
Persidangan DUN Perak yang dinanti-nantikan - menentukan hidup mati pentadbiran menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan kestabilan kerajaan pencabarnya Datuk Zambry Abd Kadir - bermula seawal menjelang subuh hari ini apabila sekumpulan penyokong PAS mengadakan solat hajat di Manjoi, beberapa kilometer dari pusat bandar Ipoh.
Berikut perkembangan terkini di Perak:
12.30 tengah hari: Berlaku pergelutan antara ADUN Pakatan dan BN apabila wakil rakyat Pakatan meminta Ganesan keluar dari Dewan
12.20 tengah hari: Speaker Sivakumar masih tidak berganjak dari tempat duduknya sejak pukul 10 pagi.
Zambry mengusulkan Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongan tangan semua ADUN BN. Zambry kemudian membawa usul melatikan R Ganesan sebagai Speaker baru.
Dengan cepat Ganesan datang dan menerima pakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN.
Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit “Speaker (Ganesan) ini haram”, “selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram” dan “Perak ada Speaker haram.” Kesemua ADUN BN dan 3 ADUN Bebas bersetuju , namun Sivakumar tetap tidak mahu melepaskan jawatan speaker. Zambry memohon agar Dewan ditangguhkan.
Mahkamah telah membatalkan pengantungan 10 ADUN yang digantung oleh Sivakumar sebelum ini. Sivakumar kini tidak berhak dan tidak layak lagi menjadi speaker Dewan Rakyat Perak.
11.16 pagi: Suasana dalam Dewan tiba-tiba tenang selepas kedua-diua pihak mengadakan 'sidang' masing-masing. Pihak BN berkata, sidang ditangguhkan selama sejam.
10.35am Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan terus bertegang. Speaker terus mengulangi bahawa usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan beliau terbatal dan tidak sah, sementara menteri besar BN itu tetap bertegas Speaker itu telah diganti.
Speaker mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakil rakyat BN, termasuk Zambry, dan tiga bebas. Pengawal bagaimanapun enggan berbuat demikian
Kedengaran suara Siva menjeri-jerit dengan angkuhnya sambil berkata beliau masih berkuasa, bila orang bantah ,dia berulang-ulang mengatakan " Saya tidak mahu dengar apa-apa " seperti orang bodoh saja .
Kedua-dua pihak berkerumun di kerusi menteri besar di dalam dewan dan terus bertikam lidah. Setiausaha dewan cuba campur tangan tetapi ADUN Pakatan mengawalnya, sementara Speaker tidak melayannya.
Zambry cuba mengumumkan Speaker telah ditukar tetapi tetapi semua mikrofon ADUN telah dimatikan kecuali di depan Speaker. Setiap kali Zambry cuba bersuara, ADUN Pakatan Rakyat membuat bising.
Suasana tegang berlanjutan.
Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan tersebut belum boleh memasuki dewan akibat ketegangan tersebut.
10.20am Suasana kecoh di dalam dewan apabila kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat masing-masing bangun untuk campur tangan keputusan Speaker, V Sivakumar.
Sekumpulan ADUN Pakatan menghalang setiausaha dewan Abdullah Antung - yang juga digantung tugasnya - duduk di depan Speaker untuk memulakan persidangan.
Mereka menggesa Abdullah agar tidak campur tangan dengan alasan beliau hanya seorang kakitangan kerajaan.
Tindakan itu mendorong wakil-wakil rakyat BN bangun dan turut berhujah. Kedua-dua pihak saling bertengkar dan menjerit-jerit. Suasana dewan menjadi tidak tentu hala.
Bagaimanapun tiada pergaduhan fizikal berlaku.
Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir cuba berkata sesuatu tetapi Speaker menjawab bahawa beliau enggan mendengarnya. ADUN-ADUN Pakatan juga cuba menghalang Zambry bercakap.
Menteri besar BN cuba membawa usul menggantikan Speaker tetapi ditolak.
10.19am Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat ditahan polis berdekatan DUN Perak kerana memasuki kawasan larangan polis 500 meter dari bangunan tersebut.
Wakil rakyat PAS bagi Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dan wakil PSM bagi Sungai Siput, D Jeyakumar antara ADUN dan ahli parlimen pembangkang yang telah ditahan.
9.55am Speaker DUN V Sivakumar mengarahkan Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exconya - yang digantung oleh jawatankuasa khas dewan tersebut - keluar.
Beliau enggan memulakan persidangan jika ketujuh-tujuh itu enggan mematuhi arahannya. Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja sebagai tanda sokongan.
Tindakan tersebut bermakna Speaker - yang mempunyai kuasa tersendiri dalam cabang legislatif - tidak mengiktiraf keputusan mahkamah yang telah membatalkan penggantungan yang dibuat oleh DUN.
Sivakumar, yang mengetuai jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Perak, juga mengarahkan tiga ADUN bebas meninggalkan dewan.
Ketiga-tiganya dianggap telah meletakkan jawatan awal Februari lalu, sebelum rampasan kuasa BN.
Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja dan menjerit "keluar" ke arah 10 ADUN tersebut, tetapi mereka masih berdegil.
ADUN Pakatan dan BN masing-masing menjerit ke arah satu sama lain.
Speaker DUN terus mengarahkan 10 ADUN itu meninggalkan dewan. Kedua-dua pihak BN dan Pakatan masih saling jerit-menjerit ke arah satu sama lain.
9.45am Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, ditahan polis di belakang bangunan utama pentadbiran Perak - yang menempatkan DUN.
9.30am Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN.
Kedatangan baginda disambut dengan rasa hormat semua ADUN Pakatan Rakyat, mereka semua berdiri, tidak seperti sikap mereka terhadap Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir yang tidak menerima penghormatan itu.
9.24am Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN sebelum pembukaan rasmi sidang.
Beliau berjabat tangan dengan Speaker DUN V Sivakumar, juga seorang ADUN DAP bagi Tronoh.
9.23am Bilangan anggota polis yang kebanyakan berpakaian biasa - dalam vest kuning bertulisan "polis" - semakin ramai di bangunan Umno.
Suasana tenang, helikopter kelihatan mengawal dari udara.
Semua lebih kurang berada di perkarangan lobi bangunan Umno Perak, beberapa kilometer dari bangunan DUN. Sepanduk yang direntang berbunyi, antaranya, "kami anti penderhaka, pertahankan hak rakyat, biarkan DUN bersidang dengan aman."
Mereka juga melaungkan "daulat tuanku."
8.35am Mohamad Nizar dan semua ADUN Pakatan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan. Semua pengawal peribadi mereka disekat masuk di pintu utama. Pemandu dibenarkan masuk.
8.30am Semua ADUN Barisan Nasional tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan dalam sebuah bas. Mereka disambut oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang berpakaian hitam di luar bangunan tersebut - yang menempatkan DUN Perak.
9.00am Ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin [foto, serba hitam] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong - yang ditahan - dibawa di dalam trak polis.
Mereka menjerit "1Black Malaysia", "bubar DUN" dan "reformasi."
8.50am Sekurang-kurangnya 11 orang ditahan polis, termasuk ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin, ADUN Teratai (Selangor) Janice Lee [foto, tersenyum] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.

