (1), pihak kilang tersebut telah bersetuju pada dasarnya untuk menempatkan kesemua bekas pekerja-pekerja yang masih belum memperolehi pekerjaan untuk diserapkan di kilang tersebut di Prai, Pulau Pinang.

Pihak kilang tersebut akan mengadakan satu temuduga khas bagi bekas pekerja-pekerja tersebut pada masa yang terdekat untuk memberi masa agar kesemua pekerja dimaklumkan berhubung temuduga khas ini.

7. Berkaitan tuntutan pampasan pekerja-pekerja tersebut yang telah difailkan di mahkamah, menurut sumber kes tersebut akan disebut di Mahkamah Tinggi pada 3 Julai 2009 ini. Menurut sumber juga, dimaklumkan bahawa akan ada perkembangan yang positif dari pihak kilang NIKKO Electronic Berhad dalam masa yang terdekat dimana ianya akan memberi manfaat kepada bekas pekerja-pekerja tersebut.

8. Hasil dari perkembangan ini, Sekretariat Pekerja Muda, Pemuda UMNO Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato’ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia di atas komitmen dan kesungguhan beliau dalam membantu membela nasib bekas pekerja-pekerja kilang NIKKO Electronic Berhad.

9. Sekretariat Pekerja Muda berasa amat kesal dan kecewa dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang hanya pandai menabur janji tetapi sememangnya tidak mengambil sebarang usaha untuk membantu membela nasib pekerja-pekerja tersebut.

10. Sekretariat Pekerja Muda akan terus memainkan peranan dalam membantu dan membela nasib pekerja-pekerja terutamanya di sektor perkilangan di seluruh negara agar masalah seperti ini tidak berulang.

Sekian, terima kasih.
NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN

Pengerusi

Sekretariat Pekerja Muda, Pemuda UMNO Malaysia

Link

Bekas pekerja Nikko tuntut RM7.2 juta

Komen PB

Tahniah dan syabas Pemuda UMNO !! Nasib pekerja kilang Nikko yang tidak dibayar pampasan ini mendapat perhatian Sekretariat Pekerja Muda dan isu akan dibawah ke Kementerian Sumber Manusia dan juga pihak kilang Nikko. Keluhan dan aduan masalah mereka yang berlanjutan cukup lama ini jelas gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri . Mereka begitu kecewa dengan kelembapan tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang untuk membantu mangsa pembuangan pekerja seperti yang diperkatakan oleh pegawai Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kawasan utara sendiri .

default

Dr Zambry turun padang mendengar masalah rakyat

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Dr Zambry sedang menulis sesuatu mengenai aduan dan masalah yang dibangkitkan rakyat




Cukup sesak kehadiran begitu ramai rakyat untuk bersemuka dengan MB Perak


KIRA-KIRA 2,000 orang bersesak di Arena Square Pengkalan Baru untuk bertemu dan membangkitkan masalah mereka bagi diselesaikan oleh YAB Menterii Besar Perak Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir pagi ini. Mereka bersesak di dewan sejak 9 pagi lagi.

Tidak seperti pakatan pembangkang yang hanya mempolitikkan masalah rakyat, pendekatan Dr Zambry ialah mendengar dan menyelesaikan masalah mereka “on the spot”.

Rakyat Perak sudah muak mendengar celoteh pembangkang yang hanya merengek-rengek seperti anak kecil yang mahu dimanja. Rakyat juga sudah jelek dengan hasutan, fitnah dan kritikan negatif yang dilemparkan oleh PAS, DAP dan PKR dalam ceramah-ceramah mereka.

Tadi juga saya menerima panggilan dari sekumpulan anak muda yang mahu menerbitkan filem dokumentari tentang keadaan di Perak. Filem yang dibuat untuk pesta Film For Freedom itu akan menyiarkan pandangan Dr Zambry tentang apa yang dikatakan sebagai kemelut politik di Perak.

Jawapan saya mudah, Perak tidak akan dilanda kemelut jika semua berpegang kepada prinsip asas demokrasi. Berkali-kali sudah diingatkan yang 28+3 adalah lebih besar dari 28, dan asas prinsip demokrasi menyebut golongan majority memerintah.

Selagi pembangkang, Dato Seri Nizar Jamaluddin serta rakan-rakannya tidak menerima kenyataan bahawa pakatan sudah kehilangan majoriti, selagi itulah Perak terus berkemelut.

Bagi Kerajaan Barisan Nasional, tugas sebagai pemerintah akan terus dilaksanakan dan rakyat terus diberi keutamaan.

Yang pasti kehadiran rakyat untuk bertemu Dr Zambry serta mengemukakan masalah mereka untuk diselesaikan dalam pertemuan dengan rakyat di Batu Gajah, Lenggong, Gerik, Slim River dan tempat-tempat lain termasuk di Pengkalan Baharu, membuktikan rakyat percaya serta mengesahkan Dr Zambry dan kepimpinannya sebagai Menteri Besar dan Kerajaan Negeri.

Sumber: Merentas Gelombang!

Komen PB

Perak bertuah memilikan pemimpin seperti Dr Zambry yang menjadi MB .Pemimpin seperti inilah yang menepati slogan Rakyat Didahulukan iaitu rajin turun padang dan berjumpa dengan rakyat .Jika dahulu nak salam dan cakap dengan Menter Besar cukup susah ,kini di mana ceruk,daerah ,kampung akan sampai la MB Perak Dr Zambry untuk melihat rakyatnya. Kehadiran begitu ramai rakyat membuktikan bahawa rakyat Perak menyokong kepimpinan Dr Zambry dan ia juga menunjukkan kerajaan dahulu gagal dalam menyelesaikan masalah rakyat. Mereka lebih sibuk berpolitik.lulus balak dan memberi tanah sahaja.

Syabas dan Tahniah Dr Zambry !!!

default

Kg Buah Pala , Lim Guan Eng lari dari jumpa penduduk

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




PULAU PINANG 30 Jun - Penduduk Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor di sini hari ini kecewa dengan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang disifatkan cuba melarikan diri dan enggan bertemu mereka bagi menyelesaikan isu yang membelenggu kampung itu.

Lebih 200 penduduk kampung mula berkumpul secara aman di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini pada pukul 4 petang.

Ia bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak menunaikan janji yang ditabur sebelum ini.

Mereka memegang sepanduk antara lain tertulis, What is CAT?, Jangan cabul maruah kaum India, Guan Eng 'walk your talk', What is DAP's real agenda, Tukar ADUN Seri Delima dan 'Jom Ubah' Guan Eng cakap kosong.

Mereka turut memegang kain rentang tertulis Kami berharap Ketua Menteri dan kerajaan pakatan rakyat membela perkampungan High Chappral yang berusia lebih 100 tahun seperti dijanjikan, sambil melaung-laung meminta Guan Eng turun.

Selepas hampir 30 minit berbuat demikian, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik memberitahu, Guan Eng tidak dapat bertemu mereka dan mewakilkan dirinya untuk menerima memorandum tersebut.

Kenyataan beliau itu tidak mampu meredakan keadaan di pekarangan Komtar yang turut dipantau oleh pihak polis malah situasi menjadi hangat dan tegang apabila penduduk mula mengelilingi Wei Aik.

Peguam yang mewakili penduduk berkenaan, Darshan Singh dengan lantangnya bertanya dan mempersoal di manakah Ketua Menteri dan mengapa beliau enggan berjumpa dengan penduduk kampung.

"Guan Eng jangan larikan diri dan tidak perlu bersembunyi lagi malah kami tidak mahu mendengar kata-kata serta janji manis yang kononnya mahu membela dan mempertahankan hak penduduk kampung.

"Mereka sering kata tiada wang tetapi kami difahamkan DAP akan membina ibu pejabat parti yang baru yang dianggarkan bernilai RM4 juta, mana mereka dapat duit ini semua? Daripada pemaju ke? Siapa yang ingin dibela di sini?

"Kami hanya mahukan keadilan," katanya sambil disahut laungan penduduk kampung yang tidak mahu berganjak dari kawasan tersebut sehingga Guan Eng turun berjumpa mereka.


Darshan turut mempersoalkan alasan masalah penduduk kampung sukar untuk diselesaikan sedangkan kerajaan negeri mempunyai kuasa menghalang kerja-kerja merobohkan rumah di Kampung Buah Pala diteruskan.

Salah seorang penduduk yang enggan dikenali berkata: "Mengapa dia tidak mahu berjumpa kami, semasa berkempen pilihan raya dulu selalu datang jumpa hingga ke pasar dan berkata kepada kami supaya mengundinya," katanya

Komen PB

1 .RAKYAT MALAYSIA KHASNYA MELAYU DAN BUMIPUTRA PP , JANGANLAH DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPIN YANG MENGAKU MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT DAN ISLAM.NAMA ISLAM PUN SUDAH DIBUANG ,JIKA DULU EXCO AGAMA ISLAM SEKARANG YB MALIK KASSIM MENJADI EXCO AGAMA (IAITU BELIAU MENJAGA KEBAJIKAN SEMUA AGAMA )

2.BELIAU ADALAH SEORANG YANG BIJAK DALAM POLITIK SEJELAS-JELASNYA TETAPI MENGGUNAKAN KEBODOHAN DAN KETAMAKAN PEMIMPIN PAS DAN PKR UNTUK MENDAPAT UNDI PENGUNDI MELAYU DI PP .

3.JANGANLAH TERTIPU DENGAN PENDEKATAN MEREKA MEMBACA AYAT SUCI ALLAH YANG DISENANGI OLEH PAS DAN MENGGUNAKAN KHALIFAH ISLAM SEBAGAI TOPENG MEREKA UNTUK MELACUR SEGALA MILIK MELAYU ISLAM DAN BANGSA LAIN.

default

Hanya 5000 hadir ke perhimpunan 100,000 rakyat untuk jelaskan mengenai kerajaan perpaduan

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Anwar sedang pening fikir mengapa hanya 5000 orang sahaja mai ....


Hanya sekitar 5,000 orang hadir pada Himpunan 100,000 rakyat anjuran pakatan pembangkang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya Selasa malam.

Himpunan itu diadakan dengan tujuan untuk tunjuk pembangkang tidak berpecah kerana isu kerajaan perpaduan dan memberi penjelasan kepada para penyokongnya mengenai isu berkenaan.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat asalnya jika ikut pengumuman dan hebahan awal akan berucap di himpunan itu tidak hadir.

Pengumuman tidak hadir dibuat oleh Bendahari PAS DR Hatta Ramli kira-kira 10 minit selepas Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang berucap.Kata Dr Hatta ini kerana ada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Pemimpin lain yang berucap di himpuan itu ialah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub.

Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa tidak hadir di himpunan itu.

Perhimpunan yang bermula pada jam 9 malam itu berakhir kira-kira dua jam kemudiannya. Dipercayai ini kerana ia kurang mendapat sambutan.

Kebanyakan yang hadir pula terdiri dari para penyokong PAS.

Hadi dalam ucapannya antara lain kata PAS tolak perpaduan dengan UMNO kerana parti itu gagal untuk jadi model Islam sebenar.

Katanya pakatan dengan PKR dan DAP lebih bagus sebab itu menang banyak pilihanraya kecil.

Manakala Anwar kata himpunan itu bertujuan untuk tolak dakwaan media dikuasai UMNO kononnya pakatan pembangkang berpoecah kerana isu kerajaan perpaduan.

Ketua Pembangkang itu terus bawa macam-macam cerita lapuk termasuk isu PKFZ dan kehebatan beliau dan rakan-rakan di Parlimen lawan rasuah malah turut selain itu minta Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan digantikan.

Jika ambil kira perhimpuan sama dianjurkan pembangkang tahun lalu di tempat sama, nampaknya sambutan terhadap pembangkang sudah dingin.

Dengan sebilangan besar pengikut PAS, mereka datang nak dengar Tok Guru dan Hadi bercakap, tetapi akhirnya melopong bila Menteri Besar Kelantan itu tak muncul dan Hadi macam nak tak nak bercakap.

Mungkin yang lain barangakali bosan ditipu cerita-cerita politik yang sudah basi dan Anwar pula tak habis-habis nak pertahan pasal kes dakwaan meliwat pembantunya.-30/6/2009

default

X PKR dedahkan anwar pernah lulus lesen judi

by Pejuang Bangsa
 - No Comments

1. Antara isu yang bakal dibawa AnWAR ke Manek Urai tentunya BN menggunakan wang judi haram membiayai operasi kempen mereka. Manek Urai adalah pentas terbaik AnWAR memutar belit kenyataan kerana pengundi Melayu Islam sana amat sensiitif dengan isu haram halal yang berkait rapat dengan kehidupan seharian pengundi di sana. Atas nama Islam, AnWAR pasti menyerang BN/UMNO kerana rapat dengan taukeh-taukeh judi di KL.

