Archive for 06/07/09

default

Mulakan muzakarah UMNO-Pas - Khairy

on Sunday, June 7, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KUALA LUMPUR 6 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan supaya muzakarah UMNO-Pas dimulakan semula setelah kedua-dua parti selesai pemilihan masing-masing.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, inilah masanya bagi dua parti terbesar di Malaysia untuk duduk membincangkan isu-isu nasional.

Katanya, muzakarah bukan hanya demi perpaduan Melayu dan ummah tetapi juga untuk membangunkan agenda nasional.

''UMNO dan Pas perlu ketepikan perbezaan dan pergolakan politik. Kedua-dua parti mesti bekerjasama dan bermuafakat demi masa depan negara.

''Inilah masa yang sesuai untuk memulakan muzakarah,''
katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, menurut Khairy, Pemuda UMNO turut mempelawa Dewan Pemuda Pas untuk saling bekerjasama dalam hal yang menyentuh kepentingan orang Melayu dan Islam yang sememangnya menjadi agenda bersama kedua-dua parti.

Katanya, menjadi harapan semua untuk melihat kerjasama ini menjadi kenyataan apa lagi telah wujudnya titik persamaan di antara UMNO dan Pas yang mahu melihat kejayaan orang Melayu dan Islam.

Kata beliau, kerjasama ini termasuklah yang berhubung kait dengan resolusi Pemuda Pas yang mahukan dasar menetapkan 30 peratus ekuiti bumiputera dikekalkan.

''Pemuda UMNO mengalu-alukan komitmen Pemuda Pas melalui resolusi mereka itu yang sememangnya konsisten dengan perjuangan UMNO di mana kita melihat kemajuan orang Melayu sebagai agenda nasional.

''Jadi saya berharap Pemuda Pas boleh bekerjasama dengan kita untuk sama-sama merealisasikan matlamat ini dan perkara lain yang berkepentingan Melayu,'' katanya.

Pemuda Pas yang melangsungkan muktamarnya kelmarin meluluskan lima resolusi yang satu daripadanya ialah menggesa kerajaan mengekalkan dasar 30 peratus ekuiti untuk golongan bumiputera.


Bagaimanapun, MCA dalam reaksi segera mereka membidas resolusi berkenaan sambil menyifatkan resolusi itu sebagai tidak membantu memajukan negara sebaliknya hanya bersifat jangka pendek.

Sementara itu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau percaya peluang untuk kedua-dua parti membentuk kerjasama adalah cukup cerah malah skopnya juga tidak hanya terhad kepada sesuatu perkara sahaja.

Kata beliau, keyakinan ini berdasarkan pemikiran ahli akar umbi Pas yang dilihat berbeza dengan rakan kongsi mereka dalam pakatan pembangkang.

''Malah jika kita lihat kepada keputusan pemilihan muktamar parti itu kali ini termasuk bagi jawatan timbalan Presiden, saya nampak skop kerjasama terbuka luas.

''Ini belum lagi diambil kira pada resolusi-resolusi yang dibuat pada muktamar ini yang menunjukkan pemikiran akar umbi berbeza dengan rakan kongsi Pas dalam pembangkang,''
jelasnya.

Komen PB

Kerjasama dan muzakarah antara UMNO dan PAS ini boleh dilakukan jika ia baik untuk kestabilan politik negara dan juga rakyat.Elemen yang penting sekali dalam pembentukan kerjasama antara UMNO dan PAS ini ialah perlu ikhlas. PAS pulak tidak seharusnya menuntut yang bukan @ meletakkan syarat jika mahu kerjasama dalam menubuhkan kerajaan perpaduan ini. Untuk itu , pada pendapat saya permulaan itu muzakarah UMNO -PAS ini perlu dimulakan dengan mencari titik temu persamaan antara UMNO dan PAS .


Link
Muzakarah UMNO - PAS mimpi dalam paksaan
Bukan 'kuda tunggangan' -Muhkriz
Hanya kerjasama bukan bergabung dengan UMNO - Ustaz Nasha

default

Pemuda UMNO Bantu Dapatkan 18 Kad Pengenalan Anak, Cucu M.Amara

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments


Oleh Indera Ahmad

Alor Gajah -- Pemuda UMNO akan terus menjadi jambatan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan batasan agama yang mengalami kesusahan untuk memastikan mereka mendapat bantuan yang sewajarnya.


Atas dasar itu, satu keluarga berketurunan India di Melaka yang ketiadaan kad pengenalan mendapat perhatian Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO semalam.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata keluarga M. Amara, 48, yang mempunyai bilangan ahli keluarga seramai 18 orang termasuk anak dan cucu beliau akan dibantu untuk mendapatkan kad pengenalan tersebut.

Menurut beliau ketiadaan kad pengenalan telah menyebabkan anak serta cucu M. Amara sukar untuk membuat sebarang urusan termasuk urusan persekolahan.

"Atas dasar inilah kita tampil bersama Pemuda UMNO Melaka serta MIC negeri itu untuk membantu bagi memastikan keluarga berkenaan mendapatkan kad pengenalan bagi memudahkan sebarang urusan kelak.

"Kita difahamkan, suami M. Amara sebelum meninggal telah pun berusaha untuk mendapatkan kad pengenalan tersebut. Dan setelah kematiannya pada 2001, balu beliau sekali lagi telah berusaha untuk mendapatkan kad pengenalan berkenaan, namun masih belum selesai sehingga hari ini", katanya.

Kata beliau lagi, M. Amara yang mempunyai kad pengenalan mempunyai kesukaran untuk menyokong permohonan anak serta cucu beliau ekoran segala dokumen yang berkaitan tidak dijumpai kerana dokumen tersebut disimpan oleh suami beliau sebelum kematiannya beberapa tahun yang lalu.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda selepas mengunjungi keluarga berkenaan semalam.

Tambahnya lagi, pihaknya telah mengatur pertemuan dengan agensi yang berkenaan minggu depan bagi menyisat serta menyelesaikan permasalahan tersebut.

"Kita berharap masalah ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin supaya keluarga M. Amara mendapat kad pengenalan untuk meudahkan segala urusan beliau nanti", ujarnya.

sumber : pemudaumno.org.my

default

Dato Firdaus Ismail memberi sumbangan di Majlis Ramah Mesra UMNO Cawangan Kg Pelet

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

6/6/2009 - UMNO Cawangan Kg Pelet yang diketuai oleh Tn Hj Hashim Abd Hamid pada hari ini menganjurkan Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Sumbangan kepada golongan ibu tunggal,orang-orang tua dan juga kepada anak-anak ahli UMNO Cawangan yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR ,PMR dan SPM. Sumbangan berupa beras sekampit, gula,minyak ,roti ini merupakan sumbangan ikhlas dari Dato Firdaus Hj Ismail Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri yang juga ahli dari UMNO Cawangan Kg Pelet.

Pada hari ini ,Dato Firdaus merasmikan majlis ini dan juga memberi ucapan kepada ahli-ahli UMNO yang hadir . Beliau mengingatkan kepada ahli UMNO agar terus tekad berjuang bersama parti dan jika ada masalah seperti keluarga miskin , anak hendak sambung mengaji,mencari kerja ,mohon pinjaman untuk berniaga di kampung boleh terus beritahu masalah ini melalui saluran parti iaitu ketua cawangan.Ketibaan Dato Firdaus ke majlis ini dimulakan dengan bacaan tahlil yang diketuai sendiri oleh beliau . Antara yang hadir ialah Ketua Cawangan Tn Hj Hashim ,Timbalan Ketua Cawangan Cikgu Salim ,Setiusaha Che Pa Hassan , Timbalan Ketua Pemuda Alias Saad ,Ketua Wanita Cawangan Kak Jah , pergerakan Pemuda serta Wanita UMNO.




Majlis dimulakan dengan bacaaan doa dan tahlil bersama Dato Firdaus



Antara yang hadir di majlis ini dan mendengar ucapan oleh Dato Firdaus



Antara Kaum Ibu yang hadir dengan anak kecil mendengar ucapan Dato Firdaus



Ucapan oleh Dato Firdaus Hj Ismail ,Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri



Memberi sumbangan kepada anak-anak ahli UMNO yang cemerlang dalam pelajaran

default

Pemuda mula gerak jentera di Manik Urai

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Pemuda hantar kumpulan pemidato terbaik

BENTONG 5 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO akan menghantar kumpulan pemidato terbaiknya untuk berdepan dengan penceramah pembangkang terutama Pas dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kempen pilihan raya kecil itu merupakan 'pentas' pertama bagi kumpulan pemidato yang baru diwujudkan oleh pergerakan tersebut.

''Pemuda UMNO mewujudkan Unit Pidato dan Penghujahan Umum untuk melahirkan kumpulan yang mampu mengambil bahagian dalam pidato, debat, ceramah dan panel dalam forum tertentu bagi menjelaskan isu-isu semasa dan dasar kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kursus asas Jentera Unit Pidato Pemuda UMNO di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik dekat sini hari ini.

Kira-kira 120 pemimpin pergerakan itu menyertai kursus tiga hari bermula hari ini hingga Ahad ini.

Khairy memberitahu, penubuhan unit pidato tersebut bertujuan menyaingi kumpulan penceramah pembangkang yang selama ini bijak mengeksploitasi isu-isu tertentu sehingga mengelirukan rakyat.

Beliau mengakui ada di kalangan pemimpin UMNO gagal berdebat dengan pembangkang dalam menjawab isu-isu tertentu.

''Dalam keadaan tertentu, kita tidak mampu mengatasi strategi pembangkang yang bijak mengeksploitasi isu," jelasnya.

Selain di Manek Urai, kata beliau, unit tersebut akan bergerak ke seluruh negara untuk memberikan penerangan kepada rakyat dari semasa ke semasa.

Selain kursus asas tersebut, tambah beliau, Pemuda UMNO juga akan mengadakan kursus pengucapan profesional membabitkan 60 anggota pergerakan berkenaan.

Mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, Khairy berkata, pergerakan itu sedang mengatur strategi untuk menarik golongan muda di kawasan berkenaan.

Mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung konsep 1 Malaysia yang dianggap gagal menyatupadukan rakyat, beliau menegaskan, tanggapan tersebut disebabkan oleh pemimpin pembangkang berasa terancam dengan gagasan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Tegas beliau, Abdul Hadi sepatutnya mewujudkan konsep '1 pembangkang' terlebih dahulu sebelum mempertikaikan gagasan yang dibawa oleh pemimpin negara itu.

''Kita lihat sendiri pembangkang tiada perpaduan, parti-parti pembangkang sendiri bertelagah antara satu sama lain. Dalam Pas pun sudah terbelah dua, ada kelompok ulama dan kumpulan profesional," katanya.

Link

BN Ada Peluang Cerah Menang Di Manik Urai Jika Tampil Calon Tepat – Khairy

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.