Sidang Dun Perak kecoh..

Mat Sabu ditahan dan mungkin ramai lagi akan kena esok ...

7/5/2009
TERBARU: Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang Jaya, Zuraida Kamaruddin bersama sembilan yang lain ditahan di luar perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan kerana cuba menyusup masuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Beliau ditahan setelah ingkar perintah polis untuk tidak meninggalkan perkarangan bangunan tersebut.
Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu ditahan di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, pada jam 3.15 petang hari ini selepas didapati cuba menghasut penyokongnya mengadakan perhimpunan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah memaklumkan bahawa pemimpin kanan parti politik itu ditahan sepasukan polis selepas menerima maklumat pemimpin itu cuba memberi dorongan kepada pengikutnya bagi mengadakan perhimpunan haram di Bangunan Perak Ridzuan pada hari esok.
"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan itu dan jika ada keperluan kita akan mengenakan tahanan reman bagi membantu siasatan,"
Sekumpulan anggota polis di percayai Speciah Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau tidak bertamadun itu.
"Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran.
"Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat (Mohamad Sabu) tetapi dihalang anggota yang ramai," ujarnya kesal.
Dipercayai penangkapan terhadap Naib Presiden PAS ini dibuat ada kaitan dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh esok (7 Mei), bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.
Ianya berkemungkinan susulan daripada penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.
"Ke mana Mohamad Sabu dibawa, apa tujuan mereka tidak diberitahu," kata Salahuddin."
Komen PB
Ini lah wajah pemimpin mereka yang sanggup melaga-lagakan bangsanya sendiri dan suka berlaku huru hara dalam negara. Tangkap kepala geng mereka ini merupakan langkah yang tepat dan bijak sebelum ketua mereka ni turun pada esok harinya .Tindakan agresif dan pantas oleh polis dilihat perlu bagi mengekang sebarang usaha yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam berhubung keputusan Kerajaan Negeri Perak baru yang bakal melangsungkan Persidangan DUN pertamanya esok.
Aku ingat tujuan mat sabu buat semua ini merupakan ada agenda untuk beliau menonjolkan diri sebagai hero PAS di mata ahli PAS supaya memilihnya sebagai calon Timbalan Presiden PAS.

Sudah tahu kena main pun tetap sokong lagi ...

PAS marah lagak Anwar dalam Pakatan
Abdul Rahim Sabri | May 5, 09 5:24pm
kemaskini 6.53pm PAS marah dan kecewa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak berunding dengan pemimpin parti itu dan DAP sebelum PKR mengumumkan kekosongan DUN Penanti, kata seorang pemimpin PAS Pulau Pinang.
PAS juga mendakwa mereka kesal dengan tindakan ketua pembangkang itu yang berlagak seperti "orang besar" dalam Pakatan Rakyat yang "tidak menghormati" pemimpin parti-parti lain.
"Beliau selalunya bercakap tentang (pentingnya) Pakatan Rakyat, (tetapi) contoh terbaru, isu Fairus letak jawatan (diputuskan) tanpa berbincang dengan DAP dan PAS pusat," kata pemimpin itu yang enggan dikenali.
"Tak berbincang. Dia buat macam orang besar dalam Pakatan. Tak hormat (rakan Pakatan yang lain)."
Menurut sumber itu, tindakan sebelah pihak Anwar itu boleh menggugat kesatuan gabungan pembangkang di Pulau Pinang kerana memaksa PAS dan DAP "mengikut caranya."
"Pakatan Rakyat tidak boleh pergi (bertahan) lama kalau bergantung ikut cara dia, ikut kehendak dia," katanya.
Tindakan penasihat PKR yang tidak berbincang tentang peletakan Mohamad Fairus tanpa memikirkan kesan kepada Pakatan khususnya menyebabkan akar umbi kecewa dengan situasi tersebut.
"Pengundi dan ahli akar umbi PAS dan PKR kecewa," katanya.
Tambah sumber, beliau dimaklumkan kemungkinan penyokong PAS dan PKR di Penanti tidak akan keluar mengundi sekiranya PKR meletakkan calonnya Mansor Othman dalam pilihanraya kecil itu, 31 Mei ini.
Berdasarkan maklum balas akar umbi parti itu, pemimpin tersebut berasa bimbang dengan situasi itu, kemungkinan calon Pakatan Rakyat kalah.
Beliau juga mendengar rungutan daripada perayu-perayu undi di kalangan Dewan Muslimat yang menghadapi masalah untuk meyakinkan pengundi setelah menguar-uarkan Mohamad Fairus – calon muka baru – boleh berkhidmat untuk mereka dalam pilihanraya umum tahun lalu.
"(Muslimat memberitahunya:) Apa lagi yang kami nak cakap, (dulu) kata Fairus boleh buat kerja, tiba-tiba letak jawatan sebab tidak berprestasi, jadi macam nak yakinkan pengundi (sekali lagi)?" katanya.
sumber :www.malaysikini.com
Komen PB
Sudah tahu dimainkan oleh Sang Saudagar Penipu Anwar Ibrahim , Sampai bila mereka ini perayu-perayu undi Muslimat PAs ini mahu hidup membodohkan rakyat dan sampai bila pula mereka ini mahu terus jadi penipu dan merapu menipu pengundi2 untuk merayu undi calon mereka. Kalau nak cakap calon depa ni Dr Mansor ni baguih ,kena tebalkan la muka tu aku rasa ..dulu bukan main canang sakan nama Fairuz Khairuddin ini boleh memimpin dan bela rakyat ,keluar graduan universiti lagi ..
sekarang itu semua tinggal cakap mulut saja ,Fairuz pun sudah letak jawatan kerana hendak sambung lagi pelajarannya mungkin samapi PHD kot . alasan yang tak munasabah oleh seorang wakil rakyat yang cuba lari dari perjuangan membela rakyat. aku rasa buang saja slogan Harapan Baru Untuk Pulau Pinang itu ,harapan tinggal haprakkk saja ..

Siapa guna bomoh ??

INI adalah peralatan yang dijumpai dalam kediaman rasmi Menteri Besar, sewaktu team peninjau YAB Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir masuk untuk membersihkan kediaman berkenaan.
Kain kuning, jarum serta bulu landak dibungkus dan disimpan oleh pakatan pembangkang di kediaman rasmi YAB Menteri Besar, sebelum mereka meninggalkan rumah itu.
Teringat satu jenaka, empat lelaki dalam kereta, sewaktu hujan lebat. Si A terkentut lalu dengan kuatnya menjerit, "Siapa kentut ni bau busuk," katanya. Si B, C dan D terkejut dan menafikannya. Si A menjerit kerana untuk mengelakkan dirinya dituduh sebagai pengentut.
Strategi yang sama digunakan oleh pembangkang. Mereka yang menggunakan ilmu sihir -- berbomoh dan berpawang -- tetapi menuduh orang lain berbuat demikian. Ini taktik pembangkang.
Tujuan mereka tak lain dan tak bukan mengelirukan rakyat dengan menggunakan fitnah. Sebab itu Khalil Idham Lim, beriya-iya menuduh Dr Zambry menggunakan bomoh sebab itu cara mereka.
source : http://selamatkanperak.blogspot.com/2009/05/siapa-guna-bomoh.html
link cerita bomoh !!
http://parpukari.blogspot.com/2009/05/berita-terkini-malaysiakini.html
Sami beri keyakinan Anwar jadi PM dalam masa terdekat
Dua hari lagi sebelum sidang Dun Perak
Komen PB
Tengok daripada pic itu seperti bungkusan kecil yg dililit dengan tali ..Jika orang cakap itu seperti cenderamata ,ada ke Adun2 yang tua2 ni dok main lagi benda2 ni Sebenarya ini jelas semua penipuan dan pembohongan tahap gila punya Pakatan ini .
Tindakan MB Perak yang telah membuat laporan polis berhubung tuduhan tersebut merupakan satu tindakan yang tepat demi mempertahankan maruah MB sendiri, kerajaan BN dan umat Islam keseluruhannya. Adalah tidak wajar untuk kita selaku umat Islam mempercayai dan taksub kepada perkara-perkara berunsur tahyul ini.
Kenapa begitu terdesak wahai Pakatan Rakyat Perak??? Sampai sanggup menfitnah dan menuduh yang bukan-bukan.Di sini kenyataan Adun tersebut yang mengatakan mempunyai bukti ..
DUN Titi Serong, Khalil Idham Lim menambah, beliau bersedia memberikan keterangan berhubung kenyataannya itu yang diadukan kepada polis oleh Datuk Zambry Abd Kadir semalam.
“Mustahil saya tidak bersedia memberikan keterangan. Saya keluarkan fakta, takkan saya hendak lari daripada memberikan keterangan.
“Kita ada bukti yang diberitahu (oleh) sumber tertentu” ,
Diminta menjelaskan lanjut bukti dakwaannya itu, Khalil berkata:
“Sekarang masalahnya, orang memberitahu saya, (itulah) bukti saya. Maklumat daripada orang yang tahu betul cerita ini.”
Apa punya kriteria pemimpin seperti ini ,mendengar sahaja cerita terus percaya dan serang orang lain tanpa usul periksa .Sampai bila mereka ini mahu hidup membodohkan rakyat dan sampai bila pula mereka ini mahu teus jadi penipu dan merapu sepanjang masa. hanya dengan mendengar cakap orang saja mereka boleh mengambil nya sebagai bukti.

Ugutan oleh DAP minta bebaskan Manoharan
Bebaskan Manoharan atau Satu Lagi Pilihanraya Kecil Yang Tidak Dikehendaki
KUALA TERENGGANU - Keengganan kerajaan Barisan Nasional membebaskan tahanan ISA termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Shah Alam M Manoharan mungkin akan menyebabkan satu lagi pilihanraya kecil ‘yang tidak diingini’.
Manoharan (gambar) telah menggambarkan, beliau mungkin meletakkan jawatan sekiranya terus ditahan dengan akta kejam dan zalim itu.
Ketua Penerangan DAP, Tony Pua, menggesa Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamudin supaya membebaskan Manoharan dengan segera.
“Sebaliknya, sekiranya berlaku satu pilihanraya kecil ‘yang tidak diperlukan’ yang membelanjakan banyak wang, masa dan tenaga, mengalihkan tumpuan negara dari masalah ekonomi sekarang,
(INI SATU LAGI KENYATAAN BUDAK SEKOLAH ,YANG NAK PILIHANRAYA BULAN NI DI PENANTI ITU APA ???SIAPA YANG CREATE SEMUA TU ??? PKR SENDIRI SYOK-SYOK BUAT PILIHANRAYA DAN ADA KA MEREKA INGAT TENTANG BAZIR DUIT RAKYAT ,MASA DAN TENAGA......PIRAHHHH )
“ia adalah kerana disebabkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memaksa peletakan jawatan itu dengan mengamalkan ISA yang mengizinkan tahanan tanpa perbicaraan,” kata Tony Pua dalam satu kenyataannya.
“DAP tidak boleh berbuat apa kecuali merasakan kasihan belas dengan dilema dan kepayahan yang dirasai oleh rakan kami yang telah dipilih oleh rakyat.
“kami juga menghormati pengorbanan dan kesediaan beliau untuk meletakkan jawatan serta mengembalikan kepentingan kepada kawasan yang diwakilinya,”tambah Pua.
(JANGAN DOK BERLAKON DRAMA PULAK WAT SEDIH PULAK ...SALAHKAN KERAJAAN PULAK TAHAN YB MEREKA DALAM ISA .. KALAU SUDAH TAHU TAK BOLEH BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT LEBIH BAIK TAK PAYAH BERTANDING DARI AWAL ..BODOH BETUL LA ..)
Pua menegaskan pembebasan Manoharan akan membantu menurunkan kepanasan suhu politik tanahair, mengambil kira pandangan Perdana Menteri yang menyebut “terlalu banyak politiking dalam negara kita yang sepatutnya sekarang kita tumpukan untuk memulihkan ekonomi dn mengambil berat tentang kepentingan rakyat dan bergerak kehadapan, demi negara dan membawa Malaysia kepada kejayaan yang cemerlang,”
“Oleh itu, ia menjadi kepentigan utama kepada Dato’ Seri Hishamudin untuk membebaskan Manoharan, semua tahanan HINDRAF begitu juga semua tahanan di Kamunting dengan kadar seberapa segera bagi menglakkan pilihanraya kecil yang tidak diperlukan,”
“Lebih-lebih lagi, Dato’ Seri Najib telah pun mengakui ISA sudah tidak relevan buat masakini dan keperluan kepada suatu penilaian dan reformasi kepada undang-undang tersebut.
Oleh yang demikian, tidak masuk akal kepada Menteri Dalam Negeri meneruskan tindakan menahan rakyat Malaysia dibawah undang-undang zalim tersebut.
sumber : http://buletinonline.net
Komen PB
JANGAN DOK INGAT UGUTAN MEREKA INI BUAT KERAJAAN TAKUT ...AKU PUN HAIRAN DENGAN KENYATAAN TONY PUA INI BILA PULAK NAJIB CAKAP ISA INI SUDAH TIDAK RELEVAN BUAT MASA KINI DAN KEPERLUAN . NAJIB CUMA CAKAP IA AKAN KAJI DARI SEGI PERLAKSANAAN MENGIKUT KESESUAIAN ZAMAN . MEMANG TONY PUA INI PUTAR BELIT KENYATAAN NAJIB.

Anwar rancang 4 hingga 5 pilihan raya kecil lagi?

Apabila saya membaca kenyataan ulasan oleh penganalisis politik terkenal meramalkan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu akan 'mencetuskan' antara empat hingga lima pilihan raya kecil lagi menjelang pilihan raya umum ke-13.
Mereka berpendapat bahawa penstrukturan semula kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang diumumkan Isnin lalu, kemungkinan merupakan antara strategi parti itu khususnya Anwar bagi menghadapi siri pilihan raya kecil. Ada benarnya juga kerana dalam politik sebuah parti mereka perlukan perubahan dan penstrukturan semula jika terdapat kelemahan dalam parti seperti yang UMNO lakukan sekarang selepasa pemilihan UMNO.
Pilihanraya umum yang terbaru ini di dalam kawasan parlimen beliau sendiri wujudkan walaupun bekas Adun kawasan itu Fairuz Khairuddin sudah bebas daripada tuduhan rasuah .
Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Anwar telah membentuk satu kepimpinan baru yang akan menjadi penggerak utama PKR bagi menghadapi satu demi satu pilihan raya kecil yang telah pun dirancangnya.
"Anwar dah tentukan pilihan raya kecil ini... beliau sudah tentukan di mana, tentukan cara peperangannya dan tentukan hasil pilihan raya itu.
"Saya jangkakan sebelum pilihan raya umum ke-13, akan ada empat hingga lima pilihan raya kecil lagi yang sudah pun dirancang oleh Anwar.
"Bila melihat senarai kepimpinan baru parti itu, maka itulah jagoan-jagoan PKR yang akan digunakan Anwar untuk menjayakan strategi itu,"
Isnin lepas Anwar telah umumkan mengumumkan penstrukturan jawatan dalam PKR yang dikatakan bertujuan untuk memperkemaskan jentera, menggilap semula idealisme perjuangan, muhasabah bagi memperbaiki kelemahan, menjana kekuatan parti serta meningkatkan khidmat kapada rakyat. Selalu dalam apapun perubahan yang buat kita tentunya mesti mahu lakukan ujikaji dan eksperimen .Jadi ini yang Anwar mahu lakukan dengan mengadakan pilihanraya kecil sehingga PRU 13.Selain itu ,Awnar mungkin mahu mengalihkan perhatian rakyat terhadap kes liwat yang dihadapinya nanti .
Mustafa percaya Anwar hanya merancang untuk mengadakan pilihan raya kecil di kawasan-kawasan yang beliau yakin boleh peroleh kemenangan selese terutama di kawasan-kawasan yang kini sudah sedia diterajui PKR.
"Anwar hanya rancang (pilihan raya kecil) di kawasan yang mana dia yakin akan peroleh kemenangan lebih 70 peratus.
"Kalau kurang daripada itu, dia tidak akan berani. Dia hanya menumpukan terhadap kawasan yang dipegang oleh PKR... DAP dan PAS tidak akan buat begitu (rancang pilihan raya kecil)," katanya.

Pendekatan Strategik, Pemuda Umum 28 Biro, Sekretariat Dan Unit
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengumumkan penubuhan 28 biro, sekretariat dan unit sebagai satu pendekatan perubahan strategik pergerakan itu bagi menarik golongan muda tanpa mengira kaum dan agama menyokong Barisan Nasional (BN).
Jelas beliau pendekatan itu juga berdasarkan lima rukun Pemuda iaitu Berprinsip, Inklusif, Proaktif, Relevan dan Bersatu.
Pada sidang media selepas berakhirnya Majlis Khemah Kerja Perdana Pemuda UMNO selama tiga hari di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik, beliau turut menghuraikan kelima-ima prinsip tersebut.
Jelasnya Berprinsip bermakna Pemuda tetap berpegang teguh kepada perjuangan asas UMNO, agama, bangsa dan negara serta mempertahankan perlembagaan, rukun negara, kontrak sosial dan perkongsian kuasa.
Pemuda Inklusif pula kata beliau adalah dengan memberi fokus kepada usaha bukan saja pada ahli UMNO tetapi juga generasi muda tanpa mengira kaum yang tidak berparti dan tidak menyokong UMNO.
Beliau berkata, Pemuda yang proaktif bermaksud tidak perlu menunggu sebarang arahan untuk menyelesaikan masalah dan ia perlu dilakukan dengan pantas dan berkesan sebelum ia menjadi krisis yang besar.
Bagi menjadikan Pemuda Relevan pula tambah beliau semua program Pemuda diubahsuai mengikut cita rasa golongan muda dengan menggunakan saluran komunikasi seperti media baru, facebook dan lain-lain.
Sementara yang terakhir prinsip tersebut iaitu Bersatu membawa maksud Pemuda yang bersatu tanpa ada sikap berpuak-puak dan terikut-ikut dengan politik pecah belah.
Berikut adalah senari lengkap Biro, Sekretariat dan Unit yang diwujudkan.
Biro Politik – Khairy Jamaluddin
Sekretariat Pengurusan – Datuk Razali Ibrahim
Sekretariat Penerangan – Datuk Reezal Merican Naina Merican
Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan – Soohaimi Shahadan
Biro Pertanian dan Industri Asas Tani – Zubir Zabidi
Biro Antarabangsa/Aman Malaysia – Datuk Ahmad Zaki Zahid
Sekretariat Hal Ehwal Luar Bandar – Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak
Sekretariat Hal Ehwal Bandar – Tengku Azman Tengku Zainal Abidin
Biro Putera UMNO – Megat Zulkarnain Omardin
Biro Perhubungan NGO – Suffian Awang
Biro Keahlian dan Pemilih – Hishammuddin Yahaya
Biro Pendidikan Politik – Ali Mazat
Biro Pelajaran – Mohd Gasing Saling
Biro Pengajian Tinggi – Syahrin Jamaluddin
Biro Agama - Ustaz Mohd Afandi Yusof
Biro Aduan Komuniti – Datuk Mohamad Khairun Aseh
Biro Sukan – Datuk Ahmad Darus
Biro Kebudayaan dan Kesenian – Jamawi Jaafar
Biro Sosio Etika – Mohamad Iruan Zulkefli
Sekretariat Profesional Muda – Shafiqurrahman Shamsuddin
Sekretariat Pekerja Muda – Nazir Hussin Akhtar Hussin
Sekretariat Perhubungan Kerajaan – Badrol Hisham Zaki
Sekretariat Pemuda BN dan Satu Malaysia – Mohd Faizal Ramli
Unit Pidato dan Penghujahan Umum – Lokman Noor Adam
Unit Media Baru – Tun Faisal Ismail Aziz
Unit Perang Saraf – Mohd Anis Hisham Abd Aziz
Akademi Pemuda – Khairul Azwan Harun
Biro Tugas-tugas Khas – Abdul Razak Abdul Rahman
Sumber: www.pemuda.com.my
komen PB
Daripada nama2 biro dan sekretariat ini ,saya yakin dengan kemampuan semua pimpinan Pemuda ini untuk menjalankan tugas yang diamanahkan .Saya cukup tertarik dengan Unit Pidato dan Penghujahan Umum yang diketuai oleh Sdr Lokman Noor Adam. Beliau memang berbakat dan berpengalaman dalam memberi ceramah ketika pilihanraya dan diharapkan beliau dapat melahirkan lebih ramai pemidato hebat di dalam Pemuda UMNO.

Siapa yang psikologi siapa ?? PKR ke UMNO

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, Mansor Othman berkata Umno malah akan memilih seorang calon yang berwibawa untuk menyukarkan laluannya.
"Bukan gaya Umno tidak bertanding, bukan budaya parti tersebut. Parti itu akan meletakkan calon walaupun ia mendakwa underdog (tidak mudah menang)," katanya.
"Umno sedang menggunakan (taktik) permainan psikologi dengan meletakkan kita (PKR) calon pilihan.
Ini adalah satu kenyataan budak sekolah dan beliau menyalahkan pihak lain yang menggunakan permainan psikologi . Siapa yang main perang psikologi ini dahulu ?? politik gempaq dari 16 Sept kini pulak politik suka-suka buat pilihanraya kecil . Tiada pun kematian Adun kawasan itu malah beliau juga tidak didapati bersalah dalam isu rasuah diminta juga kosongkan kerusi Dun beliau sendiri oleh Anwar .
Selalu nya mereka yang hebat dalam permainan psikologi dan minda rakyat kini pula gerun dengan permainan BN ???haha lawak2 . Tunggu la esok Isnin 4 hb Mei BN akan mengumumkan samada BN bertanding di kerusi Dun Penanti .Aku masih lagi yakin BN akan bertanding d DUN Penanti .

Cerita ugutan bunuh lagi ...

Bila melayari blog2 pembangkang ,mereka menyatakan menjelang 7 Mei kecoh pulak ada ugutan bunuh terhadap Adun2 mereka dan parti UMNO dituduh .Aku ingat mereka ini Blogger PR sudah kehabisan modal,menuduh & fitnah YB PR diancam bunuh oleh BN.
Awat bodoh sangat,akal letak di mana? kalau nak tipu masyarakat sikit sikit sudah lah,ni sampai fitnah & menuduh angkara musuh politik . Dulu ketua mereka Anwar sanggup lari ke Kedutaan Turki bersembunyi seperti cerita James Bond kerana ada orang mahu membunuhnya .Tetapi aku tengok sampai hari ini sihat sahaja pergi ke mana sahaja sampai mengurut di Thailand. Mereka ini sengaja mahu menunjukkan supaya rakyat simpati terhadap mereka dan BN dianggap kerajaan zalim dan kejam. Orang sudah muak dan jelak dengan cerita fitnah ini yang tanpa fakta ini ..l
Ini link Blog Fitnah PR
PerakEkspress
http://www.arifabdull.com/?p=482
Ini Laporan rasmi media
Laporan Bernama
IPOH, 2 Mei (Bernama) -- Polis hari ini menafikan laporan beberapa laman blog yang mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdul Yunus Jamhari diserang sekumpulan lelaki berdekatan pejabat Pusat Khidmat DUN Kuala Kurau malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan berkata mangsa serangan sebenarnya adalah pembantu khas kepada Adun berkenaan yang hanya mengalami kecederaan kecil di tangan akibat terkena pisau ketika mempertahankan dirinya.
"Saya ingin tegaskan bahawa motif serangan tidak ada kaitan langsung dengan hal politik. Sebaliknya ia berpunca akibat masalah peribadi melibatkan pembantu khas itu dengan kumpulan lelaki tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mat Fauzi yang enggan mengulas lanjut bagaimanapun mengesahkan polis telah menahan empat orang bagi membantu siasatan kes serangan berkenaan.
Bernama difahamkan pembantu khas berkenaan dan seorang wanita merupakan antara empat yang ditahan polis itu dan kesemua mereka dijangka dihadapkan ke mahkamah Isnin ini.Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah ketika dihubungi berkata kejadian serangan dipercayai adalah bermotifkan cemburu yang melibatkan seorang wanita.
Beberapa laman blog melaporkan sekumpulan lelaki bersenjatakan cota dan senjata tajam yang tiba dalam tiga buah kereta telah menyerang pembantu khas berkenaan pada pukul 8.40 malam tadi ketika beliau sedang minum di sebuah warung berdekatan pejabat Pusat Khidmat DUN Kuala Kurau.
link
UMNO BN:Cubaan Bunuh , Fitnah 18SG
http://rajahmas.blogspot.com/2009/05/ugutan-bunuh-terhadap-pakatan-rakyat.html

Orang yang dimaksudkan Nik Abduh sudah diketahui...

Dalam minggu ini tajuk paling panas di muka depan Utusan iaitu tulisan bertajuk Kerja-Kerja Bodoh Dalam Pas oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Beliau telah menyerang 'pembantu-pembantu' bapanya ( budak tingkat 1 ) , Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas.
Nik Abduh menyifatkan pembantu-pembantu politik itu sebagai sesat kerana memberikan gambaran yang salah mengenai situasi yang berlaku sekarang ,kerajaan perpaduan dan juga melaga-lagakan Nik Aziz dengan Presiden PAS . Di bawah ini saya memetik tulisan dari blog GAP mengenai siapa dalang pembantu Nik Aziz itu
hampir 25 minit kami berbual. panggilan yang gap terima daripada seorang pimpinan pas pusat yang pro muzakarah telah menceritakan segalanya.
amukan timbalan ketua pemuda pas kelantan, nik abduh akhirnya terjawap. tuduhan mengenai wazir yang bermain kelong (kayu tiga) dan selama ini telah bejaya merosakkan perhubungan diantara mursidul am nik aziz dan presiden pas akhirnya telah gap ketahui.
kerja wazir (pembantu) ini tidak lain hanyalah menjadi mata dan telinga kepada anwar ibrahim. segala urusan dan hala tuju politik politik pas telah diracun dengan sebegitu halus oleh wazir ini.
nik ajis telah banyak terbabas, adakalanya terpesong dan memesongkan. kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau sejak kebelakangan ini banyak mengundang kontradiksi, kontra daripada perjuangan asal pas.
bicara nik aziz mengenai elizabeth wong jugak mengundang kontroversi. salahnya pada isu 'bersekedudukan' dengan helmy langsung tiada disentuh. kenyataan yang keluar dari mulut beliau hanyalah simpati. persoalan moral,akhlak dan hukum di tolak ketepi. zulkifli nordin dan pimpinan pas negeri selangor membantah berkali-kali, tetapi nik ajis menutup telinganya sendiri.
ramai yang tersentak dengan komen nik ajis ini. KALAU KES ELIZ TERJADI KEPADA UMNO, SUDAH PASTI NIK AJIS TAJI BERTUBI-TUBI.tetapi bila kena kepada rakan sendiri, kita cerita lain kali.. rrrupa-rupanya, dibelakang tabir nik ajis ada seorang penasihat peribadi. tugasnya melaporkan semua yang berlaku kepada anwar attaturki. bila nik ajis berdehem, satu panggilan di beri. "salam tok guru, ente sihat ke." ..kata anwar kepada nik ajisi.
budak tingkat 1 pejabat mb cukup hebat lakonannya. ini belum masuk bisikan-bisikan syaitan merosakkan hubungan nik ajis dan guru hadi. bila mesyuarat bermula, guru hadi membuka cerita. perpaduan melayu dan keselamatan islam harus kita tunjangi. umno sudah calling-calling untuk duduk minum kopi. tak kisah dimana pun, kita harus depani...
tatkala nik ajis mengangguk tanda setuju, wazir tadi sudah menghubungi anwar attaturki.. 'may day may day..nik ajis dan guru hadi mahu selamatkan islam dan politik melayu..ini bahaya kepada masa depan kita nanti." kata wazir sang penghasut kepada anwar attaturki .
' apa, perpaduan'. jerit anwar... 'apa selamatkan islam.' jerit saifudin... tak boleh tak boleh... cina dan india sudah buat jalan untuk kita ke putrajaya. takkan kita nak tarik balik hand brake. ayuh kita jumpa nik ajis, nasihati tok guru tolak ini cadangan muzakarahi.
begitulah game politik sundal wazir tingkat 1 dan anwar. nak tahu lebih jelas, maka perhatikanlah insiden elizabeth wong pakai tudung datang ke kelantan mencuci dosa di kota baharu, yang sebenarnya 'memberi nyawa' kepada anwar dan pkr.
nik abduh sudah tidak tertahan lagi melihatkan ayahanda nya dibodohi berulang-kali. satu pukulan maut telah diberi, BAPAK AKU NIK AJIS DIBODOHKAN OLEH WAZIRNYA SENDIRI !
11 bulan nik abduh memerhatikan perjalanan pas, sudah banyak terbabas dan kerap kali terpesong. dipesongkan oleh 3 jahanam, anwar, saifudin dan wazir di tingkat 1.
maka bergentayangan lah suara-suara membela diri. ada yang kontradiksi menyokong nik abduh tetapi ada juga yang menyokong penuh kenyataan beliau. PAS HARUS KEMBALI KE PERJUANGAN ASAL, BUKANNYA MENURUT KATA ANWAR DAN DAP !
maka diselidiki lah oleh gap siapa gerangan budak tingkat 1 ini. rrupa-rrupanya dia adalah setiausaha politik nik ajis sendiri, namanya khairul anual bakri. rambutnya kerinting badan kurus macam lidi. otaknya ligat memusing fakta demi kepentingan anwarun attatruki.
muslihatnya tidak terperi, surat tahniah kepada petra dikarang sendiri sebagai tanda mencipta persepi. nik ajis menyokong fitnah petra tanpa sebarang bukti.
maka aku gali dan gali...hhaaa bertemu lagi satu bukti sensasi. rrupa-rupanya anual bakri ini pernah bertugas sebagai PTD , BAHAGIAN BELANJAWAN KEMENTERIAN KEWANGAN ! di kala anwarun attaturki menjawat jawatan menteri !
oohh..rupa-rupanya cinta telah lama bersemi, antara anwar dan anual bakri ! patutlah segala rahasia sulit dan selit pas dibocori tanpa pimpinan pas sedari..
aduhai pas, mengapa begitu mudah dipermainkan begini. ayuh sedarlah seluruh penyokong pas, anwar sedang mencipta strategi untuk menghancurkan pas sekali lagi ! CATASTROPHI SUDAH MEJALAR LAJU DALAM PAS , AYUH SELURUH PENYOKONG PAS YANG SINGGULAR DAN PLURAL SELAMATKAN DIRI DARIPADA DILIWATI !klik disini
link
Nik Abduh dihadap ke tribunal Dewan Ulama

Pemuda Umum Exco Lantikan Dan Ketua Pemuda UMNO Negeri

Oleh Kazman Kamal
Kuala Lumpur -- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mengumumkan perlantikan Ahli Jawatankuasa tambahan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri bagi sessi 2008-2011.
Setiausahanya, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berharap dengan lantikan ini, akan dapat mengeratkan kerjasama dan perpaduan di kalangan ahli-ahli Pemuda UMNO dari segenap lapisan masyarakat.
Berikut adalah senarai EXCO Lantikan Pemuda UMNO Malaysia :-
Sdr. Anis Hisham Abdul Aziz
Pemuda UMNO bahagian Kuala Selangor
Sdr. Abdul Razak Abd Rahman
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kota Melaka
Sdr. Khairul Azwan Dato’ Harun
Ketua Pemuda UMNO bahagian Pasir Salak
Sdr. Badrol Hisham Haji Zakaria
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Terengganu
Sdr. Mohd Faizal Hj. Ramli
Ketua Pemuda UMNO bahagian Teluk Kemang
Berikut adalah senarai Ketua Pemuda UMNO Negeri-Negeri:-
Ketua Pemuda UMNO Negeri Perlis
Sdr. Mohsin Mohd Yusoff
Ketua Pemuda UMNO bahagian Padang Besar
Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah
Sdr. Badrol Hisham Hashim
Ketua Pemuda UMNO bahagian Padang Terap
Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang
Sdr Norman Zahalan
Ketua Pemuda UMNO bahagian Bayan Baru
Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak
Sdr. Maslin Sham Razman
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Kangsar
Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor
Sdr. Suhaimi Mohd Ghazali
Ketua Pemuda UMNO bahagian Sepang
Ketua Pemuda UMNO Negeri Wilayah Persekutuan
Sdr. Rizalman Dato’ Mokhtar
Ketua Pemuda UMNO bahagian Bandar Tun Razak
Ketua Pemuda UMNO Negeri Negeri Sembilan
Sdr. Mohd Helmy Din
Ketua Pemuda UMNO bahagian Rasah
Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka
Sdr. Karim Yaacob
Ketua Pemuda UMNO bahagian Bukit Katil
Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor
Sdr. Mohd Fadil Muskon
Ketua Pemuda UMNO bahagian Air Hitam
Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang
Sdr. Abu Jimi Samat
Ketua Pemuda UMNO bahagian Lipis
Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu
Saiful Bahri Baharuddin
Ketua Pemuda UMNO bahagian Marang
Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan
Sdr. Anuar Safian
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kubang Kerian
Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah
Sdr. Azman Hj Ruslan
Ketua Pemuda UMNO bahagian Keningau
source: www.pemudaumno.org.my
Komen PB
Tahniah kepada semua Exco-Exco dan Ketua-Ketua Pemuda Negeri yang dilantik bagi menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi bagi memastikan usaha mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya golongan muda kepada UMNO dan BN menjadi kenyataan. Daripada senarai nama di atas kebanyakannya adalah muka-muka baru dan ini adalah langkah yang baik untuk Pemuda yang berani untuk melakukan perubahan. Kepada Sdr Norman Zahalan yang dilantik Ketua Pemuda PP ,tahniah diucapkan ,Setiakawan kepada Setiakawan ..

Boikot Penanti - itu semua hanya lah gimik murahan PAS

Tidak sampai 24 jam selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan calonnya Mansor Othman, Pemuda PAS Pulau Pinang dilihat memberi kata dua - mahu meletakkan calon mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini.
PAS dikatakan menganggap kerusi tersebut sebagai kubu kuat parti itu walaupun pada pilihan raya umum lalu ia ditandingi oleh wakil PKR.
Difahamkan PAS Permatang Pauh mengambil langkah mahu 'memulau' pilihan raya kecil Penanti ekoran rasa tidak puas hati PKR bertanding.
Ketua Pemuda PAS, Mohd. Hafiz Mohd Nordin berkata, satu perbincangan dengan presiden parti berhubung hal itu akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.
"Ini adalah permintaan akar umbi yang mahukan PAS mengambil balik kawasan itu, Pemuda sendiri telah mempunyai calon yang sesuai," kata beliau dipetik Bernama.
Semalam, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56, telah dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti bulan depan.
Komen PB
Pas memang menjadi parti pencacai PKR sahaja sejak dari PRK Permatang Pauh .Daripada pengalaman aku semasa PRK dulu ,jentera PAS inilahg yang dok pulun siang malam gantung bendera,bergaduh dengan jentera UMNO ,halang bas yang dikatakan pengundi hantu ,jaga jalan (unit amal ) ,kaki maki n kutuk , kaki pukul (seperti pukul wartawan ) ...
Tetapi jika ada pihak mengatakan bahawa PAS Prmtg Pauh nak boikot PRK Penanti ini, bagi aku itu hanyalah satu helah mereka sahaja dan gimik politik. Aku sikit pun tidak percaya mereka ini tidak akan sertai kempen dalam PRK Penanti ini kerana bagi aku PAS adalah kuli dan pencacai PKR sahaja..mereka cukup taksub dengan Anwar terutama orang PAS Permatang Pauh peringkat akar umbi . Ke mana Anwar pergi ,mesti ada gerai2 orang PAS jual kaset ceramah ,buku2 ,makanan ini pergi . Tengok la nanti penamaaan calon ,mesti ada punya orang PAS ...

Khemah Kerja Perdana Pemuda UMNO

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan melaksanakan 'Khemah Kerja Perdana' Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, bermula daripada 30 April sehingga 3hb Mei 2009 ini. Seluruh Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan barisan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Negeri dijadualkan hadir bersama di sepanjang penganjuran khemah kerja ini.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Dato’ Reezal Merican Naina Merican berkata, Penganjuran 'Khemah Kerja Pemuda UMNO Malaysia' hujung minggu ini membawa hasrat dan niat untuk memperkukuh agenda gerak kerja Pemuda di segenap peringkat.
Pasca pemilihan UMNO yang lalu, ahli Pemuda di seluruh Negara dijangka menantikan halatuju dan gerak kerja yang bakal dilaksanakan selepas daripada ini.
Antara objektif utama 'Khemah Kerja' ini adalah seperti berikut:-
1. Membina kesepakatan dan semangat kerjasama;
2. Membina 'esprit de corp' yang kukuh;
3. Menentukan gerak kerja Pemuda (2008-2011);
4. Memperteguh jatidiri;
5. Membugar semula agenda 'latihan dan pendidikan politik' seperti yang dikehendaki oleh YAB Presiden parti;
YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan keseluruhan saf kepimpinan akan menggariskan agenda gerakan yang menyeluruh.
Ini termasuk penyusunan dan penubuhan biro-biro yang selari dengan cita dan hasrat kepimpinan parti. Cukup yakin, bahawa khemah kerja ini akan membawa hasil yang baik dan positif. Lebih penting lagi, semua hasrat dan keinginan pelaksanaan gerak kerja ini mesti diturunkan kepada peringkat akar umbi dengan seberapa segera.
Khemah Kerja ini juga dijangka menjadi platform perbincangan tentang pelbagai 'approach', mekanisme dan kaedah baru Pemuda dalam mendekati generasi muda. Komitmen Pemuda UMNO Malaysia dalam menjadi 'catalyst' dan pemangkin usaha pemerkasaan parti akan dimulakan dengan seberapa segera.
Blogger Penang
-
-
-
Kes gadis Melaka Guan Eng dipenjarakan itu43 minutes ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sebuah Dokumentari Hebat!!4 days ago
-
-
-
Kepincangan Pakatan4 weeks ago
-
-
-
-
-
Salam Maal Hijrah 1433H2 months ago
-
-
Pejuang Maya
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Syurga Dadah Di Selangor???3 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tiada Logo 1Malaysia, Tiada Subsidi?11 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
IMF on Malaysia1 day ago
-
-
-
-
-
-
-
PAS Kedah bunuh parasit3 days ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Azwan Ali - Ummi Hafilda Ali sudah berdamai3 weeks ago
-
-
-
-
RM19K sebulan.....2 months ago
-
-
-
-
-
-
Pejuang yang salah dan kalah4 months ago
-
-
-
KEMBALI : REVO MOHON MAAF PADA SEMUA !!7 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog Pilihan GPB
-
-
-
-
-
-
-
TIME-4-ABAI1 day ago
-
BAJET PERTAHANAN 20121 day ago
-
-
-
Politik warna angpau yang menjijikkan3 days ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BRC Conference 2012 Brunei2 months ago
-
-
-
-
-
-
IDEOLOGY1 year ago
-
Alter Terahsia Bangsa Melayu
- Alter Terahsia Bangsa Melau XIII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu III
- Alter Terahsia Bangsa Melayu IV
- Alter Terahsia Bangsa Melayu IX
- Alter Terahsia Bangsa Melayu V
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VI
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VIII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu X
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XX
- Dilema Melayu dan Siam
- Misteri Antara bangsa & Bahasa
- Piramid berasal dari Nusantara
- Sejata-senjata kerajaan Melayu disembunyikan
- Teknologi Kapal Melayu merempuh badai
Laman Ilmu
- Dilema Dunia Islam
- Arkib perbicaraan Anwar Ibrahim
- Aqidatul Tanzilah
- Bacaan Ayat Al Quran
- Jabatan Wakaf,zakat dan haji JPM
- Khairaummah
- Blog Layar Bahtera
- English Club.com
- Pernah terfikir untuk berubah?
- Rahsia lelaki Melayu
- Loco driver
- Goenawan Mohamad
- wikipedia melayu
- Dunia Penyair Melayu
- Puisi Melayu
- Melayu World