2. Sebenarnya AnWAR lah yang amat rapat dengan taukeh-taukeh judi ini. Tika menjadi Menteri Kewangan, AnWAR cukup rapat dengan Datuk T.K. Lim, tuanpunya Magnum Berhad. AnWAR juga meletakkan Datuk Nalla sebagai Pengarah Magnum Berhad sebagai ‘orang hubungan’ beliau di Magnum. Menurut sumber sahih Magnum Berhad, AnWAR adalah RAJA atau dipanggil KING di Magnum. Beliau boleh meminta atau mengarah apa saja di Magnum, kemahuannya pasti dipenuhi! (AnWAR masih tidak teruskan saman ke atas Nalla yang dakwa Nalla telah beri AnWAR RM 60 juta wang Magnum secara tidak berkala)

3. Semasa Menteri Kewangan juga, AnWAR amat rapat dengan Raja Judi Genting TS Lim Goh Tong (mendiang). AnWAR akan menghabiskan cuti pendek atau hujung minggu bersama keluarga di Genting Highlands dengan tajaan penuh Genting. Pembantu Khas TS Lim Goh Tong semasa itu, seorang lelaki berbangsa India banyak menghabiskan waktu kerjanya di pejabat AnWAR dari pejabat Genting sendiri. Seperti di Magnum, AnWAR juga boleh meminta apa saja dari Genting, nescaya kemahuannya dipenuhi. (Sekarang AnWAR giat membantu bekas pembantu khas TS LIm Goh Tong meneroka peluang niaga luar negara).

4. AnWAR juga amat rapat dengan pemilik banyak kasino di luar negara, TS Vincent Tan. Setiap kunjungan AnWAR ke luar negara, pastinya TS Vincent akan menghantar wakil khasnya mengiringi rombongan AnWAR bagi menjaga ‘kebajikan’ AnWAR. Mereka tidak terbang bersama dan selalunya wakil ini akan menunggu AnWAR di destinasi lawatan AnWAR. Hingga sekarang AnWAR masih punya hubungan dengan kumpulan TS Vincent. Ibupejabat PKR di Tropicana (sebelah tol Damansara) adalah hasil ‘rundingan’ AnWAR dengan Datuk Danny Tan (adik TS Vincent) mengenai pemilikan bangunan tersebut. bayaran yang dikenakan hanyalah ‘token’.

5. UMNO/BN tidak pernah mengeksploitasi isu ini! Bagaimana AnWAR boleh menuduh UMNO/BN mendapat biayaan dari taukeh judi tanpa bukti sedangkan ibupejabat PKR sendiri adalah hasil dari sumber judi yang haram (dlm Kelab Tropicana terdapat beberapa mesin slot yg diluluskan lesennya tika AnWAR Menteri Kewangan). Bagaimana AnWAR boleh berkata beliau tidak pernah meluluskan sebarang lesen judi sedangkan kuasa melulus adalah kuasa menteri? Tebal sungguh muka AnWAR yer……..

6. Begitu juga dengan kelulusan lesen judi syarikat Olympia Berhad di Sabah. AnWAR telah meletakkan seorang rakannya berketurunan Melayu berasal dari Perak sebagai Pengerusi syarikat tersebut sebagai syarat tambahan kelulusan. Benar bukan AnWAR yang meluluskan lesen tersebut kerana ianya dibawah kuasa kerajaan negeri Sabah. AnWAR bijak, beliau meletakkan rakannya sebagai Pengerusi, dan pengerusi inilah utusan AnWAR memaksa kerajaan negeri meluluskan lesen tersebut….

AnWAR adalah manusia HIPOKRIT yang sering menutupi perangai sebenar dengan lakonannya. Di Manek Urai nanti, tentunya pakaian rasmi beliau adalah kain pelikat berbaju melayu dan berkopiah putih. Beliau juga bakal menonjolkan dirinya dengan lakonan ‘orang kampung’ yang tidak pernah terdidik dengan kekayaan dan kemewahan bagi memikat hati rakyat…….berhati-hatilah dengan manusia ini !!!!

Sekian.


sumber dari : http://www.x-pkr.com/anwar-pernah-lulus-lesen-judi.html

default

Calon BN mendapat respons baik daripada golongan muda - Mustapa

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Tok Pa yakin kemampuan Tuan Aziz mampu menarik sokongan generasi muda kepada BN



KOTA BAHARU: Penduduk Manik Urai terutamanya golongan muda memberikan respons baik termasuk menyatakan sokongan terhadap calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Tuan Aziz Tuan Mat.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dan Pengarah Pilihan Raya Kecil BN di Manik Urai, Datuk Mustapa Mohamed berkata respons yang sangat baik juga diterima daripada pengundi yang dikategorikan sebagai "pengundi di atas pagar".

"Tuan Aziz dianggap sebagai simbol kepada suara golongan muda di Manik Urai untuk menyuarakan pandangan dan membawa perubahan...penyokong PAS juga (ada) menyatakan pendirian mereka untuk menyokong calon BN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Tuan Aziz cukup dikenali di Manik Urai dan merupakan anak jati tempatan.


Ahad lepas, Tuan Aziz, 39, yang merupakan Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Program Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) diumumkan sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Manik Urai, 14 Julai ini. Penamaan calon pada 6 Julai.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob, 60, dari PAS pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata daya kepimpinan Tuan Aziz telah terbukti berdasarkan kemampuannya melaksanakan tugas sebagai pegawai Kesedar dengan baik.


Bengkel motorsikal Wazi Abd Hamid merupakan antara aktiviti yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO menarik minat golongan belia

Beliau berkata tugas tersebut telah menjadikan Tuan Aziz lebih rapat dengan masyarakat setempat sehinggakan beliau begitu dikenali dan menepati ciri pemimpin yang mampu berkhidmat kepada rakyat sepertimana kehendak rakyat. BERNAMA

default

Penjelasan mengenai FIC oleh YB Ahmad Maslan

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Penstrukturan semula Jawatankuasa Pelaburan Asing FIC yg diumum oleh Perdana Menteri hari ini adalah langkah bijak & berani kerajaan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi, menjana aktiviti pelaburan & meningkatkan penyertaan bumiputera secara lebih mapan.

Apabila ekuiti bumiputera tidak bertambah dlm jangkamasa yg lama hanya sekitar 19%, antara faktor yg dikenalpasti perlu dikaji & dtambahbaik ialah FIC..selama ini ia menjadikan pegangan ekuiti tidak efektif dan usahawan bumiputera yg terlibat tidak aktif (sleeping partners).

Penubuhan Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) mampu utk membantu membangun usahawan Bumiputera..pada ketika yg sama, dgn "deregulation" ini, objektif 30% penyertaan Bumiputera di peringkat makro masih kekal..adalah diharapkan agar kerajaan dapat mencapai hasrat pegangan 30% atau lebih dalam masa yg tidak terlalu lama dgn adanya penstrukturan semula FIC yg diumumkan.

Unit Perancang Ekonomi EPU yg membuat pemantauan pula diharapkan agar sentiasa pastikan bahawa penstrukturan yg dibuat adalah utk kebaikan semua pihak, pelabur, usahawan bumiputera dan syarikat2 bukan bumi..laporan & pemantauan berkala perlu dibuat.

Jika didapati pelaksanaannya merugikan mana2 pihak terutama bumiputera, maka tanpa teragak2 FIC yg telah distruktur semula hari ini wajar sentiasa ditambah baik..jgn kita mengambil masa yg terlalu lama utk menukar sesuatu yg telah terbukti tidak menguntungkan semua pihak spt syarat2 FIC sebelum ini..terima kasih

[Kenyataan khas sms YB Ahmad b Maslan..Ketua Penerangan UMNO M'sia]

link

Penyahkawalseliaan FIC tidak babit tanah Melayu
Milikan asing dalam firma broker saham naik 70 peratus
Pelabur asing boleh miliki hartanah Bumiputera, kerajaan: Najib


sumber : blog parpukari

default

Kisah Coffee Boy Anwar - Saiful Bukhari

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps