Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Archive for 2009-05-31

default

Mulakan muzakarah UMNO-Pas - Khairy

on Sunday, June 7, 2009 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KUALA LUMPUR 6 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan supaya muzakarah UMNO-Pas dimulakan semula setelah kedua-dua parti selesai pemilihan masing-masing.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, inilah masanya bagi dua parti terbesar di Malaysia untuk duduk membincangkan isu-isu nasional.

Katanya, muzakarah bukan hanya demi perpaduan Melayu dan ummah tetapi juga untuk membangunkan agenda nasional.

''UMNO dan Pas perlu ketepikan perbezaan dan pergolakan politik. Kedua-dua parti mesti bekerjasama dan bermuafakat demi masa depan negara.

''Inilah masa yang sesuai untuk memulakan muzakarah,''
katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, menurut Khairy, Pemuda UMNO turut mempelawa Dewan Pemuda Pas untuk saling bekerjasama dalam hal yang menyentuh kepentingan orang Melayu dan Islam yang sememangnya menjadi agenda bersama kedua-dua parti.

Katanya, menjadi harapan semua untuk melihat kerjasama ini menjadi kenyataan apa lagi telah wujudnya titik persamaan di antara UMNO dan Pas yang mahu melihat kejayaan orang Melayu dan Islam.

Kata beliau, kerjasama ini termasuklah yang berhubung kait dengan resolusi Pemuda Pas yang mahukan dasar menetapkan 30 peratus ekuiti bumiputera dikekalkan.

''Pemuda UMNO mengalu-alukan komitmen Pemuda Pas melalui resolusi mereka itu yang sememangnya konsisten dengan perjuangan UMNO di mana kita melihat kemajuan orang Melayu sebagai agenda nasional.

''Jadi saya berharap Pemuda Pas boleh bekerjasama dengan kita untuk sama-sama merealisasikan matlamat ini dan perkara lain yang berkepentingan Melayu,'' katanya.

Pemuda Pas yang melangsungkan muktamarnya kelmarin meluluskan lima resolusi yang satu daripadanya ialah menggesa kerajaan mengekalkan dasar 30 peratus ekuiti untuk golongan bumiputera.


Bagaimanapun, MCA dalam reaksi segera mereka membidas resolusi berkenaan sambil menyifatkan resolusi itu sebagai tidak membantu memajukan negara sebaliknya hanya bersifat jangka pendek.

Sementara itu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau percaya peluang untuk kedua-dua parti membentuk kerjasama adalah cukup cerah malah skopnya juga tidak hanya terhad kepada sesuatu perkara sahaja.

Kata beliau, keyakinan ini berdasarkan pemikiran ahli akar umbi Pas yang dilihat berbeza dengan rakan kongsi mereka dalam pakatan pembangkang.

''Malah jika kita lihat kepada keputusan pemilihan muktamar parti itu kali ini termasuk bagi jawatan timbalan Presiden, saya nampak skop kerjasama terbuka luas.

''Ini belum lagi diambil kira pada resolusi-resolusi yang dibuat pada muktamar ini yang menunjukkan pemikiran akar umbi berbeza dengan rakan kongsi Pas dalam pembangkang,''
jelasnya.

Komen PB

Kerjasama dan muzakarah antara UMNO dan PAS ini boleh dilakukan jika ia baik untuk kestabilan politik negara dan juga rakyat.Elemen yang penting sekali dalam pembentukan kerjasama antara UMNO dan PAS ini ialah perlu ikhlas. PAS pulak tidak seharusnya menuntut yang bukan @ meletakkan syarat jika mahu kerjasama dalam menubuhkan kerajaan perpaduan ini. Untuk itu , pada pendapat saya permulaan itu muzakarah UMNO -PAS ini perlu dimulakan dengan mencari titik temu persamaan antara UMNO dan PAS .


Link
Muzakarah UMNO - PAS mimpi dalam paksaan
Bukan 'kuda tunggangan' -Muhkriz
Hanya kerjasama bukan bergabung dengan UMNO - Ustaz Nasha

default

Pemuda UMNO Bantu Dapatkan 18 Kad Pengenalan Anak, Cucu M.Amara

by Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Oleh Indera Ahmad

Alor Gajah -- Pemuda UMNO akan terus menjadi jambatan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan batasan agama yang mengalami kesusahan untuk memastikan mereka mendapat bantuan yang sewajarnya.


Atas dasar itu, satu keluarga berketurunan India di Melaka yang ketiadaan kad pengenalan mendapat perhatian Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO semalam.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata keluarga M. Amara, 48, yang mempunyai bilangan ahli keluarga seramai 18 orang termasuk anak dan cucu beliau akan dibantu untuk mendapatkan kad pengenalan tersebut.

Menurut beliau ketiadaan kad pengenalan telah menyebabkan anak serta cucu M. Amara sukar untuk membuat sebarang urusan termasuk urusan persekolahan.

"Atas dasar inilah kita tampil bersama Pemuda UMNO Melaka serta MIC negeri itu untuk membantu bagi memastikan keluarga berkenaan mendapatkan kad pengenalan bagi memudahkan sebarang urusan kelak.

"Kita difahamkan, suami M. Amara sebelum meninggal telah pun berusaha untuk mendapatkan kad pengenalan tersebut. Dan setelah kematiannya pada 2001, balu beliau sekali lagi telah berusaha untuk mendapatkan kad pengenalan berkenaan, namun masih belum selesai sehingga hari ini", katanya.

Kata beliau lagi, M. Amara yang mempunyai kad pengenalan mempunyai kesukaran untuk menyokong permohonan anak serta cucu beliau ekoran segala dokumen yang berkaitan tidak dijumpai kerana dokumen tersebut disimpan oleh suami beliau sebelum kematiannya beberapa tahun yang lalu.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda selepas mengunjungi keluarga berkenaan semalam.

Tambahnya lagi, pihaknya telah mengatur pertemuan dengan agensi yang berkenaan minggu depan bagi menyisat serta menyelesaikan permasalahan tersebut.

"Kita berharap masalah ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin supaya keluarga M. Amara mendapat kad pengenalan untuk meudahkan segala urusan beliau nanti", ujarnya.

sumber : pemudaumno.org.my

default

Dato Firdaus Ismail memberi sumbangan di Majlis Ramah Mesra UMNO Cawangan Kg Pelet

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

6/6/2009 - UMNO Cawangan Kg Pelet yang diketuai oleh Tn Hj Hashim Abd Hamid pada hari ini menganjurkan Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Sumbangan kepada golongan ibu tunggal,orang-orang tua dan juga kepada anak-anak ahli UMNO Cawangan yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR ,PMR dan SPM. Sumbangan berupa beras sekampit, gula,minyak ,roti ini merupakan sumbangan ikhlas dari Dato Firdaus Hj Ismail Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri yang juga ahli dari UMNO Cawangan Kg Pelet.

Pada hari ini ,Dato Firdaus merasmikan majlis ini dan juga memberi ucapan kepada ahli-ahli UMNO yang hadir . Beliau mengingatkan kepada ahli UMNO agar terus tekad berjuang bersama parti dan jika ada masalah seperti keluarga miskin , anak hendak sambung mengaji,mencari kerja ,mohon pinjaman untuk berniaga di kampung boleh terus beritahu masalah ini melalui saluran parti iaitu ketua cawangan.Ketibaan Dato Firdaus ke majlis ini dimulakan dengan bacaan tahlil yang diketuai sendiri oleh beliau . Antara yang hadir ialah Ketua Cawangan Tn Hj Hashim ,Timbalan Ketua Cawangan Cikgu Salim ,Setiusaha Che Pa Hassan , Timbalan Ketua Pemuda Alias Saad ,Ketua Wanita Cawangan Kak Jah , pergerakan Pemuda serta Wanita UMNO.




Majlis dimulakan dengan bacaaan doa dan tahlil bersama Dato Firdaus



Antara yang hadir di majlis ini dan mendengar ucapan oleh Dato Firdaus



Antara Kaum Ibu yang hadir dengan anak kecil mendengar ucapan Dato Firdaus



Ucapan oleh Dato Firdaus Hj Ismail ,Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri



Memberi sumbangan kepada anak-anak ahli UMNO yang cemerlang dalam pelajaran

default

Pemuda mula gerak jentera di Manik Urai

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Pemuda hantar kumpulan pemidato terbaik

BENTONG 5 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO akan menghantar kumpulan pemidato terbaiknya untuk berdepan dengan penceramah pembangkang terutama Pas dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kempen pilihan raya kecil itu merupakan 'pentas' pertama bagi kumpulan pemidato yang baru diwujudkan oleh pergerakan tersebut.

''Pemuda UMNO mewujudkan Unit Pidato dan Penghujahan Umum untuk melahirkan kumpulan yang mampu mengambil bahagian dalam pidato, debat, ceramah dan panel dalam forum tertentu bagi menjelaskan isu-isu semasa dan dasar kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kursus asas Jentera Unit Pidato Pemuda UMNO di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik dekat sini hari ini.

Kira-kira 120 pemimpin pergerakan itu menyertai kursus tiga hari bermula hari ini hingga Ahad ini.

Khairy memberitahu, penubuhan unit pidato tersebut bertujuan menyaingi kumpulan penceramah pembangkang yang selama ini bijak mengeksploitasi isu-isu tertentu sehingga mengelirukan rakyat.

Beliau mengakui ada di kalangan pemimpin UMNO gagal berdebat dengan pembangkang dalam menjawab isu-isu tertentu.

''Dalam keadaan tertentu, kita tidak mampu mengatasi strategi pembangkang yang bijak mengeksploitasi isu," jelasnya.

Selain di Manek Urai, kata beliau, unit tersebut akan bergerak ke seluruh negara untuk memberikan penerangan kepada rakyat dari semasa ke semasa.

Selain kursus asas tersebut, tambah beliau, Pemuda UMNO juga akan mengadakan kursus pengucapan profesional membabitkan 60 anggota pergerakan berkenaan.

Mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, Khairy berkata, pergerakan itu sedang mengatur strategi untuk menarik golongan muda di kawasan berkenaan.

Mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung konsep 1 Malaysia yang dianggap gagal menyatupadukan rakyat, beliau menegaskan, tanggapan tersebut disebabkan oleh pemimpin pembangkang berasa terancam dengan gagasan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Tegas beliau, Abdul Hadi sepatutnya mewujudkan konsep '1 pembangkang' terlebih dahulu sebelum mempertikaikan gagasan yang dibawa oleh pemimpin negara itu.

''Kita lihat sendiri pembangkang tiada perpaduan, parti-parti pembangkang sendiri bertelagah antara satu sama lain. Dalam Pas pun sudah terbelah dua, ada kelompok ulama dan kumpulan profesional," katanya.

Link

BN Ada Peluang Cerah Menang Di Manik Urai Jika Tampil Calon Tepat – Khairy

default

Ketua Erdogan balik bungkus ..

on Saturday, June 6, 2009 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Nasharuddin Mat Isa berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas menewaskan dua pencabar lain, Husam Musa dan Mohammad Sabu. Nasharuddin memperoleh 480 undi manakala Husam (281) dan Mohammad Sabu (261).

Sementara itu Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Tuan Ibrahim Tuan Man dipilih sebagai Naib Presiden Pas pada Muktamar Ke-55 parti itu di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini.


Komen PB

Husam telah tewas dengan kekalahan agak besar . Bermakna ideologi puak erdogan yang berkiblatkan Anwar Ibrahim telah ditolak sama sekali oleh perwakilan PAS. Ada banyak faktor Husam kalah dalam pemilihan kali ini seperti beliau tidak sehaluan dengan Presiden PAS sendiri mengenai cadangan Hadi iaitu kerajaan perpaduan .Mungkin perwakilan telah menilai bagaimana kepimpinan PAS nanti kalau orang No 1 dan No 2 ini tidak boleh ngam dan tidak sependapat. Kalau orang No 2 ini suka melawan dan tidak setia kepada No 1 ,susah orang No 1 untuk memimpin . Husam selepas ini tidak lagi berjawatan dalam PAS ,kita tengok ke mana arah tuju Husam selepas ini....

default

Pemuda PAS pun mahu pertahan hak bumiputra

by Pejuang Bangsa
 - No Comments

Pemuda desak jaga kepentingan bumiputera

SHAH ALAM 5 Jun - Dewan Pemuda Pas mengemukakan usul mendesak kerajaan agar memperkasakan mekanisme kawalan modal untuk memastikan negara ini tidak dijajah dari segi ekonominya oleh kuasa asing.

Ia juga adalah demi kepentingan ekonomi bumiputera Islam khususnya dapat dipertahankan dan dipelihara demi kemakmuran negara pada masa depan.

Ini kerana menyedari bahawa syarat ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus masih diperlukan untuk mengimbangi gagasan ekonomi negara di antara bumiputera dan bukan bumiputera.

Selain itu, langkah tersebut adalah perlu kerana menyedari terdapat usaha pihak tertentu yang iri hati terhadap dasar ekuiti 30 peratus bumiputera di dalam setiap pelaburan asing di negara ini.

Usul yang dicadangkan oleh Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan dan disokong oleh Dewan Pemuda Pas Kedah pada Muktamar Tahunan ke-50 sayap parti itu di Taman Melewar, Gombak diluluskan semalam.

Dalam pada itu, usul itu dibawa kerana menyedari keseimbangan ekonomi di antara kaum amat penting untuk kemakmuran negara dan kesejahteraan masyarakat majmuk.

''Menginsafi bahawa globalisasi dan liberalisasi ekonomi yang akan dipraktikkan di Malaysia boleh menjejaskan sumber pendapatan perniagaan dan ekonomi usahawan IKS khususnya bumiputera seperti mana krisis subprima yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 2007 dan 2008.

''Memikirkan bahawa kesan globalisasi dan liberalisasi ekonomi akan menyebabkan pengaruh asing mudah masuk ke Malaysia seterusnya para pemodal ini yang dikhuatiri majoritinya pelobi Yahudi akan menyebabkan ekonomi Malaysia dijajah oleh kuasa besar dunia," kata usul itu

Komen PB

Walaupun terdapat perbezaan idealisme antara UMNO dan PAS ,tetapi ada juga titik persamaan iaitu kepentingan bumiputra harus dipertahankan . Kepentingan bumiputra harus dikekalkan dan dipertahankan oleh semua orang Melayu baik UMNO mahupun PAS.Ini adalah adalah perjuangan pemimpin kita yang terdahulu dan kita sebagai pewaris harus mengekalkan .


Link

MCA bidas resolusi Pas kekalkan 30% ekuiti bumiputera

default

PR di Pulau Pinang bergolak kembali

on Thursday, June 4, 2009 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Lapan ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dari PKR, memboikot majlis angkat sumpah presiden MPSP yang barunya, Mokhtar Mohd Jait (foto) pagi ini.

Mereka bertindak demikain sebagai membantah pelantikan kakitangan awam memegang jawatan tersebut
.klik di sini


Baru semalam Harapan Baru Pulau Pinang mengangkat sumpah memegang jawatan TKM 1 PP ,hari ini pulak timbul pergolakan iaitu tidak puas hati perlantikan YDP MPSP baru iaitu Moktar Mohd Jait iaitu dari latar belakang kakitangan awam .
PKR PP yang dikepalai Zahrain sebenarnya memang cukup rakus dan merebut kuasa ,jawatan dan kedudukan yang boleh buat duit masuk poket mereka. Ketua mereka pun gila kuasa juga dan masih lagi dok berangan mat jenin hendak jadi Perdana Menteri .

Wakil-wakil Parti Politik PKR jelas sanggup memboikot majlis angkat sumpah Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang yang baru Tuan.Hj.Mokhtar bin Mohd.Jait bekas Pegawai Daerah Sebarang Perai. Johari (orang kuat PKR P.Pinang) ugut dengan memberi amaran kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa beliau dan lapan ahli majlis PKR akan letak jawatan sekiranya tuntutan Yang Di Pertua dilantik dari kalangan ahli politik PKR . Ahli Majlis PKR tidak mahu perlantikan Tuan.Hj.Mokhtar Mohd.Jait dari kalangan pegawai kerajaan. MPSP mempunyai 24 ahli majlis yang terdiri dari DAP (10), PKR (9), PAS (2) dan NGO (3)

Ini baru setahun lebih sahaja memerintah ,sudah jadi kelam kabut untuk merebut kuasa.Pemerintahan PR di PP cukup bermasalah ,sebelum ini isu fairuz dan kini pulak berebut YDP MPSP . cukup memalukan apabila mereka yang di dalam ceramah-ceramah mengatakan BN parti yang gila kuasa tetapi rupanya orang PKR sendiri yang rakus dan tamakkan kuasa sehingga sanggup ugut lagi .

Link
Isu Rebut Kuasa, Pakatan Pembangkang Ibarat "meludah ke langit".

PKR gila kuasa di Pulau Pinang

default

Nama Pemuda UMNO di Muktamar Pemuda PAS

by Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Terdahulu, Salahudin berkata,kepimpinan ulama harus jadi tunggak perjuangan parti itu terutama oleh pemimpin muda PAS.

Beliau juga berkata, PAS tidak boleh memandang sebelah mata terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang berkeupayaan dan berkebolehan menguasai jiwa golongan muda untuk menyokong UMNO.

“Jangan nanti kita gigit jari lihat Pemuda UMNO merampas semula kepercayaan golongan muda,” ujar Salahudin yang melepaskan jawatan Ketua Pemuda PAS dan akan bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti itu Jumaat ini. - 3/6/2009

sumber : agendadaily.com

Komen PB

Nama Pemuda UMNO iaitu menerusi Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin disebut oleh bekas Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub di dalam ucapan terakhirnya sebagai Ketua Pemuda PAS .Beliau mengingatkan Pemuda PAS supaya tidak memandang rendah keupayaan anak muda seperti Khairy Jamaluddin yang mengetuai jentera Pemuda bagi meraih semula sokongan golongan muda. Pemuda UMNO sejak berakhirnya pemilihan UMNO terus bergerak dan bekerja untuk menarik semula sokongan golongan muda .Penubuhan sekretariat -sekretariat ini dilihat langkah yang proaktif untuk Pemuda membantu rakyat dan juga golongan muda di bandar mahupun di luar bandar. Kata-kata amanat terakhir oleh Salahudin Ayub ini mnunjukkan beliau sedari keupayaan Pemuda UMNO yang kini berusaha mengukuhkan semula UMNO dan menarik sokongan golongan muda

default

Dr Mansor - TKM yang mendapat sokongan 46 % sahaja

on Wednesday, June 3, 2009 by Pejuang Bangsa
 - 7 Comments


Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti Mansor Othman hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya di Seri Mutiara di sini hari ini.

Pada istiadat itu, Mansor, 59, menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Timbalan Ketua Menteri I.


Harapan Baru Pulau Pinang sudah angkat sumpah pun TKM 1 PP . Nama fairuz sudah senyap terus kini Mansor menjadi perhatian pulak . Mansor menjadi TKM 1 yang hanya mendapat sokongan pengundi di DUN nya hanya 46% sahaja manakalah 54% lagi tidak menyokong beliau dan memboikot pilihanraya kecil Penanti .

Saya ingin melihat sejauh mana Mansor ini boleh dijadikan harapan untuk membantu kaum Melayu yang terus terpinggir di PP . PKR mencanangkan Mansor ini hebat ,bekas pensyarah yang membangunkan TEKUN dan melakukan pelbagai kajian mengenai pembangunan untuk kemajuan Melayu PP . Adakah idea-idea dan kertas kerjanya dalam mensyuarat Exco untuk membantu orang Melayu PP akan diterima oleh LGE ?? Jika Mansor sama sahaja seperti fairuz ,tiada apa yang dibuat untuk orang Melayu maka harapan hanya tinggal harapan ...

default

Ahmad Maslan guna pendekatan tersendiri dekati rakyat

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KUALA KRAI 2 Jun - Bagi menyemarakkan semula tradisi mendekati rakyat secara bersemuka dan menyelami kehidupan dan pandangan sebenar mereka, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berusaha menggunakan pendekatan tersendiri.

Beliau bermalam di rumah seorang penduduk kampung Chuchuh Puteri yang dikenali sebagai Pak Kob dalam kunjungan kali ketiga di kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai.

Selesai solat Subuh di masjid kampung itu, Ahmad Maslan kemudian turun bersarapan sebuah warung di situ.

Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) itu kemudian menjengah keempat buah rumah penduduk kampung termasuk menziarah mereka yang sakit dan bertemu penyokong Pas.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kemudian pulang semula ke rumah menukar pakaian dan terus ke kebun Ibrahim Omar, 56, di Kampung Bukit Budu, Lata Rek untuk bersama menoreh getah.

Bersama Ibrahim, pemimpin itu menghabiskan masa kira-kira sejam menoreh dan pihak media yang menyedari kegiatannya itu menemuinya di kebun.

Bagi Ibrahim, kesudian Ahmad menoreh bersamanya sememangnya mengejutkan. Dia tidak menyangka pemimpin itu sanggup turun ke kebun untuk menoreh dan merasai sendiri perit jerihnya menyara keluarga selama ini.

''Dia menoreh dengan lancar, tidak kekok sama sekali. Cuma saya yang rasa segan mulanya.

"Saya akan ingat perkara ini sampai mati. Tidak mungkin saya lupa kerana sebelum ini menoreh seorang diri tetapi tiba-tiba sahaja hari ini 'orang besar' datang dan tolong saya,'' katanya.

Bagi Ahmad pula, beliau akan berada di Manek Urai lebih lama bagi memantau gerak kerja jentera penerangan menjelang pilihan raya kecil kawasan itu.

Manek Urai bagi pemimpin itu akan menjadi asas untuk menerapkan konsep 'penerangan secara bersemuka' dan bukan sekadar retorik.

''Caranya ini akan menyebabkan pemimpin dan rakyat akan berasa hubungan lebih dekat tanpa batasan, menghilangkan persepsi yang mungkin tidak menyenangkan selama ini,"ujarnya.

Menurut Ahmad Maslan, beliau lahir dan dibesar dalam keluarga susah dan pencapaiannya dalam hidup berasaskan dorongan ibu dan bapa yang juga penoreh getah.

''Saya dibesarkan di Pontian dengan susu ibu dan juga dengan hasil susu getah yang saya toreh untuk membantu keluarga," ujarnya.

Beliau berkata, lebih 70 peratus penduduk Manek Urai merupakan penoreh getah dan kebanyakannya mengambil upah, justeru kerajaan berusaha meringankan beban hidup mereka terutamanya jika Barisan Nasional memenangi pilihan raya kecil di situ.

Katanya, sepanjang berada di Manek Urai beliau akan memastikan jentera penerangan parti tidak mengehadkan kaedah berkempen melalui ceramah semata-mata.

Beliau berkata, ceramah mungkin satu cara tetapi untuk lebih berjaya, pemimpin itu sendiri perlu menghayati dan memahami permasalahan penduduk bagi memudahkan jalan penyelesaian terbaik dilaksanakan.

Komen PB

Kalau semua YB BN dan Menteri-menteri seperti YB Ahmad Maslan , insyallah BN akan terus diterima rakyat semula .YB Ahmad Maslan bagi saya telah banyak belajar dengan Tok Pa iaitu seorang pemimpin yang cukup berpengaruh di Parlimen nya yang mana terus kekal kerusi BN walaupun banyak Parlimen lain di Kelantan tewas. Kaedah Tok Pa yang mesra dengan rakyat dan turun padang beliau begitu dekat di hati pengundinya di Jeli.

" TRADISI KEMBALI KEPADA RAKYAT , DEKAT DENGAN RAKYAT "

default

Undi PKR menurun di Penanti , Mansor TKM 1 PP

on Monday, June 1, 2009 by Pejuang Bangsa
 - 10 Comments



1. Tahniah kepada Dr Mansor yang menang di Dun Penanti dan seterusnya dilantik menjadi TKM 1 PP minggu depan . Harap beliau jangan lupa DUN Penanti yang orang PKR telah memenangkan beliau yang pernah kalah 3 kali sebelum ini di kawasannya iaitu Bahagian Balik Pulau sendiri.Mansor yang memperoleh 6,052 undi manakala tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah memperoleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56).

2. Jumlah pengundi yang keluar ialah 7,100 orang atau 46.15 peratus sahaja yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN). Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di kawasan itu ialah seramai 15,384 orang.B ermakna seramai 8, 284 pengundi tidak mengundi.

3.Dahulu Calon PKR ketika PRU 12 , Mohammad Fairus Khairuddin menerima 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi.Ini bermakna 5 ribu pengundi BN pulak tidak membuang undi.

4. Persoalannya di sini ,ke mana hilangnya undi PKR sebanyak lebih 1200 undi itu ?? Setiap malam dalam siri ceramah Anwar ,ribuan orang datang mendengar tetapi mengapa jumlah itu undi PKR merosot ?? Anwar begitu bangga kawasan kubu kuat mereka ini PKR cukup popular malah jika sesiapa pun calon luar diletak pasti akan menang .

5. Adakah ini petanda pengundi Melayu sudah menolak PR kerana kawasan ini 70% nya Melayu ??Dengar kata peratusan undi Melayu yang PKR terima hanyalah lebih kurang 2000 lebih saja . Jadi ,selebihnya undi hanya dari kaum Cina dan India untuk Dr Mansor terima sehingga jumlah 6052 undi .Adakah rakyat mula sedar dan memprotes pilihanraya kecil yang dibuat sendiri oleh PKR ?? Rakyat pandai menilai, mereka tidak keluar mengundi kerana tidak mahu terpedaya dengan cara PKR yang mempermainkan pilihan raya kecil, mesej ini sangat cukup jelas dan telah diterjemahkan sehingga membuat satu sejarah peratusan keluar mengundi paling rendah .Gelombang orang Melayu untuk menolak secara konsisten terhadap PKR dan PAS sejak dari Kuala Terengganu telah mula merebak ke kubu PKR sendiri di Penanti .

6.Adakah ini signal ini merupakan peluang kepada umno dan signal ini juga merupakan bencana kepada Pas yang semakin ditolak orang Melayu kerana bersekongkol dengan PKR dan DAP. Undi Dr Mansor menurun mungkin juga ahli PAS sendiri protes kepada PKR dengan tidak keluar mengundi .

6. Lim Guan Eng cakap ini kemenangan rakyat ,tetapi sebenarnya tidak sampai separuh pun majoriti rakyat Penanti yang keluar mengundi . Ini bukan kemenangan rakyat tetapi protes pilihanraya ini oleh rakyat majoriti Penanti .

7. Selamat bertugas untuk Dr Mansor sebagai YB dan TKM 1 PP ,harap jangan jadi tunggul saja di dalam kerajaan negeri dan tidak membuat apa-apa untuk membantu Melayu Pulau Pinang.

Link
Kesudahan Taktik Politik "Bogeyman" Di Penanti - Khir Toyo
Keputusan penuh mengikut Peti Undi

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps