Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Archive for 2009-03-29

default

BN pertahan kubu di Batang Ai , kalah di 2 Bukit ..

,
on Tuesday, April 7, 2009 by Pejuang Bangsa
 - 8 Comments


Melihat kepada keputusan PRK di ketiga-tiga ,kesimpulan yang dapat dilakukan ialah keputusannya tetap sama seperti PRU 12 . BN pertahankan Batang Air dan Pakatan pertahankan tempat mereka menang dahulu .Pengundi yang mengundi parti tersebut pada PRU 12 masih lagi mengundi kepada parti itu dalam pilihanraya kecil ini . Cuma perubahan sedikit sahaja iaitu semua kawasan bertanding jumlah majoriti meningkat walaupuan hanya sedikit .Jumlah Undi untuk BN juga meningkat berbanding PRU 12 dahulu di kesemua kawasan dan paling banyak ialah DUN Batang Air.

Saya bersetuju dengan Tan Sri Muhyidin Yassin bahawa keputusan Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau ini tidak boleh digunakan untuk menilai prestasi DS Najib Tun Razak dan barisan saf baru kepimpinan UMNO sebab DS Najib hanya baru beberapa hari memegang jawatan Perdana Menteri dan Presisden UMNO . Ada hikmah disebalik kekalahan ini tetapi sebenarnya kita tidak kalah pun dan kita masih mampu mempertahankan Dun Batang Air.

Memetik maklumat di bawah ,jelas menunjukkan sokongan org Melayu sudah kembali kepada UMNO dan BN .Walaupun kita kalah tetapi ada hikmahnya juga kerana sokongan org Melayu kepada UMNO meningkat dan mereka ini dahulunya mengundi PAS kini telah mengundi BN .

MAKLUMAT RASMI PRK BUKIT GANTANG:

SECARA PERATUSAN, KAUM CINA HANYA BAGI 15% UNDI UNTUK BN DAN PAS PULA MENDAPAT 85% UNDI CINA BERBANDING TAHUN 2008 UNDI CINA PADA BN ADALAH 30% DAN PAS DAPAT 70%. MANAKALA UNDI KAUM INDIA TIDAK BERUBAH...SAMA SEPERTI TAHUN 2008.

APA PUN UNDI MELAYU UNTUK BN TELAH MENINGKAT DARI 14,500 TAHUN 2008 DULU KEPADA 17,000 PADA KALI INI. PAS HANYA DAPAT 10,000 UNDI MELAYU KALI INI BERBANDING 11,500 PADA TAHUN 2008.

WALAU PUN KALAH KITA TETAP TERIMA KEKALAHAN INI DENGAN BAIK. KITA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI YANG KELUAR BAGI MENGUNDI BN DAN KITA JUGA TURUT BERASA BANGGA DENGAN PENINGKATAN JUMLAH UNDI KAUM MELAYU UNTUK BN PADA KALI INI.


Perjuangan kita belum selesai kerana terdapat banyak ranjau dan halangan menanti. Jika kita berani dan tidak gentar serta tak putus asa ,akhirnya kejayaan akan dapat kita perolehi

Insyallah akan ada lagi pilihanraya kecil bakal menanti !!

Salam perjuangan ..

Analisis dari Agenda Daily


Undi Cina tidak memihak BN


Barisan Nasional (BN) menepati ramalan apabila berjaya mengalahkan Parti Keadilan Rakyat bagi pilihan raya kecil DUN Batang Ai, Sarawak dengan majoriti 1,854 undi.

Bagaimanapun harapan untuk menyaksikan BN merampas semula Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak kesampaian. BN tewas di Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi dan Bukit Selambau pula dengan 2,403 undi.

Berdasarkan kepada pecahan undi yang diperolehi BN di Bukit Gantang, undi yang diperolehi oleh calon BN, Ismail Saffian bertambah sebanyak 622. Manakala undi calon PAS yang diwakili oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin meningkat kepada 1,845.

Pertambahan undi dan majoriti di Bukit Gantang itu disumbang oleh peningkatan hampir 3% atau 1,327 pengundi yang keluar mengundi. Pada pilihan raya kecil kali ini 75.1 peratus atau 41,626 orang daripada 55,462 orang telah menunaikan tanggungjawab mereka berbanding 72.65% atau 40,299 pengundi.

Daripada pertambahan undi tersebut, BN memperolehi tambahan undi sebanyak sekitar 60 undi dari DUN Kuala Sepetang yang majoriti pengundinya kaum Cina berbanding undi yang diperolehi pada pilihan raya umum Mac 2008, DUN Changkat Jering dan DUN Trong pula menyumbang pertambahan lebih 500 undi.

Kemampuan calon BN menambah undi di DUN Changkat Jering mempunyai makna tersendiri kerana ia tidak mencerminkan bantahan rakyat kepada keputusan ADUN kawasan berkenaan Kapten (B) Osman Jailu yang meningggalkan PKR untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.

Manakala PAS pula selain turut mendapat pertambahan undi daripada kawasan majoriti pengundi Melayu iaitu DUN Changkat Jering dan Trong sekitar 800 undi, pertambahan paling ketara diperolehi PAS ialah daripada DUN Kuala Sepetang, di mana pengundinya majoriti kaum Cina iaitu kira-kira 1,000 undi.

Berdasarkan senario tersebut, isu BN menumbangkan ‘kerajaan Cina’ di Perak memang menjadi faktor menyebabkan mereka memberikan undi kepdaa PAS sebagai tanda protes kepada peralihan kerajaan negeri daripada kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS kepada BN.

Mengulas mengenai faktor pengundi Cina tidak memilih BN, Timbalan Presiden UMNO pada siding medianya Selasa malam memberitahu, BN akan menubuhkan pasukan bebas bagi membuat ‘bedah siasat’ terhadap keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang secara menyeluruh.

Manakala Nizar pula dalam reaksinya menyifatkan keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang itu sebagai pengktirafan kepada kerajaan campuran pembangkang sebelum ini . Sementara itu bagi DUN Bukit Selambau, PKR menang dengan majoriti 2,403 undi. Calon parti itu memperolehi 12,263 undi berbanding Datuk S.Ganisan yang dapat 10,229 undi. Kesemua 13 calon Bebas yang turut bertanding memperolehi 1,326 undi dan hilang deposit - 7/4/2009

Link mengenai pasca PRK
Alasan Orang Cina pilih PAS
Melayu sudah mula sedar mereka tertipu
By-elections : 68% Muslims rejected PAS, 85% Malays rejected PKR
SIAPA YANG UNDI MEREKA?
Melayu Bukit Gantang tidak merestui kemenangan Nizar K 2 Bukit
KJ bukan liabiliti dalam pilihanraya
Andaian BN menang satu terbukti
BEDAH SIASAT DARi MYSRIMUARA
Pilihan raya kecil Bukit Selambau pengajaran untuk semua
Bukan Melayu undi pembangkang

Menang sorak...kampong tergadai
BN kalah ,Tun M harus dipersalahkan

default

Hari Terakhir Kempen ...

on Monday, April 6, 2009 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi tempoh berkempen akan tamat di semua kawasan iaitu Bukit Selambau ,Bukit Gantang dan Batang Ai. Pengundi seharusnya membuat pilihan yang bijak dan jangan melakukan kesilapan lagi dengan memilih Pakatan Rakyat yang sememangnya tidak membela rakyat . Apa yang telah mereka lakukan di kawasan Bukit Selambau dan Bukit Gantang selama setahun mereka menjadi YB di kawasan itu ??

Pengundi Bukit Gantang mahukan pemimpin yang boleh memahami masalah mereka dan sentiasa turun padang melawan kawasan . Nizar bertanding di Bukit Gantang bukan mahu membela rakyat kawasan ini dan hanya semata-mata untuk membalas dendam kepada BN yang mengambil alih kuasa kerajaan negeri Perak .Selain itu , mereka sendiri jugA menganggap pilihanraya ini sebagai referendum rakyat sahaja dan ini menunjukan mereka tidak akan membela pun nasib rakyat Bukit Gantang .Malah untuk membangunkan Bukit Gantang juga jangan mimpi lah .

Esok 7hb April ,tarikh pembuangan undi dan calon BN pastinya akan membuang undi di peti undi .Tetapi Nizar buang ke undi ?? TIDAK kerana dia orang luar kawasan Bukit Gantang dan pengundi Bukit Gantang harus tolak Nizar !!


Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) diarahkan untuk berperang habis-habisan bagi memastikan keselamatan pengundi termasuk perayu-perayu undi BN dari tindakan-tindakan ganas pihak pembangkang.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata jentera Pemuda bukan sahaja perlu mengawasi bendera, poster pada malam terakhir kempen, malah perlu sentiasa bersiap sedia untuk membantu serta menjadi perayu undi di pusat-pusat pengundian bagi memastikan pengundi dapat membuang undi dengan selamat.

Menurut beliau komitmen serta semangat yang tinggi amat diperlukan dan dipertahankan di pusat-pusat pengundian sehingga pengundi terakhir membuang undi supaya kemenangan moral yang dicapai diterjemahkan kepada kemenangan yang sebenar.

"Esok pagi-pagi lagi kita berkumpul di pusat pengundian untuk memastikan keselamatan perayu undi kita. Pengalaman lalu ketika pilihan raya kecil Parlimen Permatang pauh dan Kuala Terengganu menunjukkan mereka bersikap biadap kurang ajar terhadap petugas kita khususnya di kalangan wanita.

"Petugas kita diludah dan dimaki dengan pelbagai perkataan kesat. Jika bukan Pemuda yang menjadi benteng kepada mereka, siapa lagi. Sebab itulah saya minta seluruh petugas kita memastikan keselamatan perayu undi BN terjamin", katanya.


Beliau berkata demikian kepada jentera Pemuda yang berkumpul di perkarangan Bilik Gerakan Pemuda BN di sini, hari ini.

Jentera Pemuda BNt kemudiannya turut mendapat suntikan semangat daripada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut memberikan ucapan semangat kepada jentera terbabit.

Tegas Khairy lagi, kehadiran petugas Pas daripada luar bukanlah satu halangan kepada jentera pergerakan itu untuk melaksanakan tanggungjaawab dengan berkesan.

"Kita tengok petang ini sudah ramai 'player import' mereka daripada luar datang dan kita percaya jentera Pemuda yang rata-rata dibarisi anak-anak jati tempatan Bukit Gantang tidak takut untuk berdepan dengan golongan tersebut",



Ismail Safian dari calon BN dari kalangan anak tempatan Bukit Gantang adalah pemimpin faham akan masalah penduduk tempatan berbanding calon luar.


Angin Perubahan bakal berlaku di Bukit Gantang esok ?? Mohon Restu Rakyat VS Kembalikan kuasa kepada Rakyat



Malam tadi di Bukit Selambau ,Ezam mendedahkan bukti bahawa 6 kotak rahsia itu ada kepada Anwar melalui buku yang ditulis oleh Abdul Aziz Bari, Profesor Kuliah Undang Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa bertajuk “POLITIK PERLEMBAGAAN”. Buku yang diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar [IKD],turut tertera dibuku tersebut salah seorang penyuntingnya adalah Amir Shari wakil rakyat PKR, ADUN Batu Caves.
Pada mukasurat 224 jelas dinyatakan disitu bahawa 6 kotak dokumen rasmi kerajaan yang mengandungi kesalahan rasuah pemimpin negara berada didalam simpanan Anwar Ibrahim. Sebelum ini banyak kali kita dengar pendekar2 AMK cabar ezam dedah kotak-kotak ini dan kini Ezam sudah dedahkan semua untuk membersihkan dirinya .


Tun Dr Mahathir turun padang berkempen dengan pengundi Bukit Gantang .Sebanyak 6000 rakyat Bukit Gantang mendengar ceramah beliau yang menyeru rakyat memilih calon BN Ismail Safian anak tempatan yang lebih baik daripada " calon yang derhaka "


Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin juga tidak ketinggalan turun berkempen saat akhir kepada pengundi Bukit Gantang .Dalam ucapan beliau , sebagai rakyat yang mempertahankan maruah dan kedaulatan raja-raja melayu, mereka harus menolak pakatan rakyat. Ini kerana pakatan rakyat tidak sekali-kali akan mempedulikan penderitaan rakyat melainkan hanya membuat provokasi ke atas BN atas alasan kuasa rakyat.

default

Nga Kok Ming hina umat Islam depan penyokong PAS yang gelak ketawa

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Apabila agama islam dipersendakan ,ayat al quran dibuat main2 oleh bukan Islam untuk tujuan politik .Di mana maruah umat Islam ?? mereka persendakan ayat-ayat Al Quran untuk kepentingan politik menjatuhkan kerajaan Islam BN Perak dan pemimpin Islam
DS Najib .

Sedih melihat orang PAS boleh gelak ketawa dan bersorak seperti budak-budak apabila Nga Kok Ming mempermainkan ayat-ayat Al Quran di dalam ceramahnya mengutuk UMNO dan BN . Sudah la bagi salam pun tak betul ,apa tok2 lebai dalam PAS buat ?? kenapa tidak pergi tegur ?? Adakah mereka seronok bersama kafir ini menghina sedara seagama dengan kita . Lebih menyedihkan lagi Nik Aziz mempertahankan pemimpin DAP itu malah menyamakan dengan kebangkitan Islam ..nauzubillah.

default

Anwar ceramah pengunaan kalimah Allah untuk tujuan politik

on Sunday, April 5, 2009 by Pejuang Bangsa
 - 9 Comments


Apabila membaca suratkhabar dan juga internet mengenai tindakan Anwar yang membangkitkan isu pengunaan kalimah Allah di Batang Air jelas ia bertujuan politik untuk menarik sokongan bukan Islam .

Anwar dengan hebat berceramah bercakap tidak salah penganut agama lain mengunakan kalimah Allah kerana ia adalah hak masing-masing. Selain itu ,Anwar juga berkata di Malaysia ,pengunaan nama Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain disebabkan oleh parti UMNO yang mempertahankannya .Hairan saya melihat Anwar sekarang yang sudah menyimpang jauh dari landasan perjuangannya dahulu sejak dari ABIM untuk menegakkan Islam .

Tokoh agama seperti Mufti Perak juga turut membidas kenyataan Anwar

" jika berpolitik ,guna lah secara matang jangan bertolak ansur dengan hukum agama , yang salah tetap salah .

Kalimah Allah bukan untuk dibuat suka-suka ,inilah mereka tak faham sensitviti Islam.Nama Allah untuk orang Islam shj . Jadi janganlah nak main api dengan hukum agama"



Sepatutnya tidak boleh sesiapa menimbulkan isu ini kerana ia begitu sensitif kepada umat Islam dan perkara ini juga pernah diberi amaran oleh Dato Sero Zahid Hamidi .Apakah kita mahu nanti jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini nanti ,kalimah Allah akan dilihat juga di papan tanda kuil-kuil dan juga tokong kerana semua penganut bukan Islam boleh mengunakannya juga.

default

Tahniah Dato Seri Najib PM Malaysia ke 6 ,Selamat bersara Pak Lah

on Friday, April 3, 2009 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan tugas Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.

Upacara penyerahan tugas itu berlangsung di tingkat lima, Pejabat Perdana Menteri pada pukul 4.50 petang.

Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam di hadapan Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ini merupakan sejarah negara apabila buat pertama kalinya anak Perdana Menteri menjadi Perdana Menteri pula.

Najib merupakan anak sulung Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Dalam upacara itu, Abdullah yang berbaju Melayu jingga menyerahkan Fail Meja YAB Perdana Menteri berwarna biru sebagai tanda penyerahan tugas dan tanggungjawab kepada Najib yang berbaju Melayu merah jambu sambil disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Upacara itu juga menandakan lengkapnya proses peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib secara tersusun dan berjalan dengan lancar, mengekalkan tradisi peralihan kuasa negara dari dahulu hingga sekarang.




Najib Perdana Menteri keenam

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Najib,55, mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada pukul 10:12 pagi tadi.

Komen PB

Tahniah DS Najib yang secara rasminya yang telah mengangkat sumpah bagi menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-6 bagi menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam majlis yang sama juga, Pak Lah dan isteri telah dikurniakan gelaran Tun setelah mendapat perkenan dari Ke Bawah Duli. Rakyat Malaysia berasa amat bersyukur dan bertuah kerana dapat menyaksikan peralihan kuasa kepimpinan Perdana Menteri dalam keadaan aman dan makmur. Inilah hadiah terbesar dari kepimpinan negara terutama dari Tun Abdullah yang dengan besar hati dan penuh rasa kebertanggungjawaban kepada negara telah menyerahkah kuasa dan tampuk kepimpinannya kepada Najib dalam keadaan negara yang amat baik dan harmoni.

Kepada Tun Abdullah ,


Hari terakhir Pak Lah di Kementerian Pertahanan dan diiringi oleh kakitangan kementerian dan tentera .


Gaya seorang Negarawan Ulung yang berjasa kepada bangsa ,agama dan Negara .
Hidup Pak Lah !!!

Terima kasih Tun Abdullah.Saya mendoakan dan mengucapkan Selamat Bersara Pak Lah selepas melepaskan jawatan PM kepada DS Najib .Walaupun Pak Lah hanya sempat memerintah dan mentadbir Malaysia untuk tempoh kira-kira 5 tahun 5 bulan, tetapi jasa beliau tetap besar dalam membawa banyak perubahan-perubahan dalam negara ini seperti penambahbaikan dalam perkhidmatan awam , prinsip Islam Hadhari ,konsep pertanian adalah perniagaan ,Suruhanjaya perlantikan hakim ,Suruhanjya Pencegahan Rasuah (SPRM ) . Di zaman pemerintahannya juga mengamalkan keterbukaan dan kebebasan dalam meluahkan pendapat seiring dengan perubahan zaman dan perkembangan meluas media internet dan blog .

Pak Lah seorang pemimpin yang mempunyai budi pekerti yang tinggi dan lemah lembut.Beliau tidak pernah mengkritik balik kepada pihak-pihak yang selalu mengkritiknya seperti Tun Dr Mahathir yang berterusan mengkritik yang bukan-bukan kepada Pak Lah sehingga mengaibkan keluarga beliau sendiri.

Pak Lah seorang pemimpin yang tidak berdendam dengan orang lain dan buktinya beliau memaafkan Muhyidin di Perhimpunan Agung UMNO secara terbuka .

Hanya mereka-mereka yang berfikiran rasional sahaja yang boleh melihat dan menilai jasa dan kebaikkan yang telah dilakukan oleh Pak Lah ke atas negara ini.

Manakala bagi mereka-mereka yang berperasaan emosional dan berdendam walaupun Pak Lah sudah melepaskan jawatan PM , mereka sentiasa melihat Pak Lah lebih banyak membawa keburukkan terhadap negara ini.

Malah jika kita fikir selepas 2,3 tahun akan datang ,tentu akan ada kedengaran ramai suara-suara daripada rakyat Malaysia yang berpendapat bahawa pada zaman pemerintahan Pak Lah yang membolehkan Malaysia dapat memulihkan semula ekonomi negara kerana pada zaman pemerintahan Pak Lah ,beliau berbelanja duit kerajaan dengan berhemah dan jimat dan berjaya mengurangkan defisit perbelanjaan negara. Ekonomi Malaysia sekarang ini dapat bertahan walaupun krisis ekonomi global hebat melanda seluruh dunia ini kerana hasil kebijaksanaan Pak lah yang bijak menguruskan ekonomi negara dengan langkah berjimat cermat . Perbentangan oleh Najib semasa membentangkan Budget mini yang bernilai 60 Bilion cukup mengejutkan Pembangkang kerana mereka meramalkan hanya 20 Biliion dan ini hasil dari pengurusan ekonomi berjimat oleh Pak Lah .

Politik Pak Lah dalam UMNO tidak terhenti kerana beliau masih lagi Pengerusi Perhubungan UMNO PP ,dan Ketua Bahagian UMNO Kepala Batas. Pak Lah akan kita lihat lagi di Parlimen dan mungkin mudah selepas ini di Kepala Batas .

Semoga Perdana Menteri baru DS Najib dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai orang no 1 negara Malaysia dengan amanah, telus dan penuh rasa tanggungjawab demi rakyat, agama, bangsa dan negara tercinta.


Pautan
Hari-hari terakhir Pak Lah
Tun Abdullah akan dilihat sejarah seperti Gorbachev
Terima Kasih Pak Lah ..Kami sayang Pak Lah

Pak Lah ..perginya seorang Patriot

default

Sumber dana Pakatan dari mana ??? gambar ini mendedahkan segalanya ..

,
by Pejuang Bangsa
 - No Comments


( Kenapa pertemuan seperti ini perlu diadakan, Apakah sebabnya Saifuddin berjumpa dengan Walter Chia yang merupakan orang yang penting di dalam kerajaan Singapura. Walter Chia adalah orang kanan kepada Presiden Sindapura iaitu Lee Hisen Leong (Anak Kepada Lee Kuan Yew) )

Tahniah buat master kerana telah berjaya membongkar satu rahsia yang sememangnya penting kepada negara. Tak sia-sia master duduk kat bawah meja tu.. heheh... GOOD JOB BROOO!!!

PAGI TADI, MASTER TELAH BERJAYA MENGAMBIL GAMBAR PERTEMUAN SULIT ANTARA SAIFUDDIN NASUITON DENGAN WALTER CHIA, FIRST SECRETARY FOR HIGH COMMISION OF REPUBLIC SINGAPORE. MEREKA BERJUMPA DI KELAB CINTA SAYANG SUNGAI PETANI PAGI TADI. LAMA JUMPA, DARI PUKUL 9 SAMPAI JAM 11 PAGI. BERTUKAR-TUKAR DOKUMEN DAN MINUMAN.

WALTER CHIA BERSAMA DENGAN MENTERI KEWANGAN SINGAPURA PERNAH DATANG KE PULAU PINANG SEBELUM PILIHAN RAYA UMUM KE-12 BERJUMPA DENGAN BEBERAPA ORANG AHLI PERNIAGAAN CINA DARI DAP. MELALUI PERCAKAPAN ANTARA MEREKA, ANTARA LAIN SAIFUDDIN MEMOHON SEJUMLAH DANA YANG BESAR UNTUK PAKATAN RAKYAT.

1) DANA UNTUK MEMBIAYAI BEBERAPA KERAJAAN NEGERI YANG HAMPIR MUFLIS SEPERTI KELANTAN DAN KEDAH.

2) DANA UNTUK MEMBIAYAI JENTERA PILIHAN RAYA PAKATAN RAKYAT DI BUKIT SELAMBAU, BUKIT GANTANG DAN BATANG AIR.

3) DANA UNTUK MEMBIAYAI PAKATAN RAKYAT DI PERAK YANG HILANG MATA PENCARIAN.

4) DANA UNTUK MEMBIAYAI BEBERAPA PROJEK DI PULAU PINANG DAN SELANGOR YANG MASIH BELUM DILAKSANAKAN.

5) MERANCANG KAEDAH UNTUK MENJATUHKAN & MENGHADAPI NAJIB.

MASTER LIHAT SELEPAS ITU WALTER CHIA MASUK KE DALAM KERETA YANG BERCERMIN GELAP DAN SAIFUDDIN KELUAR SELEPAS ITU BERSAMA DENGAN DUA BRIEFCASE HITAM.

Barulah seluruh rakyat Malaysia tahu dimana sebenarnya PAS dapat ambil duit mereka untuk tujuan Plihanraya.. Dengan duit Mereka sanggup MENGADAIKAN NEGARA INI!!!!!!

Shahboy
Naib Presiden 1 Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

source : http://kempen-3prk-bpn.blogspot.com/

default

Video menarik PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau

on Thursday, April 2, 2009 by Pejuang Bangsa
 - 14 Comments



Anda boleh lihat sendiri video tersebut di bawah ini SIAPA NIZAR ?? bagaimana Nizar menafikan Negara Islam agenda perjuangan Pas di hadapan rakan rakan Pakatan Rakyat iaitu Dap dan Pkr......







PENDEDAHAN BEKAS AHLI PKR YANG TIDAK GENTAR MENDEDAHKAN SKANDAL -SKANDAL YANG BERLAKU DI KEDAH DAN BETAPA KAYANYA PEMIMPIN-PEMIMPIN PKR SELEPAS MENJADI YB !!

default

Najib diperkenan Yang Di Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia

by Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri keenam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Najib di hadapan Seri Paduka Baginda akan diadakan di Istana Negara 10 pagi esok.

Pagi tadi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Tuanku Mizan untuk menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri, selaras dengan proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib yang dirancang sebelum ini.

Najib, yang mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, turut menghadap Seri Paduka di Istana Negara, selepas istiadat menghadap oleh Abdullah pagi tadi.

Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Okt 2003. BERNAMA

Komen PB

Tahniah kepada DS Najib yang telah diperkenan oleh Yang Dipertuan Agung walaupun terdapat usaha-usaha terakhir PR ( Penipu Rakyat )yang menghantarkan surat kepada Istana Negara untuk mengagalkan Najib dilantik sebagai Perdan Menteri esok .Usaha ini adalah untuk memfitnah DS Najib di saat-saat akhir seperti Isu kapal selam dan Altantunya yang tidak habis-habis dilaungkan oleh Pakatan Rakyat tetapi akhirnya tidak diperdulikan oleh Tuanku . Daulat Tuanku !!!




Surat PR ke Istana Negara

28 Mac 2009
1 Rabiul Akhir 1430

Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ampun Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik sekalian merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MEMOHON PERKENAN UNTUK MENANGGUHKAN LANTIKAN PERDANA MENTERI BARU SEHINGGA NAMA BELIAU DIBERSIHKAN OLEH SURUHANJAYA BEBAS

Patik sekalian mewakili semua 81 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan penuh takzim ingin merafa' sembah mengenai rancangan YAB Perdana Menteri untuk mengadap Seri Paduka Baginda pada 2 April ini bagi menyatakan hasrat meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan beliau kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden Umno yang baru.

Ampun Tuanku,

Jawatan Perdana Menteri ini merupakan suatu jawatan tertinggi dalam negara yang menjadi maruah sesebuah negara. Jawatan yang sebegitu penting seharusnya diberikan kepada individu terpilih yang bersih dan tidak dipersoalkan integritinya.

Baru-baru ini terdapat banyak skandal yang mengaitkan nama YAB Timbalan Perdana Menteri seperti komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan negara Perancis. Yang paling mengejutkan adalah peristiwa pembunuhan seorang wanita Mongolia yang dikatakan turut mengaitkan nama beliau. Perkara di atas telah tersebar ke seluruh dunia dan diulas di banyak akhbar dan majalah seluruh dunia.

Oleh kerana perkara di atas begitu banyak diperkatakan dan memandangkan jawatan Perdana Menteri begitu penting buat negara ini, adalah amat wajar sekiranya Seri Paduka Baginda menangguhkan lantikan Perdana Menteri yang baru ini sehingga segala dakwaan berkenaan disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Bebas dan nama beliau dibersihkan demi menjaga maruah negara ini.

Ampun Tuanku,

Patik sekalian akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ampun Tuanku,

Patik sekalian dengan segala hormat takzimnya;

Bagi pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI KEADILAN RAKYAT

1. YB Ahmad bin Kassim
2. YB Dato' Rashid Din
3. YB Dato' Johari Abdul
4. YB Gobala Krishnan a/l Nagapan
5. YB Zulkifli Nordin
6. YB Tan Tee Beng
7. YB Dato' Zahrain Mohamed Hashim
8. YB Mohd Yusmadi Mohd Yusoff
9. YB Mohsin Fadzli b Hj Samsuri
10. YB Dr Michael Jeyakumar Devaraj
11. YB Dr Lee Boon Chye
12. YB Abdul Aziz Abdul Kadir
13. YB Amran Abdul Ghani
14. YB Saifuddin Nasution Ismail
15. YB Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad
16. YB William Leong Jee Keen
17. Yb Mohamed Azmin Ali
18. YB Zuraida Kamaruddin
19. YB Gwo-Burne Loh
20. YB Hee Loy Sian
21. YB Sivarasa a/l K Rasiah
22. YB Manikavasagam a/l Sundaram
23. YB Abdullah Sani Abdul Hamid
24. YB Chua Tian Chang
25. YB Wee Choo Keong
26. YB Nurul Izzah Anwar
27. YB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim
28. YB Dato' Kamarul Bahrin Abbas
29. YB Azan Ismail
30. YB Fuziah Salleh

SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA

31. YB Ustaz Nasir Zakaria
32. YB Haji Mahfuz Omar
33. YB Dr Mohd Hayati Othman
34. YB Firdaus Jaafar
35. YB Che Uda Che Nik
36. YB Ustaz Haji Taib Azamuddin Md Taib
37. YB Dato' Haji Kamarudin Jaafar
38. YB Dato' Haji Abd Halim Ab Rahman
39. YB Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
40. YB Siti Zailah Mohd Yusuf
41. YB Salahuddin Haji Ayub
42. YB Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa
43. YB Muhammad Husin
44. YB Dr. Haji Mohd. Hatta Ramli
45. YB Ustaz Mujahid Haji Yusof Rawa
46. YB Mohd Abdul Wahid Endut
47. YB Dr. Dzulkifli Ahmad
48. YB Dr Che Rosli Che Mat
49. YB Khalid Abd Samad
50. YB Dr. Hajjah Siti Mariah Mahmud
51. YB Dr. Lo' Lo' Haji Mohd. Ghazali

SENARAI AHLI PARLIMEN DEMOCRATIC ACTION PARTY
52. YB Lim Guan Eng
53. YB Dr.Tan Seng Giaw
54. YB Chong Eng
55. YB M.Kulasegaran
56. YB Fong Kui Lun
57. YB Tan Kok Wai
58. YB Chow Kon Yeow
59. YB Teresa Kok Suh Sim
60. YB Prof.Dr.P.Ramasamy
61. YB Ngeh Koo Ham
62. YB Nga Kor Ming
63. YB Karpal Singh
64. YB Fong Po Kuan
65. YB Teo Nie Ching
66. YB Gobind Singh Deo
67. YB Chong Chieng Jen
68. YB Loke Siew Fook
69. YB Tony Pua Kiam Wee
70. YB Jeff Ooi Chuan Aun
71. YB Charles Santiago
72. YB M.Manogaran
73. YB Sim Tong Him
74. YB John Fernandez
75. YB Liew Chin Tong
76. YB Dr.Hiew King Cheu
77. YB Lim Lip Eng
78. YB Er Teck Hwa

source : Harakahdaily

default

PKR sudah takut dan gelabah dengan Najib PM ke 6

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Parti Keadilan Rakyat (PKR) benar-benar memperlihatkan sikap mengelabah dan tidak bertanggungjawab apabila menyiarkan dalam laman berita rasminya Suara Keadilan mendakwa acara mengangkat sumpah Perdana Menteri baru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, hari Jumaat dibatalkan.

Kononnya pembatalan itu dibuat kerana Yang di-Pertuan Agong menolak untuk melantik Najib sebagai Perdana Menteri setelah menerima perletakan jawatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Cerita karut itu bukan sahaja disiarkan oleh laman lidah rasmi PKR tetapi melalui perkhidmatan khidmat pesanan ringkas (SMS) Adil Net yang diterima oleh mereka yang melanggani perkhidmatan tersebut.

Menyedari cerita yang disebarkan tidak benar, penasihat PKR DatukSeri Anwar Ibrahim mula mengalihkan tumpuan kepada cerita lain yang berkaitan dengan perlantikan Najib dengan menyiarkan surat pakatan pembangkang kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang memohon penangguhan perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri.

Cuma persoalan yang timbul kenapa surat tersebut baru disiarkan hari Khamis sedangkan surat berkenaan bertarikh 28 Mac 2008.

Mungkinkah setelah Abdullah dan Najib mengadap Yang di-Pertuan Agong dan urusan peralihan kuasa hanya menunggu formaliti sahaja hari Jumaat, maka Anwar cuba membawa cerita bahawa Yang di-Pertuan Agong sebenarnya bersetuju dengan permohonan pembangkang melalui surat yang dibuat pada 28 Mac lalu.

Dapat difahami, isu surat tersebut akan dijadikan satu isu politik dengan mendakwa Yang di-Pertuan Agong ‘terpaksa’ menerima Najib walaupun pada awalnya setuju dengan surat pakatan pembangkang.

Skrip seperti ini telah lama digunakan oleh Anwar.

Mengenali cara politik Anwar selama ini, jika surat tersebut benar-benar sudah ditulis 28 Mac lalu, nescaya pada tanggal 29 Mac surat itu telah pun disebarkan tetapi bagi menutup malu apabila berita acara angkat sumpah dibatalkan terbukti satu pembohongan, Anwar cuba menggunakan surat itu pula sebagai helah baru.

Sementara itu sumber Jabatan Perdana Menteri memberitahu Agendadaily, setelah Abdullah dan Najib mengadap Yang di-Pertuan Agong, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah mempersiapkan semua dokumen berkaitan dengan urusan serah tugas yang akan berlangsung hari Jumaat.

Malah, persiapan acara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri baru juga telah disiapkan di Istana Negara dan semua yang berkaitan telah menerima surat rasmi bagi maksud majlis mengangkat sumpah berkenaan.

Sumber itu memberitahu, apa yang cuba dibuat oleh PKR adalah kerja orang yang tidak waras dan kemuncak kepada beberapa siri pembohongan parti itu.

Malah menurut sumber itu, apa yang dilakukan PKR itu boleh difahami kerana PKR khususnya penasihat parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang tidak 'sedia' untuk berhadapan dengan Najib sebaga Perdana Menteri baru.

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ketika mengulas mengenai penyebaran berita palsu itu menyifatkan penyebaran SMS tersebut merupakan tindakan hilang akal pembangkang yang terdesak dalam menghadapi tiga pilihan raya kecil sekarang.- 2/4//2009


Komen PB

PKR kini sudah tiada idea dan kepanasan pungkok kerana Najib akan mengangkat sumpah sebagai PM ke 6 esok . Projek mereka untuk mengagalkan Najib menjadi PM ke 6 akhirnya gagal dan takdir Allah telah menentukan Najib sebagai pengganti Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke 6 . Memang patut KDN gantung suratkhabar mereka ini kerana beritanya langsung tidak betul dan putar alam sahaja. Tiada langsung berita berbetuk ilmiah dan ilmu boleh didapati dari suara keadilan dan yang ada hanya berita palsu dan hentam kerajaan .

default

Nizar Boneka DAP yang harus ditolak rakyat Bukit Gantang

by Pejuang Bangsa
 - 12 Comments


KETIKA pengundi-pengundi Parlimen Bukit Gantang berkira-kira mahu menyokong siapa antara calon BN, Ismail Saffian, calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris dan calon PAS, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, antara pihak yang paling gembira dengan perkembangan ini ialah DAP.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham adalah orang yang bertanggungjawab menamakan Ir Mohammad Nizar sebagai calon yang sepatutnya mewakili PAS kerana penyokong-penyokong DAP amat mengkagumi Ir Mohammmd Nizar yang pernah meluluskan tanah kepada kampong baru untuk geran 999 tahun.

Bagi DAP, mereka berjaya mempergunakan Ir Mohammad Nizar untuk akur dengan kehendaknya. Maka, jika ada lagi pilihan raya, undang-undang membenarkan, DAP akan tetap mahu mencalonkan Ir Mohammad Nizar, walaupun di kawasan DAP kerana inilah satu-satunya orang Melayu beragama Islam yang mudah dipergunakan.Ir Mohammad Nizar seorang yang didakwa telah hilang semangat keMelayuannya.

Dia bersedia mengikut apa sahaja kehendak DAP. Dia mungkin sedar, dia menjadi Menteri Besar Perak, buat seketika atas sokongan DAP. Tanpa sokongan dan kehendak DAP, mustahil dia boleh duduk sebagai Menteri Besar, malahan mungkin untuk menjadi Exco pun, dia tidak layak.PAS tidak kuat di Perak. Maka, kemenangan PAS yang sedikit itu menjadi manafaat kepada kemenangan DAP yang lebih besar dari kemenangan PAS dan PKR.

Tetapi DAP ‘bijak’ menggunakan Melayu dan memperkudakan Islam. Mereka tidak perlu menjadi MB Perak untuk menganugerahkan sesiapa tanah, kerana ada ‘kuda kayu’ dan orang Melayu yang dicontrol pemikiran mereka.Tanpa kedudukan sebagai MB Perak, DAP tetap paling berkuasa di Perak buat seketika. Nasib baiklah masih ada beberapa kerat ADUN Melayu dan seorang dari keturunan Cina, yang sanggup menghentikan semua permainan ini. Nasib baik, Allah tidak mengizinkan DAP terus ‘mempergunakan kuasa’ yang mereka dapat melalui pertolongan PAS.

Maka, dengan izin Allah, Paduka Seri Sultan Perak memperkenankan perlantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru dengan sokongan 28 campur tiga ADUN di Perak yang menyebabkan kerajaan campuran DAP, PAS dan PKR terlepas kuasa.Dengan ‘kelemahan’ yang ada pada PAS di Perak, maka DAP sangat-sangat menyayangi PAS kini, khususnya di Perak. Apabila berlaku kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang, bukan orang PAS yang menamakan calon PAS, sebaliknya pemimpin DAP yang menamakan Ir Mohammad Nizar.

Gembira sungguh hati pemimpin-pemimpin DAP kerana mereka tidak perlu lagi mempunyai calon Melayu di kalangan DAP kerana mereka boleh menggunakan orang-orang Pas yang berperwatakan kuda kayu untuk memperjuangkan nasib DAP. Kini, tidak ada lagi kebimbangan di jiwa pemimpin-pemimpin DAP untuk meneruskan agenda Malaysian Malaysianya kerana PAS sudah menjadi sebahagian dari DAP.Khabarnya, DAP Perak bukan main gembira apabila cadangan mereka supaya Ir Mohammad Nizar dicalonkan, diterima. Malahan, beberapa pihak yang tidak berminat menyertai mana-mana parti politik menyifatkan DAP sekarang sudah menjadi penasihat kepada kepimpinan PAS.

Malahan, PAS dikatakan akan akur apa sahaja kehendak DAP khususnya di Perak, asalkan DAP menyokong mereka untuk menjadi Menteri Besar.DAP berjaya memesongkan otak dan pemikiran orang-orang PAS. Ketika orang-orang PAS berbaring di atas jalanraya kerana mahu menghalang majlis angkat sumpah Datuk Dr. Zambry di Istana Bukit Chandan, orang-orang DAP duduk di rumah tanpa perlu berdemontrasi.

Mereka tahu, perjuangan mereka sudah diambil alih oleh PAS yang sudah mereka ‘kuda kayu’kan.Calon BN, Ismail Saffian adalah calon terbaik untuk dipilih pengundi-pengundi Bukit Gantang. Beliau bukan sahaja dipih atas kehendak pengundi-pengundi sendiri, malahan, pucuk pimpinan ketika mengumumkan namanya, menyifatkan Ismail Saffian adalah seorang calon terbaik untuk penduduk di Bukit Gantang.Ketika Ir Mohammad Nizar mencari simpati dari pengundi-pengundi Bukit Gantang, Ismail Saffian pula menawarkan khidmatnya untuk terus membangunkan kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Pengundi-pengundi di Bukit Gantang tidak perlu bermain dengan sentiment dan emosi seperti yang dimainkan pembangkang kerana Bukit Gantang buat pertama kalinya kini akan diwakili anak tempatan, melalui calon BN, Ismail Saffian.Keangkuhan Ir Mohammad Nizar merampas mikrofon di Masjid Simpang baru-baru ini, yang disaksikan sendiri Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin membuktikan, semangat DAP sudah meresap dalam jiwa calon PAS ini. Hanya DAP sahaja yang sanggup melakukan sesuatu yang mengecewakan orang-orang Islam dan orang-orang Melayu termasuklah membuat tuduhan Pemuda Umno (yang semuanya Melayu dan beragama Islam) bagai celaka.

Hilang segala adap dan sopan sebagai seorang Melayu apabila DAP menyokongnya. PAS di Perak bukan baru tetapi kejadian-kejadian seumpama ini dianggap sebagai semangat PAS yang didorong DAP kerana selama ini PAS tidak melakukan perbuatan kasar seperti ini, terutama di Masjid Simpang yang memang dikunjungi ramai penduduk sekitar kawasan itu.Ir Mohammad Nizar mungkin mahu membuktikan kepada DAP, dia adalah pahlawan PAS yang sanggup berdepan dengan BN demi kejayaan DAP. Ir Mohammad Nizar barangkali mahu membuktikan bahawa DAP memang sepatutnya terus menyokongnya kerana dialah satu-satunya orang PAS yang berdarah campuran Cina dan sanggup diperalatkan DAP.

Apakah orang ini yang hendak disokong oleh pengundi-pengundi Bukit Gantang? Adakah orang ini yang pengundi-pengundi Buki Gantang mahukan? Tolaklah orang seperti ini. Kembalikan perpaduan dan keharmonian yang sudah terjalin selama ini. Di bawah kerajaan BN, pengundi-pengundi bukan sahaja akan tenang, aman, tenteram dan harmoni malahan, anak-anak kita semua dapat belajar dengan baik kerana kestabilan politik.



Abdul Ghani Ismail
mymassa.com

source : http://suarapemimpinmalaysia.blogspot.com/

default

Blogger Pakatan kini sudah gelisah dan meracau dengan serangan BPN

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Sekarang ini perang cyber dlm dunia blogger kini sedang hangat berlaku di Malaysia antara blogger BPN dan Blogger PR ( Penipu Rakyat ) berikutan pilihanraya kecil di Bukit Gantang ,Bukit Selambau dan Batang Ai

Kebangkitan Blogger penyokong BN ( BPN ) kini kian terasa dengan serangan berterusan dari seluruh ahli blogger BPN ke atas Nizar ,Anwar dan Pakatan Rakyat. Dahulunya mereka boleh la bermaharajalela sesuka hati menulis apa saja yang mahu mereka tulis tetapi hari ini mereka telah diberikan tentangan dan serangan yang hebat dari bloggers yang menyokong kerajaan tidak kira dari kumpulan mana mereka bernaung tetapi jelas nampak nya mereka bersatu hati iaitu bangkit memperjuangkan bangsa ,agama dan negara . Ahli-ahli BPN kini berada di seluruh pelusuk negara dari Perlis sehingga ke Sabah dan kini segala isu berkaitan pembangkang akan disampaikan maklumat kerana rangkaian BPN berada di seluruh negara.

Laman web terkenal pembangkang http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4157

kini terpaksa menerima akibatnya kerana apa yang mereka tuduh dan fitnah kepada BN dahulunya kini sudah berpatah balik kepada mereka .Mereka terpaksa defensif dan mempertahankan isu yang dimainkan BPN dan pemimpin pakatan seperti Nizar paling teruk kena . Isu hangat yang kini di Bukit Gantang ialah gambar terbaru teman wanita calon Bukit Gantang sudah tersebar luas http://taktikgerila.blogspot.com/

Teruskan perjuangan semua sahabat-sahabat BPN !!!

Hidup Melayu !!

default

Sokongan 200 orang beliau kepada jentera BN

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Oleh Adnil Mohd

Sungai Petani -- Kira-kira 200 belia India hari ini menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) sekaligus menawarkan diri menjadi jentera membantu Pemuda BN berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Kumpulan terbabit yang juga merupakan pengundi di kawasan tersebut berbuat demikian kerana percaya hanya BN yang mampu membela masyarakat di kawasan itu khususnya kaum India.

Mereka menyatakan demikian ketika bertemu Pengarah Jentera Pemuda BN, Datuk Razali Ibrahim di Bilik Gerakan Pemuda BN di Sungai Lalang di sini, hari ini.

Menurut Razali apa yang menarik kumpulan terbabit tidak menjadi mana-mana ahli parti baik dari komponen BN mahupun pembangkang.

"Ini merupakan satu lagi suntikan semangat buat kita di Bukit Selambau. Golongan pengundi muda ini sudah dapat melihat hanya BN yang mampu membela masyarakat di negara ini.

"Mereka ternyata tidak mahu membiarkan diri mereka khususnya kaum India hanya menjadi alat parti-parti tertentu untuk mendapatkan undi semata-mata", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menambah kumpulan terbabit akan diberikan peranan bersama jentera Pemuda BN dalam siri kempen yang akan dijalankan nanti.

"Kita yakin lebih ramai lagi golongan atas pagar sebegini akan memberi sokongan kepada kita. Kita mahu terjemahkan sokongan ini menerusi peti undi khususnya saluran tiga dan empat", ujarnya.

Mengenai pelbagai isu atau dakwaan yang dilemparkan pembangkang terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap BN, beliau berkata tidak sepatutnya semua isu dihumbankan kepada pengundi.

"Ini memang kerja Anwar yang cukup pandai memanipulasi isu bagi mengelirukan orang ramai. Kita cabar Anwar kerana kita percaya pada akhirnya nanti bila dibentangkan di atas meja tidak ada satu pun bukti yang mampu beliau kemukakan terhadap semua isu yang dilemparkan", katanya.


Komen PB

Ini merupakan pendekatan baru jentera Pemuda BN untuk menarik semula sokongan pengundi atas pagar yang terdiri drpd pengundi muda. Kita tidak kisah golongan beliau India ini tidak menyertai MIC sekalipun tetapi sokongan mereka untuk menyertai jentera Pemuda BN amat dialu-alukan . Kita harap lebih ramai golongan atas pagar daripada ketegori belia menyertai jentera BN .

default

Kempen jentera BN Ezam dan Zambry

on Wednesday, April 1, 2009 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Ezam sanggup diperalat demi memperjuangkan bangsa,agama dan negara

default

3 DUN BEBAS kekal sebagai wakil rakyat

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


3 DUN kekal sebagai wakil rakyat

Mahkamah Tinggi tolak permohonan DUN Perak

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar untuk mengenepikan saman pemula yang difailkan oleh tiga anggota DUN masing-masing bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi turut menolak permohonan enam pihak termasuk tiga bekas Exco kerajaan negeri Perak iaitu A.Sivanesan, Tai Sing Ng dan Chan Fook Chye serta tiga pengundi DUN berkenaan untuk bertindak sebagai pencelah dalam kes berkenaan dengan kos.

Secara tidak langsung, ketiga-tiga Adun bebas berkenaan iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) sehingga hari ini masih kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.

Dalam saman pemula itu, tiga Adun berkenaan yang menamakan Sivakumar sebagai defendan memohon supaya mahkamah mengisytiharkan kerusi masing-masing tidak kosong dan mereka masih wakil rakyat yang sah setelah Sivakumar memutuskan yang mereka telah mengosongkannya.

Februari lepas, ketiga-tiga wakil rakyat itu keluar parti masingmasing, iaitu Jamaluddin dan Mohd Osman daripada PKR dan Hee daripada DAP, dan ini mendorong Sivakumar mengisytiharkan tiga kerusi itu kosong kerana mendakwa mereka telah menandatangani surat peletakan jawatan selepas menang dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Ketua panel peguam yang mewakili ketigatiga Adun itu, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata dua permohonan itu ditolak oleh mahkamah kerana ia tidak menjadi keperluan dalam prosiding dan ia merupakan satu keputusan yang signifikan untuk menyelesaikan isu perlembangaan di Perak secepat mungkin.

Penolakan keduadua permohonan itu merupakan satu keputusan yang sangat penting kerana pihaknya mahu menyelesaikan kebuntuan krisis perlembagaan di Perak dengan cara yang paling berkesan, katanya kepada pemberita di luar mahkamah.

Beliau berkata mahkamah juga telah menetapkan Rabu depan sebagai tarikh pendengaran saman pemula berkenaan.

Bagaimanapun ia bergantung kepada sebarang penghakiman yang akan dibuat di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya berhubung beberapa persoalan perlembagaan pada Jumaat ini.

Sebelum ini, pihak plaintif telah memohon untuk merujuk kepada Mahkamah Persekutuan berhubung tafsiran Undang-undang Tubuh Negeri Perak mengenai sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau Speaker Dewan Undangan Negeri Perak adalah pihak yang berhak dan berkuasa untuk menentukan sesuatu kerusi DUN itu kosong atau sebaliknya.

Sementara itu, mengenai permohonan enam pihak untuk menjadi pencelah dalam saman pemula itu, seorang lagi peguam plaintif Datuk Hafarizam Harun berkata pihaknya berhujah bahawa bukan setiap orang atau seseorang itu boleh mencelah di dalam kes ini.

Antara alasan yang diberikan oleh hakim untuk menolak permohonan pencelahan oleh enam pihak itu adalah kerana mereka bukan pihak diperlukan dalam kes itu, hak mereka tidak terjejas dengan penghakiman terhadap plaintif manakala bagi tiga bekas Exco yang mendakwa masih Exco yang sah dan akan hilang hak serta elaun jika tidak mencelah pula, hakim menganggap itu hanya hak komersial sedangkan penghakiman memerlukan hak daripada segi undang-undang.

"Bagi tiga pengundi di kawasan DUN berkenaan pula mereka hanya memohon untuk kepentingan politik mereka yang mana bukan dari segi hak dan kepentingan undang-undang di dalam kes ini," katanya.

Esok, Mahkamah Tinggi Ipoh dijadual mendengar satu permohonan deklarasi mahkamah oleh Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya supaya mahkamah mengisytihar tindakan Sivakumar menggantung mereka daripada menghadiri persidangan DUN sebagai tidak sah dan menyalahi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Pada 18 Februari lepas, Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exco berkenaan daripada menghadiri persidangan DUN masing-masing selama 18 bulan dan 12 bulan. BERNAMA

Komen PB

Dalam 3 hari selepas berkempen ini di Bukit Gantang ,kita sudah nampak pelbagai perkara yang sedikit sebanyak telah memberi sedikit kelebihan kepada BN . Hari ini mahkamah membuat keputusan bahawa ketiga-tiga ADUN yang menjadi wakil rakyat bebas mengekalkan kerusi Dun masing-masing. Tentulah Hakim telah membuat pertimbangan yang seadilnya berpandukan perlembagaan negeri Perak untuk membuat keputusan yang penting ini dan ia memberi tamparan hebat buat Nizar dan DAP

rancangan Hujah@9 telah menujukkan kebenaran siapa PAS dan DAP yang cuba mengaburi pemikiran rakyat dengan isu kejatuhan PR dan peralihan kuasa di Perak. Pandangan kedua-dua tokoh ahli panel tersebut (Dato Shafie dan Prof Shad Saleem Faruqi) jelas menunjukkan Tuanku sultan telah bertindak seadil-adilnya mengikut lunas-lunas dan perlembagaan negeri. Berlainan dengan Presiden Majlis Peguam yang baru yang mahu kepada pilihanraya untuk menentukan kerajaan .

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps