Archive for 05/31/09

default

Dari Penanti - Peratusan pengundi keluar rendah

on Sunday, May 31, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti sehingga jam 3 petang ialah 42.2 peratus atau 6,492 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).SPR mensasarkan sebanyak 70 peratus daripada 15,385 pemilih akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil hari ini.

Memang sudah dijangka peratusan keluar mengundi rendah kerana BN tidak menyertai pilihanraya ini . Tinjauan saya pagi ini di Sek Keb Guar Perahu ,Kg Tok sardon ,Sek Men Penanti tidak memberangksangkan dan meriah seperti dahulu pilihanraya kecil Permatang Pauh dahulu.




Luar pintu masuk di Sek Keb Guar Perahu yang lenggang sahaja menunjukkan peratusan keluar mengundi rendah



Kawasan peti undi yang kecil bilangan pengundi peratusan keluar mengundi sangat rendah, malah boleh dikatakan lengang.Saluran 1,2 dan 3 yang kebanyakannya pengundi 40 tahun ke atas amat kurang sekali keluar mengundi .


Menurut sumber , Suruhanjaya Pilihan Raya menyediakan sembilan buah pusat mengundi dengan 32 saluran.Pusat-pusat mengundi itu ialah SMK Guar Perahu (empat saluran), SK Guar Perahu (lima), Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda (satu), SK Mengkuang (empat), SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu (satu), SMK Mengkuang (tiga).
SMK Penanti (tiga saluran), SK Tanah Liat (lapan) dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit mempunyai tiga saluran.

Di Taman Guar Perahu ,hari ini seperti hari cuti biasa, seperti tiada pun pilihanraya . Ramai pengundi di sini membuat keputusan tidak keluar mengundi walaupun semalam ceramah Grand Final oleh Anwar dan konco-konconya diadakan semalam di padang taman guar perahu seperti pesta yang dihadiri ribuan penyokong mereka . Ribuan yang hadir itu mungkin bukan pengundi Penanti dan hanya orang luar sahaja yang datang untuk mendengar .Kehadiran orang ramai ke siri ceramah PKR sebenarnya belum mampu untuk diterjemahkan oleh pengundi untuk keluar mengundi pada hari ini .

Saya juga melihat kelibat Saifudin Nasution pagi tadi di SK Guar Perahu yang mungkin datang untuk melihat peratusan keluar pengundi di situ .Mungkin dia sedang memikirkan strategi mereka untuk menarik keluar seberapa banyak pengundi keluar hari ini mengikut target mereka telah gagal dan tidak mencapai sasaran. Kita tunggu keputusan malam yang pasti ditunggu juga oleh penganalisis politik dan juga BN. BN mungkin akan lihat reaksi rakyat apabila mereka membuat keputusan untuk tidak bertanding untuk pilihanraya yang tidak sepatutnya diadakan ini.

Link

Penanti: 5,000 ahli Umno tidak mengundi

default

9 Melayu antara 40 terkaya di Malaysia

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

BERITA HARIAN


KUALA LUMPUR: Bilangan hartawan Melayu dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia Forbes Asia' bagi tahun ini meningkat kepada sembilan berbanding lapan tahun lalu dengan nilai aset terkumpul mereka mencecah AS$2.603 bilion (RM9.132 bilion).

Nilai aset terkumpul itu bagaimanapun 28.88 peratus lebih rendah berbanding AS$3.65 bilion (RM12.84 bilion) tahun lalu dan hanya mewakili 7.15 peratus kekayaan terkumpul semua individu dalam senarai 40 orang paling kaya Malaysia itu yang berjumlah AS$36.41 bilion (RM127.74 bilion).

Usahawan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary dan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim terus mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai orang Melayu paling kaya dan kedua paling kaya tahun ini.

Turut mengekalkan kedudukan adalah Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir pada tempat ke-3 dan Timbalan Ketua Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun tempat ke-4.

Syed Mokhtar mempunyai kekayaan AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion), manakala Azman AS$470 juta (RM1.65 bilion).

Walaupun kekayaan Syed Mokhtar dan Azman masing-masing susut daripada AS$1.8 bilion (RM6.32 bilion) dan AS$700 juta (RM2.46 bilion) tahun lalu, mereka mengekalkan kedudukan di tempat ke-8 dan ke-11 dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia' tahun ini.

Mokhzani dan Kamarudin pula masing-masing memperbaiki kedudukan dari tempat ke-20 dan ke-21 tahun lalu kepada ke-16 dan ke-19 tahun ini.

Peningkatan itu di sebalik penurunan nilai kekayaan masing-masing daripada AS$290 juta (RM1.02 bilion) kepada AS$215 juta (RM754.29 juta) dan AS$280 juta (RM982.34 juta) kepada AS$205 juta (RM719.21 juta) tahun ini.

Tiga hartawan Melayu baru yang memasuki senarai tahun ini ialah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holding Bhd, Tan Sri Rozali Ismail pada tangga ke-31; Pengerusi Hard Rock Cafe Enterprise Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir di tangga ke-37 dan Ketua Eksekutif Ranhill Bhd, Tan Sri Hamdan Mohamad di tangga ke-38.

Nilai aset ketiga-tiga individu itu masing-masing berjumlah AS$130 juta (RM456.08 juta), AS$100 juta (RM350.83 juta) dan AS$98 juta (RM343.82 juta).

Dua hartawan Melayu lain yang turut berada dalam senarai itu ialah Pengarah Eksekutif Westports, Ahmayuddin Ahmad di tempat ke-25 dengan nilai kekayaan AS$175 juta (RM613.96 juta) dan Pengarah Gamuda Bhd, Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah di tempat ke-35 dengan nilai kekayaan AS$110 juta (RM385.917 juta).

Bagaimanapun, Pengerusi Naim Cendera Holdings Bhd, Datuk Abdul Hamed Sepawi dan Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Nazir Razak masing-masing berada di tempat ke-30 dan ke-40 tahun lalu terkeluar daripada senarai '40 Paling Kaya di Malaysia' tahun ini.

Sementara itu, peneraju Kumpulan Kuok, Tan Sri Robert Kuok dan ahli perniagaan Ananda Krishnan mengekalkan kedudukan sebagai rakyat Malaysia paling kaya.

Kekayaan Kuok adalah AS$9 bilion, turun daripada AS$10 bilion tahun lalu, manakala Ananda pula AS$7 bilion, turun daripada AS$7.2 bilion. Kuok dan Ananda juga adalah orang paling kaya di Asia Tenggara.

Rakyat Malaysia ketiga paling kaya pula ialah Pengerusi Kumpulan IOI, Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan AS$3.2 bilion, turun daripada AS$5.5 bilion tahun lalu.

Forbes Asia dalam kenyataannya berkata, jumlah terkumpul kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia AS$36 bilion bagi tahun ini merosot 22 peratus berbanding AS$46 bilion tahun lalu sejajar kejatuhan 21 peratus pasaran saham tempatan dan penurunan 10 peratus nilai ringgit berbanding dolar AS.

Katanya, pengiraan nilai kekayaan individu dalam senarai itu dibuat berdasarkan harga saham syarikat yang dikuasai dan kadar pertukaran mata wang daripada 15 Mei lalu.

Bagi aset yang tidak disenaraikan pula, ia menggunakan maklumat daripada firma biro kredit BRIS Information Services Sdn Bhd (BRIS) dan sumber lain untuk membuat anggaran nilainya jika aset itu disenaraikan di Bursa Malaysia.

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.